Banyaknya cerita tergendala aku ni
Tunggu mood sampai baru la boleh mengarang
Hahahaha...
Cerita ni pun masa aku balik Ipoh haritu
Saja ajak mak jalan2 ke Lumut
Takde tujuan apa pun saja nak bawa mak pegi jalan2 je
Lagipun adik aku pun ada kan
Reramai best la sikit
Lumut dengan Ipoh tak jauh mana pun
dalam sejam lebih sampai la
Kami bertolak dalam pukul 10.30 pagi, sebelum pukul 12 tengahari dah sampai dah.
Lama dah aku tak pi Lumut rasanya
Last aku pergi pun masa tu Amira pun takde lagi
Aku kononnya nak pegi Muzium TLDM tu
Tup2 rupanya dah tutup
Under construction katanya sebab kapal tu bocor
Kesudahnya kami cuma jalan2 di Jeti Lumut tu je
panas terik oiiii... nak celik mata pun payah☺
Hari pulak panas terik... Nasib la berangin duduk tepi laut tu
Jasmin pulak agaknya perut tak sihat
Baru beberapa langkah udah muntah
Dah le aku dukung dia masa tu.. nasib tak kena baju aku & dia
Lepas dia muntah tu baru ok sikit...
Opah belanja makan aiskrim sambil kami lepak2 tepi laut tu
Amira & sepupu dia Humairah
Lepas semua habis makan aiskrim kami pi la jalan2
konon nak cari benda2 hasil laut la
Sebabkan panas, mak ajak lunch dulu
Makan pun dekat2 situ je
ini yang sedap di kala panas2 ni
Lepas makan, perut kenyang baru la best nak shopping
Tapi ekcelinya takde nak shopping sangat
Tapi kalau ke Lumut ni macam wajib juga la beli benda cam keropok sotong, ketam, udang, satay ikan, ikan bilis dlll
dalam kata taknak beli sangat tu, melayang juga la rm40-rm50 kan....
Sebelum balik kami singgah solat zohor dulu kat masjid kat pekan Lumut tu
Ya rabbi bahangnya usah cerita walaupun kipas dah buka
Lemas duduk dalam masjid
Cepat2 sembahyang lepas tu masuk kereta sebab nak aircond😅
Ada cerita pahit selepas kami balik dari Lumut ni tau
Malam tu boleh kata majoriti kena keracunan makanan
Yang tak kena cuma Amira, Jasmin, Mak & adik aku suami isteri
Yang lain semua kena muntah & cirit birit
Suspeknya makan asam merah yang macam baldu tu
sebabnya bila muntah memang keluar merah pink2 tu
Aku makan 2 biji je kot
Nasib la Amira ngan Jasmin tak makan
Tapi anak2 adik aku memang kena la... muntah non stop
sampai kena admitted hospital la malam tu
Kesian diaorang...
Tapi deme memang makan asam tu sungguh2...
Adoi... kenangan sungguh pi Lumut kali ni
Tengok kat plastik asam tu, expiry date lambat lagi
Maybe ada bahannya tu la tak tahan dengan perut kami
Pasni banned la asam tu..takmo beli dah!