Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 29, 2012

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Untuk menambahkan khusyuk dalam solat seeloknya kita faham apa yang kita baca
Kalau tak faham apa yang dibaca memang kurang la sikit penghayatan solat
Meh aku share sebahagian makna bacaan solat yang aku ambil dari FB




Semoga kita akan lebih khusuk dalam solat selepas ini.

BACA NI KALAU SUKA MINUM BERDIRI

Info2 pasal keburukan minum berdiri especially dari segi kesihatan dah ramai dah blogger tulis
Kali ni nak cakap pasal hadis tentang minum berdiri lak
[tetiba jadi setazah laks...]

Hadis ni aku jumpa masa aku tumpang sembahyang kat surau Petronas Jalan Kuching
Sementara menunggu waktu sembahyang Maghrib, sempat lagi tangkap gambar ooo
[Nasib baik aku sorang je dalam surau tu]





Pasni jangan minum & makan berdiri lagi tau
[Pesanan untuk diri aku sendiri...hehehe]


Thursday, June 28, 2012

PENGGALAK ANAK UNTUK GOSOK GIGI

Tau je la budak2 ni kan.. kadang2 kan malas nak gosok gigi
Jenuh pujuk tak mau jugak, pastu gertak sikit pun tak jalan jugak
Tapi kalau dah susah sangat, aku heret je depe dalam bilik air pastu kepit kepala deme  & aku pun sental gigi deme sambil deme nangis2. Geram tul kalau bebudak ni buat perangai. Si Aleeya sekarang dah rajin gosok gigi, cuma si Adib la yang malas sikit. Sampai gigi pun dah buruk.

Sape ada tengok citer Enchanted kat TV2 hari Sabtu lepas? Aku pun teraccident tertengok. Sementara menunggu citer Wonderpets start, aku pun tukar la channel. Tup2 ada tayang citer ni.. aku ajak la anak2 pun tengok sama. Sebab nak tengok citer ni la aku first time menjejak kaki dalam panggung wayang tau...heheheh.. Masa tu jakun la sikit.. Sekarang dah tak jakun dah...




Back to main point aku, kan dalam citer ni ada ahli sihir yang jahat kan?? Masa citer tu dah nak ending, ahli sihir yang hodoh tu pun muncul. Sambil anak aku khusyuk tengok citer tu, aku cakap kat deme cuba tengok gigi ahli sihir tu.. Terus diaorang cakap buruknya gigi dia.. Ha.. pastu aku sound la, sape tak nak gigi cam ahli sihir tu kena la rajin gosok gigi... Start tu, itu la modalnya yang aku guna untuk provoke anak2 aku...heheheheh



Ini la ahli sihir tu...
Zoom sikit gigi dia..
Gigi tu yang buat anak2 rajin gosok gigi sebab takmo gigi jadi cenggitu...
Pasni dah tak payah aku susah2 terjerit2 suruh anak aku gosok gigi..

Citer Enchanted ni best tau... terasa cam berada di alam fairytale lak...

MENGANDUNG RUPANYA..

Aku tak tahu le sama ada aku ni ketinggalan ke atau terlepas pandang berita ni
Lagipun aku bukannya dapat tengok Wanita Hari Ini 
Yang Sherie Merlis tu aku tau la dia memang pregnant
Tapi yang Azizah Ariffin tu aku baru tahu yang dia pregnant  lepas tengok majalah Harmoni keluaran terbaru ni kat dalam paper


Patut le dia jadi berlakon iklan susu mengandung [tak ingat susu jenama apa]
Mengandung rupanya.....

Wednesday, June 27, 2012

MERTUA vs MENANTU

Ini bukan pasal drama yang kat Astro tu tau tapi ini realiti  kehidupan semasa.
Ekceli lama juga nak mengarang entry camni. Bila dah siap tak tahu nak publish ke idak...


Bila kita dah berkahwin, tentu la kita akan ada pasangan, mertua & ipar duai
Selagi tak kahwin, memang la takkan ada sampai bila2
Tapi bila dah ada mertua & ipar duai ni, kita sebagai menantu kena la pandai ambil hati kan
Kena pandai menghormati & pandai bertolak ansur

Tapi maybe sebab zaman dah moden, respect pada ibu bapa pun dah makin kurang
Apatah lagi dengan mertua kan?? Sepatutnya kita hormatkan mertua macam kita hormatkan mak ayah kita sendiri. Bagi yang dah takde ibu @ ayah, bila kita kahwin otomatik kita akan ada ibu @ ayah semula, walaupun cuma sebagai ibu @ ayah mertua. Lain la kalau korang kawin dengan yatim piatu. 

Macam aku, mak abah aku ada di Ipoh. Yang dekat cuma ada mak & ayah mertua. Even though tak sama kan, tapi pada diaorang la aku menumpang kasih. Bila aku rindu nak panggil mak, aku panggil la mak pada mak mertua aku. Cam tu juga dengan bapak mertua aku. [Kebetulan panggilan untuk mak & abah sama juga dengan panggilan pada  mertua aku.] Kalau ada perkara gembira pun mesti nak bagitau mak dulu [selepas suami la kan], so yang terdekat tentulah mak mertua aku yang aku cakap dulu. Pastu baru telefon mak sendiri. So kalau mak ayah korang hidup lagi & mertua hidup lagi, memang kira untung sangat sebab korang ada 2 mak & 2 ayah..

Kalau adik beradik pasangan korang ramai, makanya akan ada banyak ipar duai. Pastu mertua korang pun akan ada banyak menantu kan. So sudah tentu akan wujud perbandingan antara menantu. Menantu ini OK, menantu yang tu tak OK. Jadi kita la yang tentukan kita ni menantu yang macam mana. Macam aku walaupun aku ni selalu mengata mak mertua aku disebabkan tak puas hati & sebagainya, serasa aku tak pernah la aku melawan cakap dia, tengking dia dsb.. Paling2 aku buat bodo je.. Kadang2 aku rasa mungkin mak mertua aku ada terasa hati dengan aku. Aku & biras aku memang sentiasa diperbandingkan. Tapi aku tak ambil port pun pasal tu. Aku pun kalau boleh takmau menyusahkan mertua aku semacam mana aku tak nak menyusahkan mak abah aku.

TAPI... bila dah ada mertua komplen pasal perangai menantu... jeng..jeng..jeng... nampaknya mertua sudah ada persepsi sendiri pada menantu. Bila jadi camni kena la ambil perhatian. Ini realiti tau... dari pemerhatian sendiri & juga keluhan member2 opis yang dah ada menantu. Katanya menantu sekarang tak reti respect mertua. Balik rumah mertua jadi macam mem.. Tak menolong langsung di dapur. Asyik berkepit dengan laki 24jam. Ada jugak yang asyik memerap dalam bilik. Mertua la terkial2 masak & mengemas rumah sorang2 macam bibik. Dah le tu bila berselisih pun haram nak bertegur. Kalau makan pun haram nak pelawa mertua mahupun ipar duai yang ada kat rumah. ish...ish... camne tu??  Yang pelik tu, suami/isteri takde la pulak tegur pasangan deme tu. Lagi digalakkan melangut dalam rumah. Walhal tu mak bapak sendiri tu.. Pastu bila mertua lebihkan menantu lain, mula la nak dengki sedangkan diri sendiri tak pandai nak "pancing" mertua.

Kadang2 bila dengar cerita & komplen camtu membuatkan aku pun nak mengAUDIT diri aku. Adakah aku tergolong dalam bukan menantu pilihan. Selalunya kalau aku pegi rumah mak mertua, bila dia masak aku akan teman dia. Walaupun aku tak buat apa2, aku layan je dia bersembang. Tak pun aku tolong kemas dapur dia lepas memasak cam basuh pinggan ke, susun pinggan kat rak ke. Hasben aku pun selalu kata pegi la tolong2 mak tu kat dapur. Sambil2 tu sempat la jugak tanya resepi & belajar masak dengan dia. Kadang2 siap bergossip bagai tau!

Kalau dulu aku berpantang rumah mak mertua, habis kain baju yang dah dibasuh aku lipatkan. Takkan nak duduk goyang kaki je kan??? Nanti nampak sangat pemalasnya.. Macam biras aku laaaaagi rajin. Sebabnya dia duduk sekali dengan mak mertua aku. So sekalipun penat balik keje, kena juga dia buat keje dalam rumah tu. Tu agaknya mak mertua aku sayang sangat kat dia. Aku tak pernah jeles pun... sebab aku rasa, aku pun belum tentu mampu buat cam biras aku tu.

Selalu bila aku bertanya pada kengkawan yang dah ada menantu ni, sama ada diaorang ada tak tegur kelakuan menantu tu [sama ada secara direct @ melalui anak masing2], deme selalu cakap tak tegur pun. Sebabnya takut anak SENTAP pastu nanti anak dah tak mau balik rumah parents lak. So mak ayah ni pendam perasaan je la dengan perangai menantu. Kalau la menantu tu tahu yang mertuanya dah start komplain... Last2 ayat penyedap hati yang keluar " Lantak le... dah anak kita suka nak buat cemana??"

Hah! Panjang sungguh karangan aku hari ni.  So conclusionnya, kita tetap kena buat baik dengan mertua macam kita buat baik dengan keluarga sendiri. Ye la kan, kalau balik rumah mak sendiri, reti la pulak nak tolong masak, tolong kemas rumah @ ajak jalan2, tapi bila balik rumah mertua terus jadi cam MEM BESAR, sedangkan taraf mak mertua tu sama je dengan mak sendiri. Bila dah tak reti adab ini lah jadinya. Walaupun kerja bagus & berpangkat tinggi, menantu is always a menantu...dan akan sentiasa di nilai oleh mertua. Anak2 pulak sila la nasihatkan pasangan tu supaya pandai ambil hati mertua masing2. Jangan pandai ambil hati sebelum kawin je... lepas kahwin laaaaagi kena pandai tackle.

** Maaf kalau ada yang sentap. Aku yang dah kawin 8 tahun ni pun, masih banyak menda tak habis belajar dengan mertua sendiri. 

** Untuk menantu2 mak aku, bersyukur la sebab dapat mak & bapa mertua yang baik... pandai2 la ambik hati & jangan sampai kena komplen..hehehehe.
[Sebabnya bila sekali kena komplen, sure SENTAP punya...

** Mertua ni bukannya nak sangat anak &  menantu yang kaya raya, berpangkat besar & pandai serba serbi tapi hanya nak disayangi & dihormati.


P/S : Kalau sesape ada nak tips korang dengan mertua, sila la share kat sini.

BIJAK PANDAI

Gara2 Yaya melukis pulau tu, si Adib pun nak melukis jugak
Tapi dia punya style lagi haru
Tak tahu le nak kategorikan bijak ke, malas ke, kreatif ke

Nampak tak dia buat camne tu??
Memula dia akan bukak kartun kat youtube
Bila dah jumpa gambar yang dia berkenan, dia akan pause
Pastu dia ambik kertas kosong & tekap gambar kat skrin komputer tu


Zoom sikit..
Tengah tekun tekap gambar dinosaur


Cepat2 aku tangkap gambar Adib yang tengah khusyuk melukis.. Aku pun tak pernah terlintas nak lukis gambar cenggitu caranya...

WW 2012 # 26


Mencari yang HALAL itu fardhu atas umat Islam...

Tuesday, June 26, 2012

CEKELAT SAKIT LELANGIT

Dah lepas lunch ni mula la nak cari kudap2
Jengok2 dalam esbok kat opis ni ada stok cekelat la pulak
[Bos aku la yang beli tu]

Aku memang penggemar coklat pun
Dalam banyak2 coklat Cadbury, paling suka coklat ni sebab dia crunchy
Itu sebab nama dia CRUNCHIE
Tapi tak boleh makan banyak2 sebab nanti sakit lelangit
Aku tak suka kunyah, cuma gigit pastu kemam dalam mulut sampai cair... SYOK!

PULAU CINTA YAYA

Aku pun tak sedar bila Yaya tangkap gambar ni
Baru pagi tadi aku belek2 photo album dalam henfon tetiba je ada gambar dia
Pandai lak tu dia tangkap gambar sendiri 
[takpun dia suruh Adib yang tangkap]
Sebab tu gambar  banyak yang tak sharp..


Pastu dia ada buat lukisan untuk aku
Semenjak dua menjak ni memang dia terminat nak melukis
[habis kertas recycle kat rumah aku..]

Lukisan pulau untuk MAMA...
Siap ada banyak LOVE lagi..
Terima kasih Yaya..

AMBIL REPORT CARD

Jumaat lepas sekolah Adib buat hari Akademik ---> hari nak ambil & sain report card anak2
Ni first time nak ambil result periksa untuk Adib
Adib ni memang tak sama dengan Aleeya so aku pun tak berapa nak mengharap keputusan yang elok untuk Adib..Adib ni banyak main & kurang tekun macam Aleeya dulu..




Pagi tu aku tak hantar Adib terus ke rumah babysitter sebab aku nak pegi sekolah dengan Adib. Berdebar2 jugak le nak ambil result mamat tu
Katanya start pukul 8pg tapi pukul 7.45pg aku dah sampai
Terus je masuk jumpa cikgu sebab masa tu aku tengok dah ada pun mak bapak ambil report card anak.

Jeng..jeng..jeng... hasil komenan cikgu ---> cikgu cakap si Adib ni suka main dalam kelas. Lagi satu dia ni bukannya tak boleh jawab, cuma sebab dia tak cekap membaca so dia main taram je la jawab periksa.. Hambek ko.... Tapi memang diakui, aku banyak mengabaikan si Adib compared dengan Yaya. Lagipun kami suami isteri asyik balik lewat je.. Sampai takde masa nak ajar anak. [Abih camno la den nak anak banyak kalau cenggini caranya??]

Yaya dulu agak tekun tapi Adib ni malas sikit nak mengadap buku. Kena paksa baru nak bukak buku. Dah tu kena tunggu lak tu. Agaknya tu la beza anak lelaki & anak pompuan.. La ni aku dah mula kuarantin si Adib dalam 30 minit tiap malam & semak bacaan dia. Luckily dia pun willing nak belajar. Alhamdulillah.


Semlam sekolah Adib cuti sebab hari sebelum tu ada lawatan sambil belajar. Tapi bukan kelas si Adib la.. Dapat cuti free...


** Adib dapat no 7/21... 

Monday, June 25, 2012

BILA ADIB NAK ADA BABY???

Soalan maut dari Adib masa nak pegi sekolah hari Jumaat lepas
Terkojut aku dia boleh tanya camtu
Sebab selalunya aku yang tanya Adib & Yaya nak adik ke tak nak
Tah cemana dia boleh terfikir nak tanya soalan tu kat aku
[Walhal rasanya aku dah lama tak mention pasal "adik" kat diaorang]


Apa aku jawab??? Sabar la dik.. Nanti ada la adik Adib tu

Sedangkan dalam hati 
"mama ngan abah tengah berusaha la ni Adib... Belum ada rezeki nak oi"



PAHALA SUAMI



Bukannya susah nak dapat pahala ALLAH kan??

Friday, June 22, 2012

AKU HIDUP DALAM BLUES

Aku ni bukan le penggemar kaler biru
[yang minat kaler biru hubby & Adib je]
Aku ni paling suka kaler hijau pucuk pisang tu..hehehe [striking tak??]

Ni ada la member aku yang rajin sangat tepek gambar dulu2 kat fb
[Kami ada group untuk batch sekolah tahun 1996]
Bila tengok2 balik rasa kelakar la pulak & rasa rindu pulak kat masa2 tu

Aku hidup dalam blue ni star aku form 4
Masa tu la aku sarung tudung biru sebab jadi prefect
Pastu aku join pulak nasyid sekolah yang banyaknya pakai baju kaler merah & biru..
Hehehehehehe... Layan la gambar2 aku 17 tahun dulu...




My good old days..

APA MAKSUD MEMELIHARA SOLAT?

Panduan untuk aku & pembaca blog tersayang
Jaga iman, jaga solat





* Sembahyang harus tepat pada waktu ---> bukan pada hujung waktu tau
* Berjemaah ---> lebih banyak pahala
* Khusyuk
* Patuh & tunduk kepadaNYA

JANGAN SEKADAR BERSOLAT TAPI TAKDE KUALITI


APA NILAI SOLAT KITA???


SUAMI-ISTERI

Layan lawak2 sikit pagi Jumaat ni..



Thursday, June 21, 2012

PETUA MENGHADAPI ISTERI KUAT BERLETER

Nak lembutkan hati orang pompuan ni bukannya susah sangat
Jaga perasaan dia je... tak yah beli hadiah mahal2 pun

Ni ada petua yang TERJAMIN berkesan kalau isteri tu kuat membebel
[kuat merajuk pun bole je pakai kaedah ni]
Kalau buat selalu gerenti bini dah tak kuat membebel
Betui tak puan2 semua????
Bila kena peluk, mulut pun otomatik terus diam.. 


** Bak kata Ustaz Azhar --> membebel tu satu hiburan/kepuasan untuk orang pompuan..heheheh

BURGER BAKAR---> TERLIURNYA AKU

Sana sini blogger dok citer pi makan burger bakar
Bukannya tak tahu tempat nak cari
Kalau yang kat Wangsa Maju tu dekat bebeno dengan opis lama aku.

Hari tu dah beria2 aku nak pi try Rawang Burger Bakar
sebabnya dah kebetulan aku pi ambik adik aku kat UTM, KL
Disebabkan jem kat MRR2 masa tu, hasben aku lalu la DUKE masa nak balik
So idak le menyinggah ke stall burger tu
Nasib le aku tak mengidam, kalau tak kena la laki aku pi beli jugak2


Tengok gambo cenggini mau tak terliur dibuatnya???


Abang, bila nak pi try beger ni???

** La ni ada beger besar kat Shah Alam kan??? Lagi besar dari beger kat Burger King rasanya..

LAPTOP BUAT HAL LAGI

Dah 2 hari laptop kat rumah buat hal
Bila switch on lampu menyala tapi screen blank je
Jenuh cabut bateri & plug, pastu pasang bali, pastu switch on balik
tapi haremmmmmm... langsung takde efek

Nasib la ada PC kat rumah, boleh la aku google apa masalah problem laptop aku tu
Laptop aku tu brand HP, aku beli 3 tahun lepas.
Pas switch on aku tengok  lampu  CAPS LOCK & NUM LOCK asyik blinking
Tengok kat website HP katanya kena kira berapa kali blink to identify masalah tu
Aku kira lampu tu blink 5 kali & maksudnya SYSTEM BOARD FAIL
[aku pun tak tahu apa maksudnya tu]

Semalam bawa la lappy pegi opis sebab nak suruh budak IT tolong tengokkan
Katanya lepas dia cek, dah ok dah maksudnya dah boleh on cam biasa
Sekali lepas dia hantar kat aku, problem tu jadi balik
Aku bukan risau pasal laptop tu sangat tapi aku risaukan data aku yang berlambak2 dalam tu especially gambar2.
Dah lama aku tak back up lak tu
Last2 aku biar je laptop tu terpasang je... Dekat 20 minit baru dia tetiba masuk WINDOWS
LEGA!!!!! Lepas tu cepat2 aku back up semua data dalam external hard disk. 
Makanya berejam2 la pulak masa diambiknya..heheheh
 Aktivi memback-up tengah dilakukan..

Terima kasih encik BUFFALO sebab berjaya menampung data2 aku tu..




Balik rumah semalam, try lagi switch on laptop tu tapi still tak boleh juga. Terus aku call orang yang selalu repair komputer kat opis lama aku. Katanya maybe ada board rosak. Tah apa board tah aku pun tak tahu sebab aku ni bukannya reti sangat pasal komputer ni. Katanya kalau benda tu rosak kos nak repair pun dalam RM200++. Ok la tu kan daripada nak keluarkan RM2000 untuk beli laptop baru pulak.

Apa lagi la cara yang selamat nak simpan data2 dalam komputer kita tu yer?? Simpan dalam komputer pun kalau jadi camni naya juga. Kalau simpan dalam external hardisk pun bukan boleh caya sebab bila2 pun boleh rosak. Kat mana lagi nak back-up data ek??

Wednesday, June 20, 2012

JIKA ISTERI KATA OK

Hari2 hubby aku mesti tanya OK ke tak??
Balik keje, sebelum tidur, masa masak, masa makan....
Ye lah kan, kadang2 isteri ni cepat moody.. kejap OK pastu tak OK
[kadang2 aku pun tak paham kenapa aku jadi cenggitu]

Tapi kadang2 bila isteri cakap OK, ini la maksudnya


SETUJU TAK???

SERASI SEJIWA

Tajuk ala2 lagu Ajai-Nurul gittew..
[Aku tak minat langsung dengan depa tu tau]

Masa aku pi Econsave tempohari [masa beli reket Adib tu la]
aku lalu kat satu kedai buku
tetiba terus terpandang satu buku yang bertajuk SERASI SEJIWA
Sebelum tu aku dah tertengok dalam suratkhabar pasal buku tu
tapi masa tu tak tahu nak cari kat mana.. lagi pun idak le beria sangat nak beli
Kebetulan dah terjumpa, harganya pun dalam bajet aku [RM15 je], so aku beli je la


Yang lagi menarik sebab tips2 tu datangnya dari pakar2 motivasi & sangat sesuai untuk pasangan yang belum kahwin, akan kahwin & dah lama kahwin. Banyak perkara yang berkaitan suami-isteri dibincangkan dalam buku ni.



Memang tak rugi beli buku ni. Banyak info & tips yang bagus. Sangat rekemen untuk dibaca.

WW 2012 #25


MALAYSIA
Macam-macam ada!!!

Tuesday, June 19, 2012

HUKUM LELAKI PAKAI GELANG DAN RANTAI

Kalau lelaki pakai cincin rasanya ramai yang dah tahu hukumnya kan
Ye... pakai cincin adalah sunnah Rasulullah terutamanya cincin PERAK 
Cincin EMAS & SUASA ---> HARAM ye...


Tapi cemana pulak dengan rantai & gelang ? Walaupun dibuat daripada selain emas??
Meh dengar apa Ustaz cakap...





Kalau dah namanya perhiasan untuk pompuan, so takyah le nak pakai jugak kan?? Karang bila orang kata bodoh, tau pulak nak sentap sedangkan diri sendiri jahil.. Ish..ish... Lagi satu jangan pulak menidakkan hukum sebab boleh jatuh kafir... Sape yang ada pakai tu, sila la serahkan pada orang pompuan je untuk pakai..

BUKAN EURO 2012

Dalam orang dok demam Euro 2012 la ni, ada jugak yang langsung tak terjebak
Memula mintak juga nak bola baru tapi bila pegi kedai benda lain pulak yang dimintanya
Asalnya bola si Adib dah terjatuh dalam longkang tapi sebab dah jauh ke dalam susah le nak ambil
Pastu hasben aku belikan bola baru.. tah cemana punya ganas main, boleh terkoyak pulak bola tu
[bola yang terkoyak tu bola yang keras tu tau, bukannya bola yang cam belon tu]

Sebab dah berjanji nak beli bola baru, hasben ajak pegi Econsave
Tengok2 bola yang ada kat situ bukan main mahal lagi
Tapi dah pegi situ kan, dah rambang la mata si Adib
Pegang itu nak, ini nak... last2 aku cakap pilih satu je
Tah cemana dia berkenan pulak kat reket badminton [siap cakap nak kaler biru lagi]
Kebetulan la ada reket kaler biru [satu set ada 2 reket siap dengan shuttlecock = RM12.90]
So hasben aku belikan la untuk Adib.

Esoknya, apa lagi, jom kita main badminton
Orang lain sibuk ngan bola, deme sibuk dengan badminton
lantak ko la labu....
 Bakal pengganti Rashid Sidek ke??
[Pergh.. lalang kat rumah aku tu dah boleh jadi pokok pagaran]


 Sedia... Adib nak pukul ni... [cewah... konon terer la tu]


Main la kome dua beranak...  Yaya pun ada join the club gak tapi gilir2 la dengan Adib..
Mama tak join cuma jadi mamarazzi je..





Monday, June 18, 2012

ABUDEN????

First time dengar perkataan ABUDEN ni masa tengok citer PHUA CHU KANG
Dulu aku tak pernah misss sitcom tu kat tv. Cuma season yang akhir2 tu (yang ada Afdlin Shauki) aku dah tak berkesempatan nak tengok.

Selalu tak korang tanya soalan yang dah terang lagi nyata? Bak kata orang sudah terang lagi bersuluh, tapi masih nak tanya juga. Kadang2 naik rimas & menjengkelkan pun ada. Korang tau tak makna ABUDEN tu??? Tengok video ni yer...



Pasni kalau ada tanya soalan yang macam ni, terus je jawab, ABUDEN???

K-A-G-U-M

Dalam banyak2 transport, aku adalah amat kagum dengan pemandu2 transport ini
Sebabnya, bukan semua orang boleh buat cam diaorang
[Aku yang pandai bawa kereta ni pun dah cukup syukur dah...hehehe ---> tapi aku tak reti bawa kereta auto ma....]

Lupakan rabanan aku tu... kita back to main point..

Dua jeni pemandu itu ialah
1] Driver kapalterbang a.k.a pilot

    
2] Driver lori treler/ kontena

 Treler ni bebetul sebelah kereta aku masa ni.. Besaq sungguh!
[Kalau la kereta aku kena hempap, penyek leper aku kat situ gamaknya..]

Paling kagum kalau treler ni nak masuk kat ruang yang betul2 fix dengan kontena tu... Pergh.. kagum sungguh aku dengan driver treler tu. Tabik spring okeh!!!


Friday, June 15, 2012

KASIH ABAH

Semalam masa aku tengah tunggu hasben aku OT tetiba ada la satu teksi ni berenti depan kereta aku. Masa tu aku dah tunggu kat situ dalam 15 minit la. Aku ingatkan pakcik teksi tu  berenti nak kencing ke, nak beli air ke apa. Rupanya dia cam menunggu seseorang.
Kalau dah parking area sama dengan aku tu rasanya dia pun menunggu anak dia OT kot. Senasib la kita pakcik oi.... 

Sepanjang penantian tu, aku dok perati la pakcik tu. Pakcik tu dah agak tua la. Jangan pun dah terbongkok sikit. Lalu terbit rasa kesian pada pakcik tu. Muka dia pun ala2 kesian gitu. Dan2 terbit rasa sedih sebab itu la pengorbanan seorang bapa. Sanggup tunggu anak sejam lebih kat luar tu. Dah le panas. Tetiba aku teringat abah aku yang aku rasa pun ada banyak gak pengorbanan dia pada aku & adik2.

Sambil2 aku melayan MP3 kat henfon aku, aku snap la gambar pakcik tu sekeing dua. Takut gak pakcik tu perasan. Jenuh nak kaver line..hehehehe. Pakcik tu idak le duduk je dalam kereta cam aku. Aku kan sorang2 so lagi selamat kot aku duduk dalam kereta diam2. Bukak tingkap pun suku je... Tapi pakcik tu tunggu kat luar kereta. Ye la kan, kot2 dah lenguh dia duduk lama dalam teksi tu.

 Memula tu pakcik tu berdiri la kat tepi teksi dia

 Bila lenguh berdiri pakcik tu bertinggung pulak. Sambil dok kelebek teksi dia yang cam dah uzur sikit tu. Bila dah lenguh tinggung, dia berdiri balik. Itu je la dia buat 4-5 kali.

Pastu bila dah agak2 dah sampai time anak dia keluar, dia pun masuk dalam teksi. [Aku tak tau le dia perasan aku ambil gambar dia ke tidak masa ni]. Tak lama pastu anak dia pun sampai & pakcik tu pun terus blah dari situ. Yang laki aku pulak tak muncul2 lagi... Panas dah bontot aku dalam kereta tau..

Itu la kasih seorang bapa kan. Sanggup nunggu anak kerja. Cam hasben aku jugak sanggup keje pegi subuh balik malam semata2 nak cari rezeki untuk anak2. Abah aku pulak, jenuh dia melayan pelbagai kerenah anak2 dia yang macam2 ni.

Apa pun kepada semua bapa2 di luar sana 
SELAMAT HARI BAPA
You are our hero!

CANTIKNYA TEMPAT NI

Hari tu anak aku pasang VCD citer hindustan
Bukan filem pun tapi VCD lagu2 Hritik Roshan
Sambil relax2 sesekali layan hindustan pun syok gak kan
So masa tengok videoclip lagu KOI MIL GAYA tu aku tengok dia punya background lawa gile
Jenuh gak menggugel kat mana la lokasi tempat tu
Sementara aku gugel, korang layan dulu clip video tu
Lawa ke tak lawa tempat deme shooting tu.. ce citer..ce citer






Hasil googelan aku, rupa2nya lokasi shooting lagu tu kat Canada
Kat Banff National Park, Alberta, Canada




SUBHANALLAH....


Thursday, June 14, 2012

SENANGNYA NAK TUKAR HANDBAG

Dulu kalau bab nak menukar handbag memang le cukup malas
Ye la kan sebab nak kena keluarkan semua khazanah dalam tu
Siap dalam segala compartment & zip ada barang
Bila dah jadi malas camtu, guna la handbag yang ada sampai rosak
Pastu baru la ganti dengan handbag lain 

La ni dah jumpa solution yang paling sempoi
Handbag yang ada 3-4 biji kat rumah [aku tau korang ada lagi banyak handbag dari aku]
sekarang sudah boleh rotate ikut suka hati
Sebabnya sekarang sudah guna handbag organizer
Memang memudahkan hidup!! 
Suka sebab ada banyak kompartmen
Nak campak henfon pun senang.. tak yah terkial2 nak godak dalam henbag
[nak2 pulak kalau dah terperosok kat bahagian bawah]

Lepas tu sumbat je dalam henbag.... senang citer
Segala ruang & zip dalam henbeg dah tak guna dah..
[beg kecik dalam tu beg mekap aku..hehehehe]


** Organizer tu beli kat Avon... tak sampai RM10 pun..