Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 30, 2015

JEM PUNYA PASAL

Bulan Ramadhan ni bos bagi staff balik awal sejam
Office hour from 9am - 5pm
Perjalanan aku ambil masa sejam so selalunya aku sampai rumah dalam kul 6petang

Tapi semalam, tetiba je jem kat atas bukit Jalan Sungai Tua tu
Lama pulak tu tak bergerak2
Tengok2 jam dah pukul 6petang
Tah apa la punca jem
selalunya antara 2 je jalan jem kat situ - ada accident @ pokok tumbang

Nampak tak sikit punya panjang la barisan kereta

Tengok2 jam lagi dah nak dekat kul 6.30ptg
Ntah sempat ke idak nak berbuka kat rumah
Nak call hasben suruh belikan makanan pun takde line pulak kat area situ
Mak pasrahhhhhhh je la

Slow2 kereta jalan rupanya ini punca jem tu
POKOK TUMBANG
Terima kasih la pada yang berhenti pi potong pokok2 tu
Tunggu bomba pun tak sampai2 lagi
Dah le hari hujan lak tu
[Pic ambik dari group #SSBK kat fb]

Sampai rumah elok2 kul 7
Hujan lebat lak tu
memang idak le nak singgah PARAM
Nak masak apa pun tak sempat 
Apa yang senang & lazat??? ---> MAGGI je la jawapannya
So itu le menu iftar kami anak beranak..hahahahah
DARURAT!!!!




** Menu apa pulak petang ni???






Monday, June 29, 2015

AIR FRYER MURAH KATANYA

Asyik lalu lalang je iklan groupon kat fb aku
Tapi mata aku terperasan koliangin [read kuali angin a.k.a air fryer]
Murah kata koooooooo
Mau tak murah... selalu harga cikai2 pun hampir 1k juga
Tapi yang ni memang wau!

Macam menarik je
TAPI
Brand cam tak berapa familiar
Agak2 ok tak ha???


Ada sesapa beli tak???





Thursday, June 25, 2015

MATA HANTU

Kejadian masa balik kampung hari tu
Saja la snap gambar anak2 
Tapi sebab anak2 aku ni jenis tak duduk diam
tambah lagi tangan aku yang kengkadang getor je
terhasillah gambar ni..

Seram pulak tengok gambar si Mira tu








Walhal  sebenarnya nak tangkap gambar camni 






Bila dah  tergelak2 tengok gambar mata hantu Mira
Aleeya pun nak jugakkkkk
Udah aku kena suurh dia pusing2 untuk dapatkan efek mata hantu tu

Mata hantu Aleeya
hehehehe






** Ngantuk la wei kat opis ni....




Wednesday, June 24, 2015

AIDIJUMA NEW RELEASE

Hari ni new design dah keluar kat website AJ
Tapi cuma Blue Label & Green Label je la
[sekarang aku dah tau dah label2 ni semua...wakakakak.. Riak!]


Baru je lagi aku terjebak ngan AJ ni
Selama ni aku takat pakai bawal paso malam je
AJ  ni pun ada selai dua kawan2 aku pernah bagi

Bila dah try banyak2 AJ ni cam best la pulak
Siap aku ada group whatsapp untuk AJ..
Ni semua kengkawan aku la menjebakkan aku ni
Tengs korangggggg


Fuh... Rambang mata memilih
TAPI nasib la aku belum gaji
Memilih kat website ni memang kena cepat sebab cepat aje SOLD OUT
Nak2 pulak kalau yang lawo2 kan...

Dah.. pi terjah cepat website AJ tu!
Hilang sikit mengantuk pepetang ni..

INGATKAN CALAR RUPANYA RETAK

Ganas..ganas..ganas.
Tak tahu sapa punya kerja...
Aku @ Amira

Sebabnya ada sekali tu aku tengah pegang tab
tetiba tah cemana tab aku terlucut dari tangan
jatuh tersembam atas jalan tar
Nasib la ada skrin protector
So ada la calar sikit2

Pastu ada satu hari tu si Amira pegang tab aku
Pastu dia mengamuk apatah
terus dia baling tab aku atas lantai
Elok terperosok bawah kabinet tv...huhuhuhu

Satu hari aku try la cuci skrin tab aku
konon2 nak hilangkan calar2
tapi bila tonyoh2 tak hilang2 pun calar tu..
Aku pun agak skrin protector aku la yang dah calar
so takpe la kan.. tuko skrin protector lain la nanti cadangnya

Nak dijadikan cerita, masa aku tengah guna tab aku perasan cam lain macam je calar2 kat skrin aku tu. Kalau calar dia mesti cam selapis je kan.. Ini aku nampak dah ala2 3D kat garis2 calar tu.
Tak puas hati, aku kopek sikit skrin protector tu
Makanya terserlah la yang sebenarnya
SAH! Bukan calar tapi skrin tab aku RETAK!!!

Nampak cam calar je kan..



Lepas kopek sikit skrin protector , pastu pasang balik
udah jadi gelembung2..
tak reti aku nak betulkan... lantak le kat situ


Setakat ni tab masih "hidup" dengan baik
Sayang ooo sebab ini la smart gajet aku yang pertama
[sebelum beli sendiri bantai tab anak punya je..hahahaha]

Harap2 panjang la umur dia ni walopun dah cacat
Stay with me baby...


Tuesday, June 23, 2015

ADIB & PUASA : WHEN HE'S READY

Ini tahun  ke-3 Adib start puasa
Sebelum ni puasa tipu2 je
Aku start suruh dia puasa sejak umur dia 5 tahun
Aku suruh je... nak tak nak terpulang kat dia la kan
Lagipun masa tu dia kecik lagi
So masa umur 5 tahun memang la tak puasa langsung

Masa umur 6 tahun, suruh dia try lagi
Dapat setengah hari je [ada la 2-3 hari je pun]
Pun aku tak paksa... aku cakap kalau tak larat buka puasa je la

Masa tahun lepas Adib dah darjah satu
Masa ni memula je dia ada semangat nak puasa
Paling payah kejut sahur la
Liat bebeno
Pun aku tak paksa puasa.. just suruh dia try ikut kemampuan dia
Alhamdulillah dapat le 2-3 hari yang puasa penuh
[Dia siap request lagi nak puasa selang2 hari...hahahaha]

Tahun ni aku suruh lagi dia try puasa
Tak paksa pun dia untuk puasa
Tapi maybe sebab dia rasa dia dah besar
pastu kengkawan semua puasa, tu yang dia pun nak puasa kot
Pastu nak kejut sahur pun dah tak susah cam tahun lepas
Asal kejut tu untuk sahur, dia bangun la
Makan pun takde la memilih

Hari pertama puasa je dia cam flat sikit
Jangankan dia, aku pun flat jugak
Tapi dia kata dia tahan nak puasa
Sampai waktu berbuka pun dia tak makan banyak
Makan kuih, minum air pastu dia gi baring kat depan tv
Tup..tup dia terus tertidur depan tv
Letih sangat le tu

Kesian anak aku..letih puasa ye...


Masuk hari kedua, siap boleh kayuh basikal, 
pastu gi pasar ramadhan
Ermmmmm... tak le penat sangat pose tu kan

Hari ke-3 & ke-4 kan ke hari Sabtu Ahad
lagi la kan..
Memang le kejap2 dia kata lapo
pastu dia pegi main kat rumah Cik Besah
Pastu dia main game, tengok tv
Petang2 boleh pi main basikal
Kiranya dia idak le melepek je kan
Boleh kata cergas la..
Steady la brader kan...

Semalam pulak katanya dia puasa
Siap boleh cerita ada kawannya yang tak puasa siap minum air depan dia
Aku tanya dia minum juga ke?
Dia jawab, "Adik tak minum, tapi bila tengok kawan Adik minum, Adik sabarrrrr je la"

Harap2 ada peningkatan la puasa dia tahun ni dari tahun sebelumnya.
Tak mati pun puasa ni kan Adib...