Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 7, 2018

TRAVELOG UMRAH : SANTAI² DI MEKAH (DAY 9)

Semalamnya dah buat umrah so hari ni hari santai2 je
Lagipun hari Jumaat so takde la aktiviti memana sebab nanti nak solat Jumaat pulak kan
So pagi tu aku dengan mak pergi jalan2 sekitar kawasan hotel
Konon2 nak pi cari souvenir sikit2 untuk bawa balik Malaysia
Lagipun lusa dah nak berangkat pulang ke Malaysia dah
Adik2  & anak2 aku semua sambung tidur lepas sarapan tu
Aku dengan mak je semangat nak jenjalan...hahahaha..

Kali ni kami jalan di kawasan lain pulak..kawasan yang belum kami lalu
Lagipun ramai jugak jemaah terutama dari Indonesia yang lalu lalang kawasan tu
maybe hotel diaorang di area2 situ kot
Kami main redah je... nak tengok ada apa kat area situ

Tengok ramai orang lalu, tu yang kami pun jalan je kat sini
Tak tahu la ada apa sepanjang jalan ni


Sepanjang jalan tu pulak memang banyak burung merpati
Seronok tengok burung terbang2 at the same time riso kot2 burung berak atas kepala pulak😅




Jalan punya jalan akhirnya kami tiba di kawasan ni
Ala2 Jalan masjid India le ni
Tapi memang barang murah2 kat sini
Boleh la nak cari2 souvenir dengan harga yang berpatutan
Sakan la kami masuk dari kedai ke kedai...hahahaha
Jubah pun murah2 uols.... tapi idak le kami membelinya pun.. saja tengok2 je

Salah satu kedai yang ada di sini
Orang Malaysia/Indonesia & Singapore ramai la shopping sini
Sampai peniaga2 kat sini boleh cakap Melayu dah
Siap tanya kami dari mana.. bila cakap dari Malaysia deme boleh kata "Malaysia bagus"...
Nampak sangat orang Malaysia kuat shopping...hahahaha



Mak aku sempat lagi beli kurma.. [walhal dia dah borong banyak kurma masa kat Madinah haritu..hehehe]


Shopping punya shopping masa pun berjalan
Sedar2 dah dekat pukul 10 pagi.. Kami keluar tadi dalam pukul 8 pagi
So cepat2 kami nak balik hotel.. sebabnya dalam pukul 10 pagi tu banyak jalan dah nak kena block untuk siap sedia untuk sembahyang Jumaat nanti. Masa kami lalu nak balik hotel tu pun guard/askar dah standby tepi jalan untuk tutup jalan..

Memandangkan kami ada beli barang so masa nak masuk bangunan hotel, guard akan cek tau... siap scan lagi barang & badan kami ni.. 
Selama ni kalau pi masjid takde pulak deme cek/scan badan😅

Lega dah sampai bilik
Kat gambar waktu di Mekah, kat henfon waktu Malaysia😀


Sampai waktu sembahyang kami pergi masjid
Kali ni dah cerdik sikit cari tempat
Mak aku dah tau tempat sebab kawan dia cakap diaorang sembahyang kat situ
Selama ni dalam masjid tu kami turun eskalator, kali ni kami naik eskalator pulak

Rupanya kat tingkat 2 ni baru la cantik sikit ruang sembahyangnya
Ada karpet hijau lak tu
Teringat pulak kat Raudah


Ni nak tayang bumbung masjid...baru la nampak lawa
Sebelum ni dok sembahyang kat bahagian yang under construction je...hahaha
Patut la nampak tak lawa masjid tu..huhuhuhu


Masa ni nak sembahyang Asar.. orang belum ramai lagi



Dalam bangunan Masjidil haram.. klasik je deco bumbungnya


Malam tu adik aku & Adib pulak pergi shopping.. Aku ngan mak malas dah nak jalan2.. sakit kaki dah...hahaha.. lepak kat bilik je la. Patutnya malam tu ada taklimat untuk program esoknya.. tapi kami masing2 udah lena lepas balik sembahyang Isyak..hahaha.. letih bebeno rasanya ye..


Program esok kami akan ke Hudaibiyah pulak untuk niat umrah seterusnya...





1 comment:

Qhaifa Nur said...

Bila semua dh selesai...sopping jln2 cuci2 mata bestnya
Teringat kurma laa