Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 30, 2016

REMPIT JOM

Baru kelebek2 folder dalam henfon
ada lagi gambar2 yang belum dipublish kat blog
Maklumlah mak takde modal.. nak2 petang gini
kita modalkan anak2 je le...

Ni actually masa weekend 2 minggu lepas
budak2 nak main kat luar
tapi hari panas sangat walopun dah pukul 5 petang
so kasi main bawah awning je..

Kat luar ni ada motor abah diaorang
Sakan la diaorang main
Sorang memanjat, sorang lagi pun nak panjat sama
Last2 dua2 duduk atas motor

Amira memang suka kalau ajak bergambar
Si Jasmin, cam biasa.... muka takde expression 

Konon2 bawa motor macam abah..
Ecececece... 



Aik?? Kakak pun nak join the club
Tu Jasmin muka gayat sebab Aleeya tekan seat belakang tu
Kan moto jadi terjungkit kan...
Menjerit2 la si Jasmin...

Layankan je la anak2 ni ha selagi mampu...


DUIT HANTARAN

Ini takde kena mengena dengan 15K okeh...
hasben ai bayo full dulu tau...hehehehe

Saja semalam tengok album kahwin 
ternampak pulak gambar wang hantaran masa kami kahwin dulu
Zaman aku kahwin dulu takde lagi digital2 kamera ni
Semua pakai filem/kodak
So gambar dari album je le ada...
Dah 12 tahun punya cerita...

Tu dia.. siap dalam frame
sebab duit hantaran aku guna cek je
Sebabnya risau nak usung duit cash banyak2
maklum le perjalanan jauh kan



Bunga tu hanya perhiasan
prop kekdahnya..hahaha


Hantaran aku dulu idak le mahal sangat  berbanding dengan zaman sekarang
Sekadar yang termampu disediakan oleh pihak suami je
Hantaran ni harus dipersetujui oleh dua2 belah pihak ye dak
Lagipun hantaran bukan le jadi hak isteri pun
Maskahwin/mahar je jadi hak isteri

Maskahwin aku dulu pun idak le mahal sampai beribu2
Cukup la aku buat beli gelang kaki dulu
[dulu emas pun tak mahal cam sekarang]
Asalkan suami idak rasa terbeban, udah le...


** Duit hantaran aku dulu tu memang ngam2 bayo duit katering je..hehehe



Tuesday, March 29, 2016

KAMI PILIH PETIT COWAY

Dah lama dah teringin nak pasang penapis air kat rumah
Dok tunda2, survey2.. sampai sudah
Akhirnya lepas mengemukakan cadangan kepada tok laki
Gara2 dah tak larat nak masak air di musim2 panas ni
Makanya permohonan sang isteri dipersetujui si suami..hahahaha

Akhirnya sebulat suara memilih COWAY sebagai penapis air kami
Itupun pilih model yang dalam kemampuan suami la kan
Ate.... dia le yang kena bayor bulan2  kan.
Kata nak bagi hadiah anniversary...

So kami decide & pilih model PETIT
yang sangat comel,moden, kacak, bergaya untuk rumah kami
Wallawey....tak hagak2 kan...
Kena la pilih model yang sesuai dengan kapasiti ahli keluarga
pastu kena consider juga ruang2 yang ada kat dapur tu
Beli yang besar2 sangat ruang pulak takde nanti

Jumaat lepas, technician COWAY dah datang pasang 
Disebabkan ruang table top aku agak terhad
so terpaksa la pasang kat sebelah sinki dapur
Dulu aku spare ruang tu untuk aku sental baju2 sekolah anak aku 
sebelum dihumban dalam mesin basuh
Takpun aku guna ruang tu letak besen mandi baby masa aku mandikan baby
So ruang tu la ku korbankan untuk letak si PETIT

Comel je PETIT ni... 
saya suka...saya suka

Aku pilih kaedah sewa beli je, bayo bulan2
Nak beli cash bukan tak boleh
tapi aku lagi prefer ada instalment & servis berkala 
Dari pengalaman2 mak aku & jiran2 yang guna water filter yang macam2 jenis
dan diaorang bayar secara cash
bila sampai bab2 nak servis, mula la problem
orang yang servis tak muncul2.. kalau datang pun lambat2
Tak pun bila time barang rosak, mula la takde sparepart la bagai
[maybe COWAY tak macam tu]
So water filter tu nak tak nak kena buang je le kan..

COWAY ni yang bestnya setiap 2 bulan, diaorang akan datang servis
Kalau nak komplen apa2 pun senang je la
Free service ye selama 5 tahun gitu
[ekceli nak kata free pun idak le kan, sebab dah termasuk la kan dalam harga instalment aku bulan2 tu]

So sekarang dengan gembiranya menikmati air sejuk-panas-suhu bilik
Sejuknya mengalahkan air dalam peti ais uolssss
Anak2 aku gemar sangat la... nak2 musim panas2 ni
Nikmat tekak gitu!
Nak bancuh susu anak2 pun main tekan je
idak le aku stress asal nak bancuh susu je sekali air takde dalam tumbler
Yang ada cuma air panas dalam pemanas air tu je
hangin satu badan aku tau!

So sekarang sudah ada PETIT
Water dispenser & cerek dah boleh masuk gobok
Pakai bila perlu sahaja

Ni la water dispenser yang banyak berjasa
membantu meringankan kerja2 rumah..ewah!

After 12 years kahwin baru merasa penapis2 air ni
Sebelum2 dah berapa banyak keladak,kerak, karat dah aku telan ye dak
Ni tengok dasar water dispenser aku yang dah naik kuning
sebab air yang tak bertapis
segala keladak pun dah melekat dengan degilnya kat situ
Walopun aku selalu gak cuci water dispenser ni, tapi tak maunya jadi bersih seperti baru kan..








Monday, March 28, 2016

MEREKA PERGI JUA....

Petang semalam masa tenga belek2 Mici
Tertengok la hamster
[sangkar hamster tu atas sangkar Mici]

Aku tengok hamster senyap je
Dua2 cam tido
Aku try la tiup2 & goyangkan sangkar
Selalu tu mesti diaorang nguit2 kan
Tapi semalam langsung takde reaction

Aku sentuh badan diaorang pun cam takde reaction
Sah le dah mati kot
Tunggu sampai malam
langsung takde perubahan posisi
Konfem la tu dah tamat riwayat dua ekor hamster tu


Tak tahu apa punca diaorang mati
Makanan & minuman ada je dalam sangkar tu
Mungkin dah ajal diaorang..
Sedih gak...sebab dua2 sekali mati
Sekarang tinggal Mici sekor je la yang ada...



Thursday, March 24, 2016

PORT BARU JASMIN

Memula main kat ruang tamu
pastu main kat dapur
pastu senyap je...
rupanya2 dok diam2 kat port dia..

Hambek... port baek punya atas meja
Siap panjat sendiri tau..
Atas kepala tu pulak kipas angin
Berangin2 duduk situ, tu yang syok kot


Atas meja aku tu memang tak boleh la letak mende2
Kena biar kosong camtu je
Masa ni ada henfon Adib atas meja tu
tu Jasmin tengah kelebek tepon la tu...
Tah apa la yang ditekannya


Budak ni pandai panjat je
turun tak reti
bila dah boring, memanggil2 la orang
suruh angkat dia turun dari meja...
Tu tarik tocang sebab ngamuk dengan aku tak angkat dia lagi...
hahahaha..

Wednesday, March 23, 2016

CAKE TIME

Semalam kan birthday Amira
Surprise party tak jadi
cuma acara potong cake di pospon ke malam tadi

Hanya kami ber-4 je sebab Aleeya & Adib pegi tuisyen
tinggal mama,abah, Amira & Jasmin je
Jadi le..hehehehe

Ni kek Amira
Beli yang kecik2 je...buat syarat.
Tu nampak tak tangan si Jasmin siap2 dah pegang pisau kek
Jenuh menahan dari dia meng'apa'2kan kek tu


Birthday girl ni
Suruh tiup lilin pun taknak
Last2 abahnya yang tiup lilin


**Lepas ni birthday Abahnya pulak..




Tuesday, March 22, 2016

SURPRISE BIRTHDAY PARTY KONONNYA

Kalau ikutkan hari ni baru birthday Amira
Tapi sebab malam ni Adib & Aleeya ada tuisyen
[sampai hari Khamis]
Nak buat hujung minggu hasben pulak takde sampai Ahad
[ada program kayuh basikal kat Taiping]
So malam tadi je la yang sesuai...
Itu pun last minute la kiranya
pukul 4ptg baru decide nak buat makan2 sempena birthday Amira

Balik dari keje terus hasben aku inform Cik Besah nak buat makan2
Pastu tanya sekali FIL aku nak makan apa
FIL aku ni banyak beno pantang & benda tak boleh makan
Salah makan kang, kembung la, angin la, sakit urat la, sembelit la
So Cik Besah kata belikan aje la capati/tosei untuk FIL aku

Lepas aku sampai rumah dalam kul 7 petang semalam
terus keluar dengan hasben gi beli benda makan
Ni je le benda mampu beli
[sebab belum gaji kan...hehehehe]
Ada KFC, Satay, Capati (untuk FIL) & Kek
Tapi kek tak masuk gambar sebab simpan dalam peti ais

Lepas2 menghidang (dan snap gambar), baru aku tengok wasap
Baru perasan ada satu Whatsapp dari babysitter 
"Assalamualaikum, saya bawa anak2 gi jalan. Nanti balik saya hantar ye.. mungkin lambat sikit sebab gi makan kat Gombak"

OOOOMMMMMGGGGGG....... mesej disend pada aku pada pukul 7.20ptg
Abih la surprise birthday... sebab birthday girl takde..huhuhuhu
Ingatkan nak surprise anak, last2 mak bapak pulak yang tersurprise
Takkan nak suruh diaorang hantar balik pulak kan...
Gombak dengan Batang Kali tu lebih setengah jam perjalanan juga jaraknya
Errrrmmmmm.. pasghah je le...
Nak tunggu dia balik mesti dah lewat
Last2..kami makan je le makanan yang dah dibeli tu
Upacara potong kek je pospon malam ni.. Insya-allah..

Babysitter hantar diaorang pun dah pukul 10.30mlm
Nasib la tak tunggu diaorang balik dulu untuk makan
kalau tak perut dah masuk angin dah..
Lagipun kul 10mlm memang dah standby nak masuk tido je...


HAPPY 3RD BIRTHDAY, AMIRA!

Alhamdulillah genap 3 tahun umur anak dara aku ni
sapa lagi kalau bukan Kakcik/cik gebu/cik putih/cik kinting
yang sorang tuuuuuu
AMILA CHUYA la... [read: AMIRA SOFEA]
Tak reti sebut nama dia betul2 tu yang jadi Chuya tu

Ni la budaknya...
Comel tak kakton???


Membesarlah kamu wahai anak
Menjadi kebanggaan abah & mama
Menjadi pencen kubur mama & abah nanti
Semoga sentiasa dilindungi Allah, sentiasa diberkati & dalam redha Ilahi, anakku


Mama, Abah, Kakak, Abang & Adik
Sayang Mira selalu tau!
Muah ciked....




Monday, March 21, 2016

BUSY JAGA ANAK-ANAK

Hujung minggu  kalau tak keje gini  la keje mak2
Bukan aku sorang je yang sibuk jaga anak
Diaorang pun sama...

Tukar pampers anak ke Amira???



Bersusun anak2 diaorang ni
Letih kan jaga anak2..hehehe



Lagi letih, lepas diaorang main 
mamanya la kena tolong kemas anak2 diaorang ni
Hahahaha...

Friday, March 18, 2016

HATI ISTERI ... YANG TERSIRAT

Saja nak share ni 
dapat dari fb
maklum le takde benda nak mengarang...


Cintailah isteri tu selagi ada cinta di hati
esok2 dah takde cinta, jenuh la..



Especially kalau nak kejutkan dari tidur. 
Ya-Allah. macam nak gerak rimau yang tido.
Salah kejut, kena marah, kena maki
Kecik hati tau... walopun masa tu maybe hasben tak sedar dia cakap apa
Kalau kat rumah parents lagi la segan
Risau mak ayah dengar dengar suami marah2 kena kejut tidur kan...huhuhu
[nampak sangat la liat nak bangun tidur kan]


Aku la tu
Dari anak sulung sampai anak no 4
suami tak teman pun masa nak push2 tu
sakit tanggung sendiri la...
Dia jenguk pun lepas siap jahit semua dah

Ekceli anak sulung, memang hasben takleh teman sebab c-zer
Anak 2nd, dia teman kejap, pastu bila nak start adegan push2, dia lari keluar sebab tak sampai hati tengok katanya..
Anak 3rd & 4th memang dia takdan masuk labour room pun
Masuk pun bila nurse panggil cakap kat dia aku dah bersalin je..



Selalu gak buat, rasa dulu kot2 tawar habiaq kan
Kang tak sedap taknak minum pulak...
lagi kecik hati bini.



Ni memang kelemahan para isteri
Mana la nak compare dengan masakan mak sendiri kan
Tapi at least, ambik la hati isteri kan
Walaupun tak sedap ataupun tak rasa lapar
jamah la sikit...
Dah penat2 masak, suami tak makan
kecik hati tau.... penat aku masak!..
[macam selalu kena je.... dang!]




Ni pun betul
Cemburu dengan orang atau perkara yang suami lebih banyak luangkan masa
berbanding diri isteri
Isteri ni manusia tau... ada perasaan... kena la dijaga perasaan tu

Dah jadi isteri ni dah tak sama masa zaman single mingle
Banyak benda isteri dah hilang bila terima suami tu
Minat, kawan, hobi, kegemaran banyak dah dikurangkan
Banyak tumpukan perhatian pada tanggungjawab terhadap family je
Apa2 pun utamakan family dulu dari benda2 lain
Rasa bersalah sangat kalau terlalu tumpukan benda lain dari keluarga
Itu aku la... orang lain aku tak tahu..

Jadi isteri ni banyak perasaan nak kena jaga
perasaan sendiri, perasaan suami, perasaan anak2, perasaan mak ayah, perasaan mentua, ipar duai... adeh [berjela2]
Tapi bila takde orang nak jaga perasaan aku
memang la aku marah... macam kayu la aku layan nanti...hahahahaha
Ha camtu la bila hati ni dah kebas... dah takde feeling...

** Hati perempuan ni memang complicated sebenarnya.


JOM BERLUMBA : SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI

Aku memang suka baca status Ustaz Ebit Liew kat fb
Dengar ceramah & tazkirah dia kat IKIM
Banyak motivasi, banyak inspirasi
kadang2 terasa sendiri gak la..


Selalu sangat dengar isteri kena berkhidmat untuk suami
tapi jarang dengar suami berkhidmat untuk isteri
walaupun isteri ada hak2nya

Beruntung la para isteri yang sentiasa berkhidmat untuk suami
tapi lagi beruntung kalau suami-isteri saling berkhidmat untuk pasangan masing2.
beruntung dunia, beruntung akhirat gitu kan

Thursday, March 17, 2016

HANCUR..HANCUR..AKU

Layan feeling pepetang ni..



HANCUR AKU
(Estranged feat Fazura)


Apa khabar teman
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu

Apakah ertinya
Kesemua ini
Ku merindukan kehadiranmu

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Apa khabar teman
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari
Diri aku

Apakah ertinya
Kesudahan ini
Patutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku


Fazura ni dah menyanyi pulak dah ye
Hahaha baru tahu
Boleh tahan juga la suara dia..

JENAMA TUDUNG YANG FEMES DI MALAYSIA

Sejak dua menjak terjebak dengan AJ ni
makin luas juga la pengetahuan aku tentang tudung2 bawal ni
[poyo tul!]
Selalu tu main beli tudung paso malam je
takpun yang murah2 yang takde brand pun

Aku ni pulak kalau tudung mahal2 ni
idak le lalu aku nak membelinya...
takat lalu tengok je le..hahahaha

pic credit to fb 

Kat atas tu antara brand tudung yang femes2 kat Malaysia ni
Korang boleh tengok range harga tudung2 keluaran brand masing2
Masing2 brand ada la peminat yang tersendiri

Dalam banyak2 tu tudung Aidijuma (AJ) la yang jual paling murah
[start dari harga RM10]
sebab murah tu yang banyak orang suka
aku pun suka juga sebab tu la... range harga pun masih affordable
takde la sampai ratus2 @ ribu2 sehelai
Mampu milik gitu.. sampai dah terlebih2 milik jadinya..hahahahaha



Hari ni pakai tudung bawal Anaqeen
pemberian dari seorang rakan
Best la kain dia compared tu AJ
Anaqeen (AQ) ni salah satu pesaing AJ la
Banyak design2 cantik & harga sangat affordable
Kalau nak cuci mata tengok tudung Anaqeen boleh tengok kat websitenya



Lagi satu competitor AJ ialah Kekaboo
Pun cantik2 & affordable harganya
Rambang mata wehhhhhhh



So sesapa yang berminat nak pakai bawal & peminat2 tudung bawal
boleh la jenguk2 website2 tu
mesti ada yang tersangkut nak beli selai dua..

Korang minat tudung apa?





Wednesday, March 16, 2016

R.A.B.U

Morning uols... semoga ceria2 je semuanya


Allah selalu ingat akan hambaNya
tetapi hamba seringkali melupakan Tuhan




Tuesday, March 15, 2016

BILIK AIR + JAMBAN = TANDAS ---> TAK BOLEH SEBUT NAMA ALLAH TAU!

Hari ni ada lalu kuliah singkat kat fb
Ada beberapa ilmu baru yang aku dapat hari ni
So nak share dengan korang

Kadang2, benda yang kita biasa buat sebenarnya boleh jadi dosa
kita je tak sedar sebab kita tak belajar & dah terbiasa
aduhai... nampak sangat tak mendalami agama..

Jamban dan bilik air selalu kita boleh bezakan
sebab rumah orang dulu2 jamban & bilik air dibina secara berasingan
Tapi rumah zaman sekarang jamban & bilik air dibuat sekali dalam satu ruang
so ia tetap dikategorikan sebagai tandas

Dalam jamban @ tandas kita dilarang berdoa & berzikir
Menyebut nama Allah & selawat pun sebenarnya dikira berzikir
Abih tu camne nak ambil wuduk & mandi wajib???

Dengar kuliah ustaz ni:



Jawapan ustaz :
  • Doa/zikir/ selawat  = baca di luar tandas (sebelum masuk @ bila dah keluar tandas)
  • Wuduk & mandi wajib = niat sahaja di dalam hati




Patut la rumah2 kampung dulu dibina jambannya di luar rumah
Lebih berkat sebab tempat syaitan  diasingkan dari rumah kita yang diharapkan dipenuhi dengan malaikat rahmat...
Betapa manusia semakin jahil sekarang...huhuhuhu




Monday, March 14, 2016

HARI KAMI

Alhamdulilah
Hari ini genap 12 tahun usia perkahwinan aku dengan en suami
Eh..eh.. dah 12 tahun???? Lamanya...




Semoga dengan ulangtahun pernikahan kami ini
Allah sentiasa memberkati kehidupan kami di dunia & akhirat
Mengurniakan kami rezeki & hidayah yang berpanjangan
Dan memelihara kami agar sentiasa berada dalam redha Allah
AMIN!



Ni je gambar berdua yang agak latest
Ni pun gambar tahun lepas
[punya la lama tak bergambar sama..hahahaha]




Friday, March 11, 2016

MACAM NAK STOP DAH MAKAN PIL PERANCANG

Lepas bersalinkan Jasmin, habis je pantang memang aku terus ambik pil perancang
sebab taknak kejadian terlekat cepat cam Amira-Jasmin kononnya
Kaedah ni je yang pada aku senang & mudah & murah..hahahah
Kaedah yang lain2 aku tak pernah try - IUCD, Implanon, Injection

Kiranya dah setahun lebih aku makan pil perancang ni
Dah 2 jenis aku makan 
memula tu Noriday, pastu Oralcon pulak
ni pun semua supply dari KK.. tak beli pun...

Oralcon ni nurse ganti selepas Noriday
start Jasmin dah tak menyusu badan


So far aku makan pil perancang ni, ok la 
takde la aku loya ke, pening ke, gemuk berlebihan ke
Yang pastinya berat tu maintain je.... makan banyak ke sikit ke, itu la beratnya
setahun berat aku macam tu je...
Kalau dapat berat badan ideal ok le nak maintain tapi ni dah kategori obes dah ni..hahaha

Habis tu kenapa nak berenti makan pil?
Ehem... aku nak berenti bukan sebab aku nak mengandung lagi tau
tapi sebab aku dah terasa kesan2 tak baik makan pil perancang ni
memang selama ni aku tahu makan pil ni tak elok kalau digunakan untuk jangka masa panjang sebab banyak side effectnya
Aku target makan pun dalam setahun-2 tahun je
pastu pepandai la rancang sendiri kan..

Dalam masa yang sama aku pun nak kena kurangkan berat badan 
maklum la badan dah tua ni, dah tak fit
cepat mengah2... badan pun terasa berat
metabolisme pun dah rendah kan.. tak macam masa umur 20-an dulu
Bila makan pil ni, memang proses turun berat badan tu sangat sangat lambat
Buat le cemana pun, nak turun 0.5kg pun adalah sangat2 susah
[patut la berat aku dari lepas bersalin statik je sampai sekarang]

Pastu ada la dua tiga sebab lain yang aku rasa mungkin disebabkan  makan pil ni
Aku rasa sapa2 yang biasa makan pil perancang boleh tahu kot 
Pil ni kan ada mengganggu hormon
so bila hormon terganggu @ tak stabil macam2 la yang tak kena dengan badan kan
Nak2 pulak aku yang dah diambang 40-an ni... banyak benda badan dah takleh nak accept..
so simptom2 ni kadang2 bother aku juga so tu sebab aku decide nak berhenti dah

Lepas ni pepandai la merancang sendiri
Rezeki pun datang dari Allah.. berserah saja
Kalau ada lagi Allah nak bagi, terima sajalah
kalau takde pun, memadailah dengan rezeki yang ada..



** Sibuk2 nak berenti pil perancang, pap smear pun aku tak buat lagi.. Sampai nurse pun kadang2 call tanya bila nak buat pap smear...