Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 28, 2017

MAIN AIR

Mood nak tulis aku betul2 ke laut minggu ni
Tah le mana hilangnya...
Bahan ada nak diblogkan tapi mood nak menulis tu yang takde
Lagipun agak bizi gak le hujung2 bulan ni
Bizi layan drama lagi...hahahahaha

Ni nak cerita aktiviti 2 minggu lepas
Aktiviti bajet hujung minggu
Nak jenjalan pun tak boleh sangat 
sebab hujung minggu  Aleeya ada kelas tambahan
Ahad pulak ada study group
Mementang la nak periksa UPSR tahun ni
Bizi sepanjang minggu... aku nak balik Ipoh pun kena tunda2 dulu

Bosan duduk dalam rumah
Kita main di luar rumah la
Memula kayuh basikal.. pastu nak mandi kolam pulak
Layan je la....

Pepagi dah main ayor
Mana la tak sejuk....
Idak le pagi sangat sebenarnya
Dah pukul 11 pagi dah masa ni


Ni kira merangkap mandi pagi sekali la
Bagi main puas2 pastu  baru kita shampoo


Nak bagi lagi feel
mamanya kena la berinovasi sikit
Kena la guna payung nak menongkat getah paip tu
Pastu nak kasi efect shower siap ambil  kepala paip sinki dapur 
pastu sambung kat getah paip tu...hahaha


Ni tak nyempat2 suruh mama ambil gambar dia 
time tengah baring dalam kolam...


Ok sekian cerita minggu.. minggu lepas
#asal buat entry dah le..😜

Friday, April 21, 2017

BISKUT KERING PUN SEDAP

Time2 hujan, time2 lapar
Makan apa saja pun sedap
Even biskut kering cicah air teh o pun dah sedap sesangat.


Nampak tak tu???
Biskut lemau tu pun sedap
[nak kasi rangup balik siap masukkan dalam microwave dulu...hahahaha]

Ekceli asalnya aku yang makan
Tapi tahu je la budak2... pantang nampak aku makan
Deme nak menyebuk gak...

Ok la makan berjemaah kan...
Sorang cicah air sirap
sorang lagi tumpang cicah air kopi mama...
Janji kenyang ye dak???

Thursday, April 20, 2017

PENIPUNYA!

Tak sia2 beli tepon ni tau
sebab kuat menipu 
Nak2 kameranya... auta kuat!


Tah betul tah tak kamera ni 
Tetiba termuda pulak aku 20 tahun!
Hahahahaha.... Bajet muda gittew!

Wednesday, April 19, 2017

PENYEJUK HATI

Budak ni walaupun kuat mengaruk & mengada 
tapi dialah penyejuk hati mama
Bila mama tengah marah2
tetiba je dia boleh tanya
"MAMA SAYANG AMIN TAK????"
Maunya tak cair hati mama yang tengah menggelegak tu

Ni muka manja dia tu
[bajet comel la tu]



Dia ni pun penawar rindu mama pada abah
Mukanya memang banyak ikut muka abah

Kalau abahnya ada mesti dia pun selalu tanya abah dia
ÄBAH SAYANG AMIN TAK???


Tu kalau dia tengah nak pujuk aku le tu
Cuba kalau dia merajuk dengan aku
maka akan keluarlah kata2:

"TAKNAK KAWAN MAMA TU!"

"NAK TUNJUK LIDAH KAT MAMA!"[read:nak jelir lidah]



Tuesday, April 18, 2017

DULU & SEKARANG

Kawan aku forward benda ni kat whatsapp
Saja gatal tangan buat..
Korang ada dapat tak??


Jenuh mencari gambo yang  sesuai okeh!!!
Nak2 pulak tahun 2014 aku tengah peknen
Kena cari gambo selepas beranak gittew!

Gambar 2010 takde pulak dalam PC
So start dengan 2011 la...


Macam takde perubahan apa pun..hew..hew..
Maintain tembam jugak 😅


Monday, April 17, 2017

HANTU BEDAK

Budak ni kalau terbangun awal
tersangat la pantang kalau nampak aku naik atas
Aku tengah  bersiap2 mekap bagai nak gi kerja
dia pun nak mekap juga

Makanya.....bedak aku la yang jadi mangsa.
Bukan takat muka je nak sapu
satu badan dia nak sapu bedak..
dah rope hantu opera cina..

Udah selopong muka dia


Baju seluar pun habis kena bedak
Ni pun aku dah kibas sikit...



Aku kata dia hantu cina
Bukan la mama... ni HANTU CACAMON
Adoi... apa la..nama hantu 😅




Ha ni mak hantu Cacamon
Nak tengok mama dia jadi hantu
tunggu mama dia naik hantu dulu...😈



Friday, April 14, 2017

APRIL- BULAN SAKIT

Lambatnya bulan April ni habis
Baru separuh bulan dah macam2 hal berlaku
Yang banyaknya ujian2 kesakitan.

Last week dapat berita mak collapse kat rumah
Dah le dia duduk sorang2 sekarang ni
Mujur lah dia sempat call jiran untuk datang
Dan jiran tu bawa dia ke hospital
Kesian mak!
Ajak duduk sekali dengan aku dia taknak
Katanya dia sayang nak tinggal kelas mengaji

Lagipun Ipoh & Batang Kali....ermmmm jauh beza kan
apa la yang ada kat Batang Kali tu kan
Semuanya jauh... hospital jauh, shopping mall jauh
Kat Ipoh mak happy sikit  kot... kengkawan ramai
Cuma masalahnya mak tinggal sorang2 je.
Anak2 semua dok jauh2.... 
Lagipun mak2 kita ni cemana pun nak duduk rumah sendiri jugak kan?
Even aku sendiri pun tengah consider nak pindah Ipoh...huhuhuhu

Dalam masa yang sama bapa mertua aku pun sakit juga
Dah lama sakit... melarat2 lepas arwah suami aku meninggal
Memula sakit kaki... bengkak surut.. bengkak surut
Lepas tu ada luka sikit kat kaki
Doktor cek dia takde kencing manis @ darah tinggi
Kata doktor saraf kat kaki dia dah rosak tu luka lambat baik

Orang tua punya degil lagi teruk dari budak2kan
Ajak pegi hospital pun taknak
Dah ala2 Ismet Ulam Raja... taknak gi spital
Kalau cakap spital je kena marah
Pastu bila asyik duduk je...bontot pun dah melecet
Udah asyik mengaduh sakit je bila pedih tempat melecet tu
Dari bontot melarat ke bahagian belakang badan sebab dia baring tu kan
Kesian tau.. tapi tu la... dia sanggup tahan dari pergi hospital

Tah cemana satu hari adik beradik pak mertua aku datang
Memang dah teruk sangat dah pak mertua aku tu masa tu
Tak makan dah 10 hari... minum je... itupun seteguk dua
Last2 deme pujuk gi hospital
Tah pujuk punya pujuk dia akur ke hospital
Tapi ke hospital Taiping... sebab adik dia ada offer nak jaga dia di sana
Lagipun rumah Pakcu [adik FIL aku tu] dekat je dengan hospital.
Akhirnya malam tu panggil ambulans datang ambil kat rumah & bawa ke Hospital Taiping.

Kenapa jauh beno ke Taiping???
Mesti ramai yang dok tanya kan?
Al-kisahnya begini... sebelum ni yang jaga FIL aku cuma mak mertua aku & abang ipar aku
Mak mertua aku pun tak berapa sihat
Lagipun FIL aku ni kesiankan mak mertua aku nanti semua kena buat sorang2
Tu yang dia taknak pegi hospital.. konon2 kalau dia ada di rumah cik besah ada la teman
Lepas tu abang ibar & biras aku kan kerja.. pergi pagi balik malam
So macam tak dapat le nak jaga sepanjang masa kan

So bila Pakcu datang pastu pujuk ke spital
alasannya kalau di Taiping , hospital dekat dengan rumah
Pakcu & Makcu boleh jenguk2kan abah & cik besah
Pakcu pun kerja syif so senang nak ulang alik hospital
Makcu pun surirumah je... anak2 diaorang pun dah besar2.. so takde masalah
Baru la pak mertua aku makan dek pujuk
Kalau admit kat hospital sini, sapa yang nak ulang alik hospital
Kesian kat pak mertua, kesian kat cik besah

Hari pertama di hospital alhamdulillah pak mertua aku ok
Aku tak folo la gi Taiping tu
Tapi cik besah, abang ipar & biras aku ikut la 
So biras aku la yang update kat aku pasal condition pak mertua aku tu

Ni doktor bagi dia ubat tidur
baru la FIL aku dapat tidur.. kalau tak tu memang tak lena tidur sebab sakit kan

Buat masa ni doktor tak bagitau apa2 sakit FIL aku
Kata abang ipar aku, saraf kaki FIL tu memang dah rosak sebelah kaki
Pastu detect maybe buah pinggang dia pun ada problem juga
Harap2 pak mertua aku segera sembuh dari sakitnya...





Thursday, April 13, 2017

BIRTHDAY ABAH LA HARI NI

Minggu lepas birthday hubby
Minggu ni birthday daddy pulak...
[saja nak ritma gitu...hahahaha]

Apapun, persamaannya
dua2 tu orang yang aku sayang
dua2 tu hero dalam hati aku
dua2 tu pun dah takde untuk temani aku kat dunia ni



Kalau abah masih ada, hari ni  adalah birthday abah yang ke-63.
Walaupun abah dah tiada, doa kami yang menyayangi abah akan sentiasa kami kirim sehingga akhir hayat kami.
Semoga abah tenang di sana
AL-FATIHAH.

Wednesday, April 12, 2017

CHARLIE CHAPLIN

Budak ni kalau dapat pen memang habis segala dicontengnya
Tak cukup kertas
kaki dengan tangan dia habis dilukisnya
Macam2 kaler kat badan dia kadang2 tu

Yang ni dia makin kaler magic
sampai tak sedar dah terconteng ke mulut
elok pulak atas mulut dia...hahahaha
Udah rupa CHARLIE CHAPLIN

Abaikan yang belakang tu
Dok gedik konon2 aku nak ambik gambar dia

Yang si Charlie Chaplin tu pulak tengah main remote aircond
Konon2 handphone dia la tu
Kasi main remote yang dah takde bateri je.....

Tuesday, April 11, 2017

E-FILING 2016

Tah apa ke halnya tahun ni borang EA tak dapat lagi sampai sekarang
Selalu tu lepas dapat borang EA memang terus buat e-filing
Selalunya hujung Januari @ awal Februari HR department dah bagi EA form
Tahun ni dah masuk bulan April still tak dapat2 lagi

Bukannya tak tanya
tapi katanya ada kena buat amendment
Apa yang nak kena amend aku pun  tak tahu
Mentang2 bos belum 'berbunyi"so senyap gitu je
Cuba kalau bos bunyi pagi ni
immediately terus semua dapat EA form... haishhh!

Abaikan la bab EA form tu... janji e-filing kita submit sebelum tamat tempoh
Inipun nasib baik teringat... 
Memandangkan  tahun lepas [dan tahun2 sebelumnya]
takde peningkatan gaji waima sekupang
so kita base ajelah dari jumlah pendapatan tahun lepas
cuma status aku je la sudah tukar.... 😔



Alhamdulillah.... line internet semua ok
semuanya berjalan lancar
Telah selamat submit e-filingku...


Monday, April 10, 2017

VIRAL PUNYA PASAL

Punya la viral kan
Kat IG ada, FB ada
semua nak buat
dengan aku2 sekali terjebak
hambekkkk kooo

Hasil kerastangan aku..
Jadi la kan.... 
😃😄😃


** Mood boring sebab member sebelah meja belum masuk kerja. Takde kawan nak borak...

Wednesday, April 5, 2017

BIRTHDAY DIA

Hari ni adalah birthday dia
dia yang telah tiada 
Kalau ikutkan hari ni genaplah umur dia 41 tahun

Dulu kami eksaited nak sambut birthday masing2
Tapi la ni dah takde maknanya
Hadiah birthday dia tahun ni
cumalah doa kudus seorang isteri yang dah jadi balu..😢


** Tak tahu kenapa jadi tacing lebih hari ni..
** 312 hari meninggalkanku... [still gigih mengira ye...]


Tuesday, April 4, 2017

WEEKEND AMIRA

Bebudak dan gajet takleh dipisahkan
Cuma diaorang ni tak le addicted sangat
Main la sampai habis bateri
pastu saja aku lengah2 untuk charge...

Tengah ralit tengok power rangers/boboiboy galaxy le tu...


Gaya ni tak menahan....
siap kelubung dengan selimut di siang hari koooooooo!!!!



Habis bateri time tengahari, malam karang baru aku caj
[keji tak mak deme???]
Dah habis main tepon [diaorang tengok youtube je]
Aku suruh diaorang main benda lain pulak...
Pi la punggah barang mainan yang ada
Pi la menyepah kat ruang tamu
P la main tulis2... main lukis2... main cikgu2

Time petang kasi diaorang kayuh basikal kat laman rumah
Kalau tak hujan belanja la anak2 aiskrim malaysia sorang satu
Pastu kalau bosan, bawa gi ronda2 satu taman naik moto arwah abah

Camtu je la weekend kami
Tak le happening mana pun
Nak jalan jauh2 pepaham je le... semua main 💵$💵$💵$
Tak mampu den...


Monday, April 3, 2017

MATA CEMENG SEBELAH

Di suatu pagi bulan April 2017
Bila Amira bangun tido tengok2 mata dah sepet sebelah
Ni tak lain tak bukan mesti kena gigit semut
Sebabnya malam sebelum tu dia ngan Adib makan keropok kat atas tilam


Kelakar pulak muka si Mira
Dah cemeng sebelah matanya
[eh.. cemeng ke cemey ek????]

Tengok matanya tak merah, berair ataupun gatal
Aku tanya dia sakit ke idak
dia kata tak... sah le kena gigit semut tu!

Musim2 hujan ni memang semut2 berleluasa dalam rumah
Macam2 jenis lak tu
Yang hitam, yang halus, yang busuk [a.k.a semut mayat]
Stress aku nengok2 semut2 tu semua
Ni mesti semut halus dok celah2 karpet..huhuhu
Vakum aku pulak rosak.. adessssss