Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 17, 2014

TIDUR PETANG

Dua beradik ni dah jarang tidur buai
Nak2 pulak si Amira
Kat mana dia nak lelap, kat situ la dia tidur
Si Jasmin pun sama
Kalau masuk buai kejap je dia tidur
Kalau tidur bawah lama pulak tidurnya

Ni gaya tidur petang 2 beradik
Sorang atas 
Sorang bawah..

Mana2 la... janji korang tidur
Mama boleh layan gosip kat wasap.. hehehehe

GAYA TERKINI AMIRA BERPOSING

Minah ni dah pandai dah kalau orang nak ambil gambar dia
Ada je aksinya
Tapi tu la.. takleh duduk lama untuk satu posisi
Baru je camera nak capture udah bergerak posisi lain
Hasilnya... banyak gambar gegar vaganza  je la

Gaya ni memang takleh tinggal
Buat peace pastu sengetkan badan
Bajet comel le tu....




Tuesday, December 16, 2014

DESSERT OF THE DAY : TIRAMISU MILO

Tetiba je terminat kat Tiramisu
[Lepas termakan kek Tiramisu Secret Recipe]

Semalam masa buka fb ada pulak yang tepek resepi tiramisu ni
Tapi ni version yang paling senang
Dan paling murah kot aku rasa
sebab semua bahan2nya murah2 je & memang ada kat rumah

Ni first time aku nak buat Tiramisu ni
Senang yang amat...
Campak2 dalam blender, pastu masak atas api, pastu layer2kan, pastu sumbat dalam peti ais
Dah sejuk boleh makan...
[Tapi takleh challenge la original tiramisu tu kan]


Ni la rupe bahan2 & hasil kejadian tiramisu milo aku
Sorry ye, memang kat blog ni takde cara masak step by step
Sebab aku takde masa nak snap gambo waktu tengah masak
Lagipun nanti mengganggu konsentrasi aku masak je..


Nah ambik resepi
Aku pun kopipes resepi ni je

Jimat kan sebab takyah nak pakai cream cheese, whipping cream bagai
Pakai tepung kastad je udah...hehehehe

Pasni boleh olah lagi supaya menepati citarasa tekak aku



SENARAI CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH TAHUN 2015

Beberapa minggu lagi dah nak masuk tahun 2015
Korang dah berazam ke???
Aku takde azam pun lagi... nanti nak fikir dulu
[Azam nak kurus je sebenarnya...hehehehe]

Ni listing cuti2 umum & cuti sekolah di Malaysia bukan Uganda untuk tahun depan
Tapi list ni tak termasuk cuti keputeraan negeri masing2 ye...




Ok dah boleh start plan nak bercuti untuk tahun depan...

Monday, December 15, 2014

BABYSITTER DAH RESIGN

Aku memang dah sedia maklum yang babysitter Amira nak pindah
Cumanya kalau ikutkan tempoh dia jaga Amira sampai hujung bulan ni
Tup2 dia datang rumah aku Rabu minggu lepas
dan bagitau dia nak resign awal
sebabnya dia nak settle hal ehwal rumah, sekolah anak & perpindahan dia di kampung

So aku nak kata apa kan
Hari Jumaat lepas adalah hari terakhir perkhidmatan dia jaga Amira
Nasib la aku dah back up dengan babysitter Jasmin untuk jaga Amira sekali
lepas dia tender

Sabtu lepas, babysitter dah pulangkan semua baju & perkakas Amira
Sedih la pulak rasanya sebab Amira memang manja sangat dengan hasben babysitter yang dipanggil "AYAH"

Semua baju & barang2 Amira dah dipulangkan
Cuma Cik Ana [babysitter] mintak nak simpan patung Amira je
Nak buat kenang-kenangan... alahai..


Ini la IBU Amira
Semoga IBU tak lupa pada Amira bila dah pindah nanti ye

Terima kasih pada Cik Ana & keluarga sebab sudi jadi babysitter Amira
dan layan & sayang Amira macam anak sendiri


** Pagi ni hantar Amira kat babysitter baru... Menangis2 dia bila kena tinggal. Kesian pulak aku tengok.. Tapi kena buat hati kering la... Mama nak gi cari rezeki...huhuhuhu

Wednesday, December 10, 2014

KEMUFLISAN IBU BAPA DI HUJUNG TAHUN

Demam setiap ibu bapa di hujung tahun
Ye.... sebelum bermulanya sesi persekolahan di tahun seterusnya
Pening memikirkan persediaan persekolahan anak2
Bertambah pening memikirkan bajet yang kena dikeluarkan

Aku pun camtu juga
Busuk2 hal ehwal sekolah anak2 memang nak kena standby 
kurang2 RM1000 - RM2,000
Itu untuk anak 2 orang yang bersekolah cam aku
Kalau lagi ramai anak yang bersekolah, lagi banyak le RM nak kena keluar

Ini pun aku ni ada yang skip2
Pakai yang tahun lepas punya baju & alatulis
Takde la membazir sangat
Aleeya OK lagi sebab dia dah memang pengawas dari tahun lepas
Adib pulak memang kena tuko unifom sebab jadi pengawas juga tahun depan

Isnin haritu aku cuti sebab Cik Besah pi Cameron Highland
Babysitter Amira pun folo Cik Besah sekali
Nak tak nak kena la aku cuti sebab anak2 takde orang jaga
Dah alang2 bercuti, aku pi settle la hal sekolah anak2
Bayar yuran sekolah agama, beli baju & kelengkapan sekolah
Dalam 2 jam sudah habis RM1,000.


Ini belum masuk buku sekolah kebangsaan
Tie pengawas pun tak beli lagi
Kain Aleeya untuk sekolah kebangsaan pun terlupa nak beli semalam
And ada lagi few things yang kecik2 tak beli lagi
[Semalam tak cukup duit sebab aku cucuk ngam2 RM1,000 je]
Nanti tunggu gaji hasben aku next week la pulak gi shopping apa2 yang tak cukup lagi

Tengah khusyuk membelek perkakas yang dibeli
Eksaited nak sekolah kekdahnya
Mama abah dah berhabis beribu riban untuk anak2 sekolah
Jangan malas2 sekolah sudehhhhhh!!!!!