Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 24, 2010

Berprasangka Baik Terhadap Allah

Baru je dapat email ni dari sorang member lama. Terasa insaf kejap...

Renung-renungkan 
&
Selamat Beramal!

Tuesday, March 23, 2010

Guna Air Untuk Turunkan Berat Badan

Bebaru ni masa aku tengah kemaskini document dalam pc aku kat opis ni aku terjumpa la artikel ni. Tah dari mana aku kopipes pun aku tah ingat. Dah terkebetulan aku ni pun tengah berdiet maka teramatlah sesuai artikel ini untuk aku. Biasa la aku, sure nak kongsi-kongsi ilmu ni dengan korang...

Tahukah anda (of kos la korang tahu ye dak????) setiap sistem dalam badan bergantung kepada air? Anda mungkin telah tahu tapi saya ingin berkongsi pengetahuan ini.

Ada 10 sebab mengapa anda perlu meminum air secukupnya sebagai sebahagian dari amalan harian.


1. Dapatkan kulit sihat.
Air menolong melembapkan kulit dari dalam. Air adalah komponen utama yang penting untuk mengekalkan keanjalan dan kelembutan serta dapat mengelakkan dari kekeringan kulit.


2. Mengurangkan Berat Badan [ni aku soka nih!!!]
Peningkatan meminum air dapat meningkatkan pengawalan berat badan. Ia dapat mengelakkan anda dari keliru antara kehausan dan kelaparan. Air mengekalkan sistem  badan anda termasuk metabolisme dan penghadaman, memeberikan anda tenaga dan hidrasi untuk senaman.


3. Mengeluarkan toksin (racun)
Penghapusan toksin berlaku dengan pengambilan air secukupnya dan seterusnya mengurangkan beban buah pinggang dan hati.


4. Mengurangkan risiko serangan jantung.
Penyelidik di Loma Linda University, California yang melakukan penyelidikan ke atas lebih 20,000 lelaki dan wanita mendapati mereka yang minum air lebih dari 5 gelas sehari menghadapi ririko yang rendah dari serangan atau sakit jantung berbanding dengan mereka yang minum air kurang dari 2 gelas sehari.



5. Anjalan dan pelinciran ke atas sendi dan otot.
Air adalah komponen utama cecair yang melincir dan menganjal sendi dan otot. Mengambilk air sebelum, semasa dan selepas satu satu riadah dapat mengelak dari kekejangan otot dan keletihan.


6. Air dapat menghalang penyakit sembelit.



7. Sentiasa ada hidrasi, bertenaga dan tetap peka.
Secara hitung panjang, kebanyakkan orang dewasa hilang kira-kira 10 cawan (1 cawan = 8oz) cairan melalui peluh, pernafasan, kencng dan gerakan najis. Walaupun anda mengalami kekurangan hidrasi yang sederhana, ia akan menyebabkan hilang tumpuan, pening kepala, tidak selesa, mengantuk dan penat.


8. Mengawal suhu badan.
Berpeluh adalah mekanisme semulajadi badan untuk mengawal suhu. Untuk berpeluh, anda perlukan banyak air.


9. Mengurangkan risiko penyakit & jangkitan.
Air boleh menghalang berlakunya batu karang pada buah pinggang dan mengurangkan bahaya jangkitan pada pundi dan saluran kencing dan buah pinggang. Penyelidikan mendapati wanita yang minum air lebih dari 5 gelas sehari menghadapi  bahaya barah usus 45% lebih rendah  dari mereka yang minum air 2 gelas atau kurang sehari.


10. Jadikan  diri anda sihat.
Tadisi  turun menurun "minum banyak air" apabila anda sakit masih amat berguna. Air dapat menurun dan mengawal demam, menggantikan cairan yang hilang dan mencairkan kahak.



Tips dan nasihat ini BUKAN sebagai ganti nasihat doktor anda. Anda dinasihatkan menemui doktor jika anda menghadapi satu masalah kronik. Nasihat ini hanya bahan bacaan tambahan selain inisiatif anda sendiri untuk mencari bahan lain dalam menjaga, mengekal dan meningkatkan tahap kesihatan anda.

Kekeringan Idea

Sori yek member2ku...aku takde idea nak merekacipta cerita untuk tatapan korng. Sesungguhnya aku bosan, takde idea & takde citer menarik yang aku nak share dengan korang (buat masa ni la)...

Saturday, March 20, 2010

Untuk yang kempunan

Entry ni khas untuk member2 & adik aku yang kempunan nak tengok gambar rumah Cik Besah.. Dah bertahun  berjanji nak tepek gambo rumah MIL aku tuh.
Betui tak kak Juwit?? Betul tak cik kepon???Untuk entry ni  aku tepek gambo umah Cik Besah dulu ye.
-buh gambo anak dara ni dulu [baru lepas balik klinik gigi, nak menggedik.. mentang2 gigi dah kurang sakit]
gambar2 seterusnya bakal ade gambo minah ni.. so abaikan je la yek...
-ni kat porch... nampak tak pokok duit2 tu?? Ade 3 pokok tapi satu pun tak nak kat kitaorang.. kedekut tul!!!-

another view of the porch...

nampak tak tiles kat belakang Yaya tu??? Baru pasang 2 minggu lepas..

-ni ruang tamu CikBesah... Dinding tu pun baru cat kaler kuning ni 2 minggu lepas-

- view dari dining hall .. rumah surirumah sure la ade kain berlonggok kan???

satu2nya gambo pintu belakang umah biras aku... Gambo interiornya nanti aku try snap.. La ni dia tengah rearrange susunan perabot umah dia...

Friday, March 19, 2010

Pengalaman Ke Klinik Gigi

Semalam aku cuti sebab nak bawa Yaya gi Klinik Gigi. Ni bukan le first time Yaya gi jumpa dentist sebab sebelum ni pernah gi dentist kat Batang Kali tapi agaknya experience yang very unpleasent untuk dia. Ye la pengalaman lalu menyebabkan si Yaya takut nak jumpa dentist sebab sakit masa nak cucuk bius tu.

Pujuk punya pujuk [sebab dah beberapa hari tak berapa lalu nak makan] akhirnya dia setuju gi dentist dengan syarat Mama teman. So tu yang terpaksa aku apply cuti. Hasben aku bawak gi Klinik Manjeet kat Selayang sebab dulu pun memang dia satu family gi buat rawatan gigi kat situ.

Ni la Klinik Manjeet... Klinik dia bawah tanah ko...Dahsyat...

Ni bahagian dalam klinik.Tu pintu bilik dokter la tu..

Masa sampai ok, masa register ok, masa masuk bilik dokter ok, masa duduk kat kerusi cek gigi tu pun ok, bila doktor suh bukak mulut pastu guna cermin kecik tu masuk ke dalam mulut dia...melalak tak hengat... apa la Yaya ni... nampak macho tapi hancur!!!!

Doktor Manjeet tu alahai comel je.. Lawo lagi! Very nice & soft spoken. Dia kata gusi Yaya bengkak & dah nanah sikit. Tu sebab dia sakit gigi. Budak2 bawah 6 tahun & belum tumbuh gigi kekal tak leh cabut gigi so dia bagi ubat makan untuk tahan sakit je la.. Kena la abah Yaya RM30.. Hehehe..

Balik dari Selayang, singgah kedai Siam sebab nak buat treatment rambut... [rebonding la katakan...] Dah kebetulannya cuti so better la singgah... Yaya aku tak bagi ikut sebab nanti dia sibuk merengek nak balik. Tak senang orang nak melepap kat kedai rambut. Masa kakak tu iron rambut punya la mengantuk aku.. tersengguk2. Nasib baik la kakak tu baik... "Tidur la dik kalau ngantuk ... nanti siap akak kejut la..".. Cantek gak tu... Mana idaknya mengantuk, malam sebelum tu melayan fb sampai kul 3 pagi...

Abis treatment, aku decide nak jalan kaki je balik rumah. Tak call hasben aku pun suh ambik. Hari pun agak2 mendung so tak le terbakar sangat kulit aku nih.. Jalan le slow2.. Konon nak membakar kalori le memandangkan aku ni tengah mood berdiet kan... Dah le pakai wedges...separuh jalan mula la sakit kaki.. Jalan je la pelan2. Wah 20 minit jugak baru sampai rumah !!!!.. Balik rumah dek terus salin baju & tidur [gara2 keletihan & kemengantukan yang berlanjutan]

Nak kurus punya pasal... sanggup jalan kaki tuh!!!

Akhirnya.. sampai jugak rumah aku.. Tu dia yang penuh kain bersidai kat tepi pagar...

Thursday, March 18, 2010

Surat Hadiah Lagi!!!

Mata oh mata kenapa ko tak mengantuk??? Lepas tengok "Remember The Titans" [betui ke tajuknya??] kat TV2 tadi terus hilang rasa mengantuk. Last2 bukak laptop buat entry blog ni...

Petang tadi balik dari opis, cek peti surat dulu sebelum masuk rumah. [Ekceli aku ternanti2kan bil letrik rumah aku semenjak bersenang lenang dengan 2 bijik ekon yang mahal tu.] Tengok2 ade sepucuk surat dari AVON... [Macam biasa ke lihat surat itu ]...Oh..oh.. surat suruh collect hadiah!!! Wah2 aku dapat hadiah lagi.... Kali ni dapat satu set perfume... [Sib baik la aku belum ade koleksi ni lagi....]. Dah namanya hantu perfume tentulah best kalau dapat free... Best..best.. i like!!!!!!!!!!!!!!

Ni la set perfume yang bakal aku collect sehari 2 lagi.. Yabedabedu!!!!!
[Makin sesak la meja solek aku dengan botol2 minyak wangi...]