Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 6, 2014

I-CITY IPOH : RIVER WALK @ KINTA RIVERFRONT

Dah alang2 balik Ipoh, ajak la hasben jenjalan tengok ICITY IPOH
Apa... ingat Shah Alam je ke ada Icity???? Ipoh pun ada tau
Tapi kawasan ICITY ni lebih glamer dipanggil KINTA RIVERFRONT

Selalunya kalau balik Ipoh, lalu kawasan ni bila waktu siang je
So tak nampak le lampu2 ni kan
Bila malam, baru la bercahaya2.

Saja la seronok bawa anak jalan2 ambik angin malam
Tapi yang tak syoknya, banyak lampu dah tak menyala
Terutama lampu kat jambatan
So rupa jambatan tu dah tak nampak cantik sangat

Sepatutnya keadaan jambatan ni camni la...
Pics from google only..




 Cantik kan????

Ni pulak gambo version aku..hahahahah
Masa kat jambatan tu orang ramai sangat atas tu
Payah nak ambik gambo... 
Ni pun tangkap mana dan je..
Dah le tu Cik Gebu ni tak nak duduk diam
Asyik berpusing2... teruja tengok lampu gamaknya

Ada satu kawasan lapang seberang sungai tu
Memang dipasang lampu2 kat pokok
Dah macam hujan lampu
Cantik sangat...
Amira pulak bila dilepas, bebas la dia berjalan kat situ..
Laju lak tu dia jalan.. Kena kejor sentiasa

Ni la kawasan yang aku cakap tu...


 Kiri kanan sungai ni ada je restoran2 & kafe2
So nak lepak2 makan tepi sungai pun boleh


Selain tu, ada juga perkhidmatan sewa basikal pada siapa2 yang nak kayuh basikal sepanjang sungai tu
Berapa kadar sewanya idak le aku tengok pulak

So far ok la tempat ni
Sesuai untuk beriadah & relax2 bawa family

Next time balik Ipoh, boleh la singgah sini lagi..
Tak rugi singgah sini.. lagipun free je nak masuk...hehehehe

SINGGAH RTC GOPENG

Hari Sabtu lepas memang dah plan nak balik Ipoh
So pagi Sabtu tu, dalam kul 9pg kami bergerak ke Ipoh dari Batang Kali
Hasben malas nak ikut highway sebab katanya maybe jem
[Lagi satu nak jimat duit tol kononnya...hehehehe]
So kami ikut jalan lama je

Sebelum sampai Ipoh, aku ajak hasben aku singgah ke RTC Gopeng
Kalau kome ikut highway pu sebelum exit Simpang Pulai tu dah boleh nampak exit ke RTC ni
Sebab kami ikut jalan lama, nampak cam takde orang pulak yang singgah RTC ni
Sekali pandang cam sendu je...heheheheh
Tapi kalau ikut exit yang dari highway tu, nampak meriah juga.. Ramai je orang

RTC ni ala2 UTC juga la
Cumanya ia terletak diluar bandar, so jadi la RTC
Kalau kat bandar2 besar namanya jadi UTC
One stop centre  kekdahnya....

Ni la fes time kami jejak kaki kat sini
Sebelum ni asyik lalu je menyinggahnya tak pernah
Ok la RTC ni, luas kawasannya
Ada food court, ada KFC, ada Kolej Komuniti, ada AgroMall, MYDIN,  ada surau dll
Aku tak habis jelajah pun semua kawasan.. Tak larat nak jalan
Baru jalan sikit pun dah kuar duit 20-30 hengget
Tu tak masuk MYDIN tu... kalau tak lagi haru dibuatnya..

Salah satu food court kat RTC ni


Ni pintu masuk kat bahagian belakang. 
Ada food court juga kat sini


Sebelah food court tu ada mini playground untuk budak2
Adib & Aleeya suka la dapat main
Tapi si Amira ni penakut...
Asyik nak suruh abah dia dukung je

Erm... ni je pun gabo yang aku snap kay RTC ni
Lenguh & malas nak jadi mamarazzi

Ok la RTC ni... nanti kalau balik Ipoh boleh juga la menyinggah lagi...
Tapi kalau poket banyak $$$ lagi best nak shopping...



Monday, May 5, 2014

TUKAR FRAME JE

Gara2 spek aku patah dikerjakan dek Cik Gebu
Maka terpaksa la aku cari solution lain
Spek spare pun udah patah juga
makanya kena terjah jugak le kedai cermin mata
 -spek2 yang dah patah kakinya-


Memula aku tanya budak kedai spek tu kot2 boleh repair kaki spek yang patah tu
Budak tu kata boleh ganti kaki tapi nanti tak sama kaler dengan yang asal
Fikir2 balik, nampak buruk la pulak sebelah kaki spek tu sebelah kaler lain sebelah lagi kaler lain

Nak buat spek baru  pun orang kedai tu tak suggest untuk aku
Sebabnya aku kan tengah peknen
So power akan lain.. so katanya kalau nak buat spek lain better lepas bersalin

So aku cakap tuko frame je la...

Orang kedai tu pun cari la frame yang sesuai dengan kanta lama
Nasib baik la ada satu
So kena la aku bayo RM80 untuk frame tu
-spek baru-

So pasni budak tu kata, kalau nak buat baru
cuma tukar kanta je la sebab frame masih baru
boleh la jimat sikit katanya

Tak kisah la jah.....

Janji kepala aku tak pening
dan mata aku boleh tengok cam biasa...hehehehe
Payah jadi orang rabun ni...


CIK PENGAWAS AWET MUDA

Aku kan minum ESP since aku mengandungkan Amira dulu
Kali ni pun still continue consume ESP
Masa memula aku beli ESP tu ada juga aku bagi pada anak2 
[campur dalam susu]
tapi diaorang reject... tak sedap katanya

Aleeya ni kulit dia tersangat la sensitif
Kena gigit semut/nyamuk sikit, cepat beno nampak bekas
Parut pun lambat nak hilang
Dulu aku suh dia sapu2 losyen tapi dia makin lama makin malas
So dalam seminggu lepas, aku paksa dia minum ESP yang aku bancuh
Mana la tau kot2 ada kesan positif kan...

Aleeya ni kalau aku paksa dia ikut je
Tapi kena pandai cakap la...
Kena pancing la konon kalau nak cantik ke, nak putih ke
baru la ada motivasi dia nak minum kan...
Selalunya aku akan bancuh untuk aku minum malam2 & share dengan Aleeya


Ada satu malam tu aku lupa nak bancuh susu + ESP tu
Gara2 termengantuk awal & terlelap
Esok paginya berlakulah dialog ni:

Aleeya : Mama, malam tadi mama tak bancuh susu ye
Mama : Haah la.. mama lupa, mama dah mengantuk. Malam ni je la mama bancuh.
Aleeya : Apa la mama ni... tak kekal la awet muda Ya!
 [Mama terus mengketawa...]

Adeh anak dara aku ni... kenit2 dah pandai nak berawet muda bagai
Hai la anak...
Aleeya yang "awet muda" 

** Kenapa Adib takde dalam paksaan ni?  Hari pertama je aku paksa.. Habis la segelas dia minum. Esoknya terus cakap taknak... Susu ubat mama tak sedap!



Friday, May 2, 2014

HAPPY..HAPPY..HAPPY

Lagu ni tengah top sekarang kat radio
Bila dengar lagu ni pun dah rasa happy dah
Dengan rentak dia yang catchy tu
Layan..




** Happy esok nak balik Ipoh... Rindu kat mak abah dah ni..

MEI : ADA SUKA ADA DUKA

Alhamdulillah
Dah masuk bulan Mei dah kita ye
Salam Rejab juga untuk semua
1 Mei = 1 Rejab
[tak lama lagi dah nak pose dah kita kan..]

Bulan Mei tahun ni dimulakan dengan satu berita gembira
terutamanya bagi penduduk Selangor, KL & Putrajaya
Sebabnya catuan air sudah ditamatkan.... satu kelegaan di situ
Seksanya bila takde air ni..huhuhuhu
[Sampai sakit peranakan aku gara2 mengangkut ayor]

-sumber dari berita harian-

Ye berkuatkuasa 1 Mei, catuan air officially ditamatkan
[dah masuk sotkabo & tv tu baru leh percaya berita ni]

Dalam hari yang sama juga, ada perkara duka juga yang terjadi
Spek aku berjaya dipatahkan oleh Kakcik
Aduh..duh...duh... Dah le takde spek spare
Sebabnya spek spare tu pun dah dipatahkan juga oleh Kakcik

Nak gi kedai, tah bukak tah tak kedai spek kat area rumah aku ni
Lagipun kejadian berlaku dah petang
Petang semalam pulak hujan sampai senja..
Akhirnya berselotape je le...

Hari ni pulak kena keje
Jenuh cari tudung yang dapat menyembunyikan kecacatan spek ni
So kensel tudung bawal, pakai tudung awning je la 
Obvious sangat tak???
Pasrah je la weh..

** Balik keje karang baru nak singgah kedai spek..