Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 1, 2010

Menghabiskan Duit Hujung Bulan

Macam orang lain jugak asal hujung bulan @ awal bulan sure korang shopping barang2 dapur kan? Aku ni ikut la mana dan. Kalau hujung bulan tu dah tinggal serdak je terpaksa la shopping.. tapi kalau stok ade lagi so lambat sikit la beli.

Semalam dah 31hb, stok pun dah banyak takde so kitaorang singgah le ke Pasaraya YST kat Batang Kali ni. Kalau MR asyik singgah Pasaraya MSM Jaya je aku lak suka shopping kat YST ni... [Kat Batang Kali pun ade gak Pasaraya MSM Jaya tau]. Walaupun barang dia tak banyak & bukan style borong cam MSM Jaya tu tapi aku selesa shopping kat situ. Salah satu sebab utamanya ialah.... boleh gores dan menang.. [pakai credit card le..]. hehehe. Kat MSM Jaya kena cash & carry.. Lagipun mostly barang2 kat YST lebih murah dari MSM Jaya.. Nak2 pulak semalam YST punya stok baru2 tu yang sakan bershopping tu... [Kalau nak tau, compared dengan GIANT, TESCO & hypermart yang lain YST lagi murah! Pada aku la... ini la keuntungan bila duduk kat ulu banat nih!]

Lemari makanan yang dah susut dengan stok bulanan [tinggal serdak jer]. Jangan terpedaya dengan bekas2 yang banyak tu. Semuanya kosong... nak kena beli refill pack jer.

Barang2 yang belum dipunggah.. nampak sikit kan?? Tapi dah habis kat RM350. Itu pun dah pilih barang yang agak2 murah berbanding yang lain.

Untuk anak2 tak leh lupa.. Sat lagi sure merajuk kalau tak belikan mende-mende.
[Kena beli 4 lak tu - 2 untuk anak2 aku, 2 lagi untuk anak2 buah aku]

Tak pernah2 beli oat ni, kali ni demi diet 100HTN yang belum kantoi lagi, kena belajo cara2 makan oat ni. Thanks K.Linda sebab ajar saya makan oat yang tak sedap nih!

Yey.. stok dalam lemari dah penuh semula.... Tunggu next month lak untuk shopping lagi... [Orang takde kabinet dapur camni la.. kalau dah penuh lemari tu letak je la barang2 yang dah tak muat tu kat tepi2 lemari]

** Ini baru shopping barang kering. Barang2 basah kena pegi pasar la baru dapat murah. Itu pun bila nak masak baru gi beli sebab aku ni kan ke jarang masak. Kang beli je pastu busuk pastu buang.. Dah membazir!

** Pasan tak aku dah buat watermark baru???

Wednesday, March 31, 2010

Hati-Hati Makan McDonalds

Korang mesti pernah makan McD kan?? Kan?? Ko rang mesti kenal logo McD yang macam kaler bendera Selangor ni kan??

Walau cemana kita suka pun makan BigMac, McChicken, Foldover dan sebagainya... beringatlah kerana akibatnya amatlah besar...... Tak caya???? Tengok ni???

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Besarkan perut dia?? Siap kena letak dalam kereta sorong lagi!

Ni boleh jadi duta McD ni... Berketui2 lengan macam budak Michelin.

Antara yang aku tak nak.. lengan yang besau camni.... I'm lovin it???? NO way !!!!!


NO! NO! NO! 

TAKMO! TAKMO! TAKMO!

Mulai Sekarang Kena Minum Air Suam

Korang suka minum air apa? Air sejuk, air suam, air sirap, air Pepsi atau air PAIPsi?? Tak kisah le korang suka minum air apa pun sebab yang masuk pun kat tekak korang jugak kan?? Kalau nak sakit perut pun perut korang jugak kan??

Aku baru terbaca satu artikel ni berkenaan serangan jantung dan kaitannya dengan minum air suam. Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung. 



Serangan  jantung ni dah macam jadi penyakit moden . Sebabnya muda2 dah boleh kena sakit jantung. Lagi satu penyakit darah tinggi & kencing manis. Penyakit 3 serangkai ni kalau dah kena memang tak de la penawarnya. Jadi kena la kita ambik precaution untuk elakkan terkena penyakit ni.. Prevention is better than cure.. ye dak??

Korang tahu tak masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika makan, bukannya air sejuk, itulah sebabnya masyarakat depa ni kurang yang mengalami penyakit jantung! Dan mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.


Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini amat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan dan membekukan minyak yang kita makan dalam hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.

Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine tersebut. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Bila lemak-lemak berkumpul di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia menyebabkan lemak terkumpul dan kita menjadi semakin gemuk dan bakal mendapat pelbagai penyakit!  Oleh itu, adalah penting untuk minum sup panas atau air panas selepas makan.

[Aku terbayang2 dah berapa gelen aku telan air ais masa makan KFC, McD, Pizza & segala fastfood yang ada... Kan ke makan makanan yang berlemak2 tu pastu minum ais.. Patutla lemak berkumpul punya la banyak kat abdomen aku nih!]



PETANDA LAZIM SERANGAN JANTUNG  & AMARAN BERKENAAN SERANGAN JANTUNG

Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi  jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim.

60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kesimpulannya??? Mulai sekarang kena minum ayor hangat je lepas makan. Jangan nak telan air sejuk banyak2. Orang tua2 pun tak galakkan minum ais banyak. Masa kita dalam pantang pun kena minum air panas2 je sebab takut urat sejuk. Bila urat sejuk tu yang selalu naik masuk angin pastu penyakit pun selalu la singgah sebab body tak kebal..Hehehe..

Korang dah buat ke belum??? Aku tengah berjinak2 le ni... Dah lama tak minum ais. Kalau beli fast food pun aku dah tak order set dengan air.. Lebih jimat & lebih sihat.. Betul tak??? Tapi kengkadang aku bantai jugak ABC masa musim2 panas ni.. Cemana tuh???

Monday, March 29, 2010

*G*A*J*I*

Sedar tak sedar dah hujung bulan dah pun [dan aku masih tersadai disini]... Dah patut dapat gaji dah ni.. Tapi kenapa la cek gaji yang aku hantar untuk mintak sign si TKH ni tak sampai2 lagi ke kantor gue????

Mana la si mamat despatch yang sepatutnya mengambikkan cek2 tu?? Buat kengkawan ku...sabor la ye...
Aku pun tak dapat gaji lagi macam korang jugak...
Aku pun ade hutang nak bayar hujung bulan ni jugak...
Aku pun nak renew road tax insuran hujung bulan ni jugak.... 
Sesungguhnya aku pun desperate macam korang jugak!!!

[ & korang patut syukur gak sebab gaji korang tak sharp on time 30/31hb macam dolu2 tau...aku awalkan sehari je..boleh gitu????]

Kalau la gaji aku banyak macamni....sigh!

Surat Termination

Aduh... selama aku kerja ni, ni la first time aku nak buat surat termination. Peh.. jenuh membelek fail2 lama kot2 ade yang pernah dapat surat cinta ni. Peh tu meng'google' la cari contoh surat termination.

Memula bos aku suh cakap mulut je ngan budak tu. Aku tak sampai hati la pulak nak cakap kat dia [walaupun budak tu kurang manners & agak problematic sikit]. Last2 aku mintak one of the senior LA tolong cakap kat budak tu. Pastu  dia mintak aku buat surat termination tu. Pening kepala hotak aku memikirnya... 

Akhirnya,.. selepas sejam memikir & mengkopipes dari skorcareer.com..maka siaplah sudah surat tu... Belum mintak signature bos je lagi... 


Amacam english aku?? Ada tahap longkang DBKL tak??? Hehehe... 

Sape tak nampak tulisan tu klikkan je gambo surat tu...

Sunday, March 28, 2010

Anak-anak yang buas...

Anak2 aku baru 2 orang tapi tahap buas budak2 ni macam 10 orang. Hari tu depa dah jahanamkan pintu bilik air [tak repair2 lagi sampai sekarang]. Semalam aku bagi biras aku marker pen. Kebetulan si Adib nampak lak marker pen tu. Meraung la dia nakkan benda alah tu. Nak tak nak terpaksa la aku bagi dia marker pen yang dah agak rosak (mata pen tu dah tenggelam). Nak dijadikan cerita lepas insiden meraung2 tu [masa tu aku tengah tengok tv] aku boleh terlelap la pulak.

Aku terjaga pun sebab si Yaya nak MILO. Masa bangun tu tak tersedar lagi. [Adib  lak dah tetidur atas kapet kat sebelah aku]. Pastu Yaya cakap "ni Mama, Adib buat". Aku pun tengok kapet aku.. Ya-Rabbi dah ade hasil karyaneka marker pen kat situ.. Jahanam kapet aku. Tak cukup dengan kapet, habis tangan, kaki, kuku & muka dia conteng [sib baik dia tak conteng muka aku masa aku tertidur tu!].Luckily aku bagi dia whiteboard marker pen, kalau bagi yang permanent punya sure lagi haru...

Budak buas ni.....Kalau tido kesian je aku tengok..

Lepas dia bangun tido jenjalan ke rumah opah [ nak tengok  awning baru kononnya...]
Ni kat tepi rumah cik Besah.. Bersusun kereta kan??? Macam kedai used car je... [kalau ikutkan ade 6 bijik tapi sebijik dah simpan kat rumah abang ipar aku & sebijik lagi abg ipar aku guna pegi ke Janda Baik]


Sempat lagi buat PEACE tu..

Depan umah opah pun si Yaya nak membuas... Kat tutup longkang tu pun dia nak kebek!

2 orang budak nakal.. Yaya & Adib [dengan kucing Cik Besah yang bernama BOBO]

No matter what happens Mama tetap sayang korang berdua!!! Muah!!