Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 4, 2011

KENAPA MACAM RUMAH HANTU??

Entry ni adalah kisah minggu lepas
Masa tu aku cuti hari Isnin sebab semua babysitter aku  pi balik kampung
ade kenduri  kawin [cuti sekolah kan....]
nak tak nak terpaksa la aku jaga budak berdua ni

Dek kerana gambar ni lambat aku donload dalam laptop ni
so terpaksa la buat entry tertunda kan
tak kisah le... janji aku hapdet blog aku ni kan

Petang lepas Zohor tu, aku angkut anak2 aku pi bank
gaji dah masuk 3 hari sebelum tu tapi aku baru nak pi cucuk 
malas nak cucuk awal2 sebab nanti awal2 jugak habis gaji aku.
Dah alang2 ke bank so segala macam hal ehwal bank baik di buat masa tu jugak
takde la nanti nak mengulang banyak kali ke bank tu
lain la kalau ade hal2 yang tak dapat dielakkan kan

Bank yang ada kat Batang Kali ni pun cuma CIMB [area rumah aku ni la]
Public Bank pun ada tapi jauh sikit la
so masa pi CIMB tu aku nak le simpan duit dalam ASB sekali
sekali nasib tak baik lak sebab kaunter ASB kat bank tu bukak sampai kul 12tgh je
agaknya kerani tu ada hal kot, so pak guard tu suh aku try kat pejabat pos
makanya terpaksa la aku gi ke pekan Batang Kali [aku duduk Bandar Utama Batang Kali]

Kalau ikutkan tak le jauh mana tapi takleh le jalan kaki kan.. mau tercabut lutut nanti so kena naik kereta jugak le
masa aku parking kereta tu si Adib tanya "kita nak ke mana ni mama?"
Aku cakap le nak pegi Pejabat Pos [Pejabat pos tu kecik je kat tepi jalan]
takkan la pulak nak parking kat tepi jalan tu kan, so aku kena la parking kat area kuaters usang sebelah pejabat pos tu. 
Disebabkan kuaters tu dah memang buruk dan dah lama ditinggalkan si Adib cakap la "kenapa rumah ni semua buruk, macam rumah hantu"
Pastu aku cakap la "rumah tu dah takde orang tinggal, kalau sape degil, Mama tinggal je korang kat sini"
Mencecet la budak dua orang tu folo rapat2 belakang aku... Tahu pun takut.. Hehehehe
 -ni la rupa pejabat pos tu dari tempat aku parking kereta-

Masa aku sampai sana dah pukul 3.30 ptg. Nasib baik la orang tak ramai so by the time aku nak berurusan tu kaunter ASB tak tutup lagi. Dah Alhamdulillah line pun tak offline. So semua urusan berjalan lancar.

Sementara menunggu turn tu sibuk pulak si Adib ni nak pegang beg aku. Siap sangkut kat bahu tu... Abah ko pun pernah pakai henbeg mama camni..

Orang suh duduk atas kerusi, dia nak kepit celah kangkang aku. Takut rumah hantu punya pasal la tu.  Last2 letih berdiri, dia mencangkung pulak...


Thursday, June 2, 2011

DAPAT BELI TIKET KAPALTERBANG DENGAN HARGA 1 SEN!!!

Assalamualaikum:)))

Ni nak habaq berita gumbira
semalam sesaja la try bukak website FIREFLY
dah bosan menjejak tiket murah kat AirAsia punya pasal la ni
payah sangat nak dapat offer tiket2 murah ni
walhal orang lain senang benar booking flight dengan harga murah
[cemana korang buat ha???]

Ok, berbalik pada cerita Firefly tadi
la ni tengah promotion pegi Langkawi, Sabah, Sarawak, Bandung, dll
sesaja la aku klik2 kot2 terkena yang murah kan
jeng..jeng..jeng...
tak disangka2 aku terklik pada tarikh2 yang amat sesuai
& yang penting paling muuuuuuuuuuuuuuuurah
pegi balik tambang aku dapat 1 sen untuk sorang...
teruja beb!!!!!

Aku takde la nak pi jenjalan jauh2 pun
cuma memang berhasrat nak bawak anak2 jenjalan naik kapalterbang
nak pegi luar negara cam leceh la pulak
nak buat paspot bagai la, pastu dengan tak berapa familiar dengan negara orang
so itu pospon lain kali le

Eh, korang tak caya ada tiket 1 sen??
meh aku tunjuk kat korang
ni yang aku print screen hari ni
yang aku punya semalam takdan nak capture sebeb tengah over excited.
mana nak call hasben lagi suh cop tarikh cuti
mana nak booking lagi kan
kalau lambat memang menyesal la kan??

So aku plan nak gi Langkawi je
sebab dah 3 kali pegi tapi dalam situasi yang tak puas berjalan
so kali ni hangkut anak beranak aku je
mak, pak ,mentua,ipar duai semua tinggal

sudah konfirm booking semalam
hepi!!!



so total kos untuk kami 4 beranak RM440.08... murah kan???
Nampak tak tambang pegi 4 sen, tambang balik pun 4 sen
Yang mahal kena bayar insurans & airport taxes je 

Setelah berbulan2 aku mencuba
akhirnya ada gak rezeki nak naik kapalterbang tahun ni, Insya-Allah
(jakun tahap gaban dah ni..)

Jom sama2 terjah website FF ni...
Mana la tau kot2 rezeki menyebelahi korang jugak..

VIDEO NI BUAT AKU GELAK SAMPAI SEKARANG

Video ni masa Aleeya kecik2 dulu
dalam 1-2 tahun camtu la
dia mengajuk cara kitaorang memangggil dia
Yaya...oh... Yaya!

** Yang ketawa mengekek tu tak tahan tu...

Kualiti gambo kurang memuaskan ye... rakam dengan tepon cap hayam belanda jer...

Wednesday, June 1, 2011

TERKONO DEN!

Selalunya aku yang ambil gambar anak2 on the scene
gamaknya depa selalu sangat tengok aku asyik nak ambil gambo je
so deme pun terkena badi photographer tak bertauliah cam mama depa gak

Tah bila masa la anak2 buat onar ni
tengah sedap2 aku mengoloh depa leh snap gambo aku!
Cis! Cis! & Cis!

dah le tidor dengan gaya tak seksi langsung
[hasben aku tengok ni sure geleng kepala 100 kali.. buruk beno bini aku tido]


** Ini adalah gara2 makan ubat batuk... mengantuk tak kira tempat...

3 Sekawan

Presenting 3 sekawan yang.....
suka buat onar
suka buat bising
suka menyepah
suka buat opah naik hangin
suka buat mama terjerit2
suka over acting

Agak2 korang, yang mana satu chief depa???


***Adoi.. aku takde idea nak menaip weh...

R*I*N*D*U

Masa tengok final Mentor 5 Ahad lepas
kan Shiha ngan Dato' Sharifah Aini nyanyi lagu RINDU ni
-gambar pinjam dar flickr FIT SPARROW-

Best pulak sekali sekala layan lagu Kak Pah ni
[aku bukan peminat dia pun sebenarnya]
cari video yang ade lirik sekali konon nak feeling2 karaoke takde la pulak
layan je lah video ni..




Kalau hatiku sedang rindu
Pada siapa ku mengadu
Dalam hati bertanya selalu
Berlinanglah air mata ku...

Akan ku cari walau ke mana
Kini aku berkelana
Ke hujung dunia
Engkau ku cari

Kalau hatiku sedang rindu
Pada siapa ku mengadu
Dalam hati bertanya selalu
Berlinanglah air mata ku...

RINDU...
Mengapa rindu hatiku
Tiada tertahan
Kau tinggalkan aku seorang

RINDU........
Mengapa rindu hatiku
Tiada tertahan
Kau biarkan aku seorang

Engkau pergi tiada pesan
Khabar darimu ku nantikan
Mana janjimu kau ucapkan
Meranalah aku seorang

Akan ku cari walau ke mana
Kini aku berkelana
Ke hujung dunia
Engkau ku cari

Kalau hatiku sedang rindu
Pada siapa ku mengadu
Dalam hati bertanya selalu
Berlinanglah air mata ku...