Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 28, 2009

Cerita Hari Raya - Sebelum Raya

Ini adalah entry tanpa gambo... en3 bergambo akan menyusul kemudian... Hehehe

Aku start cuti raya sehari sebelum raya. Kali ni giliran aku beraya di Ipoh.. Yey... balik kampung..ooo...balik kampung....Pepagi lagi dah siap2 nak balik kampung. Bertolk dari Batang Kali dalam pukul 8 pagi... tengok highway macam jam je.. so kitaorang ikut jalan lama. Itu pun jam gak kat Tapah sebab banyak sangat traffic light kot. Alhamdulillah dalam kul 11 sampai la ke Ipoh.

Ingatkan mak nak beraya kat Ipoh dulu, rupanya petang tu jugak nak bertolak balik ke Pantai Remis. Sebelum balik kampung sempat la buat last minute shopping.. Tak ke mana pun cuma ke kedai depan2 umah [nak cari tudung untuk matching dengan baju raya] & ke Billion je. Aleeya & Adib dapat lagi sepasang baju raya Atuk Latip belikan... Aleeya lagi siap dapat sandal baru.... (sebab dia ikut Atuk gi shopping). Bila Aleeya dah ikut atuk, aku ngan abang bawa la si Adib ke kedai gunting.. konon nak trim rambutnya yang dah panjang tu. Memula tu dia OK tapi bila masuk je ke kedai keling tu, terus melalak nak balik. Last2 tak jadi gunting rambut. Buat malu jek kat kedai tu. Maybe dia tengok ramai sangat kot kat kedai tu, terus dia jadi panik... Apa la adib...

Opah Minah lak dah jahitkan sepasang baju kurung & sepasang baju melayu untuk anak2 aku. Aleeya suka sangat la .. kaler pink lak tu... laaaaaaaagi bertambah suka. Dah ade baju melayu mesti la nak lengkapkan dengan songkok / kopiah. Bila pergi kedai yang jual songkok tu mengamuk2 tak nak pakai. Nak test pun susah... Last2 tak jadi beli... Agaknya rimas kot duk tutup2 kepala dia yang agak2 botak tu kot...

Petang tu bertolak ke Pantai Remis dalam kul 3.30 ptg. Tak ikut highway PLUS pun. Ikut highway lumut pastu keluar kat Bruas. Sampai le ke kampung dalam kul 5 camtu. Ramai dah sepupu sepapat aku kat umah Wan (nama glamer untuk datuk aku). Semua ade kecuali family Pak Ngah aku.. Selalunya deme balik kampung raya ke-2 nanti. Dah lama aku tak jumpa sepupu2 aku.. semuanya dah besar panjang... kiranya nanti meriah la raya tahun ni.... Aktiviti malam apa lagi selain masak kuah kacang, nasi impit & rendang....

No comments: