Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 11, 2018

TAMAN DEPAN RUMAH TETAP DI HATI

Hadoi.. takde cerita sungguh nak karang
Cerita bab taman permainan je sehari dua ni

Memandangkan taman permainan kat taman baru tu dah tak boleh masuk
aku bawa je la bebudak ni main kat taman depan rumah aku tu
Alih2 taman tu jugak la tetap menjadi pujaan hati
Ni janji dengan Amira sebab dia good kat sekolah hari tu

Happy la dapat konker buaian ni
Sebabnya masa ni awal lagi...takde orang
 bebudak lain tak balik sekolah lagi masa ni


disebabkan hari baru lepas hujan, gelongsor pun basah
So diaorang main buai je la
Mama la jadi tukang hayun.... 
Nak buai tinggi2 kata si Jasmin


sementara bebudak main kat taman
sambil2 tu sempat la tengok progress rumah


Lama lagi nak siap ni😅










Wednesday, January 10, 2018

TAMAN PERMAINAN BARU

Ada kawasan perumahan baru siap kat area perumahan aku ni
Rumah teres 3 tingkat lak tu
Maklum la, aku kan duduk area rumah kos rendah
So ada rumah lawa2 ni jakun nak pi meronda

Kawasan perumah baru ni dekat je dengan kawasan kubur
So kalau lalu2 nak pi kubur tu nampak la construction site perumahan tu
Bebaru ni nampak signboard nama taman ke kawasan perumahan tu dah dipacak
Maknanya dah siap le tu.. so ajak la anak2 pi jalan2 ke situ

Kawasan perumahan tu belum ada orang duduk lagi
So yang lalu2 kat situ hanya penduduk2 yang berdekatan
Kebetulan ada pulak taman permainan kat situ
Takle besar sangat tapi sebab takde orang beria la anak2 ajak nak main kat situ
Ok la... mama kasi can..

Taman permainan baru, semua pun masih elok la kan
[kalau nak dibandingkan dengan taman permainan kat rumah aku tu]



Ni kat kawasan paling hujung so belakang tu kebun getah




Ni la rumah teres 3 tingkat tu.... lawa jugak la
Tak banyak pun kat sini.. ada 70 buah je


Ingatkan nak juga terjah tengok dalaman rumah ni
Tapi nampaknya semua berkunci dah
Showhouse pun takde lagi
Tapi rasanya semua dah ada pembeli.



Tadi membelakangkan hutan
Kali ni suruh diaorang ubah side
Nampak gambar rumah tu lawa la sikit...hahaha



Dah lama dah dok sini
Jom kita balik...



Seminggu lepas tu Amira ajak main kat sini lagi
Tapi malangnya kawasan masuk taman ni dah ada jaga
Dia tak bagi masuk dah...nasib la 
Dah jom pi main kat taman permainan yang lain je la..






Tuesday, January 9, 2018

RAMBUT BARU TAHUN 2018

Tahun baru azam baru la konon
Walopun aku ni takde la azam apa sangat untuk tahun baru ni
Tapi at least ada la pencapaian @ pembaharuan yang dibuat tahun ni
Kalau tak pada diri sendiri, pada anak2  [kof..kof..]

Salah satu pembaharuan tahun 2018 ialah rambut
Tapi bukan rambut aku ye.... tapi rambut si budak kecik ni
Rimas beno tengok dia rambut panjang
Walopun rambutnya lurus tapi dia jenis tak suka ikat rambut
Dah le tu rambutnya jenis cepat panjang 
Paling aku rimas bila rambut dia tutup mata 
Adoi jenuh suruh dia ikat rambut... menjerit2 dia taknak
So solutionnya ialah potong rambut

Ni rambut sebelum dipotong


Selama ni tak pernah bawa Jasmin pergi kedai gunting
Selalunya aku yang trim sendiri rambut Jasmin tu
Ala... kerat bagi pendek je.. takde pesen2
Tapi kali ni nekad pi gunting kat kedai
Jenuh nak pujuk masa kat kedai gunting sebab dia tak biasa kan
Tapi towards the end dia dah ok dah bila orang tu gunting rambut dia

Tu dia rambut baru Jasmin
Hahaha.. cam budak laki je
Lantak la.. janji rambut tak serabai


Muka cam budak noti pun ada kan


Ni kat kedai gambar sebenarnya
Nak tangkap gambar Amira untuk tadika nanti
Kebetulan kat situ ada jugak jual mainan
tu yang nak tangkap gambar kat patung frozen
Dis ngaruk juga suruh aku beli patung tu
Ishhh tak kuasa aku melayan... dah le mahal
Baik aku buat beli benda makan😅



Ni muka Jasmin sebelum tidur
Dah main2 sampai berpeluh
Nasib la dah rambut pendek.. takde la serabai sangat



Abang Adib pun rambut baru juga
Rambut terpaksa rela gitu


Ni pun dia risau rambut dia tak tumbuh bila buka sekolah nanti
Aku cakap "sedangkan kening ko yang terbakar pun tumbuh, inikan pulak rambut yang dicukur tu..."😝
[soft reminder pada dia jangan nak main mercun lagi...hahahaha]









Monday, January 8, 2018

BESTNINE @ 2017

Terjebak juga buat benda ni masa sebelum tahun baru haritu
Orang lain buat aku pun nak buat juga
Taknak ketinggalan gitu!!!




FYI, IG aku ni private tau
So memang ambik masa la aku nak approve request sesapa yang nak follow tu
Huhuhu.. sebab bukan retis tu buat private..😝
Dan kalau IG yang meniaga2 tu memang aku reject terus.. sorry ye..
Dah tu je nak bagitau...ok bai..







Friday, January 5, 2018

AMIRA @ TADIKA

Tahun ni Amira dah start Tadika
Hantar tadika biasa2 je... yang pasti dekat je dengan rumah
senang nak pi hantar, senang babysitter nak ambik😅

Amira punya sekolah start sesi pembelajaran pada 03/1/2018
Hari first sekolah dia ok je
Eksaited nak pergi sekolah, pakai baju sekolah baru, kasut baru

Kuning-oren baju seragamnya kome...


Alhamdulillah takde la dia menangis melalak cam Adib dulu
Konon2 cool la dia...
Ok la sebab mama dia ada kat situ

Tengah beratur sebelum masuk kelas


Aku pesan kat Amira suruh dengar je cakap cikgu
Kalau nak pergi toilet bagitau cikgu
Kalau apa2 hal pun bagitau cikgu

Ni nama kelas Amira - 5 Omega


Ni dah masuk kelas
Mata tu dok menjeling tengok mama ada ke idak kat luar kelas



Cikgu bagi pensil & kertas suruh lukis2
Nampak ok la dia dalam kelas


Time rehat aku tengok dia makan dari jauh
Ok la boleh bawa diri
Tapi once dia nampak aku, udah meleleh air mata
Pastu pi pujuk dia sebab dia kata nak balik
Adoyai..... aku cakap kejap lagi baru boleh balik... kena masuk kelas dulu

Cukup time nak balik, aku dah terpacak depan gate
Risau kot karang dia tak nampak aku, melalak pulak dia
Keluar je kelas, nampak je muka mama dia, terus senyum meleret
Tanya kat dia best tak sekolah?
Amira kata best, tapi penat la sekolah ni mama..
Hahahaha... sabar la anak oi... sementara nak biasa


Hari kedua punya drama pulak dia tak nak pi sekolah
Jenuh pujuk suruh mandi & pakai baju sekolah
Lepas pakai uniform baru ok
Tapi bila hantar sekolah udah nangis nak balik
Dia kata mama tinggal mira..hahahaha
Terpaksa la cakap, cikgu tak bagi mama tunggu kat dalam... mama tunggu kat luar je
Cikgu pun pujuk dia juga
Lepas je dia masuk kelas, terus aku balik rumah..
Kali ni time rehat pun aku tak jenguk sebab takut dia menangis
Time balik je ambik dia 
Time balik ok la dia..tak nangis pun

Hari ni (hari ke-3) pun buat drama  takmo mandi & pegi sekolah
Pujuk2 baru nak
Sampai sekolah ok je dia
Lepas dia masuk kelas, aku pun cabut la sebab harini dah keje
Dah pesan kat babysitter suruh ambik dia nanti
Kat cikgu pun aku dah bagitau babysitter akan ambil
Harap2 dia ok la dia untuk hari2 seterusnya..









Tuesday, January 2, 2018

ORIENTASI KE TINGKATAN SATU

Hari ni semua cerita pasal anak2 masuk sekolah kan
Tahun ni anak aku yang sulung dah masuk Tingkatan 1
Adib masuk darjah 5
Amira akan masuk tadika
[tapi tadika Amira akan mula esok]

Setakat ni Aleeya [anak sulung] tak dapat mana2 tawaran sekolah lain
Dia pun kata dia taknak sekolah lain
so kita daftar je la kat sekolah yang aku pi daftar haritu

Aleeya ada mohon juga MRSM & SBP 
tapi belum rezeki Aleeya untuk ke sekolah sedemikian
mungkin juga sebab result UPSR Aleeya yang tak berapa elok
tapi takpe lah kan.... mungkin ini yang terbaik untuk Aleeya & kami sendiri

Alhamdulillah orientasi & pendaftaran dah dibuat pada 26/12/2017
Pepagi lagi Aleeya dah semangat sarung baju seragam sekolah menengah
Siap dah berjanji dengan kawannya nak pergi together2
Nampaknya kena la mamanya pegi sendiri... sabo je la
Sampai kat sekolah baru la jumpa dia 
[itupun jenuh cari sebab budak ramai sangat]

Lepas daftar nama baru la kena pi bayar yuran kat kelas masing2
Cek dulu kelas Aleeya
Aleeya dapat kelas 1 Bestari
Sebelum ke kelas again aku tanya dia, betul ke dia nak sekolah situ & taknak pergi sekolah lain kalau ada tawaran?
Dia kata taknak & confirm nak sekolah situ
If she say so kan... malas nak paksa2.. janji dia nak sekolah

Tengah beratur tunggu giliran nak bayar yuran kat guru kelas


Selfie dulu dengan anak dara sorang ni...hahaha


Bila anak dah sekolah menengah ni, perasaan dia lain macam sikit
Sebab rasa cam dah besarnya anak aku
Selain risaukan pelajaran, aku risaukan pergaulan dia juga
Tau je la bebudak tengah meningkat remaja
Rebel diaorang ni lain sikit... darah muda & darah panas gitu kan
Asyik nak ikut kawan2 je...aduh... harap2 Allah lindungi Aleeya & rakan2nya dari terjebak dengan benda2 yang tak sepatutnya.
Dah le tu sekolah anak aku ni jenis campur lelaki & perempuan
Risau lagi bab kapel2 ni...huhuhuhu
Cam tak ready je lagi nak hadap benda2 ni
[Ate mamanya dulu dok girls school je dari sekolah rendah sampai menengah 😅]


Ada masa aku sedih juga sebab kena urus sorang2 & hadap sorang2 karenah anak2 ni
Takde tempat nak cerita bab anak2  
Paling2 aku gi kubur dok cakap la sorang2 kat situ...huhuhu
Tengok muka anak pun kesian sebab diaorang takde father figure yang selalu diharapkan sebagai pelindung especially pada anak2 perempuan..
Semoga Allah beri kekuatan yang berterusan kepada kami untuk menghadapi hari2 mendatang.
Semoga Allah juga melindungi kami dari semua perkara2 yang tidak elok dan hindari kami dari semua perbuatan yang memudaratkan & tidak memberi faedah kepada kami.