Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 28, 2010

Panasnya Hari Ni

Panasnya hari ni.... Kat rumah korang panas tak??? Bila hari panas terik macam ni rasa tak nak keluar rumah. Nak terperuk dalam rumah je [mementang ada ekon kan???] Nasib baik la ade pokok2 kat tepi rumah ni so takde la berpinar bijik mata masa keluar rumah. Nak pulak time nak angkat kain tu boleh pitam dibuatnya dek terik matahari...

Punya la panas terik sampaikan Genting Highland pun jelas kelihatan dari rumah aku.. 
[Ni time pukul 5.30 petang tau]

Awning oh Awning

Sabtu lepas kitaorang pasang awning kat tingkap2 kat tingkat atas. Sebab??? Kalau hujan kurang le kebarangkalian tempias sampai ke dalam bilik. Especially kalau hujan lebat, air sure masuk kut celah2 frame tingkap tu.. Rumah murahan le katakan.

Jeng ..jeng..jeng... Petang sabtu tu dah selamat pasang awning...

Ni kat tingkap depan (master bedroom)

 Ni plak kat bilik belakang.

Ni pulak umah Cik Besah.... Dia pun pasang awning jugak...[Pasni bakal bergayutan la pokok bunga kat awning dia tuh]

Friday, March 26, 2010

Earth Hour 2010

Sape yang participate dalam Earth Hour 2009? Last year aku join gak Earth Hour. Bergelap sejam & lepak2 kat luar rumah sambil ambik udara malam & tengok bintang di langit, mengagumi kebesaran Ilahi.

This year kali ke-2 Malaysia participate secara besar2an kan?? So esok marilah sama2 join Earth Hour. Selamatkan bumi kita & dalam masa yang sama selamatkan bil letrik kita... Walau pun pada korang maybe ia tak penting tapi sekurang2nya ia dapat membantu bumi kita yang sedang nazak & jimatkan beberapa sen duit bil letrik korang.

Ok jom... sayangi bumi anda, sayangi duit anda.
Lets Earth Hour tomorrow
From 8.30 to 9.30 p.m



[tang masjid/surau/madrasah lak, jangan le tutup speaker tu waktu azan lak. Tutup lampu udah le.. Kang tak tahu lak dah masuk waktu Isyak ke belum]

** Aku suka dengar azan dalam gelap sebab bila mata tak nampak telinga akan lebih peka. Bila azan tu terus masuk ke dalam lubang telinga...


Pengalam Bersalin Seorang Ibu

Salam Jumaat semua...

Pepagi tadi menjenguk fb so sorang member aku tepek la video ni. Memang menggerunkan dan memberi keinsafan..

Video ni aku taruk sini sebab nanti boleh la anak aku tengok cemana aku melahirkan diaorang. Especially Yaya sebab ikut tingkap la ko keluar. Adib je yang keluar ikut pintu..Heheheh...

Pesanan untuk hasben aku "Abang pun kena tengok, jangan tak tengok apa jadi kat dalam OT ni"..



Amacam???? Ngeri tak?? Berlapis2 kulit perut tu disiat2 demi untuk keluarkan seorang insan ke dunia ini...
[Peh ni nak kena pikir semula sama ada nak caeser @ normal delivery for next baby...]

** Camni rupanya yang dilakukan oleh doktor masa aku beranak dulu. Mentang2 la tak rasa apa2 [dek kena bius]... cuma rasa macam naik spaceship sebab badan bergoyang2.. Pengalaman korang cemana pulak???

Thursday, March 25, 2010

Lawak Petang Nan Boring

Khas untuk yang boring sahaja

Kalau tak boring, tak yah baca...


1. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang pun berguna.

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula, di situ ada gula-gula.

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.

11. Sedangkan lidah lagi  tergigit, inikan pula makanan  di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap.

13. alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

15. Cubit peha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

17. Hidup segan mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

19. Lembu punya susu, cap teko dapat nama

20. Sehari selembar benang, lama-lama benang habis.


Sila gelak beramai-ramai...

Semoga petang anda tak lagi boring...

Bosan Dengan Facebook

Sape tak ade fesbuk ni??? Angkat tangan?? Memang ketinggalan le kalau korang takde fesbuk ye dak?? [Macam la aku advance sangat]. Anyway, sesape yang jadi "rakan fesbuk" aku ni sure perasan aku ni dah jarang masuk fb & kurang aktif menghantar citer kat "dinding" aku...

 [ciptaan Yahudi yang jadi kegilaan sedunia]

Memula ada fesbuk. best giler... tak hengat... Ye la dapat jumpa member2 lama. Berjejak kasihan dengan ex-ex schoolmate, ex-uni, ex-boifren, ex-gefren, jiran, sedara dsb.  Tapi itu mula2.. setiap aktiviti nak kabor kat orang, pastu berlagak lagi tunjuk gambo bukti pegi sana sinun.. Kan??Kan??

Tapi la ni aku dah malas nak berinteraksi dalam fb. Tah le sebab apa. Maybe sebab terlalu banyak update dari member2 yang buat aku pening nak follow, nak komen dan yang sewaktu dengannya. Seminggu sekali pun aku belum tentu bukak fb ni.  La ni pun kalau aku bukak fb hanya gi skodeng gambo2 member aku jer. Pastu chatting la sikit2 dengan sesape yang aku berkenan..hehehe

Bila dah jarang bukak tu makudnya dah tak berapa berminat le kan... Nak2 pulak ade macam2 orang invite aku jadi member depa. Baik yang aku kenal mahupun tak kenal. Ade pulak tu still invite walaupun aku dah reject korang. Well..hello!!! kalau aku reject tu maknanya aku tak hingin nak ambik tau pasal ko tau tak??? Tak payah la nak kata aku sombong ke apa...Suka hati aku la aku nak kawan dengan sape...[Ayat2 bengang ni].

Lagi satu, yang aku tak suka pasal fb ni adakalanya menyebabkan aku terasa rendah diri, kecewa, cemburu & dengki dengan member2... Mana tak nya... sape la aku kan???Aku pun manusia biasa gak. [Aku tau korang pun sure ade perasaan camtu jugak kat member2 korang... jangan tipu ha..]. Nak2 pulak yang kaya maha berjaya teramatlah aku jeles... sedangkan aku ni???? Sesungguhnya... i envy uol so much la.. [Tak baik kan aku ni...Tapi aku tetap besyukur dengan apa yang ada & terjadi pada aku]. 

Banyak lagi la benda yang mendengkikan aku... Yang mendengki dengan aku pun ade jugak... Tak koser nak layan! So kesimpulannya aku takmo la bukak fb ye yo oh sangat sebab nanti akan menyakitkan hati aku &  menambah dose kering aku jer... Tapi disebalik hati kecil aku ni, tetap jugak nak tahu kembang kuncup hidup member2 seperjuangan semua! Anyway, bak kata k.juwit.....THINK POSITIVE!


[Kalau rindu jejak la aku ni fesbuk sebabnya aku belum tentu rindu kat korang.. kwang..kwang..kwang...]