Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 29, 2020

BURNT CHESE CAKE SIMPLE GUNA AIR FRYER JE!

Sekarang ni kan tengah viral & trending orang dok buat kek cheese rentung ni
Mudah sangat kata diaorang
so aku pun cuba juga lah buat
itupun cari resepi yang paling senang

Memula cari bahan2 dulu
Yang lain2 semua dah ada kat rumah, cuma cream cheese & whipping cream je takde, so kena pi beli jap kat Econsave
So inilah bahan2nya:
6 bahan saja ye..


Cuma nak buat kek ni bahan yang mahal 
cuma cream cheese & whipping cream tu je..hahahaha
Kos bahan mentah je dah dekat 20 hengget😆
Patut le orang jual mahal kek ni kan walopun cinonit je saiznya

Cara nak masaknya pun senang je.. 
Campak je semua tu dalam blender
Sebab aku malas nak keluarkan mixer
Blender sampai kembang & sebati ye


Pastu terus masuk loyang & bako je dalam air fryer korang tu
Senang kan???

Tada.... dah siap
kalau nak rentungkan lagi lapisan atas tu, tambah le masa bako

Untuk adunan kat atas tu aku dapat buat 3 loyang - 2 loyang saiz 4inci & 1 loyang saiz 6 inci
Aku tak buat tinggi2 untuk satu loyang.. buat separuh loyang je.. Kang tebal2 tak terhabis pulak nak makan



Yang ni la yang Amira makan
Ni guna piring cawan je



Ni keratan rentas kek tu
Nampak sedap kan
Makan panas2
Sejuk2 pun sedap gak
Rasanya lemak2 cheese pastu ada rasa ala2 custard gittu


Amira tengah menikmati kek
Sedap katanya
Sebiji kecik tu habis kat dia sorang


Kek ni lagi rentung lagi sedap kan
Tapi jangan le rentung sangat kang pahit pulak😅


Oh ye resepinya ye
kot2 korang nak buat kan:

Bahan2:
♣ 250g cream cheese
♣200 ml whipping cream (1 kotak kecil tu)
♣3 biji telur
♣3 sudu makan tepung gandum
♣½ cawan gula
♣1 sudu teh esen vanilla

Blender je semua bahan di atas sampai kembang & sebati
Bakar dalam AF suhu 160 selama 20-30 minit
Nak rentung lagi tambah le masa tu 5-10 minit lagi.
SIAPPPPP





Friday, February 28, 2020

KALA MALAM BULAN MENGAMBANG

Ada satu malam tu konon2 nak tengok bunga api
kot2 la nampak dari beranda rumah kan
Tapi hampa la pulak sebab bunyi je dengar berdentum2
tapi bayang bunga api sikit pun tak nampak
jauh agaknya dari rumah aku

Tapi masa keluar kat beranda tu rasa terang semacam je kat luar
rupanya bulan tengah mengambang penuh
apa lagi.... tangkap gambo le....



Konon2 nak tadah bulan..hahahaha



Acah2 sailormoon kot..



Pakai kamera cap ayam je so kualiti gambar takde la lawo sangat
Jadi le ye dak???





Thursday, February 27, 2020

BASIKAL BARU

Terima kasih Pak Long & Mak Long 
sebab hadiahkan basikal baru untuk Amira & Jasmin
Maklum la basikal yang ada tu dah tak sesuai dengan diaorang
Mama pun belum ada rezeki lebih untuk beli basikal baru
Tup2 Pak Long & Mak Long hadiahkan  basikal untuk diaorang sorang satu
Alhamdulillah.





Amira nak basikal biru tapi takde pulak.. 
Tinggal yang pink je.. jadi le
[Amira dah boleh bawa basikal beso.. dah tak guna roda kecik tu dah]



Inilah Mak Long diaorang
Terima kasih Mak Long!







Wednesday, February 26, 2020

TRY NAN CHEESE VIRAL

On the way balik Ipoh masa cuti CNY haritu
disebabkan kami ikut jalan lama
saja la singgah & try makan roti nan cheese yang viral kat Tapah
kat Capati Corner

Sudah sampai..



Restoran ni tepi jalan je
Betul2 kat simpang nak ke Chenderiang
Senang je nak cari😄


Try nan cheese, ayam tandoori & capati
Sedap semuanya..

Tu kuah sardin cicah dengan capati
Sedap weh kuah sardin tu...


Next time kalau balik Ipoh boleh la singgah sini lagi




Tuesday, February 25, 2020

UNIT BERUNIFORM

Dah masuk sekolah baru ni, koko pun dapat yang baru juga
Masa sekolah rendah Adib masuk KRS
Now kat sekolah menengah dia dapat unit beruniform yang baru pulak
Kena la tuko uniform kan
Dulu dah pesan kat dia nanti koko kalau boleh pilih la masuk Bomba atau JPAM (now panggil KASPA kan???]
Tapi Adib kata, unit beruniform, kelab/persatuan & sukan tak boleh pilih
Cikgu yang tetapkan.
Ok la.. nak buat cemana kan

Asalnya Adib dapat
Unit beruniform = Pengakap
Persatuan = Cegah Jenayah
Sukan = Bola Jaring 

Memula tu nak tergelak juga... apa halnya budak bolasepak tapi kena masuk bola jaring..hahahaha.. Tapi Adib kata dia dah mintak tukar kat cikgu. Tapi sekarang kan dah ada pasukan bola jaring lelaki kan???

Tak lama pastu dia cakap cikgu dah bagi tukar sukan & unit beruniform
Dia memang tak minat pengakap2 ni
Segala makneka camping2 ni memang dia tak suka😆

So sekarang Adib dapat
Unit beruniform = Kadet Polis
Persatuan = Cegah Jenayah
Sukan = Bola sepak  (rasanya budak2 PLD memang terus letak kat bolasepak kot)

Cikgu kata kalau boleh kena sediakan uniform lengkap untuk perhimpunan bulanan unit beruniform akan datang. Ramai parents minta tangguh la sebab baru je keluar duit untuk persediaan sekolah anak2 awal bulan Januari haritu kan. So cikgu bagi tempoh sampai Februari. 

Memula Adib kata beli T-Shirt je dulu, tapi aku cakap later pun tetap kena beli juga. So dah alang2 mencari t-shirt kadet polis tu, terus la cari uniform lengkap. Itupun 2-3 kedai mencari sebab banyak saiz kecik2 dah habis. Almaklum la Adib ni halus keding je badannya kan. Finally jumpa juga yang muat2 & cutting elok dengan badan Adib. Terus beli dengan aksesori sekali. Mahal jugak ek sepersalinan tu😅

Apapun alhamdulillah settle juga bab uniform koko ni.

Baru le segak anak mama😆😆
Beli uniform je - Topi & kasut hitam tak beli pun. Ko pakai je la kasut sekolah ye..


Ni tengah pasang2 aksesori kat baju tu
Pakat google je la nak tahu kedudukan lencana2 tu semua



Aleeya pun masuk kadet polis juga
Yang sekolah dia langsung la... tak kisah pun psl uniform
Dah tahun ke-3 dah Aleeya kat situ, harapkan t-shirt je la yang ada
Memang sempoi habis tu.

Ada juga korang mewarisi  atok korang ye
[FIL aku dulu anggota Polis]
Kot2 nanti ada rezeki jadi Inspektor polis.. mana lah tahu kan😅







Thursday, February 13, 2020

BUN KELAPA

Dah tua2 ni tetiba suka pulak dengan bun/roti kelapa ni
Dulu aku paling anti la roti2 nyor ni
Tersedak makannya..hahaha.. nak2 pulak kalau nyor tu kering kan
Kuih ketayap pun aku tak suka melainkan yang mak atau nenek aku buat
sebab mak aku buat memang basah2 inti kelapa tu... sedapppppp😙

Lately ni memang suka sangat beli bun kepala brand Mighty White ni
Sedap & cukup rasa intinya tu
Pernah beli brand Family & Sweetie
tapi rasanya brand Mighty White ni lagi sedap.








Wednesday, February 12, 2020

ALKISAH BAJU BATIK

Ni nak cerita pasal baju batik rasmi asrama Adib
Kan masa daftar haritu, tak dapat beli yang ready made sebab dah takde stok untuk saiz Adib
So kena la kami pi tempah sendiri kan kemeja tu.
Pihak sekolah bagi la tempoh 1-2 minggu untuk siapkan baju kemeja tu.

Masa kat koop tu sempat la aku snap gambar baju yang dah siap
Senang nanti nak tunjuk kat tailor kononnya.
Ekceli aku tak tahu nak tempah kat mana. Sebab aku tanya kat kedai jahit di Batang Kali, ada yang dah tak terima tempahan.. full katanya sampai raya. Ada juga yang masih terima tapi ambik masa sampai 2 minggu le pulak.. Plus agak mahal la kat situ.

Contoh baju batik yang dah siap


So dalam group parents (untuk budak2 asrama ni), ada la yang update pi tempah kat KKB. Tailor tu kata seminggu boleh siap. So kami pakat pi tempah la kat situ. Cepat & murah. Tailor tu India mari (kami gelar dia anney je lah). Masa aku pi tempah tu, giliran kami no 6. Maksudnya hari yang sama dah 5 orang tempah kat anney tu. Siap ada yang dah lukis gambar kemeja tu kat dalam buku. So aku pun idak le tunjuk gambar kemeja tu kat dia dengan andaian anney tu understood la.. baju kemeja rasmi budak sekolah kan.

Selang seminggu, ada parents yang nak pi ambik  baju anak dia yang ditempah.  Dia dah tempah awal sikit dari kamiorang. Dia pun update kat group whatsapp. Katanya Anney tu dah silap potong baju anak dia. Udah corak batik jadi melintang. Patutnya menegak kan. Dia kata jenuh la bertekak dengan Anney tu.. udah macam cakap ayam itik sebab anney tu tak paham bahasa melayu. Sampai kena la  uncle India kedai gunting sebelah tu datang jadi tukang terjemah... Anney tu kata kena potong gitu sebab saiz badan anak akak tu beso. Walhal akak tu kata anak dia saiz M je pun 😅.Aku pun tak tahu le nak gelak ke, nak kesian ke kat akak tu. Nasib la pihak sekolah bagi je pakai baju batik tu walaupun lain dari yang lain. Tapi rasanya anak akak tu mesti taknak pakai baju tu kan.. sebab pelik dari orang lain🙊

Lari jauh beno designnya kan...
Memang nak kena tarik misai si anney ni😜


Kami yang lain ni pun sebenarnya cuak le jugak kot2 baju anak kami pun mengalami nasib yang sama. Tapi akak tu kata anney tu baru siapkan 2 helai. Yang lain belum potong.  Kiranya Adib punya tak potong lagilah. Harap2 lepas kena bebel dengan akak tu anney tu akan buat ikut spesifikasi yang sepatutnya lah.

Aku pun dengan debar2, lepas genap seminggu dari tarikh tempah, pi la kedai tu nak ambik baju. Jangan la anney tu salah buat baju anak aku. Masa dia bagi baju tu (dalam plastik), aku terus buka depan2 dia untuk cek betul ke idak.. Alhamdulillah ok.. Cuma aku takleh nak suruh Adib try sebab Adib tak ikut aku masa tu. Dia pi training bola.


Disebabkan Adib takde, aku suruh Amira je le jadi model pakai baju batik abang. Nampak ok la.. Petang tu bila Adib balik baru suruh dia cuba. Nasib la sedang2 elok je.. Ngam2 le dibadannya even aku mintak anney tu buat loose sikit supaya boleh pakai sampai tahun depan😆. 




Friday, February 7, 2020

MAMA TANYA ANAK JAWAB


WITHOUT prompting, ask your child/children these questions and write EXACTLY what they say! 
Soal jawab bergilir2🤭

What makes mama happy?
Amira  : hadiah
Jasmin : kek

What makes mama sad?
Amira  : Jadi anak derhaka
Jasmin : Anak tak dengar cakap

What makes mama angry?
Amira  : Degil
Jasmin :Degil

How tall is mama?
Amira  : 30
Jasmin : 31 (nak lebih sikit dari mira le tu)

What is mama's favorite thing to do?
Amira  : Buat kek
Jasmin : Kemas dapur

What is mama's favorite food?
Amira  : sayur, timun, tomato
Jasmin : nasi

What is mama's favorite drink?
Amira  : Air kosong
Jasmin : Kopi

If mama could go anywhere, where would she go?
Amira  : Econsave
Jasmin : Kedai 2 Ringgit🤣

Do you think you could live without mama?
Both : Tak boleh

What is mama's job?
Both : BOSS

How old is mama?
Amira  : 40
Jasmin : 31

What is mama's favorite color?
Both : Hijau

How much do you love mama?
Amira  : 100
Jasmin : 20 ribu

What do you want to give mama when you grow up?
Amira  : hadiah
Jasmin : penyapu😆😆---> takde ke hadiah lain???


Copy, paste and see what your child/children say/s!
You will be surprised how much your kids pay attention to you!



**P/S : Aleeya tak join conversation ni sebab dia pegi tuisyen 😅




Wednesday, February 5, 2020

HANTAR BAJU PULAK

Semalamnya dah ambik baju kotor abang
hari ni kena pi hantar baju dia la pulak
karang takda baju sekolah nak pakai pulak😆


Rupanya hari Ahad tu kereta tak boleh masuk perkarangan asrama
Kena la parking diluar pagar
pastu jalan kaki masuk pagar
pastu kena annouce nama anak pulak sebab anak2 semua ada kat hostel
Budak2 pulak takleh bawa henfon so cemana nak call kan




Kena la kami jalan kaki sambil menjinjit baju2 yang dah iron  & berhanger
[nasib la tak banyak]


Sementara tunggu abang datang, selfie dulu la sekeping dua ye dak???



Adib masa ni dia kat padang tengah main bola
Tu sebab kena announce nama
kalau tak, diaorang tak tahu diaorang ada tetamu
Itupun kat padang tu kadang dengar kadang idak katanya

Jumpa Adib kejap je hari ni, hantar baju je pun
Takde la nak borak2 sangat sebab semalam dah borak banyak masa outing kan

sebelum balik Batang kali, destinasi wajib singgah 
TAMAN PERMAINAN
Main la kanak2 dengan gembira... 
cuma hari ni ramai la orang sebab dah petang kan


 Nampak tak Amira yang baju hijau tu??
Nak main slide tinggi katanya


Budak ni dalam kesedihan sebab kena main sorang2
Abang takde nak main dengan dia

Si Amira dah habis tour dah taman permainan dah masa ni
Takdan nak ambik gambar dia.
Dia pun dah macam chipsmore, kejap kat sana, kejap kat sini😅







Monday, February 3, 2020

FIRST OUTING

Lepas 3 hari kat asrama, maka hari Sabtu boleh la outing
Tapi waktu outing hanya dari pukul 2 petang hingga 6 petang sahaja
4 jam tu mana sangat la nak peginya kan
Nak2 pulak kat Kuala Kubu tu apa la yang ada ye dak?? 
Shopping mall pun takde
Ada kedai runcit Insaf tu pun mujur la hai.... kot2 nak beli barang2 keperluan
Sekarang ada KFC ok la sikit... Penuh dengan budak2 asrama KKB je la petang Sabtu tu kan..

Ok back to Adib, untuk permulaan ni perjanjiannya aku datang ambik baju kotor setiap Sabtu (waktu outing) dan hari Ahad aku akan hantar baju yang dah basuh & gosok. Awal2 ni arrange gitu la dulu sementara dia nak reti uruskan baju2 dia. Lagipun minggu pertama ni penuh aktiviti orientasi deme, sampai tak sempat nak basuh baju pun. Ada je parents yang bawa diaorang pi basuh baju kat dobi, tapi aku malas la.. bior la aku bawa balik basuh kat rumah. Lagipun nak ulang alik bukan le jauh sangat.. lebih kurang 20-30 minit je. At least ada la aktiviti nak buat dari mereput kat rumah tu..hahahaha

Adib kata dia nak outing. So aku bawa la dia ronda2 pekan Kuala Kubu tu. Dah alang2 keluar tu aku ajak dia pi tempah baju batik. Ada dalam group parents deme hantar baju kat satu tailor kat pekan KKB tu. Dalam seminggu boleh siap katanya. Sebab tempat lain majoriti tailor kata 2 minggu baru siap. Yang kat Batang Kali lagi best, tailor dah tak ambik tempahan baju sebab full sampai raya. Jenuh nak cari tailor. 

Tailor ni pure India mari kot
Boleh cakap english sikit2 je
Kalau lebih2 kena la panggil uncle kedai gunting sebelah kedai tu jadi tukang translate
Tapi sebab aku ni kiranya orang ke-6 yang tempah baju batik kat dia.. so dia tau dah le.. Takde la aku nak kena explain banyak kat dia..


Lepas tempah baju, pi kedai gunting sebelah tu pulak
Adib kata cikgu suruh gunting rambut sebab pesen rambut dia tak ikut peraturan
Ha tu la nak nak pesen2 hipster sangat
Last2 ke kedai keling jugak le kamu...hahahaha


Lepas gunting rambut, singgah kedai runcit Insaf tu. Beli la mana2 keperluan Adib sikit2. Lepas tu dah tak tahu nak lepak mana. Last2 aku bawak lepak taman permainan je la.. Waktu  masih  awal, tak ramai le orang yang main situ.. Sakan la anak2 aku kan..


Adib tengah main dengan adik2
Baru rasa rindu kot kat adik2 dia
Selama ni asyik buat dek je...

Perasan tak baju t-shirt Adib tu beso?
Itu le saiz paling kecik yang ada.. Udah le badan dia kering
Pasni aku cakap, nak jadi atlet kena naikkan muscle la😆




Abis ati la si Jasmin dapat naik buai dengan abang

Dah dekat pukul 5, aku pun hantar le si Adib balik hostel
Dah tak tahu nak gi mana lagi
Last2 kami lepak je la kat hostel dia

Bangunan utama & pejabat asrama SMKKKB
Ok la redup kan... berangin pulak petang2
Syok si Amira & Jasmin main lari2 kat situ


Dah kul 5.30 aku ajak balik la
Esok datang balik sebab nak hantar baju abang pulak.

Mesti ada yang kata manjakan anak & menyusahkan diri sendiri ulang alik ambik baju anak kan, tapi daripada aku stress sebab baju anak asyik hilang, baju terbako kena iron, baju tertukar dsb, bior la aku uruskan dulu... Tak sanggup nak kuar duit lagi beli baju baru. Baju deme bukan murah2 weiiiiiiii... T-shirt sekolah je dah dekat RM30.. Apatah lagi kalau baju batik yang hilang... meroyan mak kau nanti😂😂