Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 21, 2014

SAKIT BERJEMAAH

Memang musim orang sakit la ni kan
Family aku pun terjangkit sama
Demam + batuk+ selsema
[tak menahan sungguh]

Kita yang tua ni pun tak tahan bila kena serangan sakit 3 serangkai ni
Apatah lagi la budak2 kan
Nak2 pulak bila si Kakcik pun kena
Sian kat dia... nak minum susu pun tak boleh sebab hidung tersumbat

Mula2 kena si Adib, tapi takat selsema je la
Jangkit pulak dekat mamanya
Mamanya pulak selalu digomol dek Kakcik
Maka terjangkit la dekat dia sekali


Pastu terjangkit la pulak ke abahnya
Aleeya pulak dari Isnin asyik pening & badan nak demam
Ingatkan nak suh dia duk rumah je
Tapi sebabkan dia ada periksa, terpaksa la dia pegi sekolah juga
Siap atuknya bekalkan Minyak Angin Cap Kapak sepanjang berada kat sekolah
Tapi setakat semalam, Aleeya dah beransur baik

Amira pun selsemanya dah kering sikit
Cuma dah kena batuk pulak
Sian juga malam2 asyik terbatuk2
Bila anak2 tak sihat ni, parents pun tak lena tido dibuatnya
Kejap2 mesti terjaga bila anak2 terbatuk la merengek la
Aleeya terkentut masa tido pun aku boleh terjaga... ish...ish...

Pesanan khidmat masyarakat:





Tuesday, May 20, 2014

MIRACLE YANG BEST

Aku suka sangat bau perfume MIRACLE
Dari first time aku pakai, ni la bau yang paling aku berkenan
Dah masuk kategori feveret la kiranya

Kebetulan pagi tadi ada member opis jual perfume
Baru lagi katanya perfume FRAGRANCEWORKS ni
Perfume ni pun ala2 perfume ONE DROP PERFUME TU
Dan..... kebetulan ada pulak wangian MIRACLE ni
So, harus la aku merembat satu...hehehehe [pantang ada duit kan...]
Harga RM25 for 10ml
Mahal sebab bukan EDP tapi pati sebenar a.k.a PARFUM la [kononnya]


Nak beli ori amat le teman idak mampu buat masa sekarang ni
Harga pun dekat 2 ratus gak kot...


Tapi kalau ada yang nak kasi present
aku terima dengan hati terbuka je...hehehehe


KERISAUAN IBU MENGANDUNG : URI RENDAH

Minggu lepas aku ada cek up untuk minggu ke 28
Alhamdulillah kandungan dah masuk 7 bulan mengandung
Setakat ni takde la apa2 komplikasi pun..

TAPI... ada satu masalah yang menjadi kerisauan aku
Sejak dari mula cek pregnancy kat klinik 
doktor ada bagitau yang aku ada Low Lying Placenta @ uri rendah
Pregnancy sebelum2 ni tak pernah kena pun
Masa awal2 tu aku andaikan maybe sebab masih awal pregnant kan
So aku buat tak tau je la... kot2 nanti makin baby membesar, uri tu pun akan berubah kedudukannya

Tapi masa cek up last week, kena scan dengan doktor
Doktor kata uri aku rendah lagi
Weiiiiiii risaunya sebab uri rendah ni selalu berkaitan dengan Plasenta Previa
Doktor tanya ada buat keje berat ke
Aku cakap keje rumah biasa2 je...
Maybe sebab masa takde air haritu, aku ada angkat2 air kan
[Kalau aku tak buat, sapa nak buat ye dak???]
Takkan nak tunggu hasben balik keje baru boleh mandi, berak, kencing semua kan...huhuhuhu

So aku pun mengigih la menggoogle apa show, cause & effect bila uri rendah ni
[memang sengaja nak menambah kerisauan aku..]
So hasil findings aku... cewah!!
Rupanya, placenta previa (PP) ni ada 4 stage
So aku ni kira kategori pertama la - Low Lying [kot???]


Malas nak taip, so aku tepek screenshot je la ye


So gambaran jelasnya lebih kurang gini la




Aku berisiko sebab:
-bukan kandungan pertama
-pernah bersalin secara c-zer




So far setakat ni aku tak pernah la mengalami sebarang pendarahan
So maknanya kena la teman banyak berehat ye..
Ate, mana nak rehatnya kalau anak udah ramai??? [nangisssss]
Cuma harapan suamiku lebih memahami keadaan aku la hendaknya...

** Maklumat semua dari babycenter.com.my



Harap2 aku mampu bersalin secara normal lagi kali ni
Kalau c-zer cam renyah sikit nak jaga
Nak2 pulak ada KakCik yang lasak
Mau terburai perut aku nanti.... [takutnya]
Doakan aku ye korang...


Monday, May 19, 2014

MA... MAMA... MA

Nyaring sungguh sore anak dara sorang ni..
Boleh lawan dengan kakak Yaya nanti ye..

Tonggang terbalik la video ni
Tak reti teman nak betulkan...heheheh
[sila layan sambil senget kepala yer]

OCTOPUS TRIPOD

Dalam orang dok gila bermonopod
which setakat ni aku tak terjebak lagi
Aku pulak sambar Octopus Tripod ni

Pernah dengar ke Octopus tripod ni?
Benda ni tripod la a.k.a stand untuk kamera @ smartphone tu
Benda alah yang kaki tiga tu la
Cuma dikatakan Octopus sebab kakinya fleksibel
Boleh bengkok2 suka2 hati

Aku memula tertengok benda ni kat Dealmates
Cam menarik la pulak pastu aku sevey la kat Lelong.Com.My
Dan akhirnya telah beli pun tripod ni dengan harga yang amat berpatutan
Ini la tripod yang aku beli...
Kalerful kan??? Mak sukeeeeee
Didatangkan sekali dengan holder yang boleh muat gajet sehingga 9cm
Maknanya paling beso tepon/kamera yang korang boleh klip tu adalah 6 inci
Lenovo aku yang 6 inci tu ngam2 je...
Holder tu pun korang boleh rotate 360 darjah

Tujuan utama beli tripod ni... biasa la nak selfie kan
Lagipun nak raya dah ni kan...
Senang la nak ambik gambar raya beramai2 nanti
Takde la yang kena jadi cameraman


Ada banyak kaler lain lagi..
Pilih la mana yang berkenan


Sesuai untuk kamera juga tau


Yang ni kalau guna smartphone
Nampak tak tang function octopus tu
Belit @ lipat  la kot mana pun..tak patah punya...
Nak tengok video dalam smartphone pun letak je atas tripod ni
Takyah pegang2 dah..


Selfie pertama bersama octopus tripod
[Masa ni tinggal aku berdua dengan kakcik je]

Cuma kalau nak pakai benda ni, kena set timer la untuk kamera korang tu....

Suka benda alah ni sebab compact & comel
Senang sumbat je masuk dalam henbeg..

Friday, May 16, 2014

BARU NAK TRY OAT CHOCO

Murah rezeki aku & baby hari Jumaat ni
Sebabnya opismate aku bagi 4 Oat Choco
Alhamdulillah.... terima kasih ye Ziha...


Ada yang dah pernah try ke Oat Choco ni?
Sedap kan??