Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 21, 2019

RAYA & JEM

Assalamualaikum...
Lamanya tak ber update blog ni
Kesian blog aku ni dah bersawang2
Last entry pun pasal raya puasa.. sekarang dah habis raya haji dah pun😆😆

Sapa balik kampung raya haji haritu??
Harung jem berapa jam???
Aku balik gak kampung pagi Sabtu tu
Walaupun nak balik Perak je, tapi sana sini jem kan
Mementang la cuti raya haji 3 hari kan + cuti sekolah lak tu
Memang ramai la ambil kesempatan balik kampung kan.
Kalau tak balik kampung pun pergi jalan2 kan.

Disebabkan mak aku ada di kampung (bukan di Ipoh), so kami kena balik kampung le. Selalunya aku balik kampung memang ikut jalan dalam je. Selalu ambil masa dalam 3 jam perjalanan. Tapi disebabkan jem aku main ikut je la mana jalan google map bawa. Estimate masa perjalanan dalam 3 jam ++.. Ok la kan sebab perjalanan jauh sikit dari jalan biasa. Yang penting bebas jem.


Jom balik kampung...Selalu kalau balik kampung gini memang aku pakai cenggini je.. Sampai kampung takyah salin2 baju dah.. boleh terus tolong apa yang patut😀. Yang penting selesaaaaaa... Anak aku tanya "mama pakai camni je ke??? Macam nak hantar kitaorang gi tuisyen je"... Hahahahaha


Mulakan perjalanan dalam pukul 8.30pg la lebih kurang. Aku malas nak ikut highway sebab konfem jem. So decide ikut jalan lama je. Sampai je kat Tanjung Malim dah dapat alert jem kat jalan lama. So detour la ikit route lain. Tah mana2 la dia bawa kami.. Yang pastinya aku pun tak pernah tahu jalan tu. Folo je la map tu asalkan sampai ke destinasi.



Alhamdulillah sepanjang perjalanan memang clear.. takde jem sangat pun. Cuma kat highway WCE yang baru tu kat area Teluk Intan ada jem sikit sebab ada traffic light. [Kalau tak sebab jem, tak sampai juga la aku ke belah2 situ kan] Other than that memang jalan clear sampai le ke kampung. Walaupun perjalanan jauh tapi masa perjalanan tak jauh beza dengan yang biasa2 tu. Kul 12.45tgh dah sampai kampung. Kalau WCE tu dah siap nanti, mesti lagi cepat boleh sampai kampung.




Lepas sampai kampung, letak2 beg semua, terus la masuk dapur, tolong mak buat juadah untuk raya. Masa kami sampai tu, sedang elok la mak aku tengah nak buat ketupat daun palas.. 


Adik lelaki aku yang terer belit daun palas tu. Aku ni 10x raya pun tak pas2 lagi lilit ketupat ni.. Tah le kenapa bengap sangat...😅😅😅


Disebabkan aku fail bab ketupat so aku concentrate potong daging utk buat rendang je la.. Siap2kan bahan untuk buat rendang pulak lepas tu. Mak aku pakai periuk noxxa je buat rendang tu.. Ha cepat le masaknya kan.




Lepas berbuka [hari tu aku puasa sunat hari Arafah], sama2 la makan ketupat+rendang tu. Jasmin yang payah nak makan tu pun berkenan benar dengan ketupat tu. Sampai 6 biji ketupat tu dia makan sorang. Siap cicah kuah rendang. Daging dia tak makan sebab selalu sekat kat celah gigi dia😅😅 [gigi dia kan jarang2]. Tak lama pastu terus terlelap kat kerusi. Sampai ke pagi le dia tido tu.. aku angkat letak atas katil pun dia tak jaga. Kenyang sangat tu.. 



Raya haji ni tak semua la sedara mara kami yang balik kampung. Just ada family aku je. Family adik aku pun dah balik rumah mak mentua dia kat Lahat petang tu. So malam memang tinggal kami je la.. Takde la apa aktiviti sangat kalau kat kampung ni. Tv pun takde, line internet pun tenggelam timbul, so semua pakat tidor awal je la..