Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 6, 2012

PENGALAMAN BERSALIN C-ZER - ALEEYA (PT 2)

Selesai salin baju malam tu, alhamdulillah dapat tidur dengan lena
Walaupun dah start rasa sakit sikit2 cam sengal2 kat ari2

Esoknya adalah Hari Jumaat dan juga Hari Raya Aidiladha
Kiranya aku beraya kat spital ler..
So pagi2 kena seluk lagi & doktor cakap dah buka 4cm [masa tu dalam pukul 8 pg]
so dah kena masuk labour room dah
Masa tu aku dah le takde henfon sebab bateri dah habis & aku suruh hasben bawak balik
Maka dengan tak malunya, aku pi la kaunter nurse kata nak pinjam syiling
Nak call hasben kat public phone
Tapi call en suami haram dijawabnya..ntah dia tido @ pi sembahyang raya
Telefon rumah pun sorang pun tak jawab.. nak telefon henfon adik @ mak aku, aku memang tak hafal no tepon deme sebab semua no aku save dalam henfon je...

Nak tak nak pasrah je la... aku sempat la breakfast pagi tu
[takut la kot2 nanti takde tenaga]
Masa tu pegi ke labour room ada 3 orang... masing2 pakat jalan kaki je
Takde maknanya kena naik kerusi roda ke apa...
Masa tu wad aku kat tingkat 2, pastu kena jalan jauh la juga ke Dewan Bersalin tu
[tapi nurse bawak ikut shortcut la]

Pas masing2 masuk labour room, masing2 layan diri sendiri la
Takut pun ada sebab tengok macam2 perkakas dalam bilik tu
Dah le takde orang teman aku...sedih giler.. tak tahu la laki aku dah datang ke belum masa tu
Dah le tu dengar pulak bunyi2 orang beranak kat bilik sebelah... memang seram...
Tapi masa tu aku takde la sakit pun.. cuma doa baby bagi la kerjasama supaya cepat beranak
Dah letih aku duduk dalam tu
Masa kat labour room tu, aku kena drip air tapi tak lama pastu doktor kata tak boleh drip sebab jantung baby jadi makin lemah.. 
Aku dah risau giler masa tu.. dengan bacaan CTG tak memuaskan hati doktor.
Oh ye.. disebabkan CTG yang tak memuaskan hati tu, aku kena buat special CTG
Orang lain CTG tu benda tu letak kat perut kan tapi aku kena buat CTG guna wayar yang dimasukkan ke vagina aku... Bila buat camtu baru la bacaan ok sikit. Aku rasa cam aku ni dah jadi bahan experiment lak.

Sekali lagi doctor cek bukaan tapi still 4cm. Orang yang saing aku pegi labour room pagi tu, masing2 dah beranak. Aku je tak beranak2 lagi... Letih dah aku duk dalam bilik tu. Pastu ada sorang nurse tu tanya aku mana husband aku. Aku cakap tak tahu sebab aku tak dapat call dia sebab takde henfon. Nasib la dia yang tolong call laki aku. Katanya laki aku ada kat rumah sebab dia dah datang pagi tu tapi nurse kata aku dah masuk labour room. Bila dia pi labour room nurse tak kasi masuk pulak. Disebabkan dah nak sembahyang Jumaat, dia balik la rumah dulu. 

Tak lama pastu ada sorang doktor masuk. Cakap2 apa tah dengan nurse tu. Tapi yang aku dengar, dia cakap dia kena ambik darah anak aku. Sedangkan anak aku masih dlam perut lagi. Lepas doktor tu keluar aku tanya nurse tu apa doktor cakap. Dia pun explain la.. Maksudnya dia akan inject jarum dalam ehem2 aku untuk ambil darah baby. Masa nak beranak, kan ke kepala baby yang ada kat bawah kan.. dah tentu2 la kepala anak aku yang dicucuknya nanti.. huhuhu.. aku dah nak menangis dah masa tu.. Kang tak pasal2 biol kepala otak anak aku... Tapi dalam hati dok berdoa jangan la sampai aku kena stage macam tu.

Dalam pukul 3.30 petang camtu doktor cek lagi katanya still 4cm & poor progress. Baby aku pun dah lemas sebab air ketuban dah habis. So finally aku juga beranak secara c-zer. Sedih la jugak masa tu sebab aku rasa kenapa la aku takleh bersalin normal. Nurse tadi call balik hasben aku & luckily hasben aku dah ada kat labour room. Masa jumpa laki aku tu, aku rasa lega la tapi sedih la bagitau dia aku kena bedah.. Aku tengok mata hasben aku pun dah berair dah masa tu. Dah siap2 buat preparation, dalam kul 5tg aku ditolak ke OT.

Pengalaman di OT pun menakutkan juga. Sebab selalunya tengok bilik hijau tu dalam TV je. Tapi ni secara real aku dok dalam tu. Sejuk ya amat... usah cerita. Pastu nurse suruh aku duduk sambil pegang bantal sebab nak cucuk  bius kat tulang belakang. Aku ikut je la apa nurse kata... Sambil2 tunggu doktor masuk, nurse borak2 la dengan aku.. Pastu nurse tanya dah rasa kebas tak? Aku pun tak tahu kat mana yang kebas tu. Nurse suruh aku angkat kaki aku... tapi memang tak berdaya... terasa berapa aku cuba pun kaki aku tetap tak terangkat & aku takleh rasa pun kaki aku tu.. Maksudnya bius tu dah beri kesan la.. 

Sebelum start tu aku siap pesan kat doktor tu nanti jahit elok2 tau..hehehehe. Doktor tu pun cakap relax & don't worry. Sepanjang operation, aku cuba tenangkan fikiran. Badan aku rasa macam dalam spaceship. Bergoyang2. Tak apa la yang dikerjakan doktor kat perut aku tu. Siap dengar bunyi darah aku kena sedut2.. Ngeri siot... Tak lama pastu terdengar la suara anak aku menangis... Nurse tunjuk la kat aku yang aku dapat baby girl... letak dia kat dada aku.. Aku cuma boleh tengok je la.. Mana boleh pegang kan...Kiri kanan tangan dah bercucuk & berwayar bagai.. Pastu nurse bawak baby gi cuci sambil doktor jahit perut aku. Sebak gak masa tu sebab macam tak caya aku dah beranak.. Tepat pada jam 5.30ptg.

Lepas siap semua, aku kena masuk bilik apa tah. Ada la dekat setengah jam gak duduk dalam tu. Dah le sejuk tapi nurse ada tambah blanket & masukkan corong haba panas dalam blanket aku tu. Tak lama pastu aku diusung keluar dari OT menuju ke ward. Kat luar tu hasben & mak serta adik2 aku  dah tunggu. Baby dah ada di tangan masa tu..hehehe.. cam tak caya je.

Masa kat wad, tugas nurse2 la yang salin baju aku, pakaikan pad dan sebagainya. Aku jadi cam paralysed. Boleh baring je.. Dah le lapo tapi takleh makan pulak. Harapkan breakfast roti ngan air milo pagi tu je la.Masa kat wad baru hasben aku dapat azan & iqamatkan baby. Malam tu abah aku, nenek aku & keluarga mertua aku ada datang. Tapi sebab cik besah & gang datang lewat so takleh masuk. Deme duk kat bawah je la dengan laki aku. Esoknya baru la deme boleh datang menjenguk aku & baby.

Kalau ikutkan panjang lagi nak story tapi cukup la sampai sini pasal pengalaman kena c-zer. 
Next part aku citer pasal normal delivery pulak...

Camni la parut lepas kena belah... 
[tapi ni bulan perut aku tau.. gugel yang punya..]

9 comments:

Yana Halim said...

tiap kali ingat kenangan bersalin, mmg semuanya mengerikan. kdg2 tu rasa mcm x percaya pulak pernah melalui semua tu, kan?

(^_-)V said...

hohoho..adehhh, macam mane la part sha nanti, moga dipermudahkan..

Unknown said...

http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

Unknown said...

adehhh.. rasa ngilu plak tengok gambar last tu??
saya 2 2 anak bersalin normal.. 2 2 kena induce sebab mamanye ade problem BP.. cukup 36 minggu jer terus kena masuk ubat.. huhuhu.. masih segar dalam ingatan~

mama aryan said...

takutnya tgk kena bedah nih..

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Ngerinye! So mase bedah tu,kite still berjage leh tgk diaorg buat ape..aiyoo! Kalau nieza dah pengsan dah mase tu..

Takot plak rase nak mengandung lagi.. >.<

♥nrina♥ said...

alamak..seramlah dgr org bersalin czer ni.. padahal mulut ni klu tgh sakit tak tahan tu mmg mintak nak czer je sbb sakit sgt nak tunggu lelama hehe.. tapi bila pk nak elok dr czer tu punyelah seksa huhu... mmg bertuahlah rasa bila dpt bsalin normal semuanya...

apapun syani mmg hebat dpt rasa dua2 tu...

Unknown said...

aduh,rasa ngeri plak,masa saya lagi bape bulan jeh lagi....mudah mudahan di permudahkan...

mr icham said...

NGERI AIH!!!!
harap-harap aku takkan melaluinya la...
2 kali nie, alhamdulillah aku ada sepanjang masa dalam labour room, dan alhamdulillah la haikal dengan humaira keluar ikut pintu... :-)