Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 16, 2014

SELAMAT HARI GURU

Tanggal 16 Mei tiap2 tahun merupakan Hari Guru 
Dah lama meninggalkan alam persekolahan so dah lama juga tak sambut hari guru
Tapi sejak anak2 dah sekolah, deme la yang beria nak sambut hari guru

Hari ni pun kebanyakan sekolah buat sambutan hari guru kan
Dan patutnya kat sekolah agama anak2 aku ada ujian
tapi sebab ada sambutan hari guru kat sekolah kebangsaan
ustazah pospon la ujian tu ke hari Isnin...

Malam tadi juga anak2 sebok ajak abahnya membeli hadiah untuk cikgu
Ala... beli la hat murah2 je...
Makanya penuh la kot kedai2 especially kedai cenderahati dengan budak2 
Untung la tokei2 kedai semalam... 

Hari ni semua budak sekolah kebangsaan kena datang sebelah pagi
Anak2 aku pun kena la bangun awal kan [diaorang sesi petang]
Sebabnya kena ada kat sekolah sebelum kul 7.30pg
Aleeya ok bab2 bangun pagi, tapi si Adib ni liat sikit
Tapi alhamdulillah takde buat perangai

Sementara menunggu atuk hantar ke sekolah
Posing jap... termasuk si kecik tu nak menyebok
Adib tu tengah pegang hadiah nak bagi kat cikgu dia le tu

Ok la kepada semua warga pendidik 
terutamanya kepada cikgu2 yang pernah mengajar aku: 
-Mak & abah sebagai cikgu pertama aku [kebetulan dua2 pun memang Cikgu]
-Tadika KEMAS Taman Kledang
-Sekolah Agama Rakyat Osmaniah
-SRK Main Convent, Ipoh
-SM Convent Ipoh
-Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh
-Matrikulasi UUM Sintok
-Universiti Utara Malaysia, Sintok

Dan tak lupa juga kepada rakan2 blogger dan alam maya yang lain yang bertugas sebagai cikgu

TERIMA KASIH CIKGU!!!!

Wednesday, May 14, 2014

DERA ABAH LA PULAK

Itu hari abahnya yang suka tarik hidung anak
Kali ni anak pulak balas dendam kat abahnya..
Hambek kau..
Dah belajo dengan sifu
Sekarang praktikkan kat sifu pulak




KALAU DAH NAMANYA PEREMPUAN....

Girls will be girls kan...
Kalau dah namanya pompuan tu tak lari la dari benda yang bling2 kan
Feveret tu  [aku pun sama]
The attraction is highly irresistable kan...


Kak cik ni pun dah menunjukkan ciri2 tu
Pantang nampak benda bling2, bukan main lagi dia nak capai
Kalau orang pakai rantai, gelang lagi la dia suka main
Ni tali henbeg Maksu dia pun dia nak main juga
Mentang2 le tali henbeg tu pun bling2 cam emas...hehehehe

** Mama kena serender pakai gelang rantai bila ada anak kecik ni...
Rantai aku yang putus dibuat dek Adib pun aku tak pi repair lagi... 
Malas!!!


Monday, May 12, 2014

MENGIDAM SUP IKAN

Mengandung kali ni, teringin sangat nak makan sup ikan yang kecik tu
Aku ni tak tahu sangat nama2 ikan dia
Boleh kata fail la kalau bagi ujian nama2 ikan ni
Aku tau sikit je jenis2 ikan ni
Itupun jenis2 ikan yang biasa aku makan la...
Yang pelik2 serius aku tak tau...

Masa balik Ipoh awal bulan haritu
balik2  rumah mak, mak aku masak sup ikan ni
Memang kebetulan la sangat.... 
aku tak request pun nak makan sup ikan tu
Tapi dah nama mak agaknya... ada instinct gitu kan...
Ni yang sayang kat mak sangat2...

Ini le ikan yang aku teringin sangat tu...
Aku tanya mak aku apa nama ikan ni?
Katanya ikan kedera... takpun ikan belanak
Ikan ni kalau goreng pun sodap... nak2 pulak tang telurnya tu..
Marveles... ai tell you!!!

Korang panggil ni ikan apa ek????
Kat Batang Kali payah beno nak cari ikan ni kat pasar / kedai....



FROM BESEN TO BALDI

Amira ni dah tak mandi pakai besen dah
Sebabnya kalau duk dalam besen tu asyik nak berdiri je
Sekali mama dia bagi mandi dalam baldi
Suka la dia.... duk berendam dalam air...




Nasib la baldi ni besar
Elok2 je Amira duduk dalam tu..heheheheh

Berus gigi tu buat eksyen pegang je
Kalau gosok gigi, dia punya ketap mulut tu
Siap nangis2 lagi.... Jenuh nak gosok gigi dia...



Sunday, May 11, 2014

SELAMAT HARI IBU

Hari ni 11 Mei adalah Hari Ibu kan???
Sepanjang minggu ni semua cerita pun asyik cerita pasal ibu 
Forum Perdana & ceramah kat radio pun asyik pasal ibu je

Pada semua wanita bergelar ibu
Especially pada mak aku --- AMINAH BT ZAKARIA
dan juga pada Mak Mertua aku -- BESAH BT MUSA
SELAMAT HARI IBU