Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 14, 2015

SLANG BUDAK-BUDAK SEKARANG


Jangan kata budak² @ remaja zaman sekarang
Mak pak zaman sekarang pun guna jugak slang ni
[mode parents yang trendy... ikut arus peredaran zaman... sekaligus terasa muda..ooopsss]



** Mencapap & usha dah lama wujud sejak aku sekolah rendah/menengah dulu
[Dah lebih 20 tahun kot...]

Tuesday, January 13, 2015

OH MY RAINBOW CAKE

Rainbow sangat.....
Sebab kalerful bebeno warnanya
Padahal kek minyak jerrrrrrrrrrrr

Fes time nak buat kononnya
Tengok bahan2 semua ada kat rumah kan
So marilah kita mengekek bersama anak2

Sebelum ni pernah buat kek coklat
Tapi tak berapa jadi sebab hangit.. huhuhuhu
So kali ni try kek minyak pulak
Sebelum ni kek coklat tu aku bako guna oven
Kek minyak ni aku try kukus pulak

Sebab aku ni tak terer buat kek
So aku folo resepi sebijik2 tau
So kalau tak jadi kek aku, boleh le aku salahkan resepi tu
Hahahaha
Setelah membancuh bahan2, masukkan dalam bekas pastu kukus
Ini la rupanya kek renbo aku tuh
Kalerful tak????
Abaikan rupa corak yang tah hapa2 tu
Aku ni memang tangan tak berseni sikit
Gambo kecik tu keratan rentas kek bila dah dipotong
Anak2 aku pulak ta dan tunggu sejuk dah nak makan kek tu

Walopun rupa kek ni cam tak mengghairahkan
Tapi seriously kek ni SEDAPPPPPPP 
Gebu je tau.... & tak berapa manis
Sesuai dengan tekak aku ni
Pehni time raya boleh la aku tayang kek ni [angan2 dah]

Resepi???
Aku ambik resepi paling sempoi je
Sebab aku ni suka yang senang2 je
Nak2 pulak orang yang kurang tahap kesabaran cam aku
[Benci nak tunggu lama2 & banyak prosesnya]

Aku folo resepi ni jer...

Ok uolsss mana tak try resepi ni, boleh try nanti
Senang beno...
[Takde mixer pun takpe.... guna je blender]

SELAMAT MENCUBA...

CERITA SEKOLAH ANAK-ANAK

Benci pulak aku nengok tajuk entry si ibu tiri tu
Lama beno terpampang kat blog aku
Wahahahaha... ko ni dah kenapa???
Sedor la diri dah ada ibu tiri le nih!!

Minggu first persekolahan kan
Topik apa lagi nak publish kalau bukan bab sekolah anak2 ni
Kelam kabut sikit arrrr memula ni kan
Maklum le dah sebulan lebih cuti panjang
Tup2 dah kena bangun awal dari kebiasaan
Aku cam biasa je sebab memang timing aku bangun tido kul  5.30pg tu

Tang bab nak kejut Adib tu mencabar sikit
Aleeya senang bangun pagi... kejut sekali pun dah bangun
Si Adib ni punya la liat bangun pagi
[Ehm... ikut perangai sapa ye tu???]
Jenuh kejut dia.. Kalau aku tinggikan suara si baby pulak terjaga
Udah jenuh aku pagi2... Nak lilit shawl pun tak tenang dibuatnya
[Nasib la ada tudung instant buat back up]

Cis... awal2 dah membebel aku ni ha
Padahal nak tayang anak2 aku di hari pertama persekolahan je..

Tahun ni Aleeya darjah 4, Adib darjah 2
So takde la aku kena menunggu kat sekolah nun
Diaorang pun dah boleh uruskan sendiri.. cewah!

Aleeya sekolah kebangsaan sesi pagi
Adib pulak sesi petang
So tahun ni takde diaorang nak together2 sangat
Tapi dua2 dilantik jadi pengawas tahun ni
Semoga diaorang dapat melaksanakan tanggungawab diaorang sebaik mungkin

Tahun lepas pun Aleeya jadi pengawas
Tapi tahun lepas pakai kemeja putih
Tahun ni kena tuko lak kemeja biru


Abang kawasan pun jadi pengawas gak
Hensem pulak si Adib bila pakai unifom ni
[puji la anak sendiri... ]
Ni dah pakai baju saiz S dah ni tapi still beso dari badan Adib
Tu tang tangan tu panjang sangat sampai kena berlipat2
Apa nak buat.. baka kami ni semua jenis slim2... huahuahua

Ok.. tu je nak citer
BAI



Wednesday, January 7, 2015

PANGGILAN SESUAI UNTUK SI IBU TIRI

Bismillahirrahmanirrahim..
Ackward gak nak buat entry ni
kot2 ada yang terasa hati ke kan
Ada yang tak suka ke 
TAPI....
Ini bukan entry emosi @ entry tunjuk perasaan tau
Baca sampai habis kalau nak tau...hehehehe

Tahun lepas officially aku & adik beradik tahu yang kitaorang ada mak tiri
Ekceli tahun lepas baru tahu
Walhal sebenarnya mak tiri tu dah wujud since 2012
[pandai kan abah aku simpan rahsia]

Memula kitaorang tahu memang la cam marah & bengang kan
Selalu tengok dalam drama je kan
Tup2 jadi dalam keluarga sendiri
Kesian kat mak le...
Sebab dia dimadukan... di usia emas lak tu...

Tambah2 pulak bila dapat tahu yang abah dah ada anak lain
[Yang sebaya dengan Jasmin anak aku tu]
Rasa pelik lak tetiba ada adik kecik... dengan mak lain pulak tu
ERMMMMM

Past is past kan
Mak aku pun dah boleh terima kenyataan 
[walopun ekceli perit untuk seorang yang bernama WANITA kan]
Kitaorang pun pasroh je le.....
Buat apa nak gaduh2 kan... lagipun kitaorang ni tak le terkesan sangat pun
Sebabnya kitaorang pun tak berapa close dengan abah kan
Abah pun macam chipsmore, kejap ada kejap takde
Just kitaorang accept la abah dah ada family lain sekarang

Masa balik Ipoh bebaru ni 
Abah pun dah terang2 bercerita pasal family dia yang lagi satu tu
Pasal anak dia le, pasal wife dia le
Pastu siap ajak kitaorang pun jumpa wife dia a.k.a mak tiri aku
[Sebelum ni aku just tengok gambo je...tak pernah jumpa in person lagi]
Well.... aku cam rasa belum bersedia la
So cakap dengan abah, nanti2 la jumpa...

Ni nak tanya pandangan korang
Panggilan apakah yang wajar aku panggil mak tiri aku tu?

Dia dok bahasakan diri dia IBU dengan anaknya
Takkan le aku nak panggil IBU jugak

Cam tak sesuai je....
SEBABnya mak tiri aku tu lagi muda dari aku about 5-6 years
[sebaya dengan adik aku yang ke3 tu kot]
Well... gap umur abah aku ngan wife baru dia tu 30 tahun tau!!!!
[Kalah CT dengan Dato K]


Erk....
Belum sampai stage nak love my stepmom lagi lah!
Besides, dia pun takde nak ambik hati kitaorang pun
[Tahu merampas je... tak reti ambik hati pun!!!]
Wa... statementku tak menahan sungguh...kui...kui...

Kadang2 aku teringin nak tanya dia
APA TUJUAN DIA KAHWIN DENGAN ABAH AKU??
WHAT WAS SHE THINKING?????

Tapikan... aku rasa mesti aku dapat jawapan cliche ---> DAH JODOH!!!!





Tuesday, January 6, 2015

TAHUN BARU SI BAYI

Dah 6hb  ni valid lagi ke nak citer pasal tahun baru??
Belasah je la...
Sementara nak warm up dengan latest update
Latest la sangat kan...
Walhal baru nak ambik tune selepas bercuti 



Menyambut tahun baru bersama Jasmin

Kita lepak depan TV je
Mama kita bentang playmat ni kasi kita main
Pastu mama kita bantai tido sebelah kita
Bila kita nangis nak susu, baru mama kita bangun

Yiha... sudah masuk tahun baru..

Friday, January 2, 2015

HARI PERTAMA TAHUN 2015

Ramai gak yang sambung cuti
Tapi aku keje
Member sebelah aku ni pun cuti
Senyap sunyi je bilik aku...hahahahaha
Ni yang buat mood keje malayang tah mana2 

Camne pun keje kena buat juga
Kerja pertama di hari pertama di tahun 2015
[Macam la banyak beno kan...]



SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA
SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS