Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 15, 2016

BILIK AIR + JAMBAN = TANDAS ---> TAK BOLEH SEBUT NAMA ALLAH TAU!

Hari ni ada lalu kuliah singkat kat fb
Ada beberapa ilmu baru yang aku dapat hari ni
So nak share dengan korang

Kadang2, benda yang kita biasa buat sebenarnya boleh jadi dosa
kita je tak sedar sebab kita tak belajar & dah terbiasa
aduhai... nampak sangat tak mendalami agama..

Jamban dan bilik air selalu kita boleh bezakan
sebab rumah orang dulu2 jamban & bilik air dibina secara berasingan
Tapi rumah zaman sekarang jamban & bilik air dibuat sekali dalam satu ruang
so ia tetap dikategorikan sebagai tandas

Dalam jamban @ tandas kita dilarang berdoa & berzikir
Menyebut nama Allah & selawat pun sebenarnya dikira berzikir
Abih tu camne nak ambil wuduk & mandi wajib???

Dengar kuliah ustaz ni:



Jawapan ustaz :
  • Doa/zikir/ selawat  = baca di luar tandas (sebelum masuk @ bila dah keluar tandas)
  • Wuduk & mandi wajib = niat sahaja di dalam hati




Patut la rumah2 kampung dulu dibina jambannya di luar rumah
Lebih berkat sebab tempat syaitan  diasingkan dari rumah kita yang diharapkan dipenuhi dengan malaikat rahmat...
Betapa manusia semakin jahil sekarang...huhuhuhu




4 comments:

PeRdU cINta said...

alhamdulillah..terima kasih perkongsian ya..majoriti sekarang baik rumah kampung atau bandar gabungkan tandas dan bilik air(bilik mandi)..jadi kena sentiasa beringatlahkan..

uncle gedek said...

Ramai orang tau…

tapi buat2 tak tau….

huhuhu

Qhaifa Nur said...

Bab gini terlepas pandang..
Perkongsian yg baguss

Unknown said...

Memang salah (makruh) kalau kita berzikir atau menyebut nama allah di tandas SECARA LISAN/LIDAH.. tapi melalui research yang saya lakukan, tak salah (setahu saya) sekiranya kita berzikir atau menyebut nama allah "DALAM HATI" walau sedang duduk di jamban.. kenapa? Kerana sesungguhnya tandas adalah tempat kita melakukan hajat (kecil dan besar), lagi2 melaungkan nama allah maha mulia. Tetapi kalau dalam hati, tak salah sebab walau sekuat apapun kita menyebut nama allah dalam hati, tak seorang pun boleh dengar kecuali allah.. tapi seeloknya jangan lah berzikir dalam tandas, walaupun dalam hati.. banyak lagi tempat yang lebih suci, bersih dan mulia.. sebab tu orang dulu2 tak duduk lama kat jamban tu..