Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 7, 2020

PENEMPATAN KE TINGKATAN 1

Tahap terlewat menulis entry ni sebab Adib dah masuk Tingkatan 1 dah pun
Tapi nak jugak buat entry ni sebab nak buat kenang-kenangan (konon)

Sebelum cuti sekolah tahun lepas
cikgu  dah mintak budak2 darjah 6 pi buat penempatan ke Tingkatan 1
Borang2 semua cikgu dah isikan online so kira semak je la dapat penempatan di sekolah mana secara online
Patutnya boleh pilih kita nak anak kita ditempatkan di sekolah mana
tapi kes sekolah anak aku cikgu tak bagi pilih
terus ditempatkan di sekolah yang berhampiran
disebabkan anak aku sekolah di SK Bandar Baru Batang Kali so sekolah menengah yang terdekat ialah di SMK Bandar Baru Batang Kali
Kalau nak ditempatkan di sekolah lain kena mohon untuk pertukaran nanti
Kat Batang kali ada 2 je sekolah menengah iaitu SMK BBBK & SMK Syed Mashor.


Cikgu bagi surat seminggu awal dari tarikh akhir, so kena cepat2 buat pengesahan penempatan di SMKBBBK tu.. Sebelum tu kena dapatkan pengesahan di sekolah kebangsaan dulu. Lepas tu baru ke pejabat SMK BBBK pulak.


Lepas buat pengesahan, maka dapat la borang2 yang perlu diisikan & diserahkan masa hari orientasi nanti


Masa kat kaunter pejabat tu tanya juga cara² macam mana kalau nak tukar ke sekolah lain. Sebabnya aku bercadang nak tukarkan ke sekolah Syed Mashor. Kerani tu bagi la pulak borang rayuan pertukaran penempatan tu. Tapi tu la nak buat pertukaran ni kena la pulak buat surat sokongan bagai... Rasa malas la pulak. Lagipun tarikh tutup permohonan tu tinggal lagi 2 hari je. Teragak2 juga nak tuko ke idak sebenarnya. 

Sekolah SMK Syed Mashor tu sekolah yang Adib pegi buat Ujian Kemasukan SBP tempohari 


Urusan disekolah tu sekejap je sebenarnya... Submit segala dokumen2 yang diperlukan je. Pastu datang je la masa orientasi nanti.

Bakal sekolah Adib (kot)😀
Anak aku yang sulung pun sekolah sini jugak







1 comment:

Warisan Petani said...

Mudah2an Adib terpilih ke SBP