Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 5, 2012

1ST CHECK UP @ KD BATANG KALI

Semalam dengan jayanya telah selamat aku bukak buku pink kat Klinik Desa a.k.a KD Batang Kali
Sebelum tu dah pernah call klinik tu tanya nak kena bawa dokumen apa
Kalau untuk 2nd pregnancy & seterusnya, cuma kena bawa IC & buku pink kandungan sebelumnya sahaja
Untuk first pregnancy je yang kena bawa surat nikah la, ic suami la dsb tu.

5 tahun dulu pernah buka buku pink kat KD Batang Kali, tapi masa tu klinik tu kecik je
La ni klinik tu dah dibesarkan... lagi luas dari sebelumnya & ada aircond bagai
Kemudahan lebih selesa la berbanding dulu
Nurse pun dah ramai berbanding dulu

Semalam seawal kul 7.30pg aku dah sampai klinik
Tengok klinik dah buka & boleh ambil no giliran
Sebab aku awal, dapat la turn no 1...heheheh
Masa ni nurse tengah siap2 nak buka kaunter pendaftaran.

Memula kena la tulis sendiri maklumat peribadi kat buku pink yang nurse bagi
[dulu nurse yang isikan, la ni kena tulis sendiri]
Pastu maklumat selain tu, nurse akan isi mengikut rekod dalam buku pink terdahulu
Yang atas tu buku pink masa pregnant si Adib dulu. Yang bawah tu buku pink baru

Due date aku 13/03/2013 [sehari sebelum anniversary aku yang ke-9]
Tapi berdasarkan 2 pregnancy sebelum ni, aku bersalin seminggu selepas EDD tu, tapi tak tahu la kali ni kot2 awal @ tepat pada waktunya... Tapi baby ni aku consider as anniversary gift untuk hasben aku..boleh gitu???

Untuk makluman korang, adalah dinasihatkan buka buku pink ni seawal yang mungkin. Paling lewat pun bila kandungan dah berusia 12 minggu. Macam aku ni, dah terlewat seminggu [dah 13 minggu rupanya baby aku ni]. So tak pasal2 aku dapat pelekat oren tu. [Nampak tak dah kena remark "late booking" kat situ???

Pas siap semua tu kena pi timbang berat & ambil tekanan darah
Kemudian pi ambil air kencing & kena ambik darah
Berpeluh2 tangan aku masa ambik darah tu.. ye la kan..berdebar2 macam first time gitu
Nak2 pulak banyak pulak darah aku kena sedut dalam picagari tu..
Pastu jumpa nurse untuk cek rahim & next jumpa doktor
Memandangkan sebelum ni aku bersalin di Hospital Selayang
so kali ni pun apa2 hal akan terus refer Hospital Selayang... senang citer
Tak payah dah nak bertolak2 ke Hospital KKB @ Sg Buluh
Nampak sikit je kan step yang aku lalui semalam tapi, ambik masa 2 jam juga baru selesai.
[Itu giliran no 1, kalau giliran no 10, tah pukul berapa la pulak baru sudah kan]

Macam biasa la kan, everytime check up kat KD sure dapat ubat 4 serangkai ni. Setiap pagi kena la telan..

** Next check up 02/10/2012 pulak...



4 comments:

Anonymous said...

buku2 pink ni nostalgia betul for KA hehehe

|| NaFiRaa || said...

macam2 bende kena buatkan kalo nak buka buku pink nih.. darah jek bape kali kena amik.. tapi nak buat cam ner kan~ redha jek laaa..:)

Izwa Kamaruddin said...

semoga sihat sihat belaka anak dan mak nyer :)

Rosmawani♥ said...

Sonok kan dah ade buku pink.. Bertambh sibuk la nnt :) ekekke