Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 7, 2015

BERAYA DI KAMUNTING

Raya kedua dari Pantai Remis ke Taiping
Dah alang2 sampai Taiping, aku ajak la hasben gi beraya rumah kawan aku
Memang dah lama tak jumpa member sorang ni
Dah lebih 21 tahun kot
Lepas sekolah memang lost contact
[dia pun sampai Form 3 je kat sekolah aku dulu]
Terjumpa balik dalam fb

Kebetulan pulak dia balik Taiping
makanya dapat singgah le rumah dia
Jenuh jugak nak cari rumahnya sebab tak pernah sampai kan
Nasib la tau jugak le jalan2 arah ke rumahnya tu
Pastu main ikut direction yang dia bagi je la
Nasib tak sesat [sebab drive malam]

Tu dia... lepas 21 tahun tak bersua muka
Aku makin kembang, dia tetap maintain... jeles!
Siap bersua dengan anak2 masing2 le ye

Budak dua worang ni sebaya tau
Lahir tahun yang sama, tapi bulan lain2 la

Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak beraya & berjumpa kengkawan lama

Esoknya pula, sebelum balik Ipoh 
singgah beraya ke rumah bapa saudara hasben pulak
[Adik kepada bapa mertua aku]
Rumahnya pun berhampiran dengan rumah kawan aku tu jugak

Sebelum check out chalet
Kita selfie dulu ye Jasmin
[eeee... bulatnya muka mama]


Sementara tunggu abah singgah kedai beli apa tah
Snap gambo budak kememeh ni..

Sampai di rumah pak sedara tu, dah siap masak tengahari
Langkah kanan.... memang tengah lapo pun
Pagi tadi breakfast makan roti jer...

Fotogediks Cik Besah bersama Aleeya
[hehehehe]


Porch rumah pak sedara ni luas...
Pakat bentang tikar, makan kat luar ni je
Jasmin suka la bila ada orang yang nak melayan dukung timang dia..
Selalu tu dia bukannya nak dekat orang
Hanya insan2 terpilih je yang dia nak


Kakcik cam biasa la...
Buat kelaku dia
Tu sebab abahnya ada belikan mainan 
elok la berkepit dengan abahnya...hahahah
[boleh mama makan nasik dengan tenang...fuh!]



Dalam kul 3 petang, kami gerak balik Ipoh
Cik Besah & the geng nak balik Batang Kali
Ingatkan nak masuk highway, tapi jem tak hengat dari Changkat Jering..
Last2 kami ikut jalan dalam jer
Fuh... 3 jam baru sampai Ipoh tau! Dah macam perjalanan Ipoh-Kolumpo je..
Raya dan jem... memang takleh nak dipisahkan...


Next: Pasni sambung raya kat Ipoh pulak.









Wednesday, August 5, 2015

BERAYA SAMBIL BERCUTI DI KAMALODGE RESORT TAIPING

Hari Raya kedua, mak aku ajak balik kampung di Pantai Remis
Saja la balik jumpa tokwan & sepupu sepapat kaum kerabat yang ada
Pegi pun balik hari je... tak tidur sana pun

Hari tu juga, Cik Besah and the gang, balik ke Parit
Balik pun sebab pak mentua aku nak singgah kubur arwah mak & abah dia
Dah alang2 diaorang balik Perak, tu yang abang ipar aku ajak hasben aku ke Taiping
Memandangkan Taiping dengan kampung aku tak le jauh sangat
so on je la...

Petang tu, lepas beraya di kampung, semua balik Ipoh
kami terus ke Taiping
Sampai sana Cik Besah dah sampai resort dah
Kami la yang last check in
Lewat sebabnya jem dari Terong ke Changkat Jering.. fuh..

Rupanya abang ipar aku book kat KAMALODGE RESORT
Suka la anak2 aku sebab ada kolam...
boleh berendam sampai kecut
Aku pun suka juga sebab dapat tido dalam ekon
[kat rumah mak aku, panas berbahang usah cerita...]

Tu dia kolam dari view bilik aku..


KAMALODGE ni dalam kawasan Lake Garden tu je
Korang cari SERATAS, sure jumpa tempat ni..hehehe
Suka suasana sini... sejuk je
Untung sapa dok Taiping ni..

Ni chalet yang kami duduk
Bilik aku yang bawah sekali belah kanan tu

View chalet kami dari seberang kolam
[gambo google je]

Sorry la takde gambo dalam bilik
Aku lupa nak tangkap gambo.. dah sibuk dengan anak2 kan
Bila free, bilik pun dah berkecah baikkkkk punya
So lupakan je la..

Korang google je la ye...
Kami duduk satu malam je kat sini..
Ok la... nanti boleh datang sini relax2 dengan family lagi.






Monday, August 3, 2015

RIANG RIA RAYA 2015

Raya kami tahu ni cam biasa je
Cuma seronok sebab tahun ni giliran beraya di rumah mak sendiri
Dan adik beradik semua dapat raya bersama2
Syok bila kumpul ramai2

Gambar raya  banyak sangat sampai tak terpilih nak letak kat blog
Rasa macam nak letak semua pics pulak
So entry ni memang akan banyak gambar la
Kalau taknak tengok skroll je la laju2 ye..

Ni parents aku... 
Harus diutamakan gitu.. cewah
[suka beno diaorang tak pakai sedondon tau]



Kami adik beradik bersama mak+abah
[Tak tahu pic mana nak letak, so aku letak semua je..]

Ni family adik aku yang second last [no 4]

Ni family adik aku yang tengah [no 3]
Baru dapat baby baru
Wife still dalam pantang


Ni baby barunya... Baby Fea
Nama Sofea boleh la geng dengan Kakcik Amira





Ni semua gambar tangkap muat je la
Gambar bersusun2 takde
Takde maknanya nak susun kalau main dengan budak2 kecik ni kan







Yang ni lagi terbaik
Orang tengah posing2 dia boleh bantai tido
Kenyang makan ketupat rendang ke bang??


Sementara abah hang tidoq, jom kita selfie la Adib oi..

Ada penyebok pulak belakang tu...wakakakaka


Tangan tak panjang
Gambar Amira dapat sekerat je..


Baru nak dapat gambar satu family
Tapi tak cukup korum kan...
Si Jasmin tido dalam buai

Feeling2 lovey dovey..cewah!
Baju raya kami takdak..
Hasben pakai baju masa nikah 11 tahun lepas
Aku pulak pakai baju masa bertunang 13 tahun lepas
[Nasib la masa beli tu saiz L je ada...hikmahnya bila badan dah membesor baju pun muat lagi..]



Lastly baru la bergambar beramai2
Macam2 pesen la...




Video ucapan raya kekdahnya..hehehe










Thursday, July 30, 2015

AKU SUKA SUAMI YANG MANIS2 NI

Sharing dari fb lagi
[dasar roh blogging belum mari]


Abang, sudi tak nak jadi suami kita yang sweet2 camni???
Kita suka sangat tau!



Wednesday, July 29, 2015

TAZKIRAH SENAFAS KATANYA

Ambik dari fb je ni


Renung2kan....

THERE GOES MY RAYA BUDGET

Raya tahun ni idak le beria2 sangat
Kuih raya pun tak beli banyak
Hanya preparation baju baru untuk anak2 je
Aku sendiri pun tak beli baju raya
pakai je baju yang mana ada
Beli tudung baru je buat syarat...hehehehe
Jimat cermat kekdahnya...

TAPI....
Elok seminggu sebelum raya
berlaku kejadian yang tak diingini
Spek mata aku patah dikerjakan dek Amira
Adeh.... naya sungguh
Hasben suh pi kedai spek buat spek baru
Makanya bininya yang comel lagi kiut ni akurrrrr je la
[Udah dia hulur duit kan....]

Ha tu dia, malas nak pening2 kepala
buat je le spek dalam kadar bajet yang diberikan
2 hari sebelum raya, spek pun siap

Ni le spek baru nya
[Masa ni sebelum bertolak nak balik Ipoh sebelum raya]

Yang ni tah berapa lama la tahannya pulak
Sepanjang ada anak ni dah berapa kali tah tuko spek sebab spek patah dikerjakan anak
Sabo je la...
Kome yang mata elok2 sila la jaga mata baik2
Kang dah rabun macam aku, asyik nak kena buat spek je...
Bukannya murah weh!!!

** Tq hasben sebab belanja beli spek baru