Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 16, 2015

SEMINGGU MENYEPI

Ada sesapa perasan ke blog aku ni senyap sunyi seminggu lepas?
Hahahahaha..
Seminggu menyepi sebab tuan blog pi balik kampung
Nak duduk celah ketiak mak
Ambik cuti sampai seminggu [nak habiskan annual leave konon]
hambek ko..... pastu dapat pulak cuti tambahan sebab Selangor menang bola kan
Fuyo... lama beno aku bercuti rasanya
[Walhal balik Ipoh je pun...]


Nampak tak cengkaman tangan Jasmin tu
Kalau ada dak kecik ni, takyah le ko berangan nak pakai tudung berlilit2 bagai
Habis ditariknya... pakai simple2 sudahhhhhh


Muka2 insan yang tak sabar nak balik kampung


Seronok seminggu duduk dengan mak
Hanya aku & anak2 sahaja
Hasben kena balik sebab dia tak cuti...
OK kasi can hasben feeling2 orang bujang...wakakakaka
Dan kasi can pada aku tak payah pikir hal ehwal rumahtangga
Takyah fikir rumah sepah, kain baju, lauk pauk...heaven sungguh!



Tuesday, December 15, 2015

MENGAPA SITI NORDIANA

Sure kat sini ramai yang layan Gegar Vaganza kan
Dan seperti dijangkakan Siti Nordiana akhirnya jadi juara
sebab performance dia tetiap minggu best kan??

Tapi dalam banyak2 tu yang paling aku suka sangat masa dia nyanyi 
lagu MENGAPA
Dia punya version lagi best dari penyanyi asal [pada aku la]
Leman pun leman la Nana oi.. janji sedap..





 Tahniah Nana jadi juara 
You deserve it!

Friday, December 4, 2015

DAH LAMA TAK DATING

Terjumpa ni kat fb
memang terasa dah laaaaaamaaaaa kami tak dating berdua
bercuti berdua laaaaagi la tak pernah [melainkan hanimun dulu]


Sejak lepas beranak pinak ni memang jarang masa berdua
Memula je berdua, pastu bertiga sampai la dah berenam sekarang
[produktif tak?? hehehehehe]



Nampak tak apa Brother Love tulis tu?
Jap aku zoom [untuk yang rabun]

Patut le dah suam2 kuku sekarang...
Nak kena jerang kasi hangat balik le ni..


P/s: Waktu dating korang cakap pasal apa ha??? Takkan nak cerita pasal anak2, mak pak, mentua, jiran, kawan??? Punya la lama tak dating heart to heart, tak tahu topik apa nak sembang... [nampak beno dah kertu]





MALAYSIA'S TOP BRAND 2015

Entry asal boleh di hari Jumaat
Jenama-jenama yang top kat Malaysia untuk tahun 2015


Dari senari 10 jenama paling top kat atas tu
7 je yang memang selalu guna.



** Takde mood nak keje.... nak cuti.. 

Thursday, December 3, 2015

LONDON MARI

Opismet aku baru balik dari London
Bagi la souvenir kat kami
Tak dapat gi London, dapat ole2 dari London pun voleyyyyy

Tq ye
Cantik... ai like
Boleh gantung kat kunci rumah..


** Bila la boleh merasa gi London ni ye... [verangan la kau!!!]



Wednesday, December 2, 2015

MANJA-MANJA

Saja2 dok rumah takde buat apa selfi la dengan anak2
buat modal hantar kat hasben aktiviti anak beranak..

Gambar dengan kakcik Mira je yang manja2 sikit
tetiba la pulak kakcik nak melentuk2 kat aku
Jasmin usah cerita le... banyak gambar gegar
ate, tak duduk diam

Ewah anak dara ni
Sorry ye gambo maknya tak pakai tudung
tu yang kena coverina ni..

Ni siap buat muncung duckface lagi
Trademark dia lepas keluar perut..hahahaha

Sekarang suka buat 
Ku putih, ku putih
barulah putih... MUAH!!!