Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 24, 2018

PETER RABBIT

Cuti sekolah haritu, member aku ajak bawa anak2 pi tengok wayang
Kalau nak tengok wayang, Aeon Rawang la yang terdekat pun dengan rumah aku
Plan asalnya nak nonton Didi & Friends
Tapi sebab kami pun takde rushing2 & tak beli tiket awal
Masa kami sampai tu, tiket pun dah sold out
Takde rezeki la anak2 nak nengok Didi & Friends

Kami sampai Aeon tu dalam pukul 3.30 petang
Tapi sebab dah janji dengan budak2 nak tengok wayang
kena tengok juga la kan.. tapi kena la cari cerita yang sesuai
Ekeceli kalau ikut hati nak je nengok KL Special Force [waktu tayangan masa tu pukul 4.15ptg] tapi rasanya cam tak sesuai pulak dengan budak2 kenit ni
Last2 kawan aku decide nengok je le cerita Peter Rabbit
Waktu tayangan pukul 5.50 petang lak tu...
Maka bertabah le menunggu 

Sementara menunggu waktu tayangan kami pergi makan dulu kat food court
Adoi bab makan memang takde masalah
Cuma bab minuman la pulak... semua cup kecik habis, ate kena beli beli cup beso. Harga kemain mahal lak tu... maklum la hujung minggu kan
Last2 beli juga la air tapi share2 je le... beli sorang satu kang tak habis pulak

Bagi kekanak makan kenyang2 dengan harapan tidak mengaruk dalam panggung nanti.
Tengok Amira dengan Syakirah tu.. tah apa diboraknya..
Adib pulak dah boleh harap jagakan & layan adik



Dah habis makan..jom pi solat Asar pulak.

Lepas solat kami pun pi la kat area panggung tu. Udah anak2 aku nak popcorn pulak dah.. Tak mamasal kena beli..huhuhu.. takpe la sekali sekala kan. Beli 2 kotak popcorn. Belum masuk panggung si Amira dah tumpahkan setengah kotak popcorn...selambak terabur kat lantai... adoiiiiii sabo je le...

Tak lama pastu baru la pi beratur untuk masuk ke panggung. Penuh juga wayang tu rupanya... ingatkan tak ramai orang.. Memandagkan ini first time Amira & Jasmin masuk wayang, so ada la drama sikit. Amira ok je... excited la tengok tv besor kan.. Si Jasmin pulak penakut.. asyik nak suruh aku dukung je.. Bila tutup lampu boleh pulak dia menangis.. 

Tak lama pastu baru la dia calm.. Dah boleh suruh dia duduk kat seat dia sendiri. Tapi... ada lagi drama dia tau.. Kejap2 dia kata nak kencing... dah pi kencing dia kata nak berak pulak.. tak sampai 15 minit pastu dia nak kencing lagi... Aku  rasa ada la 5 kali dia nak pi toilet. Aku rasa aku la yang paling kerap keluar masuk panggung sebab bawa anak pi toilet.. Cerita yang ditayang pun aku dah tak tahu hujung pangkal... Lagi 15 minit nak habis cerita si Amira pulak kata nak kencing.. huhuhuhu.. Keluar lagi aku ni... Rasanya aku dapat tengok 15 minit pertama je kot...Haru sungguh!

Lepas keluar wayang tangkap gambar dulu dengan si Peter Rabbit ni
Buat kenang-kenangan pi tengok wayang kan...

Lepas pi solat Maghrib, udah member aku si Makcik Rehan a.k.a Makcik Rabunah pulak kata nak jumpa. Rumahnya dekat je dengan Aeon tu. Elok je lepas kami keluar surau, terus terserempak dengan dia.. Ha elok sangat le tu.. terus pi sambung sembang kat food court lagi.. Huiii.. sembang sakan ko... maklum le memacam cerita.. 


Ahli mesyuarat tingkap ni sampai pukul 9 malam dok lepak kat Aeon lagi..hahahaha

Dekat pukul 10 baru la kami bertolak balik.. Nasib la bukan aku yang drive. Sampai Batang Kali pun dah dekat 11 malam.. pastu terus kerah anak2 pi mandi & tidur.. Ingatkan diaorang letih.. tup2 deme sambung pulak tengok DVD sampai pukul 2 pagi... Esoknya semua lewat bangun 😅.







Tuesday, April 17, 2018

SILING BOCOR LA PULAK

Benda yang jadi tanpa diduga ni memang la boleh bikin stress
Kat rumah aku [rumah sewa] tetiba je pulak boleh menitik air dari siling
Nasib la menitik tu di bilik air
Kalau kat ruang lain jenuh la nak mengelap bagai
kang tak memasal terjerit2 macam Dato' Alif Syukri mengisahkan banglo dia yang bocor tu

Memula tu sikit2 je menitik.. ingatkan takde apa
Tapi lama2 makin banyak pulak air menitik
Yang aku pelik tu, nak kata tangki bocor @ overflow,  tuan rumah aku kata rumah tu semua pakai air direct
Maknanya tangki tak guna la kan
Ate.. datang mana pulak air yang menitik tu???
Kejadiannya dah le waktu malam.. mana la aku nak cari tukang mengisahkan bab bocor tu memalam kan
Dah le aku tak kenal mana2 tukang yang berdekatan

So aku buat video pastu hantar kat tuan rumah
Tapi apa la sangat tuan rumah boleh buat kan?
Dah le tuan rumah tu bukannya duduk area Batang Kali nun..
Tetap juga disuruh aku cari tukang & kosnya boleh la tolak dari sewa
Huhuhuhuhu... 


Nampak tak air tu keluarkat paip yang di siling tu??

Malam tu nampak gayanya memang kena tadah baldi la kat sini
Tadah pukul 9, pukul 12 dah penuh...kena tadah lagi

Esoknya aku pi area rumah lama aku
Ada la budak indon tengah buat kerja
So dengan tak malunya kena la mintak tolong diaorang tengokkan paip bocor tu kejap
So salah sorang tu datang la rumah aku untuk tengok
Siap bawa tangga sebab rumah aku takde tangga


Dia naik ikut siling nak cek tangki tu

Katanya ada paip yang longgar, especially yang disambung ke tangki tu..so dia dah ketatkan sambungan paip tu.
Dia kata takde apa la pun.. itu je masalahnya
Alhamdulillah la.. takde maslah serius
So bagi je le duit kopi kat dia...hehehe
Lega juga masalah
Tapi ingatkan bila dah ketatkan tu immediately air tu terus stop menitik
Rupanya kena tunggu sehari semalam juga.. baru air tu berhenti
Sebabnya air tu dah memenuhi saluran yang sepatutnya tak dimasuki air
So kena tunggu air yang kat saluran tu habis keluar baru dia berenti

Bila rumah dah tak bocor baru la lega..
Harap2 takde la masalah lain pulak lepas ni😅





Thursday, April 12, 2018

KE TAMAN SELEPAS HUJAN

Entry basi sebab takde idea mengarang
Hahahaha... biasa la aku dok peram je cerita
Mood tak mari la nak mengarang blog
Huh.. faktor2 penuaan ni.

Cerita bulan lepas baru nak buat entry
Asal ada entry udah le

Ada satu ketika dulu, asal petang je hujan kan
So nak kemana2 pun tak boleh
Kesian la kat anak2 memerap dalam rumah je

So ada satu petang tu, dah janji dengan bebudak nak bawa diaorang kayuh basikal kat padang kalau hari tak hujan
Nak main kat porch, porch pun bukan beso mana pun
Nak2 Jasmin sekarang dah pandai kayuh beskal
Dia la yang tuntut nak mengayuh kat padang tu
Kebetulan petang tu hujan agak awal, so dalam pukul 5.30 petang tu hujan dah berhenti
Bila dah tengok hari tak hujan, mula la menuntut janji

Disebabkan nak mengayuh, gigih la aku angkut basikal masuk kereta
Dua biji lak tu
Kalau korang nak tau, aku sekarang sewa rumah lain
Agak jauh le dari taman permainan yang depan rumah aku dulu
Tu yang kena angkut basikal tu kalau nak main kat sana

Sepetang tu melayan le diaorang main basikal kat taman permainan tu
Aku suruh diaorang kayuh kat kawasan ni je
Kat trek tu banyak tempat lecah
Nanti kotor tayar beskal nak letak dalam kereta nanti



Gaya kemain lagi budak ni



Budak ni pun sama... hepi la dapat mengayuh.. Kawasan luas lak tu



Ce korang tengok video ni.. nampak tak gaya Amira tu
Over ko.. siap buat  superman.. tah dia tengok sapa la yang buat camtu ye..



Bila dah bosan kayuh basikal, diaorang ajak nak main buai la, gelongsor la
Gelongsor je aku tak bagi main sebab basah & kotor
Buai tu basah juga tapi lap2 gitu boleh la main kan..


Konon2 bawa kekanak pergi main petang tu
Bila diaorang penat, diaorang tido la awal
ermmmmmphh.. takde maknanya
Lagi cergas pulak waktu malam main benda lain pulak kat rumah
Hahaahaha.. asalkan kome bahagia la anak2ku...










Monday, April 9, 2018

KALAU KE ECONSAVE

Aktiviti hujung minggu kalau nak stock up lauk  & barang basah
pergi econsave je.... [itu je pasaraya besar yang ada kat area rumah aku]
Kalau takat beli 1 @ 2 barang tu aku beli je kat kedai acheh seberang rumah aku ni..huhuhuhu

Kalau bebudak suka pi Econsave
sebabnya suka nak bergayut kat palang besi

Kat sini tak payah nak rebut2... ada banyak tiang..
Setiap palang nak digayutnya.. selagi tak sampai kat muka pintu Econsave tu



Pelik lak bebudak ni
kat tempat lain tak suka nak bergayut
tapi kalau ke Econsave suka sangat
Agaknya palang tu rendah kot.. senang nak capai, senang nak turun
Kalau kat taman permainan palang besi semua tinggi2
pastu berebut2 dengan budak2 lain kan..

Apa2 je lah kekanak.. asalkan kome bahagia..




Friday, April 6, 2018

SABAR LA MAMA...

Sekala sekala anak2 ni memang menguji kesabaran mak2 diaorang ni kan
Kalau tak bab belajo, bab perangai

Ragam anak remaja lain, ragam budak kecik lain, ragam budak laki lain, ragam budak pompuan lain... adeh... kadang2 stress nak handle kan. Tapi tu la warna warni kehidupan kan.. hadap je la selagi terdaya.

Kejadian bebaru ni
Nampak tak tu... anak aku conteng pakai marker pen.. 
Nak marah pun maleh dah sebab dah berlukis bagai
Nasib la sofa kaler gelap tu so tak le nampak sangat
Last2 aku terbalikkan je kusyen sofa tu kasi tak nampak
[nak basuh malas]


Kejadian kedua pulak.... main bedak
Udah le pakai bedak Enchanteur aku ... Tinggal separuh botol dah dimain dek kekanak.. Bedak dah le baru beli lak tu. Kalau bab bedak2 ni mastermindnya si Jasmin... Amira tumpang sekaki pastu


Jadi mak2 ni memang kena mengucap panjang.. Istighfar takleh lekang. Semoga terus dikurniakan kesabaran menghadapi ragam anak2 ni. Amiiiiiin!




Wednesday, April 4, 2018

JALAN² TENGOK RUMAH CONTOH : AZHARA @ ANTARA GAPI

Hujung2 minggu bila takde aktiviti nak buat
saja la ajak anak2 jalan2 di kawasan yang dekat2
kalau boleh nak yang free je..hahahaha..
duit minyak je le kena isi kan sebab nak naik kereta

Pepagi tu dah masak untuk lunch siap2
Senang masak awal2 ni.. kalau nak kemana2 pun senang lepas tu
Balik rumah boleh terus makan je
Tapi kalau malas tetap juga tapau lauk di kedai...hehehehe

Ekceli tak plan pun nak pi tengok showhouse
Tapi sebab sepanjang perjalanan tu ternampak bunting pasal rumah di Antara Gapi, so aku drive je le ke Antara Gapi.. Nak tinjau2 kawasan kekdahnya. Lagipun Antara Gapi tu idak le jauh mana pun dari Batang Kali.

Itupun pakai google maps weh.. sebab tak tahu location kawasan perumahan baru ni kat celah mana
Akhirnya sampai juga di kawasan yang dimaksudkan
Kawasan perumahan baru siap & belum diduduki lagi
so saja la aku drive masuk kawasan tu tapi banyak juga jalan yang ditutup
So last2 masa aku nak reverse, aku ternampak 1 rumah ni ada guard kat situ
Aku tanya itu rumah contoh ke? Guard tu angguk
Pastu aku tanya la boleh masuk ke tidak? Dia kata boleh
Siap aku tanya ada agen rumah ke dalam tu? Budak guard tu kata takde
Dia kata akak masuk je la tengok.. Erm... apa lagi terus angkut la bebudak masuk rumah tu macam masuk rumah sendiri.

Rumah ni namanya Azhara. Rumah jenis semi-D. Keluasannya 40 x 80 & dah 100% siap. Ada 5 bilik & 5 bilik air.  Harga dalam 700K.. Terbeliak mata dengar harga.. Sah2 le memang tak mampu aku ni. Mampu tengok je le buat cari ilham.. Meh aku tunjuk design rumah ni. Kot2 la ada yang berkenan..

Ekceli ada 2 design rumah ni  [baru tahu lepas pi lawat showhouse]. Tapi yang aku tengok ni 1 jenis je. Yang 1 lagi tah kat mana.. Budak guard tu idak pulak bagitau aku ada 1 jenis lagi..cis!

Memula masuk tentulah ruang tamu kan? Luas & kemas je


Kat sebelah tu ada satu lagi ruang untuk duduk2 & sebelahnya pulak adalah meja makan


Ni view ruang makan dari bahagian dapur. Ruang makan ni nampak luas sebab ada cermin kat dinding tu.. Berkenan sungguh aku kalau cermin sepenuh2 dinding ni.. Sebelah meja makan ni ada sliding door yang menghala ke teres tepi.


ni la bahagian teres sebelah meja makan tu. Best juga duduk2 lepak kat sini. Kat sebelah tu lamannya pun luas.. boleh buat gelanggang badminton. Tak risau la kalau anak2 main.. takde la berlepas sampai ke jalan kan.


Ni pulak counter bar menghadap ke dapur. Setentang dengan meja makan tadi. 


Peti ais & kabinet oven & microwave.. Nanti nak buat gini gak le.. nampak kemas je kan.


Ni pulak bahagian masak.

Kat tepi dapur ni ada toilet & 1 bilik
Dan setentang dengan ruang tamu tadi ada 1 bilik lagi
[ada gambar tapi gambo gegar le.. maleh nak tayang...huhuhu]

Gambo toilet je ada yang boleh ditunjuk..hehehehe


Jom naik atas pulak
Kat tingkat atas ada 3 bilik & 1 ruang keluarga

Bilik pertama. 
Tau je la kalau bawa anak2.. deme je le excited.. Siap cop2 bilik lagi
Macam la tu rumah diaorang
Pastu setiap gambo ada je le kelibat diaorang.. sabo je le ye..


Pintu kelabu tu pintu toilet.
Semua bilik kat rumah ni ada toilet masing2 tau.


Ni pulak bilik kedua
Aku suka dinding belakang katil tu... 



Ni pulak master bedroom.
Besar giler master bedroom ni.. 
Ada private balcony lagi kat tepi tu

Tv area dalam master bedroom
Aku suka dinding shiplap tu.

Ni pulak kat area wardrobe dalam bilik master
Wardrobe siap ada cermin beso
Puas selfie la kat situ...hahahah.. 
Belakang tu pulak pintu ke toilet

Ni pulak ruang keluarga di tingkat atas
Simple je.. ada dua kerusi kat situ
Sebelah tu balcony la mengadap ke laman

View dari balcony


Ni pulak wakaf yang dibuat kat laman
Ada kolam kat situ siap ada ikan
Tu yang anak aku leka bertinggung kat situ


Kalau banyak duit memang berbaloi beli rumah ni. Besar. Lagipun Antara Gapi tak sibuk sangat macam kat Rawang. Dan harga masih reasonable la pada aku.
So siapa yang masih cari2 rumah & jauh dari kesibukan kota [cewah] boleh la riki2 area Antara Gapi ni. Banyak property tengah naik. Oh ye ni salah satu projek under PKNS tau.

Ok tu je aktiviti kami hujung minggu. Nanti2 free boleh pi lawat showhouse yang lain pulak.







Monday, April 2, 2018

TRAVELOG UMRAH : PULANG KE MALAYSIA

Lepas kami buat tawaf wida pagi tu, kami pun bersiap2 untuk bertolak pulang. Kami tunggu di ruang tunggu bas. Bas pulak lambat sangat hari tu. Lama la kami menunggu di tempat tunggu bas tu. Lenguh kaki dibuatnya.. Akhirnya pakat duduk bersila la kat lantai.

Muka kesedihan sebab nak meninggalkan Tanah Suci.
Tah ada peluang nak datang le ke tidak kan??


Kalau korang nak tau.. ni le kasut & stokin  yang aku pakai sepanjang menunaikan umrah. Senang pakai selipar.. Kaki tak sakit. Stokin tu pulak beli la yang tebal. Untuk makluman korang bukan sepasang ni je stokin hitam aku tau.. Karang korang ingat aku pakai stokin tak basuh2 pulak..hahahaha.. Aku bawa 3 helai stokin. Pakai kaler hitam sebab tak nampak sangat kalau kotor. Selipar tu pulak, selipar arwah suami aku.. Tuannya tak dapat pergi, selipar tu le wakilnya..


Lenguh berdiri, sampai duduk2 la kami kat kaki lima ni menunggu bas.


Dekat sejam juga le kot menunggu baru la bas sampai. Baru la lega sebab. Penerbangan kami dijadualkan pukul 3.50 petang waktu Arab Saudi. Kami akan naik dari airport Jeddah. 


Lega dah masuk bas.


Dari hotel ke airport Jeddah tak le jauh sangat.. Ada la dalam 1 jam kot. Sempat la tido kejap dalam bas..hehehe..


Kami sampai di airport ada dalam pukul 11.30 pagi kot. Sampai kat situ kena tunggu la sementara diaorang agihkan tiket & passport. Lepas tu kami ke surau untuk solat Zohor. Kami solat Jamak je sebab perjalanan jauh kan. Lepas solat baru kami di arahkan ke ruangan menunggu. 

Masa lalu kaunter imigresen ada pulak insidennya. Untuk yang perempuan kena masuk bilik untuk cek badan. Aku terlupa la pulak nak keluarkan henfon dari poket.. hahaha udah bising officer tu. dah le cakap arab.. mana la aku paham..haha.. Nasib la adik aku yang berdiri belakang aku, dia la pi hantar henfon aku kat kaunter luar untuk scan. Lepas tu pulak lepas keluar ke kaunter scan barang2 tu pun kena tahan juga.. sebab beg mak aku la.. Ada gunting pulak dalam tu.. Semalamnya kan buat umrah, pastu gunting kecik tu nak guna untuk tahalul. Tu yang mak aku lupa nak keluarkan dari beg. Last2 aku bagi je gunting tu kat pegawai tu pastu terus je pegawai tu lempor masuk tong sampah... sabo je la...hahahaha. dah settle semua baru la kami pi kat ruang menunggu. Masa tu baru pukul 2 petang.

View dari ruang menunggu.. Nun jauhnya kapal terbang menanti. Nak ke kapalterbang tu kena naik shuttle bas.


Semua menanti untuk boarding


Gambar kenangan jap sementara tunggu nak check in.


Lepas kaunter check in bukak, kami pakat2 beratur la.. Punya la lama.. rupanya kena beratur untuk naik shuttle bas pulak.. Huish bersimpang siur barisannya.. Lantak le.. janji dapat masuk kapalterbang.. Letih sangat dah rasa badan ni.. Lapo lak tu..huhuhuhu


Akhirnya... dapat juga duduk dalam kapalterbang. Cumanya kali ni seat kami banyak terpisah2.. Jauh2 lak tu. Aleeya & Adib dapat duduk sekali. Aku kat belakang diaorang. Mak aku lagi belakang.. Adik bongsu aku lagi jauh ke belakang. Last2 aku mintak tukar dengan orang yang duduk sebelah Adib. Nasib la dia pun ok je. Makanya dapat la aku duduk 3 beranak sekali.

Perjalanan ambik masa 8 jam. Tapi kali ni tv dah tak rosak.. Merasa la layan 3-4 movie dalam flight. Dah tu pulak perjalanan belah malam, terasa gelap je... Nak tido tak berapa nak tido. Elok je lepas berlepas, makanan dah disediakan.. Lega la sebab tengah kebuluran kan...Alhamdulillah..

Dalam perjalanan balik, merasa la solat dalam kapalterbang. Ye lah, kalau tak mengalami keadaan camtu cemana nak praktikal kan. Adib & Aleeya pun aku ajo dah cara2 nak sembahyang dalam kapalterbang. 

Alhamdulillah... selamat sampai di KLIA pukul 5.50 pagi [touchdown].
Lepas tu untuk urusan beg2 tu ambil masa juga.. sampai pukul 8 baru settle beg kami. Ekceli beg kami semua dah dapat cuma tinggal beg mak aku je tak keluar2 lagi.. tu yang sampai dekat pukul 8 baru settle.

Sementara tunggu urusan beg selesai, kami pi ambik air zam2 dulu. Ikut pakej kami, sorang jemaah akan diberikan 5L air zamzam,. So aku & anak2 dapat la 3 botol..


Dah settle semua, kami pun bertolak le ke destinasi masing2. Mak & Acik akan naik bas balik ke Ipoh. Angah pulak wife dia datang ambik. Aku pulak tunggu la uber datang ambik. Dah call dah masa lepas touchdown tadi. Actually dah booked dia sebelum bertolak lagi. So bila dah sampai call je le dia untuk inform yang kami dah sampai. 

Sementara tunggu uber datang ambik.


Alhamdulillah selamat sampai di Batang Kali dalam pukul 10.30 pagi.. Jetlag sungguh tau sebab sampai je rumah semua pakat tidor. Aku sedar2 pun dah pukul 1 tengahhari.  Lemau sungguh rasa badan. Lepas mandi & solat baru la kemas2 sikit apa yang patut. Lagipun petang dah nak pergi rumah Cik Besah & nak ambik Amira & Jasmin.. Mesti diaorang terkejut mama dah balik.




Antara souvenir yang dibeli untuk kawan2 & keluarga 
Bajet kecik je so benda yang simple2 je le dapat beli untuk kenang²an.


Petang tu masa nak ambik Amira, diam2 je aku terjah rumah babysitter. Diaorang tengah makan. Lepas aku bagi salam pastu tengok aku kat muka pintu, terus berenti makan.. pastu lari2 kat aku. Alahai anak mama.. diaorang siap peluk & menangis kat aku. Tacing la pulak....Rindu la tu kan... Itu baru aku tinggal 12 hari. Kalau aku tinggalkan diaorang selama2nya tah cemana la pulak agaknya..huhuhu.. huish.. takleh imejin lah!

Sekian.. itu je la coretan umrah aku. Alhamdulillah dapat jadi tetamu Allah. Rezeki yang tak sangka datang secepat ini. Walau dalam hati ada sedikit rasa sepi sebab pergi tanpa orang yang kucintai. Tapi tetap syukur sebab di sebalik ujian masih terselit rahmat & rezeki untuk kami anak beranak. 

Terima kasih sudi baca perjalanan umrah aku yang tak seberapa ni. So kalau malas nak selak2 belakang ni aku bagi link siap2 pasal umrah aku ni . Jemput baca ye.