Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 22, 2018

FIRST TIME AMIRA KE PERTANDINGAN MEWARNA

Tah cemana haritu cikgu sekolah Amira bagitau yang dia submit nama Amira untuk join satu pertandingan mewarna.. Hoish.... bior betul?? Budak tu kaler pun tak kemas lagi ate ke cemana join pertandingan pulak kan. Aku pun siap tanya amira ye ke dia nak join. Well, dia kata dia nak masuk.. Siap suruh aku beli kaler baru lagi...hahahaha.. ok la... mama beli la kasi semangat kan... (yang haru tu, yang tak join pertandingan pun dok sama menuntut kaler baru juga...sabo je la ye dengan si Jasmin ni)

Ekceli kat Econsave Batang Kali ada My Kids Festival. So ada la buat pertandingan mewarna tu. Tu yang cikgu sekolah Amira daftarkan nama dia & few of her friends also la...Kiranya wakil dari tadika diaorang tu la. 


Beberapa hari sebelum tu Amira ok je.. cam eksaited je.. Selalu tanya bila nak pergi mewarna tu. Tapi bila sampai harinya, dia buat hal tak nak pegi lak. Pujuk2 cakap cikgu & kawan dia ada kat situ, baru la dia nak pegi.

Sampai2 kat tapak pertandingan tu, si Amira dah cuak dah.. Dia taknak duduk bawah khemah tu pulak dah. Tangan dia asyik peluk aku je.. Adoi.. cemana la nak  buat ni. Agaknya dia takut sebab ramai sangat kot.. Kalau tak silap aku ada dalam 150++ penyertaan.  Lepas tu aku ternampak cikgu Amira, baru la cikgu pujuk &  dia nak folo cikgu  duduk bawah khemah.



Risau pulak aku budak ni menangis.. lagi haru..
Makanya mama terpaksa la duduk kat sebelah dia tu ha..

Yang budak ni pulak pun nak memerap sama. Time tu la dia nak berbaring2 kat aku.. Dah pesan jangan hisap jari depan orang.. ermph... ada dia kisah????

Pertandingan tu selama sejam so selama tu la aku duduk kat sebelah Amira.
walopun hari paneh terpaksa ku tahan juga.. Dah le tak bawa kipas 😅

Tu dia tengah khusyuk mewarna..


Tengok la kaler lembu dia tu.. kejap arah tegak.. kejap melintang.. lantak la ye Mira... janji kaler ye dak???


Memula camni dia kata dah siap.. Mira penat..hahahaha
Aku suruh la dia kaler lagi kat kawasan yang belum warna
Terpaksa rela je la dia kaler tu (cincai je)

Bila dia kata dah siap, aku panggil la cikgu dia untuk kutip kertas dia.. So sementara nak tunggu keputusan pertandingan tu kami pun jalan2 la sekitar kawasan.. Banyak jual makanan je.. Nasib la tengah diet so abaikan je la semua makanan2 tu...

Walopun tak beli makanan, udah terbeli benda ni pulak.. Tapi tak pe la sebab Amira brave join pertandingan, mama belikan hadiah.

Tapi cam biasa la.. kena la beli 2
Nasib la 2 ni RM15 je
(dah le aku bawa duit RM20 je masa tu 😅😅)


Sementara menunggu keputusan

Dalam 45 minit lepas tu baru la keputusan diumumkan
Tapi sebelum nama pemenang diumumkan, semua peserta diberi hadiah penyertaan
Meleret la senyum si Amira bila dapat hadiah


Nasib la si Jasmin tak merengek nak juga
Mana la nak cari ye dak??
Aku bagitau dia tu hadiah orang yang masuk pertandingan.. kalau Jasmin nak hadiah, tahun depan Jasmin masuk pertandingan warna macam Amira. Nasib la dia ok je.

Bila keputusan diumumkan, aku tengok hasil warna budak yang kedudukan no 10 pun 10x ganda lawa dari Amira, so aku rasa memang takde harapan la Amira menang.. Terus aku ajak bebudak balik je.. Lagipun hari pun dah start hujan renyai2 dah.. Hahahaha.. malas dah mak korang nak tunggu. Diaorang pun ok je...hahahaha..

Takpe la Mira, walopun tak menang tapi dah ada pengalaman kan. Ok la tu.. Pasni boleh join lagi pertandingan kaler ni.. tapi kena praktis la mewarna cantik2 kat rumah 😆






Thursday, October 18, 2018

RAGAMAN

Assalamualaikum

Gila lama bersawang dah blog aku ni
Adeh... kenapa la dah makin malas nak hadap blog ni ye??
Makin tenat penyakit malas aku ni.

Ok ni cerita trobek je... kejadian masa awal bulan hari tu
Dah le hari tu hari Isnin
Cam biasa mak2 ni kelam kabut gak le kalau hari Isnin kan
Mana nak siap gi keje, pastu nak siapkan anak ke sekolah, nak hantar anak rumah pengasuh, nak prepare breakfast lagi.. huish.. tak menang tangan la pepagi tu kononnya. 
Ok , bila dah setel semuanya & nak gerak gi keje, start2 enjin kereta dah bunyi tet..tet..tet..
Aik??? pehal takleh start pulak kereta aku ni
Start sekali lagi pun keluar bunyi camtu juga
Adoyai.. ni mesti bateri kereta dah kong ni
dah le Amira aku tak hantar lagi.. last2 bawa Amira pi rumah pengasuh (jalan kaki je) & terpaksa minta pengasuh tolong hantarkan Amira ke sekolah.
Lepas tu aku gi rumah Cik Besah pulak sebab nak mintak tolong anak abang ipor aku jumperkan kereta. Kebetulan dia pun tengah cuti semester, so ada je la dia kat rumah.



Tak lama pastu anak abang ipor aku pun datang rumah. Jumperkan kereta pun takleh juga.. Dia kata ni bateri dah kering sangat2 ni.. Dah tak boleh ni. Makanya terpaksa la aku mintak tolong dia tukarkan bateri baru. Kedai bateri tu pulak buka pukul 10 pagi. So terpaksa la aku inform office cakap aku masuk lewat.

Dia tanya aku, ada tambah air bateri tak? Aku cakap tak pernah.. selalu kalau servis, orang servis tu yang top up air bateri..Mana la aku tau bab2 bateri kereta ni.. Lagipun dah lama bateri tu.. Last tukar pun sebulan sebelum arwah suami aku meninggal.. (Kiranya dah 2 tahun setengah dah). Lama gile kan.. Dah tahap wajib tuko la kot kan.

Dalam pukul 10 tu, dia pun pi la kedai beli bateri baru.. Dalam kul 11 camtu gak le baru kereta aku dah boleh  gerak dah..hahahaha.. bateri baru la katakan.. Alhamdulillah... selesai dah satu masalah.


Dia kata dia beli jenis bateri sel kering je... Haaha.. tak pernah aku tau ada bateri basah bateri kering... nampak beno bengapnya... Persyaitonkan je le semua tu, janji kereta dah boleh gerak udah le tu.. (pastu baru gigih pi google apa beza bateri basah bateri kering tu...huhuhuhu)


Gitu la ragam kalau kereta dah 10 tahun ni.. Memacam  la nak mintak tukar @ ganti.. Jangan dibuat sampai kena tuko kereta lain udah le... Bajet takde lagi ni weiii.. Pakai la kereta yang mana ada dulu (ada satu ni je la pun 😅). Asalkan boleh pi balik kerja & balik kampung & gi mana2 dengan selamat sudah le ye dak??