Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 23, 2014

LAPORAN ADAB??

Masa tengah membelek2 buku anak2 yang dah dibeli di kedai buku sekolah
Tetiba ternampak buku ni


Buku camni pun kena ada ke?
Masa Aleeya tahun satu dulu takde pulak buku ni
Masa beli buku Adib pun takde buku ni
Masa tahap dua tetiba termasuk dalam list buku yang kena beli

Macam2 la sekolah ni kan
Apa teruk beno ke adab belajar budak2 sekarang sampai kena ada buku laporan??
Cikgu cikgi kat sini boleh bagi pencerahan tak???

Pening dengan sistem pendidikan kat Mesia zaman sekarang ni...


Monday, December 22, 2014

KERASUKAN SHAWL

Semenjak dua menjak dah berjinak2 dengan shawl ni
Rasa suka pulak pakai shawl ni
Sebelum ni asyik berbawal je kan
Kena ubah sikit la penampilan tu...wakakakaka

Sekarang tengah mengalami kerasukan shawl
Nak pulak opismate pun jual shawl
Rambang mata mokcik!
Dah tu pulak kalau ada kaler yang kita berkenan pun dia boleh carikan
Ai like!!!!

Ini shawl terkini yang aku beli dengan opismate
Tergoda dengan kaler2 yang cantik2 & sweet2 tu
Sampai 3 helai aku beli

Harga???? Well.... aku ni kan cheapskate
Tentulah cari yang murah2 je..
Tudung2 kat atas tu harga tak sampai RM20 pun
Cuma RM18 je sehelai... chiffon oblong shawl lagi
Kain best & sejuk & senang bentuk
Banyak lagi kaler cun2 pi terjah FB dia kat PAKAIAN MUSLIMAH
Kaler cun2 habaq kat hang... rasa cam nak ambik semua je..


Yang ni pulak aku beli kat IG... Tengah buat stock clearence
Murah2 giler... RM10 je selai
Tapi sebab aku lambat, tak banyak kaler dah yang tinggal
Itu pun gile rambang juga mata aku dibuatnya
Nasib la kaler2 yang aku nak semua takde
Tinggal ni je la...

Perghhhh habis duit beli shawl
Memang dah kena kerasukan ni....
HELP!!!! HELP!!!
Ini semua NAPSU!

MONDAY MOOD

Mandom sikit mood hari ni
Semandom cuaca yang mendung hari ni
[sebab rasa terkilan tak dapat balik kampung pun ye jugak..]

Tah bila boleh balik Ipoh gamaknya...
Tak dapat la nak kumpul ramai2 dengan semua adik beradik
Tunggu raya tahun depan je la jawabnya...

Layan dulu gambar Baby Min ni...

Friday, December 19, 2014

HADIAH UNTUK EX BABYSITTER

Sebagai menghargai ex babysitter Amira yang dah jaga Amira selama ni
Kami bercadang nak bagi hadiah le sebagai tanda terima kasih
dan juga kenang-kenangan sebelum diaorang berpindah ke Bentong

Memula tu tak tahu juga nak belikan apa
Selalu orang bagi kain baju & tudung  kan
Tapi aku fikir, kalau kain baju yang boleh pakai dia sorang je
[Takkan aku nak beli sepersalinan untuk diaorang satu keluarga pulak]
So decide untuk beli barang yang semua orang boleh guna
Dah tentu la barang2 untuk rumah... lebih berbaloi rasanya

Kebetulan aku teringat masa kami pi bercuti ke Cameron dulu
Aku ada bawa thermopot ke sana
So Cik Ana ada kata senang juga ada benda ni ye...
Selama ni aku ingatkan rumah Cik Ana memang dah ada
rupanya dia memang takde lagi thermopot tu

Jumaat lepas kan ada sales kat LAZADA
so menggigih la aku mencari thermopot kat situ
Tetiba terpandang pulak water dispenser brand ELBA
Harganya masih dalam bajet, plus pulak dapat diskaun sempena sales 12.12 tu
Jimat dah kat situ... so apalagi.... klik terus BUY NOW...hehehehe

Inilah dia rupanya water dispenser tu
Ingatkan kecik... besar jugak rupanya
Oder Jumaat, Isnin dah sampai... Cepat sungguh servis LAZADA ni..
Kotaknya aje dah besar pemeluk kome wei...
Naik malu lak aku nak usung masuk kereta...hehehehe

Nampak cam best je benda ni
Nanti kalau thermopot aku dah rosak, boleh la sambar satu..

Thursday, December 18, 2014

KUAT RUPANYA KAKCIK NI!!!!

Aktiviti merakam aktiviti anak dara tanpa dia sedari
[kalau dia sedar sah2 dah berlari pada aku sebab nak tengok apa yang aku rakam]

Sesuatu yang mengejutkan
Jom tengok video ni

Tak sangka kuat jugak Kakcik ni
Kerusi Jati tau tu... agak berat la kerusi tu berbanding dengan badan dia yang keding tu...
Hai.. kakcik...kakcik...

PATUT LA DIA SENYAP

Hujung minggu is bonding time dengan anak2
Bonding sangat la kan....
Kalau diaorang behave harus la nak bonding2
Time tak dengar kata mula la aku melenting2
Adat la kot kan bila jadi mak2 ni..hehehehe
Ni layan gambo budak montok ni
Time ni behave la kan...
Tersengih2 kalau panggil nama dia

Ekceli baru lepas nenen
Terbaring kekenyangan

Pastu aku pun sambil nengok Salman Khan kat TV3
Baring2 la sebelah Jasmin
Pelik gak aku si Jasmin ni diam tak gerak2
Kalau idak tu asyik bergerak kaki tangan dia
Takpun asyik nak meniarap je
Kenyang sangat ke dia minum susu sampai badan statik je??

Sekali bila aku toleh
dah TIDO rupanya
Erm.... patut la tak bergerak2 budak ni...