Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 29, 2020

GARA2 PKP.... INI SEMUA 1ST TIME

Sepanjang PKP aktiviti masak2 la yang utama kan
Udah payah nak membeli, kena la kita buat sendiri ye dak??
Dalam2 tak reti masak tu
menggigih2 juga masak makanan yang selama ni langsung aku  tak pernah masak
Tak percaya dengan kemampuan diri sendiri..cewah!!

Ni lah antara juadah2 yang 1st time aku buat selama hayat aku ni
Banyaknya kuih muih la.. Tang lauk2 aku tak berapa gemor masak sebab selalu masak tak sedap 😆. Tang kuih ni senang sikit sebab ikut je resepi.. Petuanya jangan derhaka.. itu je..

Cinnamon Roll


Kuih Kaswi

Abok-abok (patutnya bungkus dengan daun pisang tapi nan hado, so aku guna je la acuan kuih puteri ayu ni.. Asal ko jadi udah le.. Ni pun tak jadi sangat sebenonya sebab ada lagi butir2 sagu yang tak kembang😅

Kuih Puteri Ayu

Lepat liat 

Cara berlauk... 

Kuih Lopes

Bingka Ubi Kayu

Tepung Talam

Yang last ni mesti korang tak sangka aku 1st time buat kan... Ye betul.... Selama ni aku tak pernah buat laksa... Selalu tu tolong2 mak aku je... Kali ni 100% masak sendiri... Alhamdulillah le menjadi juga..




Tuesday, June 23, 2020

BALIK KAMPUNG...OOO.... BALIK KAMPUNG..

Sejak dah PKPP & dah boleh rentas negeri ni moh le kita balik kampung pulak
nak jumpa mak & wan yang dah lama tak dijenguk
Ada le 3 bulan kan tak jumpa... last aku balik pun masa start cuti sekolah bulan 3 haritu
Udah le raya awal raya tak dapat raya bersama
ni sementara masih bulan raya, jom la balik kampung kejap.

Dalam wktu PKPP ni bos suruh datang kerja hari ISnin-Rabu je
so Khamis & Jumaat kita work from hom a.k.a "cuti" le kan
So awal Khamis tu kami pun bertolak le ke Pantai Remis
Malas nak ikut highway, so ikut jalan dalam je
Alhamdulillah perjalanan smooth & takde sebarang road block pun.


Diaorang ni asal masuk kereta je terus lena..hahaha



Drive slow2 je pun.. takyah rushing2 kan 
Dah sampai sini tu kira dah dekat le tu... dalam setengah jam lagi sampai le ke kampung😊

Sedang elok waktu lunch time kami pun sampai
Happy dapat jumpa & peluk mak

Balik kampung kali ni, umah wan dah ada improvement
TV pun dah ada... sebelum2 ni memang takde TV
So boleh bayang le kan cemana bosan & sunyi sepi je rumah tu


Tapi ruang ni jadi sempit pulak untuk jadi ruang menonton
Aku tanya mak, kenapa tak ubah meja makan tu ke tempat lain
Udah dia kata Wan aku tak bagi
Pastu aku pi tanya Wan nak ubah meja tu
Baru la dia kata ubah le nak letak mana pun😅
Aku pun apa lagi... zassss dengan Aleeya pi angkat meja tu letak kat depan..


Aku ubah meja ni ke ruang tamu depan
Situ je yang sesuai nak letak meja tu


Bila meja makan tu dah ubah
Jadi lapang le ruang nak tengok tv ni
Baru la boleh berlonggok ramai2 nak nengok tv kan
Boleh baring2 lagi😆😆


Pastu kat dapur pulak, Wan sudah beli peti ais besor
Lebih besor dari yang sedia ada
Tapi yang lama tu tetap pakai juga
Amboi... senang le mak nak nyimpan lauk pauk nak masak nanti


Next time balik nanti, tah apa pula perubahan kat rumah Wan ni kan
Insya-Allah Raya Haji nanti baru balik lagi.

Balik kampung kali ni alhamdulillah jugak dapat jumpa adik beradik aku yang lain
Cume keluarga Acik yang kat Johor je tak balik sebab tuntutan kerja kan
Takpe la.. Insya-Allah kita kumpul lagi di masa2 mendatang😊









Wednesday, June 17, 2020

AMBIL BARANG ADIB DI ASRAMA

Setelah 3 bulan tak mengulang ke Kuala Kubu Bharu, semalam baru pegi sebab sekolah dah keluarkan surat supaya parents ambil barang anak2 di asrama. Ye lah minggu depan form 5 & form 6 dah start sekolah kan.

Adib tak sampai 3 bulan di sekolah baru, udah PKP pulak. Pastu sambung ke PKPB dan sekarang dalam PKPP pulak. Tak tahu la sampai bila kan. Lama dah tak sekolah tu. Baru nak merasa life kehidupan asrama, tapi tak lama.

Nasib la sekolah/asrama Adib ni dekat je dengan rumah.. Dalam 15 minit je dah sampai. Kalau jauh2 jenuh juga nak fikir ulang alik tu. Balik keje semalam, terus call Adib siap2 untuk ke sekolah. Aku sampai rumah, Adib pun keluar so terus je pegi senyap2.. Kang kalau aku masuk rumah dulu, si kenit 2 orang tu nak mengikut pulak. Riso gak kot2 tak muat kereta pulak nanti kalau bawa diaorang.

View sekolah & asrama dari blok Adib



Angkut la segala barang2 yang ada dalam loker tu
Memang kena kosongkan semua..


Barang2 Adib ni memang dah letak dalam bakul, so kami angkat bakul je la...takde la nak bawa2 beg bagai. 15 minit dah settle 😙


Dorm Adib.. Katanya lepas ni bilik2 pun bakal dirombak demi mematuhi SOP yang ditetapkan.