Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 29, 2013

INI JE YANG TINGGAL

Kronik!
Stok EBM aku dah makin merosot
Ini je yang tinggal...
Amira pun dah 8 bulan lebih dah

Sekarang tengah ajar minum susu tepung lak..


** Rindu pulak zaman2 freezer aku penuh dengan stok susu dulu

Thursday, November 28, 2013

PERSIAPAN BERSUNAT

Anak jantan aku bakal bersunat hujung minggu ni
Tah le cemana la gayanya nanti
Bukan kitaorang paksa pun tapi dia sendiri yang nak
Bila aku tanya dia berani ke?
Dia kata dia berani... hmmm ok la tu

Memula dulu ada je yang cakap tak awal sangat ke nak bersunat tu
Termasuk la cik besah
Tapi pada aku lagi awal lagi bagus
Adib pun dah 6 tahun.. elok la tu kalau nak bersunat
Ada ustaz tempat keje lama dulu lepas seminggu lahir terus disunatkan anaknya

Suami aku pun tak banyak kira
Dah itu kemahuan si anak kita turutkan je la
Mak aku pun pesan, anak tu dah sampai seruan nak berjihad, jangan la dihalang2.

Malam tadi hasben aku bawak balik banyak kapas
Katanya kawan dia yang bagi
Siap dengan jeli gamat + ubat tahan sakit & ubat sapu
Mentang2 la kawan dia tokey  farmasi
Hambek ko...
Kalau ko tak bersunat nanti Adib.. tak tahu le...



** Anak yang nak bersunat, aku pulak yang berdebar2.

BERINAI

Aktiviti kegemaran Aleeya kalau cuti sekolah 
BERINAI
Boleh kata setiap kali cuti sekolah yang panjang sure nak berinai
Ikut perangai sapa tah

Projek berinai malam tadi
Dah le tu suruh aku pulak yang melukis tangannya tu
Mama ko ni dah le keras tangannya
Nak cantik memang tak la 

Hasil kerja mama Aleeya
Nasib ko la nak...

Aku terbeli inai hitam la pulak
Dah macam dakwat kat tangan pulak aku tengok..

Wednesday, November 27, 2013

WW 2013

Sukanya dia masuk buai...
Senyum meleret cik gebu ni...

Tuesday, November 26, 2013

ADIB BUAT APA TU???

Satu petang yang sunyi
Cuaca pun suram je
Tetiba aku nampak si Adib duduk sorang2 atas buai kat luar rumah
Diam2 aku intai apa dia buat...
Bila aku nak tangkap gambar dia terus menyerongin camtu


Oooo.. rupanya dia tengah makan teh o keras
Dia dah bekukan dari pagi tu...
Jenuh mencungkil la kan...hehehehe

Aku kecik2 dulu pun suka buat teh o beku ni
Tapi hanya teh o ye... minuman lain aku tak berapa suka

Monday, November 25, 2013

JOM CUCI WASHING MACHINE

Sape kat sini pernah cuci washing machine tak?
Selalu korang dok guna washing machine untuk basuh baju kan
Kali ni meh basuh washing machine tu pulak

Washing machine aku ni dah berumur 8 tahun
Sekali pun aku tak pernah cuci
Takat lap2 badan dia tu ada la
[sebenarnya aku pun tak tahu washing machine tu boleh dicuci rupanya]

So minggu lepas aku singgah Cosway
Sebab nak beli pencuci washing machine ni...

Ini la bendanya..
Cam serbuk sabun basuh baju tu je
Dalam satu kotak tu ada 2 pek
So boleh guna untuk 2x
Satu kotak tu harganya dalam RM7.90 

-Cara2 penggunaan-

Aku guna semalam lepas aku basuh baju
Memula kena penuhkan dulu mesin basuh dengan air
Pilih level paling maksimum
Pastu baru masukkan 1 pek serbuk pencuci Power Max tu
Biarkan dia pusing seminit dua supaya sabun tu larut
Pastu stopkan machine & biarkan selama 5 jam lebih kurang

Aku seal penutup washing machine ni 
so takde la orang lain pi masukkan baju dalam mesin tu
Anak aku tanya kenapa buat camtu
Aku cakap sebab aku bubuh ubat cuci  dalam tu

Lepas 5 jam cuba korang tengok air rendaman tu
Jadi hitam ko... berkeladak & berdaki
Nampak tak daki2 yang terapung2 tu?
Kekotoran selama 8 tahun wei...

Pastu korang on je machine tu cam biasa
Biarkan mesin pusing sampai habis 1 cycle
Maksudnya sampai final spin la

Pastu korang akan dapati mesin korang bersih berkilat
Maybe akan ada saki baki daki yang dah tertanggal dalam tu
So sila la lapkan ye.... baru la bersih
Voila.... bersih macam baru...

TERINGIN SEBENARNYA

Kalau jaga segan nak peluk anak patung
Dalam tidur pun jadi la.....

Aleeya yang tangkap gambar abah dia ni
Abahnya duk peluk patung Amira..
K-A-N-T-O-I

Friday, November 22, 2013

AMIRA @ 8 BULAN

Hari ni genap la cik gebu 8 bulan
Alhamdulillah....
Kejap je masa berlalu kan....


Bila la rambut nak banyak ni dik???


Layan video cik gebu ni sekali


** Dah berjaya hanya bagi susu badan pada Amira selama 8 bulan ini. 
Belum pernah campur dengan fm lagi..
[Tak percaya dengan keupayaan diri sendiri..)


DAOMEI

Lama tak tepek gambo cik gebu
Pagi2 ni layan gambar budak ni dulu


Cekci tak saya??

Thursday, November 21, 2013

TAB BARU

Sebab Aleeya dah berjaya dapat no 1-3 dalam periksa
Abahnya dah janji nak kasi hadiah
Memula Aleeya mintak henfon
Tapi aku cakap dari mintak henfon, baik la mintak tab baru
Sebab tab lama dia pun dah cam rosak sikit
Last2 dia OK je..

Seperti dijanjikan abahnya dah belikan tab baru
Tapi cam biasa kena beli 2 la kan
Kang tak pasal2 sorang lagi tu merajuk
[walopun dia dapat no 14...hehehehe]

Tablet baru anak2....
Beli yang murah2 je....
Takat deme nak main game je kan...

Biru untuk Adib
Pink untuk Aleeya

Tab lama apa cer???
Tab lama lanting kat mama lor....
Boleh jugak mama nak berwhatsapp bagai...wakakakaka
Satu lagi tab kasi Amira la kot.. buat tengok citer upin ipin

KERAS TANGAN SI SUAMI

Balik keje hari tu aku terperasan yang string curtain aku mengalami perubahan
Sebelum ni kami simpul je
Tapi semalam lain pulak jadinya...

udah jadi dandan pulak dah...

Aku tanya Aleeya siapa yang buat camtu
Dia kata abah yang buat...

Pandai jugak laki aku menganyam ni....
[baru tahu laki aku ada bakat terendam cenggini]

Wednesday, November 20, 2013

HARI ANUGERAH ALEEYA LAGI

Hari tu hari anugerah untuk sekolah agama
Yang ni nak citer hari anugerah untuk sekolah kebangsaan pulak
Alhamdulillah, Aleeya pun ada naik pentas juga
Tapi takle dapat no 1... Dapat No 3 je..

Majlis kat sekolah kebangsaan ni di sebalah pagi
Hari yang sama juga budak2 darjah 6 ambil result UPSR
So sapa yang cemerlang dapat la terima anugerah kecemerlangan juga

Aleeya tengah salam dengan Guru Besar...
Tersengih je si Aleeya ni..

Ini je hadiahnya... trofi gangsa..hehehehe
Jadi le daripada takde ye..

Tahniah Aleeya... tahun depan usaha lagi
[Aleeya dapat naik kelas tahun depan]

Majlis Aleeya mula pukul 8.30pg kot. Tapi pukul 10.30 dah balik rumah
Malas nak tunggu lama2... lepas Aleeya ambik hadiah, terus blah balik rumah
[Nasib la rumah dekat dengan sekolah...]

C:O:L:E:K

Pokok mangga kat rumah aku tengah galak berbuah
Mana yang dah agak2 besar tu hasben aku petik la
Boleh gak makan cicah2

Siap sedia untuk di cicah 

Bahan coleknya tu aku buat yang simple je
Kicap-gula-garam-cili padi-belacan


Jemput makan semua....

Tuesday, November 19, 2013

BUKA NAMETAG

Sekolah anak2 aku semua pakai nametag terus jahit kat uniform
Ok jugak le sebab takde la risiko tercicir la, hilang la
Nak basuh pun senang..

Selalunya kalau lepas habis sesi sekolah
kalau unifom tu dah takkan dipakai
aku akan tetas balik nametag & lencana sekolah tu
itupun kalau masih elok la
kalau dah buruk pun aku akan tetas tapi aku gunting2 pastu baru buang

Nametag & lencana yang masih elok tu aku akan pakai untuk sesi sekolah tahun depan pulak
Nak jimat konon....hehehehe
Kalau masih elok buat apa nak buang kan...
Kalau dah tak pakai pun, aku akan simpan
Ada la gunanya nanti tu...
[very dasar mak2 kan.. suka simpan benda2 yang dah tak pakai, tapi tak tahu nak pakai bila]


Ni nametag Adib masa tadika
Sekolah kebangsaan pakai nametag kaler lain
So aku simpan je la nametag ni buat pekasam..


Korang ada tak perangai cam aku???

BIRTHDAY CAKE

Present dari suami sempena birthday aku bebaru ni
Strawberry Cheesecake
Mementang Secret Receipe dah buka cawangan kat Batang Kali

Cheese cake kome.....
Bertambah la lelemak aku...
[laki aku ni memang nak suruh aku menggemuk ke???]



Walopun kek ni buruk rupanya, tapi rasanya sedap
Thank you En Suami...


** Buruk kan deco kek SR Batang Kali ni??

Monday, November 18, 2013

HARI TERAKHIR SEORANG BUDAK TADIKA

Jumaat lepas hari terakhir budak2 sekolah sebelum cuti panjang
Anak2 aku masih lagi pegi sekolah haritu
walopun dah ramai dah yang dah start ponteng sekolah

Aleeya cam biasa, dia pegi sekolah ngan Atok dia
[sebab dia kene pegi sebelum 7.30]
Aku la yang hantar Adib 
Memula Adib cam malas juga tapi aku suruh juga dia pegi sekolah
Lagipun tahun depan dia dah sekolah kebangsaan kan

Muka takde mood nak gi sekolah

Adib ni kalau pujuk baik2 dia ok la
Sampai kat sekolah aku tangkap gambar dia sekali lagi
Wajah terakhir bergelar budak Tadika PASTI
Berkerut hidung tu Adib oi...

** Baju PASTI dah aku lipat masuk dalam pelestik... Tunggu masa nak humban...

HELLOW 34!

Officially 34 hari ini
Eh.... muda lagi ni... 
Berani nak kata aku tua?????
Walopun rupe tua tapi hati muda tau.... wakakakaka


Apa achievement terbaik sepanjang 34 tahun ni??
-terlalu banyak achievement yang biasa2 je,  tak boleh buat novel pun sebab kisah hidup aku ni tak le interesting mana..

#Suami pun takde la erogen pun so tak le jadi citer Love You Mr Arrogant [eh...tetiba!!]
 - itu je novel drama yang terkini yang meletop2 kat tibi kan...


*** Apa la aku melalut ni?? Maafkan aku ye... dah 34 tahun ni makin banyak pulak sel2 otak aku yang dah longgar...hmmmm




Friday, November 15, 2013

UDAH JUMAAT...

Sekadar renungan...


Wednesday, November 13, 2013

MACAM GEDIK JE...

Anak dara ni dah start menggedik kome...

Macam comel je... macam gedik je.. (>_<)

WW 2013 #46


Petanda gemuk!








Tuesday, November 12, 2013

ALEEYA @ HARI ANUGERAH

Semalam Aleeya ada hari anugerah kecemerlangan kat sekolah agama
Alhamdulillah tahun ni merasa la Aleeya naik pentas ambil hadiah kecemerlangan
Sebelum ni masa kat tadika je [periksa dapat no 3]
tapi semalam aku tak hadir le ke sekolah dia
hasben aku yang cuti so dia la yang pegi


Majlis bermula pukul 2.30 petang
Sekolah agama Aleeya ni sekali dengan tadika
so majlis tu kiranya untuk tadika punya konvokesyen & hari kecemerlangan sekolah agama tu

Kata hasben aku mula2 acara untuk budak2 tadika dulu
Ada persembahan bagai katanya

Lepas habis tu baru penyampaian hadiah
Katanya majlis start kul 2.30ptg tapi Aleeya ambik hadiah pukul 4.30ptg

Aleeya & hadiahnya
Siap piala lagi tu..

Adib pun tumpang ambik berkat
Kot2 nanti boleh naik pentas cam kakak..

Balik rumah petang tu Yaya tunjuk la hadiah dia
Dia tak bukak hadiah tu lagi sebab nak tunjuk kat mama katanya


Ini la hadiahnya... 5 buah buku tulis + piala
Bagus la.. tahun depan takyah beli buku 
Aku dulu kalau naik pentas kat sekolah agama, asyik diberi kain putih je
[mak aku suka la sebab boleh buat baju sekolah]

Tanya Adib pulak, Adik periksa no berapa? 
Adib jawab : No 14
[usah tanya la ada ambik hadiah ke idak kan...]

** Konvo Adib hari Sabtu ni..




Friday, November 8, 2013

HOKKAIDO CAKE & HAPPY BIRTHDAY

First time dengar Hokkaido Cake ni masa member2 aku buat reunion hari tu
Aku tak attend pun tapi tengok gambar diaorang kat fb je
Ada la sorang member aku yang buat Hokkaido Cake ni

Kelmarin singgah kedai kek KING'S kat rumah aku 
Sebabnya tetiba rasa teringin nak makan Portuguese Egg Tart
Masa kat situ ada la promosi Hokkaido Cake ni
Satu kotak RM12 
Ada 6 pcs dalam tu

Memula rasa nak beli tapi sebab rasa mahal sangat so tak jadi la
Tapi masa nak bayo kat kaunter tu sempat la tanya budak tu
Hokkaido Cake tu sedap ke tidak
Budak tu kata sedap & katanya kalau nak beli loose [satu2] pun boleh
Apa lagi.. dah dia kata camtu kan.. aku cakap la nak dua
Kalau loose mahal la sikit.. dia juai RM2.20 satu
[Takut gak beli banyak2 dibuatnya tak sedap kan]


Balik rumah teruja nak makan
Sedap gak rasanya.. tak terlalu manis & gebu je
Rasanya cam kek chiffon beli kat GIANT tu je
Cuma ada custard/vanila krim kot dalam tu
Ok la pada aku.. boleh beli lagi..heheheh
[Aku bagi Amira makan sikit.. suka beno dia.]


Hari ni 8/11 kan?? 
Birthday Adik aku yang bongsu tu rupanya
Nyaris2 terlupa aku...hahahahaha
Sel2 otak kakak ko ni dah tak berhubung
HAPPY BIRTHDAY ADIK!!!


Thursday, November 7, 2013

SALIN 10 COSTUME DALAM 2 MINIT

Syok kalau dapat tukar2 baju cenggini...

BERTIGA

Aktiviti cuti Awal Muharam hari tu
golek gelentang depan tv
takleh gi mana2 sebab abah kitaorang keje
mama pun join kitaorang tengok Gangster Celop 
[comel la kakak Hamis Jalika dalam citer tu]

Meh join kitaorang...

Monday, November 4, 2013

BERGURAU SENDA

Abang Adib bergurau dengan Adik Amira
Tergedik2 cik gebu tu dibuatnya


LEGA

Wa... muka adak senyum
[baca style apek mintak utang dalam citer DO RE MI]

Muka lega selepas memberak dengan banyak
Setelah beberapa hari sembelit & berak tahi keras 

Susah tul budak ni nak minum air masak tau
Tu yang berak tahi keras tu....


Friday, November 1, 2013

NOVEMBER

Dia datang lagi
Maka makin aku menginjak usia


Sapa lagi birthday bulan 11?