Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 10, 2015

PENGARUH GO SHOP TERJEBAK BELI SHOWER HEAD BARU

Amboi... semenjak dua menjak dah pakai tv ada piring ni
Kejap2 tengok Go Shop, balik2 Go Shop
Tak aku tengok, anak aku tengok... Macam ralit je tengok 
Ha.. Sapa pakai ASTRO @ NJOI sure pernah tengok Channel Go Shop tu kan
Jangan tipu haaaaa

Haritu tengok Go Shop dok promote shower head dari Korea tu
Konon2 boleh improve water pressure la
Air ada filter la... cewah
Tengok harga benda tu je dah sampai RM99
Mahal tu..... pada aku la...

So sebab aku dasar cheapskate, pi terjah lelong.com & mudah
kot2 dapat yang murah sikit
Ha... jumpa pun yang seangkatan dengan Go Shop
Baru RM33 (plus postage)

Ini la rupanya shower head tu

Basically, rupa paras almost sama je dengan yang Go Shop tu
Cuma takde belang tanda suhu air berapa celcius je la

Zoom sikit kepala shower ni
Lubang2nya ada berapa ratus tah
Tersangat la halus...
Konon2 nak bagi air yang keluar tu cam ala2 kat spa..

Ini la kepala shower yang asal
Yang akan digantikan dengan shower head yang baru beli tu

Aku tak harap apa2 perubahan pun dengan shower head ni
Pada aku semua shower head sama je
Cuma aku nak tengok tekanan air shower aku ni akan bertambah kuat ke idak je
Jom cekidaut

Ini la rupa air yang keluar guna shower head yang lama
Ala2 sendu gak le
Maybe dah tersumbat takpun tekanan air rumah aku memang rendah

Lepas ditukar
Nampak ada la improvement
Air yang keluar tu lebih halus
Tekanan air pulak aku rasa cam biasa je
Kalau waktu tekanan air kuat, memang syok la
Bila tekanan rendah, boleh2 je la...
So aku tak tahu kalau yang Go Shop tu camne yang dikatakan boleh improve tekanan air tu
[aku fail sikit bab2 sains/fizik bagai ni]

Selain tu air yang keluar tu mungkin lebih bersih
Sebab dah melalui filter2
[yang biji2 kat shower head tu]
Ni aku tak uji lagi sebab air kat rumah tak keruh lagi
Tunggu waktu2 air keruh, kita boleh buat perbandingan pulak

So sapa2 yang ada guna shower head yang jual kat Go Shop tu
Sila kasi komen sikit..... best ke idak???

Monday, March 9, 2015

PENING... GST PUNYA PASAL

Lagi 3 minggu GST akan dilaksanakan
GST oh GST
Pening kepala aku..
bukan risau pasal GST implementation ni
tapi sebab belum pegi course GST lagi
[bos aku ni asyik tanya je... stress ahkak!]

Ingat nak panggil pegawai Kastam datang bagi talk kat opis aku ni je
Udah email katanya takde pegawai yang free pulak
Ni aku tengah cari kat mana ada GST talk
Yang ada aku sevey, mak datuk mahei kemain
Range harga dari RM800 - RM2K++
Adoi.... mana nak cekau duit banyak2 tu
Memang le boleh claim tapi nak dulukan duit sendiri tu yang masalah...


Serba sedikit info pasal GST

Pihak Kastam pun dah keluarkan buku senarai barang2 yang dikenakan & dikecualikan GST. 
Boleh refer kat SINI 
Pasni takde la kena tipu dengan makcik jual nasi lemak ye..hehehehe



Adoi kome.. kot2 kome tau kat mana ada talk pasal GST sila inform aku ye...
Komen je kat bawah ni @ email aku aikimi18@yahoo.com
TQ..

Thursday, March 5, 2015

PETUA UNTUK PUAN-PUAN

Salam Khamis untuk semua
Something to share untuk korang2 semua

Jom sama2 try


Kerja2 seorang isteri & ibu memang takkan habis... like never ending sampai mati kan??
Kadang2 memang rasa letih sangat.... letih sampai nak nangis je rasanya
Semoga Allah kurniakan ganjaran atas segala penat lelah kita... INSYA-ALLAH



Wednesday, March 4, 2015

JASMIN @ 6 MONTHS ++

Minggu depan genap 7 bulan dah umur budak ni
Sekarang dah pandai menyusur ke depan
Kalau ada benda yang dia nak, bersungguh2 la dia kejar nak ambil benda tu


Ni dia nak kejar ambil cekak reben tu


Ni ada videonya

Lagi satu gigi dia dah tumbuh 2 batang [gigi bawah]
Bertambah kengerian mama nak bagi susu..huhuhuhu

BERCANDA DI RESORT RESTU IBU ULU YAM

Citer basi masa cuti Chinese New Year bebaru ni 
Sebelum aku terlupa nak update
Meh la nak story sikit2 pasal "piknik" kami yang tak seberapa ni

Ekceli tak plan beria pun 
Tapi sebab dah bosan gile duk rumah
So aku sajes la hasben aku gi mandi sungai
Memula dah ajak Cik Besah sekali
tapi bila waktu nak pegi, Cik Besah kata tak nak ikut pulak
Nak tido katanya hehehe
So kami pergi satu family je
Pegi pun dah petang dalam pukul 4 lebih

Walopun aku duduk berhampiran dengan kawasan perkelahan & rekreasi
Terutama kawasan sungai & air terjun
TAPI amatlah jarang pegi mandi manda ni
Boleh dikira berapa kali je aku pernah pegi mandi sungai 
selama aku duduk kat Batang Kali tu

Hari tu [beberapa tahun sudah] 
dah pegi berkelah di Sungai Kedondong
Kali ni pegi ke Resort Restu Ibu kat Ulu Kalong, Ulu Yam
Perjalanan dari rumah aku pun hanya 15-20 minit je
Dulu pernah survey tempat ni, memang sesuai untuk budak2 mandi
So, malas nak citer panjang, tengok gambar je la

Sungai ni maybe owner resort dah bersihkan dari batu2
Siap buat cantik2 untuk budak2 mandi
Nampak tak ada air pancuran lagi
Net pun ada kot2 sapa nak main bola air ke apa gamaknya
Kawasan sekeliling resort ni memang bersih tau

Time aku sampai, orang dah tak ramai 
Lagipun aku pegi tu dah hari Ahad, petang pulak tu
Ramai dah balik agaknya
Orang tak ramai ni syok la sikit..



Kawasan parking memang luas la
Tengok tu, tinggal beberapa biji kereta je masa aku sampai tu
Tapi kalau time peak memang penuh la..

Kawasan ni memang selalu orang buat family day @ camping
Ada la chalet untuk disewa 
Rate dia aku tak snap pulak tapi kalau nak tau, google je la ye
Disebabkan dah tak ramai orang, ada pondok yang kosong
Hasben aku pun sewa la pondok tu.. dalam 2-3 jam
Bayar la dalam RM20 kot..




Memula aku kata membazir je.. tapi bila dah masuk pondok tu rasa ok gak le

Sebabnya ada kemudahan cam tilam, bantal & kipas angin
Senang la aku ngan Jasmin nak landing
[Senang untuk aku bagi nenen kat Jasmin...hehehehe]



Budak2 pulak bila dah nampak sungai, menggeledik nak mandi kan
Takpe, deme pegi la mandi
Aku ngan Jasmin je la duduk dalam pondok

Air kat sini tak dalam pun
Untuk orang2 tua cam kita ni... tak adventure la..hehehe

Ni semua view aku tangkap dari tingkap pondok je tau




Masa ni Amira dengan abahnya belum join lagi
Sebab Amira cam takut nak masuk air
Dia tengok je dulu abang kakak main air

Abah tengah memujuk anak daranya mandi sungai


So my not-so-sado hubby
Kena la layan Amira dulu...


Tengah try mode PANORAMA di henfon..hehehe


Berkuak lentang, terjun tiruk semua boleh buat la dek budak2 ni

Tak lama pastu, Amira ngan abahnya pun join

Tu dia... bila dah lama2 pun si Amira dah menangis
Sejuk le tu

Di dalam pondok pulak
Budak ni dah tido lena lepas pekena nenen
Tido telangkup hisap jari lagi
Kipas angin pulak tala kat dia..

Masa ni hasben aku pun hantar Amira kat pondok
Dia dah tak nak mandi so aku tukar baju dia
Dah siap tukar baju tetiba dia nak susu
Susu dia aku tak bawa spare lak tu
Lagipun sebelum tu dah habis sebotol dia minum
Hisap jari je la ko ye...

Masing2 dah kesejukan...
Dah jom balik oi.... 
Lain kali kita datang lagi...



Pasni nak fikir cuti sekolah nanti nak bawa budak2 ni kemana pulak ye...




Monday, March 2, 2015

HUJUNG MINGGU KAMI

Tak pegi mana2 pun wiken ni
Duduk2 rumah je
Hari pun panas je kat kuar tu
So duduk dalam rumah diam2 ye

2 little princess
Jasmin tu tak tido pun.. mata je terpejam masa tangkap gambo ni



Amira ni boleh tahan ganasnya
Kejap2 dia cubit pipi Jasmin
Kejap2 dia ketuk kepala Jasmin
Sian adik jadi mangsa buli

Ni pulak si Amira nak dukung Jasmin
Yang si adik nak lari kat aku
Udah si Amira paut tengkuk adik tak kasi pegi kat aku
Melalak la member...


Jenuh nak capture this moment
Muka Jasmin pasghah kena kiss dengan Amira

Nanti diaorang dah besar mesti rindu masa2 ni kan...