Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 17, 2010

Internet Bengong

Tak pasal2 disebabkan kebengongan internet a.k.a STREAMYX yang melanda opis aku, komputer lak asyik hang je kat mozilla, i.e, dan yang sewaktu dengannya, dengan segala dukacitanya aku terpaksa tukar password google account aku.


Pepagi buta masuk opis [biasa la masuk awal sebab nak buat projek blogwalking @ apa saje yang berkaitan dengan blog ni] tetiba je error. 
Pastu tetiba je keluar page mintak aku tukar password. Dengan tak relanya terpaksa la aku tukarkan jugak password aku. [Dah tak pasal2 aku nak kena ingat password baru]... Hampeh tu!!!! $%^&&*%^!!!!!!

Tuesday, March 16, 2010

Cave Of The Golden Rose

Sape ingat citer ni??? Tipu la kalau korang tak ingat. Citer ni tayang kat TV masa aku sekolah menengah dulu. Budak hostel la katakan... asal balik dari cuti sekolah je mula le bukak topik cerita TV. Termasuk la cerita Fantaghiro ni... Betui tak Rehan??? [Ko kan sekutu aku dulu..]

Pagi tadi bukak fesbuk ade la orang suggest kat aku jadi fan COGR ni. Wallawey, aku ingat aku je fanatik citer tv muda2 dulu [dah tua2 ni dah kureng la sikit]. Fan COGR ni dah lebih 20 ribu orang weh... dahsyat tulll.. Ni aku tepek  beberapa gambo buat refresh memory korang kat citer ni..

-citer ni ada 5 siri... semua siri aku tengok.. sapa yang ter"miss" satu siri rugi besar lor...-

Heroin citer ni: FANTAGHIRO  [nama sebenarnya: Alessandra Martines]... Tapi korang perasan tak kalau dalam tv tu nama dia dieja PHANTAGAROW... tak caya cuba korang Google-

Queen Fantaghiro & King Romualdo... [Hensem giler mamat ni].. 
La ni sure King & Queen ni dah tua kan???

-Wizard yang jahat tapi hensem "TARABAS"...-

Ni je gambo yang aku 'curik' dari fesbuk. Kalau korang nak tengok gambo lain gi la join fan COGR.

Bila la RTM nak tayang lagi citer ni??? Ade sesape ade CD citer ni tak?? Kat mana korang beli??? Roger2 aku yek!

Projek Dapur- Final Reveal

Petang semalam akhirnya dapur aku siap jugak. Cuma pintu jamban belum tukar lagi. Maybe dalam minggu depan. Tapi tabletop aku telah complete sepenuhnya... Memang puas hati dengan hasil keje abang husin nih!

Lepas je abang husin balik, terus aku laki bini ambik penyapu, ambik mop, bersihkan lantai dapur, kemas balik perkakas dapur yang bertempiaran kat dining hall aku. Penat jugak walaupun barang2 kat dapur aku tu tak de le banyak sangat. Ni la rupa paras dapur aku sesudah mengalami small makeover...

-baru masukkan sedikit barang-


-semakin padat dengan barang2 yang banyak.. layan je la gambo parkinson aku ni...-

Ada apa perbezaan??? Takde perbezaan besar pun selain kaler table top yang cerah tu. Yang lain2 macam tu jugak susunannya...

lagi satu perubahan... sila perati betul2...

nampak tak perbezaan??? Ya...puan2.. Kapla paip sudah kasi tukar jugak... Yang asal tu cam agak tinggi jugak kedudukannya & telah menyebabkan air merecik2 keluar. So abang Husin gantikan dengan yang lebih rendah.. Kini... tak de merecik2 air keluar sinki... Kesimpulannya... pueh hati aku!!! 

[Yang penting janji manis telah dikota.... sebab kitaorang hanya bayo harga sinki & kepala paip.. Yang lain2 FOC!!!!]

Monday, March 15, 2010

Anniversary Ke-6

Semalam 14/3/2010 adalah ulang tahun perkahwinan aku yang ke-6. Peh.. tak caya je aku dah 6 tahun bergelar bibik bini orang. Dalam 6 tahun itu jugalah 'terkeluar' hero & heroin aku tu.. Hehehe
[Eh..eh.. wedding date aku sama ngan Umi Aida la weh...]

Rasa macam baru je kawin (perasan!!!!). Dulu & sekarang memang banyak beza. Dulu solid sekarang molid (montok + solid).. Tengok baju kawin pun takat tengok je la.. (Mana idaknya, la ni nak kancing pun dah tak boleh... punya kecik mengalahkan korset aku..) By the way, kalau dah namanya anniversary kan, tak sah le kalau tak tepek gambo kepam masa kawin dulu2 kan... Ni la yang sempat aku scan... [Semalam sempat la layan album gambo2 kawin]

Sebelum tu, untuk suamiku yang terchenta...

"HAPPY ANNIVERSARY, DEAR"
-mesej gambo ni, walaupun ko sebusuk 'skunk' ni, hanya kau yang aku cintai
& cintailah aku walaupun aku lebih busuk dari skunk....heheheh-


 -GAMBO ALBUM KAWIN AKU-

-Belah Perempuan [Baju Kuning]



Gambar ni ade aku gantung dalam bedroom aku. Pastu berlaku conversation ni:

Yaya : " Kenapa abah peluk mama & mama peluk abah??"  
Mama : " Sebab abah sayang mama & mama sayang abah".
Yaya : "Camtu Yaya pun nak peluk mama sebab Ya sayang mama."

[Alololo..terharu aku dengar anak aku cakap cenggitu... ade positifnya jugak gantung gambar peluk2 dalam bilik ni.. hehehe]



-Belah Lelaki [Baju Hijau]
-Sebelum naik pelamin ni.. budak bunga manggar tu anak buah hasben aku & sepupu hasben aku-

[Tengok muka laki aku tu, berkerut menahan panas sebab pengapit bukan payungkan pengantin tapi payungkan diri sendiri.. cit!]

-awat muka laki aku masam je???-


-makan beradap... bersama my parents-

-Sesi bergambar dengan Cik Zul & Cik Besah. Budak gemuk tu anak buah hasben aku. La ni dah darjah 6 dah pun [dah main besar pun badannya]-

-Gambo posing lagi dengan pakcik hasben aku. Yang tudung oren tu biras aku tu.. [mak budak gemuk tu]-

Apa Hal Kulit Mengelupas??

Tolong....Tolong...

Tulun....Tulun....

Hari ni pegi keje dengan muka tak best. Sebabnya muka aku ni tengah mengelupas. Tah pe sebab tetiba je dia mengelupas cenggini. Nak kata aku tukar produk, tak juga. Maybe sebab after detox & dehydration kot.. Ye la kan, dapur tengah repair, so tak leh nak masak air, nak buat air sejuk dsb.. Peh tu hujung minggu dok rumah je & tak ke mana2 memang takde rasa dahaga. Tu la sebab kurang minum air.

Memang jenuh nak cover muka yang bersisik2 ni.. Hopefully esok ok la tu... Selalunya memang kulit aku mengelupas dalam skala yang kecil, tapi kali ni secara besar2an. Malu la jugak nak mengadap orang..Tapi apa nak buat...buat bodo je la...

-muka aku ngelupeh camni la especially kat idung & dagu-

 [Gambo ni cam biasa la... ehsan google.. aku tolong promot makcik tu jer]

Projek Dapurku

Herm... finally selepas beberapa siri tundaan  akhirnya kontraktor yang bertangguh tu datang jugak buat dapur aku minggu lepas. Start buat hari Sabtu lepas & maybe siap hari ini (Isnin). Berchenta nak menunggu brader tu siapkan dapur aku... Dah dekat sebulan meunggu 'janji manisnya'...

Pepagi Sabtu lagi dia dah mai umah aku. Malam sebelum tu double konfem dengan dia sebab kitaorang nak alihkan barang2 kat dapur tu. Lagipun weekend lepas hasben aku keje so terpaksa la aku jadi "jaga" kat rumah tu.


-dapur sebelum diproses-

-tabletop in process-
ini semua  on day 1

[kan aku kata dinding bawah tabletop aku nak runtuhkan kan?? Malangnya brader tu kata tak boleh runtuh sebab previous kontraktor tu dah buat salah. Kalau runtuhkan jugak maka akan runtuh la bahagian sinki aku tu... Hampeh tul!]

Day 2
-dah tukar sinki-
[senyum meleret sejak dapat sinki 3 lobang ni....]
-tiles baru dah pasang... tapi ni belum siap lagi... baru 80% -



Okeh.. tu je progress dapur aku setakat ni. Petang ni maybe siap so aku akan tunjuk kat korang esok... Hopefully dapur aku akan ok dari sebelum ni.. 

Next project??? Maybe kitchen cabinet lak... Berpeluh ketiak nak kumpul duit ni!!! [Abang, rajin2 OT ye!].. Bini abang ni nak KC cenggini tau!!!


-Merembes air liur tengok KC ni...cukup la dengan dapor aku yang ala-ala tu...-