Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 27, 2016

KERUSI COMEL UNTUK SI COMEL

Semalam singgah Econsave 
masa balik keje
Singgah sebab nak beli barang dapur sikit
sambil ronda2 dalam tu
ternampak pulak la kerusi comel ni
Harga RM9.90 sebiji... terus ambil dua
untuk Amira & Jasmin

Ni dia kerusi comel tu
Kena beli sorang satu, kalau tak nanti berebut pulak



Ni si Jasmin dah rasmi duduk atas kerusi
Si Amira tengah sentap sebab baru lepas kena marah dengan aku..hahaha


Abih hati diaorang dengan kerusi tu
Nak tido pun pegang kerusi... sabo je la..
Nasib Jasmin tak angkut masuk buai sekali kerusi tu..



** Perasan tak ai dah tuko watermark
Tapi cam tak cun la pulak.. [tepuk dahi]





Thursday, May 26, 2016

AIR YANG MENGALIR JANGAN DIBAZIRKAN

Entry peram dah lama ni
baru nak publish hari ni ...hahahahaha
Maap la mak2 sibuk jiwa kacau ni
macam2 benda jadi lupa..

Masa pasang penapis air Coway haritu
aku baru perasan dia ada buat saluran air mengalir keluar kat sinki
Budak yang pasang tu kata, air tu takleh minum tapi boleh la guna buat benda lain
cam siram pokok ke, basuh pinggan ke kan
Air tu maybe air yang lepas melalui proses tapisan
Maksudnya air tu maybe dah takde zat untuk di minum kot.
Tapi udah dia buat kat sinki cemana pulak nak tadah air tu
Kalau sikit2 keluar cam air aircond tu boleh la tadah pakai bekas
Ini setiap kali ada air masuk untuk ditapis, banyak jugak air yang keluar.



Memula dulu, aku biar je air tu mengalir
tapi mak aku tegur, dia kata macam membazir pulak air tu
Bayangkan tadah guna bekas aiskrim yang 1 liter  tu pun cepat je penuh
Sehari tah berapa banyak liter la air yang mengalir keluar tu kan



So aku decide cari alternatif nak jimatkan air tu
Finally, ini je cara termudah & terjimat yang aku boleh buat
Tadah kat dalam mesin basuh...
Mesti korang tengah imejin cemana nak tadah kat mesin basuh tu kan...
Aku pun jenuh juga fikir masa nak buat tu dulu

Pastu baru aku teringat masa orng tu install dulu, ada balance getah paip tu
[yang kaler kelabu tu]
Nasib la aku tak buang.. aku simpan je dalam stor
rupanya ada jugak kegunaannya
Aku potong ikut panjang dari mesin basuh ke sinki aku
Pastu aku just sambungkan  dengan paip yang keluar air tu.


Nak menyambungkan tu pun jenuh pikir nak pakai apa
Last2 pakai je straw [kebetulan ada kat rumah]
Nampak tak kat sambungan antara saluran biru & oren tu?

Kiranya lepas ni, air yang keluar tu akan terus menuju ke dalam mesin basuh aku...
Bijak tak acik???

Nampak tak getah yang terjuntai kat mesin basuh tu?
Air tu mengalir kot situ la
Cuma bila buat camni setiap kali nak guna mesin basuh kena cabut la sambungan staw kat sinki tu
pastu keluarkan getah yang kat mesin tu
Sebabnya mesin aku tu kalau pintu mesin tak rapat, dia tak boleh pusing..
Pastu kalau tak cabut sambungan straw tu air sure la melimpah ke lantai pulak..
So sementara tengah guna mesin, tadah je cam biasa kat sinki tu


Air yang tertadah selama sehari setengah.
Banyak juga kan... hampir separuh mesin
Kalau dibuang kan sayang..
So kita guna la buat basuh baju...






Wednesday, May 25, 2016

DI AMBANG 40-AN

Ekceli lambat lagi nak cecah 40 tu
3 tahun lagi kot
tapi sekarang ni pejam celik pejam celik 
sedar2 dah umur 40 tahun dah...hahahaha



Cukup2 la kejar dunia tu 
Bukan harta yang patut dikejar
tapi redha Allah yang perlu dicari

Bak kata Prof Muhaya, kalau kita kejar akhirat
Insya-allah dunia akan datang pada kita

Dalam ceramah agama petang2 di radio tu
ada ustaz tu kata
kita ni tak disuruhkan banyakkan harta
tapi kita disuruh banyakkan amal
**insap kejap

Walopun belum 40 tapi elok amalkan doa ni dari sekarang



** Aku dah feeling mood orang2 tua lak ni...huhuhuhu

Monday, May 23, 2016

SELFIE LE LE

Tak boleh nampak mama pegang henfon
dia pun nak berebut sama
sebabnya dia kata nak tangkap gambar

Tu dia bila dah pandai selfie
semua gambar dia je... style je sama
cuma posisi gambar je tak betul
sebab masa pegang tangan dok goyang2
kejap nampak muka, pastu nampak kepala je

Ni gambar2 aku dah colllage kan


Aku guna kamera depan je.. baru dia nampak gambar dia
Kalau guna kamera belakang, 99% adalah gambar gelap gelita
Ate..... tangan tu asyik nutup lens kamera tu je...
hadoi la...!


PARAGLIDING

Semalam masa tengah sidai kain
Perasan ada bunyi bising
ingatkan ada kapalterbang lalu
beria la aku mendongak2 kepala
rupa2nya ada orang main benda ni..



Aku tak tahu apa namanya
[tadi baru google]
tu yang tau namanya paragliding
Sukan baru kat Batang Kali gamaknya..hahahaha
Sebelum2 ni tak pernah nampak pun
Semalam tengok ada 3 orang dok berada di udara
Ralit tengoknya.. pastu ada sorang tu terbang rendah je
sempat la tangkap gambonya...




Amira pulak penakut
siap nangis2
sebab dia ingat orang tu nak ambik dia..hehehehe
Beria suruh aku masuk dalam rumah




Friday, May 20, 2016

DURIAN FESTIVAL DI PERAK

Jom Yop Yong semua
peminat2 tegar deroyan
Jom serbu Sitiawan pi pesta durian


Awal cuti sekolah nanti kome oi....boleh la pi..
RM10 sekepala makan sampai puas
Bestnya....

aku cadang nak balik Ipoh juga minggu tu
kot2 boleh terlajak sampai Sitiawan pulak..
hehehe..

Thursday, May 19, 2016

KISAH AKU & JERAWAT

Masa sekolah2  sampai aku matriks
aku ni antara orang2 yang mempunyai kulit yang cantik la... ala2 flawless gitu
Sebutir jerawat nak hinggap pun payah
sampai kengkawan aku ramai yang jeles kulit aku bersih sangat
[ni bukan aku yang kata, kengkawan aku yang kata masa tu]

Masa aku 1st semester, semuanya berubah
Masa tu tahun 1998
Bermula gara2 aku makan satu supplement ni
konon nak bagi stamina  la kan, sebab masa tu dok ulang2 alik pegi kelas je.. 
jalan kaki lak tu.. letih tau.. dah le kolej jauh dari dewan kuliah..
Mula sikit2 jerawat keluar, lepas tu takmo kurang2 dah
Sedih wei memikirkan muka yang dah bertambah2 jerawat
Memang dugaan tul..

Usah cerita la masa tu, produk apa yang aku tak pakai
Semua aku try demi mengatasi jerawat aku ni 
Duit beribu riban habis beli produk & ubat
Tapi jerawat dok lagu tu je la... hilang kejap, naik balik
Stress tahap dewa, pastu self esteem rendah giler

Sampai aku grad, konvo, kerja & berkenalan dengan hasben pun dengan muka yang berjerawat
aku ingatkan dah tak kawin dah aku
muka tak lawo sapa la yang nak ye dak????
Masa hasben aku start approach aku pun aku dok tertanya dalam hati
dia ni gile ke apa @ just nak main2kan  aku je
Tapi sama gatal jugak akunya... layan jugakkkkkk!
Hahahaha... first tima nak merasa ada boifren..
[kat kampus memang tak laku aku ni..hahahahah]
Tapi bagus jugak la kan... idak le aku ralit berkapel je masa belajo.. ntah2 mau result aku teruk..
Aku kenal hasben aku ni masa aku dah keje lepas grad tau..

Muka aku yang penuh jerawat
[Baju kuning tu masa aku bertunang]


Sampai la aku kahwin, still dengan muka jerawat
Jenuh jurumekap nak mekap tebal2 untuk kaver jerawat
Sampai la aku mengandung anak sulung
Orang kata lepas beranak muka/kulit cantik la sebab darah kotor dah keluar
Hurmmmmm... idak juga.... jerawat berleluasa je macam biasa
Banyak beno ke darah kotor dalam badan aku ni ha???

At one time, masa tu aku dah bersalin anak ke dua
pernah ada satu lawyer tegur aku [aku keje opis loyer dulu]
Kenapa dengan muka U?? Kena ciken pox ke??
Waaaaaa stress giler.... dengan jerawat baru, dengan bekas jerawat 
Laki aku pun tak pernah cakap camtu... sentap mak!
Tapi  aku diam je le...

Sampai la tahun 2012 aku mengandungkan Amira
aku try consume Shaklee sebagai supplement masa mengandung
Disamping aku try pakai sabun G&H cap Amway tu
[kawan aku recommend]
Alhamdulillah ada perubahan sikit2
adik aku pun tegur, jerawat dah kurang.. muka dah nampak bersih
Pergh.. lega hati.. after 14 years akhirnya ada improvement
So set tu je la yang aku maintain sampai sekarang.
Setakat ni ok dengan kulit aku so takmo tuko2 dah
kang jadi balik cam dulu, aku juga yang merana..

Sekarang kulit aku masih ada jerawat.. cuma tak sedahsyat dulu
Tapi bersyukur sangat2 perubahan yang sangat2 ketara

Wajah terkini
Ada je jerawat & parut tapi tak nampak sangat
Henfon aku ni bila guna front camera otomatik muka jadi sekata je kalernya
So korang jangan terpedaya ye..



Dah boleh lega dengan masalah jerawat
timbul pulak masalah lain
yang sampai sekarang tak settle & belum jumpa penawar
Masalah apa tu nanti aku cerita bila aku dah sedia
ala2 nak buka darkest secret gitu... 




Wednesday, May 18, 2016

HUJUNG MINGGU @ MARRYBROWN

Dah tengah minggu baru nak cerita hal hujung minggu lepas
Ate... cemana buatnya? 
Mood terlepas ke laut, bizi pulak dengan keje opis
[bizi pebenda tah le..]

Hujung minggu lepas hasben dah janji dengan anak2
nak bawa diaorang pegi makan kat Marrybrown [MB]
Ok..abah nak payung, jom kita folo...

Tak jauh pun MB tu dengan rumah aku
tak sampai 5 minit kaau naik kereta...
Pada aku kalau pilih MB dengan KFC baik la gi makan KFC
Tapi sebab anak2 anak aku nak main kat dalam tu
tu yang pegi jugak la..
Yang si Adib pulak sebab nakkan beg Superman/Batman
tu yang beria mengajak abahnya pegi situ
Kebetulan beberapa hari sebelum tu ada dapat kupon MB kan
tu semangat ko nak pegi...
Sekali time pegi, kupon semua tu tertinggal kat rumah
[padan muka..hehehehe]

Takpe la janji anak2 hepi....
walopun makan tak puas pun sebenarnya...hehehe

Nak buat peace tapi tak jadi..
dah rupa nak korek hidung je..

Feeling beno dapat main kat MB
Muka kembang setaman...


Tengah makan2 dalam tu tetiba hujan turun dengan lebatnya
Makanya makin lama la kami dok dalam tu
Puas la budak2 dok main dalam playground kat situ


Budak eksaited nampak bola banyak2
Tu tengah konfius nak pegang yang mana satu.


Sempat lagi buat kawan dalam tu
Tah anak sapa2 tah yang main dengan diaorang tu


Sakan main dua beradik ni...
Nasib la tak sampai kena heret balik..hahaha


Adib dengan watak superhero yang tengah promo kat MB
Dah dapat beg Batman... muka senyum la ye..
Cuba kalau tak dapat...moncong je...

BILA KITA JAGA DIA, DIA AKAN JAGA KITA

Tak tahu la patut ke tak patut aku tulis ni
sebabnya takut2 orang salah anggap sebagai riak pulak
Harap2 korang yang baca ni idak le melabel aku sebegitu

Aku ni sebarang perubahan2 aku jarang aku bagitau orang
Apa aku nak buat, aku buat dendiam je
So siapa yang biasa nampak aku,boleh perasan aku berubah sikit2
Tapi korang yang tak pernah tengok aku, memang takkan tahu kan..hahaha

Asal bermula sesuatu tu kadang datang dari asbab2 yang dah diakdirkan Allah
aku sendiri pun tak tahu kenapa & mengapa
tetiba je rasa
Dulu  aku tak bersarung kaki [stokin la senang cerita]
Tapi nak dijadikan asbab, aku selalu krem waktu pagi
sampai nak gi keje pun betis keras je.. so aku decide untuk pakai stokin gi keje
[kat opis memang sejuk pun.. aircond kuat]
So bila dah lama2 aku rasa baik aku teruskan je le berstokin tu
Lagipun kita semua dah tahu kaki tu pun aurat kan
Alhamdulillah sampai sekarang aku berstokin
[cuma kat rumah je masih celam celum...]

Dari stokin kaki, terus ke stokin tangan pulak
Ni  kesedaran diri sendiri je... tah cemana aku boleh terbeli stokin tangan
sebab masa tu aku terfikir, semua aku dah tutup cuma aurat tang tangan dok terdedah lagi
Maksudnya 95% aku dah cover tapi 5% still terbuka
so itu still consider tak sempurna tutup aurat lagi la kan..
So slowly aku belajo pakai stongan... 
Aku cuma harap Allah kurniakan istiqomah untuk aku buat semua2 ni.
[tapi masih ada kelalaian  di beberapa bahagian...slowly aku nak betulkan]

-gambo google je-


Balik dari seminar keluarga sunnah hari tu
ada beberapa sunnah nabi aku try amalkan
aku tak drastik nak buat semua @ paksa suami & anak2 buat
Apa2 pun aku mulakan dengan diri aku dulu
Buat yang senang2 & mampu dulu la
Sebab diri sendiri yang nak berubah kan...

Ok main point nak ceritanya ialah kisah pagi tadi
Aku dok kelam kabut nak pegi keje
nak kejut & siapkan anak2 ke rumah pengasuh
nak kejut Adib pegi sekolah lagi...huish... 
Nak2 pulak kalau dah lambat kan.. lari timing bagai.. memang kelam kabut la

Nak dijadikan cerita, stokin kaki dah pakai
Stokin tangan tak sempat sarung masa hantar anak ke rumah pengasuh
[sebab sebelum tu aku basuh berak si Jasmin]
Konon sebelum keluar rumah nak ke opis nanti nak pakai
Memang lalai la... tak teringat langsung... sampai la aku dah dalam perjalanan ke opis
Dah agak jauh dah dari rumah sebenarnya
Baru perasan tak pakai sarung tangan
dalam dilema nak patah balik ke idak... last2 tawakal je la sebab aku pun sebenarnya dah lewat ke tempat kerja..
Lepas tu aku nak ambik telefon dalam beg
gagau punya gagau terasa pulak ada kain lembut2
Tarik keluar rupanya sarung tangan aku dalam beg....
Ingatkan ada sebelah je... gagau lagi ada lagi sebelah
Ya-Allah... syukur sangat & terasa Allah "jaga"aku
Tah cemana sarung tangan tu boleh termasuk dalam beg tu masa aku kelam kabut pagi tu
[Kebetulan aku letak beg tu bawah tempat aku gantung sarung tangan tu]
Dah jumpa sarung tangan terus cepat2 pakai dalam kereta..
Pasni meman aku kena standby satu set sarung tangan & kaki dalam beg la
In case jadi lagi hal2 kelalaian cam ni.

Itu baru satu kes lagi... ada lagi beberapa kisah lagi yang membuatkan kita terasa2 Allah sangat jaga kita bilamana kita sendiri menjaga hak2 Allah.
Aku rasa korang sendiri pun mesti pernah mengalami situasi2 camni kan.













Monday, May 16, 2016

SELAMAT HARI GURU!!!

Hari ni rasanya majoriti sekolah buat sambutan hari guru
Sekolah anak2 aku pun sama
[sekolah kebangsaan le..]
sampai budak sesi petang pun kena datang waktu pagi
Sekolah agama je buat sambutan hari guru hari Jumaat nanti

Apapun masih tak terlambat kot aku nak wish
SELAMAT HARI GURU 
kepada semua orang yang telah memberi ilmu pada aku
[anda semua adalah guru2 aku]
dan kepada semua guru2 anak2 aku
dan juga kepada semua rakan2 yang bergelar pendidik di luar sana



Semoga kalian terus menyumbangkan ilmu  dengan ikhlas
hanya Allah yang dapat memberi ganjaran atas ilmu yang diajarkan kepada kami.

Friday, May 13, 2016

SABUNKU 10KG

Kat rumah aku lagi prefer basuh baju guna sabun cecair berbanding sabun serbuk
Sebabnya aku tak reti nak pakai sabun serbuk
sebab selalu jadi bertompok2 kat baju 
Nak2 pulak kalau kena kat pakaian gelap...aduh
satu kerja pulak nak  membilas balik semula

Selama ni aku asyik guna Dynamo je 
beli yang botol besar 4.4kg tu tahan la untuk kegunaan 2 bulan
Ada sekali dulu aku try beli sabun ala Dynamo yang 10kg tu
Sabun tu selalu kedai dobi pakai katanya
Aku pernah try beli sekali dulu [kebetulan ada jual kat area rumah aku]
10kg tu tahan kot setengah tahun... so lama gila la tak beli sabun basuh baju
Tapi bila nak repeat beli udah takde pulak orang yang jual tu kat tempat beli dulu

Tapi kadang2 ada gak nampak orang jual sabun ni kat Selayang / Rawang
tapi asal aku nak, memanjang takde orang yang jual
bila aku tak nak bersepah2 pulak yang menjualnya
Last2 pesan kat hasben tolong belikan sabun tu kalau dia jumpa
Malam kelmarin dia dah bawa balik
Ni dia...
Mak senyum sampai telinga noks!

Sebelum tu siap2 dah pesan kat hasben beli je yang kaler apa2
kecuali kaler kuning & ungu
[aku tak suka bau lemon & lavender untuk baju2 ni]
Lemon aku suka kalau untuk pencuci pinggan
lavender aku suka kalau untuk essential oil @ pencuci lantai rumah..
Tah apa2 la aku ni kan???

Dulu aku beli kaler biru.. memang bau Dynamo plain
Malah lagi pekat dari Dynamo... tak payah pakai softland/downy bagai tu dah
Ni nak try kaler hijo lak... belum test lagi sebab nak habiskan stok Dynamo sedia ada dulu
Tapi baunya wangi lah!

** Beli 6 bulan sekali je sabun ni.. jimat belanja dapur bulan2..hehehehe


Thursday, May 12, 2016

RAYA DAH DEKAT

Once in a while aku akan buka bundut baju2 lama Aleeya & Adib dulu
Cari mana2 baju yang Amira @ Jasmin dah boleh pakai
Baju Aleeya memang banyak dulu, elok2 lagi
Memang sengaja simpan untuk adik2nya ..
[Baju Adib je belum ada pewarisnya]

Pastu terbuka bundut baju kurung
Baju kurung Aleeya memang banyak
Mak aku dulu memang rajin jahit baju kurung 

Pastu saja la acu kat badan Amira
Eh dah muat dah si Amira ni pakai baju kurung tu
Terus je la bagi dia pakai
Disimpan2 karang, sedar2 dah tak muat pulak

Kalau dah Amira ada, si Jasmin pun kena la ada
cari la yang saiz kecik2 sikit
muat la sehelai baju kurung cotton
walopun labuh bajunya pun dah sampai betis..hahahaha
Janji ada ye nak..



Ada gaya ustazah tak??
Siap pakai tudung instant Aleeya tu..


Nasib la ada tudung kakak yang dah kecik
Muat2 la pulak dengan Jasmin

Bila pakai baju kurung tu, rasa cam nak raya pulak dah
Ceh... pose pun belum udah nak sembang raya pulak ye...



Wednesday, May 11, 2016

SEJUK

Seminggu dua ni hujan dah kerap turun kat KL/Selangor
Tempat lain aku tak tahu la
Bila dah hujan ni  sejuk la sikit kan
Alhamdulillah


Hujan lebat yang mencurah2 hujung minggu lepas
Memang lebat sampai padang kat belakang tu nampak kelabu je



Bila hujan lebat ni, rumah pulak kerap bocor kena tempias hujan
Asal balik keje je, udah air bergenang kat lantai rumah
Kalau air dah masuk dalam rumah tu maksudnya hujan mesti tersangat lebat
Kalau hujan biasa2 takde la tempias sampai camtu sekali.
Makanya memang kena standby kain untuk aksi lap mengelap..

Pasghah!

SEMINAR KELUARGA SUNNAH

Hari Ahad lepas aku dan suami berkesempatan menghadiri 
SEMINAR KELUARGA SUNNAH
Memang dah lama aku nak pergi tapi semua venuenya cam jauh2
pastu pulak hasben aku ni memanjang tak available..
Asyik kerja & dengan aktiviti/hobi dia je..hahaha
Pada aku seminar camni kalau pergi dengan pasangan lebih bermakna dari pegi sorang2 kan.

Tah cemana terjumpa iklan seminar ni kat fb
dan kebetulan aku memang folo fb Ustaz Ebit Lew
[dan dah ditakdirkan satu petang tu aku terdengar radio IKIM & masa tu ustaz Ebit tengah promote seminar ni]
Macam terasa dipanggil2 untuk hadiri seminar tu
sebabnya lokasi seminar tu dekat MATRADE je...
Terus aku tanya hasben nak pegi tak seminar
Dan tanpa hok tanpa hek, dia kata OK
[macam tak caya je... selalu mesti dia cam keberatan]
Siap aku wasap dia iklan seminar tu
dan kebetulan seminar tu dibuat hari Ahad.. so memang dia tak kerja kan
Siap aku suruh dia block tarikh tu untuk sebarang aktiviti dia..
[sebulan awal dah inform tu..hahahaha]


So esoknya tanpa lengah2 terus daftar untuk seminar
terus buat payment sebab takut tempat takde @ hasben berubah fikiran pulak
Then aku deal dengan babysitter untuk jaga Jasmin & Amira masa aku attend seminar
Adib & Aleeya aku suruh diaorang stay kat rumah opah

Pagi Ahad kami bertolak ke tempat seminar
Keluar pagi cam nak pegi kerja.. hari Ahad tu harap2 jalan tak jem la
So kitaorang dah boleh estimate masa untuk sampai
[dalam sejam juga la perjalanan dari rumah]


Alhamdulillah, dipermudahkan untuk sampai
Dah le first time sampai situ
Pastu terus tuju tempat pendaftaran... ramai juga masa ni tapi cepat je urusannya
Patutnya seminar start pukul 9pg tapi dilanjutkan hampir 9.30pg
Masa tengah beratur untuk pendaftaran tu dah nampak Ustaz Ebit lalu untuk masuk dewan
[Kecik comel je ustaz tu..]


Dewan seminar agak besar & selesa la
Pastu lelaki & perempuan dipisahkan tempat duduk
so aku & hasben memang takleh duduk sekali
Sampai kat tempat duduk, atas kerusi dah disediakan roti, air kotak & buku nota
Ok gak tu untuk lapik perut sepanjang seminar tu.

Kalau korang memang folo fb Ustaz Ebit, macam tu jugalah cerita dia dalam seminar
Ustaz ni boleh tahan juga kuat seloroh tu yang sepanjang seminar tidak le boring
Sepanjang satu hari tu, hanya speakernya Ustaz Ebit sahaja
Kalau seminar keluarga sunnah sebelum2 ni kan ada beberapa orang speaker jemputan

Intipati seminar tu apa yang aku dapat:

  • Takde jalan lain untuk bahagia melainkan kena kenal & cinta Allah
  • Takkan kecewa & sia2 keluarga yang membawa & mengamalkan sunnah Rasulullah
  • Betulkan niat & matlamat perkahwinan kita --> Nak redha Allah dan  nak membawa pasangan dan anak2 masuk syurga
  • Jika ditimpa musibah itu tandanya ada rahmat Allah nak datang, so kita kena bersangka baik dengan Allah
  • Baiki solat, lazimi solat sunat, solat awal waktu, jaga solat, lelaki solat berjemaah di masjid
  • Bersyukur kerana Allah pilih kita jadi ISLAM
  • Bersyukur dengan semua pemberian Allah kerana yang Allah bagi semua yang terbaik untuk kita.
  • Hargai pasangan, buat banyak benda bersama pasangan - makan, minum, tidur, mandi, solat
  • Wujudkan suasana taalim dalam rumah ---> bacakan hadis Rasulullah setiap hari
Dan banyak lagi la.. sampai tak tertulis kat sini..hahahaha
Sampaikan sebelum balik dia pesan sebelum sampai rumah pergi beli dulang & buku hadis nabi. [aku sendiri pun tak beli2 lagi]

Sebelum habis seminar, kami sama2 berdoa. Doa dipimpin oleh Ustaz Ebit.
Tapi masa doa tu memang syahdu... memang mengalir air mata masa Ustaz Ebit berdoa sama2 dengan kami. 

Apapun, pengalaman pergi seminar macam ni memang satu pengalaman baru. Niat aku ke seminar tu hanya nak dapatkan ilmu untuk perbaiki kekurangan dalam keluarga aku. Tak kira la tak dapat banyak, dapat sikit pun jadi la.. Dah dapat ilmu tu kena la kita manfaatkan juga  kan..

-Thank you hubby sebab temankan isteri ke sini-


So korang kalau ada kesempatan @ peluang pergi seminar macam ni, sila lah pergi. Insya-Allah tak rugi. Jom sama2 membentuk keluarga sunnah  dalam keluarga kita.



Tuesday, May 10, 2016

DAYA INGATAN ANAK-ANAK

Anak2 aku especially Jasmin & Amira memang suka main dekat tempat aku lipat baju
Sambil lipat baju, diaorang akan sebut baju siapa yang aku lipat tu
Kadang2 aku yang tanya ni siapa punya?
Saja nak test daya ingatan diaorang..hehehehe

Siap spenda pun diaorang boleh tau sapa punya..
Hebat sungguh... walopun diaorang tak nampak pun sapa yang pakai sebelum tu... agaknya tengok saiz & pattern diaorang boleh agak kot
Tang mana depe perhati pun tak tahu le

Abah, abam, kakak, mama, mira, min
[habis semua kain baju diaorang sebut nama]

Ada sekali tu aku lipat sapu tangan hasben
hasben aku ni ada "key" 
[kain yang orang selalu pakai kat kepala tu ---> aku pun tak tahu kenapa panggil "key"]
Key tu hasben aku buat jadi saputangan
Selalunya bila aku lipat saputangan hasben aku diaorang akan sebut ABAH
Tapi bila aku lipat key tu si Min sebut IBU, si Amira sebut MAK LONG
Terus aku tergelak kat situ

Patut la diaorang sebut IBU & MAK LONG
sebab IBU [babysitter anak aku] & MAK LONG diaorang suka pakai key tu bila keluar rumah

Meh mama pakaikan key untuk Jasmin
macam IBU selalu pakai ye
[cubaan buat peace tak jadi]

Friday, May 6, 2016

SI LURUS SI KERINTING

5 hari bercuti memerap dirumah bersama suami & anak2
Bila suami gi keje, anak2 lain pegi sekolah
memerap la pulak dengan budak berdua ni
letih melayannya tapi seronok (la jugak)

Nak keluar tak boleh sebab hujan
so main bawah awning je le ye anak2
[mata masing2 dok pandang taman permainan depan mata tu..]



Aku ada 4  orang anak
ada 4 version aku & suami [ambik sorang sikit]
macam2 karektor, macam2 ragam, macam2 warna, macam2 pattern
Alhamdulillah! Greatest gift of all !

Thursday, May 5, 2016

PULUT MANGGA

Entry minggu lepas... baru hari ni nak publish
Lama pulak terperam dalam draft

Ni bos yang belanja kitaorang
Memang dah lama pulak tak makan pulut mangga ni
Last time makan masa aku study kat kedah dulu
[fuhhh dah lebih 10 tahun tu..]



Rezeki jangan ditolak weh...Sedap...
Manis + lemak berkrim disukai ramai

** Saja nak tayang gambo makanan... ai is pose today...hehehehe