Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 14, 2012

PESANAN UNTUK SEMUA

Salam Jumaat untuk korang semua :))




Thursday, December 13, 2012

TERBANTUT HAJAT DIBUATNYA

Nak citer pasal satu insiden masa aku pi Aquaria minggu lepas
Masa tu kitaorang dah selesai tour dalam Aquaria tu dah
Aku ada la rasa nak terkencing sikit masa tu
Lagipun nak ronda2 lagi kat area KLCC so nak pi la buang2 hajat mana yang patut kan

Aku singgah toilet yang kat area Aquaria tu je
Siap ajak Yaya sekali...  
Sekali bila sampai toilet, aku la pulak yang pelik
Cemana nak basuh weh???

Mak aiiii... canggih sangat sampai tak reti aku nak guna
Sebabnya air yang nak basuh tu ada dalam mangkuk jamban tu sekali
[apa org panggil jamban cenggini ek???]
Tersangat la tak reti...

Aku suruh Yaya kencing dulu
Lepas kencing jenuh nak basuh sebab air yang pancut tu rendah beno
[tak sampai pun kat area bontot Yaya]
Last2 aku kena la cedok air tu guna tangan [nampak sangat perak kan???]

Disebabkan terlalu canggih camtu, aku terpaksa la pospon hajat aku
Tak jadi la... rasa cam nanti tak bersih je
Kesudahannya aku pi buang hajat kat toilet kat KLCC park tu masa anak2 aku gi mandi kolam
Jenuh aku menahan kencing tau...

Korang ada tak experience cam aku????



BLOGGING ITU MEMBUANG MASA?

Aku mula terjebak dengan blog ni masa aku ka kompeni lama
Kalau tak silap dalam tahun 2008 kot..
Masa tu aku dok gian berchatting dengan MakcikRehan.. 
dia la punca aku ada blog sendiri
Sebabnya MR sendiri dah ada blog & dia tanya aku ada blog ke idak
[masa tu aku pun tak tahu apa itu blog]
Lepas aku baca blog MR, aku cam terfikir best jugak ada blog ni rupanya
Ala2 online diary gitu... [tapi takleh la terlalu personal kan??]

Melalui blog la aku belajar macam2... aku kenal ramai blogger 
[blogger tu je yang tak kenal aku..hahaha]
Banyak ilmu pun aku dapat melalui blog2
Dulu aku pun tak hingin nak bagitau yang aku ada blog
malu rasanya nak cakap kat orang yang aku ni blogger tak tegar
Sekadar kalau aku nak luahkan perasaaan je la

Ada satu hari tu, masa sembang2 dengan sorang member aku bertanya pada aku
"ko ada blog ye? Aku ada baca blog ko hari tu"
"Ha'ah, ko ada blog gak ke?"
"Aku takde blog...malas la... buang masa je benda2 tu semua"
'OIC"

Erm... well, aku agak tak setuju disitu okeh...
Maybe pada dia buang masa 
[maybe dia ada banyak benda yang lebih berfaedah untuk dibuat]
Tapi pada aku, blogging ni satu kepuasan untuk diri aku
Walopun takde sorang pun yang sudi baca, tapi aku sendiri je yang baca
Dan salah seorang pembaca setia blog aku ni, tak lain tak bukan suami aku sendiri
Dulu dia skodeng diam2 je.. sekarang terang2an je dia bukak blog aku.. boleh tanya lagi ada update blog ke?? Walopun kengkadang aku kutuk2 dia, tapi dia selambe ja... tak pernah la pulak dia ambik hati dengan apa aku tulis..hehehe
[Well u know me abang... lain di mulut, lain di hati, lain di jari..]


Bestnya jugak bila ada blog ni, kita share apa yang kita tahu
Share apa experience kita, share macam2 tips, share macam2 info, share perihal ragam anak2
Dan macam2 lagi la... seronok bila baca blog orang & seronok bila ada yang sudi baca blog aku
Terima kasih pada semua yang sudi singgah & follow blog sempoi aku

Kadang2 banyak benda kita susah nak luahkan dengan kata2 di mulut
Jadinya blog ni lah medium untuk luahkan apa yang aku nak cakap
Sebabnya kita boleh susun ayat2 dengan cara kita sendiri 
[tak payah nak fikir nada suara la, tone suara]
Kang kalau bersuara,ada pulak yang terguris hati ataupun salah faham dengan apa yang kita kata
Tak pun nak sampaikan hasrat hati [especially pada suami], blog ni la yang aku guna...
And again, aku tak rasa blogging itu membuang masa  aku sebab dengan blogging la aku mengisi masa lapang aku.. Tak gitu???


Wednesday, December 12, 2012

NURTURING PILLOW YANG BEST

Hari tu baru cakap teringin nak beli kan
Dengan tak agak2 akhirnya dah selamat membeli nurturing pillow ni
[dah dapat dah pun actually]
Huhuhuhu.. demi keselesaan tidurku sehingga beranak nanti kekdahnya
[Mengada2 pulak bila anak ke-3 ni]

Boleh tahan mahal gak nurturing pillow ni rupanya
Ni pic aku ambil dari fb Mom's Little Ones 
[la ni ada offer tau.. pi terjah cepat]
Tapi aku dapat dengan harga murah je...
Ada la member yang nak jual separuh harga kat aku
Ok la tu.. sebabnya dia ada 2, so dia jual la kat aku satu
[below market price sapa la tak nak kan]

Jumaat lepas telah selamat sampai ke tangan aku
Walawei.. dapat la aku tidur dengan nyenyak pas ni
Pillow ni ala2 nursing pillow tu la cumanya dia ada tali di hujungnya + bantal kecik as back support
Yang bestnya, tali tu boleh dibuka so kalau nak buat tidur bantal tu jadi cam memanjang sikit [jadi cam bantal golek tu]
Sarungnya pun boleh basuh [nak2 aku punya tu kaler cerah kan...]

Bila tidur dengan posisi cam ni sangat selesa okeh!!!
Serius tak tipu..
Kalau sendal bantal ni kat belakang pun best juga.. takde la sakit pinggang
Yang lagi best bantal ni boleh guna sampai korang lepas beranak
Untuk breastfeed baby, untuk letak baby
Nak2 pulak kalau berjahit kat bawah tu kan, sure nak duduk tu cam sakit kan
So boleh la jadikan bantal ni sebagai pelampung gitu 
[harap2 tak berbisul la bontot tu]
Dah beberapa hari ni guna bantal ni, tidur adalah sangat selesa & lena
Tapi dengan syarat katil tu aku yang punya..hahahahaha
Tok laki tidur bawah dengan anak2... katil queen tu aku la yang konker...
Adib ngan Yaya pun suka beno la main dengan bantal ni
Tak nyesal aku beli bantal ni..

BABY BLUES @ WEEK 26

Ini minggu lepas punya..

Sekarang pun kalau Yaya & Adib letak tangan kat perut
sambil sembang2 dengan baby.. sure dapat tendangan dari baby
Eksaited la budak berdua tu.. pastu tanya "bila baby nak keluar, mama?"
Ish..ish.. tak sabar sungguh!

WW 2012 # 50