Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 9, 2014

20 TAHUN SETIAMU DI SITU

20 tahun beb...
Tak ramai yang bertahan kerja kat satu2 tempat selama 20 tahun ni kan
Kalau gomen tu usah cerita la kan
Majoriti memang sampai tukun pencen keje kat situ
Tapi ni swasta ko..

Ramainya kalau keje swasta ni tak ramai la keje untuk satu tempoh yang lama
Majoriti akan lompat kerja
Cari peluang & gaji yang lebih lumayan
TAPI
Hasben aku berjaya kekal di Tan Chong selama 20 tahun
Sabtu lepas dah dapat reward

Jeng...jeng..jeng...
Dapat la siling emas ni... 10.5 gram lak tu
Simpan buat kenangan
Kalau sesak2 boleh gadai... hehehehehe

Tahniah buat hasbenku sayam
Pasni target for servis 25years pulak ye
[kalau panjang umur] <--- Insyaallah


Saturday, December 6, 2014

PAKSU DALAM KENANGAN

Innalillahi wainna ilaihi rajiun...
Seperti yang tertulis di luh mahfuz
Pagi tadi paksu aku telah pergi menemui Ilahi
Paksu dah berada di hospital beberapa hari lepas
Penyakit sebenar tak dapat dikenalpasti
Tapi mostly berkaitan dengan jantung kot

Arwah meninggalkan seorang isteri dan 5 orang anak
Al fatihah untuk PAKSU
Abdul Jamil Bin Zakaria
Semoga paksu ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Thursday, December 4, 2014

BERJAYA TIMES SQUARE INDOOR THEME PARK - BERBALOI KE NAK PERGI??

Sambungan dari entry yang lepas ye
Lepas kitaorang makan, kami pi balik kat kaunter Monorel
Alhamdulillah... monorel dah beroperasi semula
Ini la first time kami naik monorel ni...
Memula beli tiket dulu ye
Harga tiket dari KL Sentral ke stesen Imbi ialah RM1.60 seorang

Pas beli tiket kena beratur la nak naik monorel ni
Dah le monorel ni pendek means gerabaknya sikit
So orang akan berhimpit2 cam sardin dalam tu
Bayangkan le.... nasib la destinasi kitaorang tak jauh sangat

Sampai stesen Imbi, terus turun & tuju Times Square
Ada anak panah so folo je la...
Main gamble je kitaorang ni

Alhamdulillah sampai juga ke destinasi di tuju
Memula beli tiket dulu ye
Kami ambik family package (2 dewasa & 2 kanak2) = RM106.00
Pas bayo tiket, kena la pakai wristband
Kat tingkat 5 ni banyak permainan orang dewasa je..
Adib nak main tapi ada had tinggi pulak untuk semua permainan tu
Sonya, memang tak lepas la anak2 aku kan...

Makanya terpaksa la kami naik ke tingkat 7 pulak
Ada eskalator dalam tu.. so takyah susah hati nak naik lif ke apa
Kat tingkat 7 baru la banyak permainan untuk kanak2


Ekceli tak le banyak mainan pun... Satu cycle untuk setiap permainan pun idak le lama
Cumanya boleh main ulang2 banyak2 kali le

Nak dijadikan cerita, Adib pulak buat hal
Taknak gi main sorang2... pada dia kalau boleh setiap permainan tu ada sekali dengan abahnya
Bukan semua permainan tu orang tua boleh masuk sekali kan
Suruh dia main sambil kitaorang tunggu kat tepi tu pun dia takmo
Bikin panas je...

Aleeya selamba dia je, main apa yang dia nak
Rugi la kan.. dah bayo tapi tak main

Pastu aku nak main rollercoater
Tengok orang main cam best je
Teringin la pulak
Sekali rupanya memang ada had tinggi.. so anak2 aku memang tak lepas
Pastu aku cakap kasi can la mama ngan abah naik rollercoaster
Korang budak2 tunggu kejap kat tepi tu
Udah bergenang2 mata si Adib
Si Aleeya ok je.. kasi can sama kitaorang

Aku pun dah bengang gak le... Baru je sejam kat situ
Takkan nak balik kan.. Aku ni apa pun tak main lagi
Geram juga kat Adib tu...
Last2 kami laki bini buat hati kering.. pi jugak le main rollercoaster tu
Perasaannya???? Memang gayat, ngeri & menakutkan
Rasa nak terjatuh pun ada... menjerit2 la masa naik tu
Aku tak berani bukak mata pun... takut weh!
Cukup la sekali rasanya...

Dah lebih kurang 2 jam dalam tu kami nak balik la
Lepas sembahyang Zohor, terus gerak balik ke stesen monorel
Nak cepat sebab tak nak stuck dengan orang balik keje
Tapi monorel memang cam tin sardin ko..
Sepadat2nya orang dalam tu

Sampai KL Sentral, singgah tangkap gambar kat ruang legarnya
Kan dah nak Krismas ni.. Deko2 kat situ lawa2
Rugi la kan tak ambik gambar
Tapi takle banyak gambo pun sebab nak kejar komuter lak pasni



Dah lepas posing2 terus tuju kaunter tiket komuter
Oppssss... sebelum tu singgah beli donat Big Apple
Lama dah teringin since peknenkan si Jasmin

Naik komuter dalam kul 5.30ptg
Ramai sungguh orang sampaikan kitaorang kena berdiri sepanjang perjalanan
Aku lak dah bengkak susu...
Bayangkan le seharian tak pam susu
Susu aku dah menitik2 atas lantai komuter
Nasib la aku pakai baju gelap..idak le perasan sangat

Sampai Rawang kul 6.10ptg. Pastu nak kena tukar komuter lak
Ha.... bab menunggu komuter ke arah Tanjung Malim ni yang bikin temper ni tau
Train dah sampai kul 6.30 tapi kul 7 baru dia jalan
Setengah jam buang masa menunggu
Last2 kami sampai Batang Kali pukul 7.15mlm
Pergh... perjalanan yang meletihkan..
Letih berdiri, letih menunggu
Berjimba kat Times Square tu idak le lama mana pun... 2-3 jam je
Selebihnya masa perjalanan la...

Kesimpulan aku:

** Tak berbaloi langsung kalau kami naik komuter dari Batang Kali kalau nak ke mana2. Baik le naik kereta, pastu naik la komuter @ lrt dari mana2 stesen yang sesuai. Lagi  jimat masa perjalanan.

** Times Square tu pulak aku rasa membazir je masuk situ. Sebabnya permainannya idak le banyak mana pun. Permainan untuk budak2 pun sikit... Dalam sejam dua dah boleh habis semua permainan.  Dah tu ada pulak permainan yang nak kena guna token. Dah bayar mahal2 kat kaunter, sekali kena keluar duit lain pulak kalau nak beli token??? WTF??? Ditambah pulak Adib yang buat perangai.. hmmmm lagi la rasa tak worth langsung. Memang takde cadangan nak mengulang ke Times Square theme park tu la... Baik aku pegi Zoo jumpa panda Xing Xing & Liang Liang je.



### Nak tunggu outdoor Genting Theme Park pulak siap, nanti nak pegi.







THURSDAY THOUGHTS


ALLAH maha mengetahui yang terbaik untuk makhlukNya

Wednesday, December 3, 2014

TRIP KE BERJAYA TIME SQUARE - THE JOURNEY

Cuti sekolah ni memang takde plan nak jalan jauh2 
Lagipun pasni nak start sekolah
Nak kena pakai duit banyak kan
So aku plan bawa anak2 jalan dekat2 je

Aku & hasben  apply cuti hari Isnin lepas sebab nak bawa budak2 ni berjalan
Nak pegi happy2 la kan
Tapi bawa Adib dengan Aleeya je
Amira ngan Jasmin aku tinggal je kat babysitter

Aku bagi 3 pilihan pada anak2 - Kidszania, Petrosains @ Berjaya Times Square
Anak2 aku pilih Times Square
Siap google & tengok youtube apa yang bestnya theme park kat situ
Eksaited la diaorang kan..

Plan kami takmo bawa kereta, nak naik komuter je
Bawa anak2 fefeeling naik train..hehehehe
Kuar rumah kul 8.30pg. Dalam 8.40 sampai KTM Batang Kali

First kena beli tiket dulu..
Beli tiket untuk ke KL Sentral terus
Tapi nanti sampai Rawang kena tuko train pulak

Memandangkan aku sakit mata [tak baik lagi]
Kena la kaver pakai ceromin mata
Mesti org pelik pesal pompuan ni pepagi dah pakai spek hitam..hehehehe

Dalam 8.50pg train pun sampai
Muka budak eksaited naik komuter
Batang Kali - Serendah - Rawang
[perjalanan ke Rawang ambik masa dalam 15-20 minit juga le]

Sampai kat Rawang, kitaorang kena tuko train
Train je tuko, tiket tak payah beli lain sebab dah beli masa kat stesen Batang Kali
Tapi yang tak bestnya, kena tunggu train tu la
Lambat gile.... Dekat pukul 10 jugak le baru sampai trainnya
[Buang masa menunggu je tau]


Sementara nunggu train.. wefie dulu 4 beranak

Dualfie laki bini pun kena ada...

Kul 10 camtu train pun sampai
Rawang-Kuang-Sungai Buluh-Kepong Sentral-Kepong-Segambut-Putra-Bank Negara-Kuala Lumpur- KL Sentral...
Sejam baru sampai KL Sentral [dalam kul 11pg]

Dah sampai KL Sentral, terus cari kaunter tiket Monorel
Pusing punya pusing rupanya kaunter tiket tu kat luar
Sekali bila dah sampai  kaunter, staff tu kata Monorel rosak
Dalam sejam baru ok kot..
Huk aloh.... buang masa lagi..huhuhu
Gi makan dulu la kami....

Belanja Perjalanan Kami Untuk ke Times Square
Tiket Komuter [4 orang] = RM14.80 x 2 =RM 29.60 (pegi balik)
Tiket Monorel [4 orang] = RM6.40 x 2 = RM 12.80 (pegi balik)

TOTAL TAMBANG (pegi balik) = RM42.40


** Total tambang dah cam isi minyak kereta. Naik train ni senang sebab takyah fikir nak redah jem pastu nak parking bagai... TAPI... banyak sangat masa terbuang.... Dekat 3 jam baru sampai KL Sentral. Kalau naik kereta sejam lebih dah sampai kot..huhuhu

Tuesday, December 2, 2014

JALAN² CUTI SEKOLAH

Sangat tak sempat nak update blog lagi
Bizi la sebab baru masuk opis hari ni
Semalam cuti bawa anak2 jalan2

Ke mana kitaorang gi?
Kami gi sini
BERJAYA TIMES SQUARE

Later aku citer kronologi perjalanan kami
Dan pengalaman kami ke sana.