Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 30, 2017

MAMA! MIRA DAH PANDAI KAYUH

Budak ni sejak dah pandai kayuh basikal
memang eksaited sangat nak mengayuh
siap tak bagi aku simpan basikal dia
Asal lepa je dia nak keluar pintu sebab nak kayuh basikal



Amira ni dah lama dah pandai kayuh basikal
tapi jenis yang gohead gostan
dia tak reti kayuh satu bulatan penuh
sampai setengah dia pusing ke belakang
[paham tak maksud aku... susah nak explain ni]

Tetiba je dua tiga hari lepas dia jerit kat aku
Mama! Mama! Mira dah pandai kayuh basikal
Aku pun suruh la dia tunjuk
tah ye tah tak budak ni...hahahaha
Tapi bila dah kayuh .. haah la...dia dah pandai kayuh full...



Ni kayuhan pagi tadi
Buka je pintu, terus je terpa basikal dia
Dia kata nak kayuh.. so kasi can la sebelum pi rumah pengasuh


Pasni kena belajar kayuh basikal tak pakai roda kecik tu pulak.



Wednesday, March 29, 2017

KECACINGAN!

Kalau dah garu2 bontot
tido pun menonggeng
itu katanya tanda2 ada cacing dalam perut

Tanda2 tu ada pada Amira
Babysitter pun dok kabo juga Amira kadang2 garu bontot
Last aku bagi Amira makan ubat cacing pun masa birthday Jasmin tahun lepas
Hahahaha.. sebabnya si Jasmin dapat ubat cacing so aku mintak untuk Amira sekali
Pastu takde dah le bagi ubat cacing

Sebagai mak yang prihatin [chewah!]
so balik keje terus singgah farmasi pi beli ubat cacing
Dah alang2 beli untuk Amira, beli la sekali untuk satu keluarga
Aku sendiri pun dah lama gile tak makan ubat cacing....hahahahaha
[Jangan ingat orang dewasa takde masalah cacing ye]

Singah farmasi stok ubat cacing pun tinggal ciput2 je
Zentel tinggal satu box je
So beli je la stok yang mana ada... asalkan namanya ubat cacing
Beli yang tablet je senang...
Diaorang tanya aku cakap je nak bagi makan vitamin..😅

Nah ubat cacing sorang satu...


Amira ni suka hisap jari 
tu la kot salah satu punca kecacingan ni
Sapa2 ada tips tak cemana nak bagi anak stop hisap jari ni???


Tuesday, March 28, 2017

MENGHADIRI PROSES SULH DI MAHKAMAH SYARIAH IPOH

Semalam aku cuti sebab nak hadiri proses sulh di mahkamah syariah Ipoh
Bukan melibatkan arwah suami aku
Tapi berkenaan arwah abah aku

Kalau tak sebab2 tertentu, dah tentu takkan jejak kaki kat Mahkamah Syariah ni..


SULH  ni sebenarnya ala2 perbincangan damai la tentang macam2 perkara. Mostly kalau kat mahkamah syariah ni pasal tuntutan harta sepencarian, nafkah, mutaah, hak penjagaan anak - mostly yang berkaitan undang2 kekeluargaan islam la.  Kalau semua sepakat so kira settle la... tapi kalau ada yang berbantah2 tu baru masuk bicara [yang masuk dalam kandang saksi & ada yang arif tu..]. 

So proses sulh ni hanya akan dihadiri pihak yang menuntut [PLAINTIF] , pihak yang dituntut [DEFENDAN] & pegawai sulh je. 
Kiranya dalam kes mak aku ni:

  • PLAINTIF - MAK
  • DEFENDAN - Disebabkan abah dah meninggal so jatuh kepada pewaris harta abah iaitu semua anak2 abah & isteri mudanya.
Plaintif vs Defendants
Semua single  & available gittew  hahahaha.....


Mak dah bagitau semua anak2 kena attend
tarikh pun dah tau siap2.. so kena la kami apply cuti
Mak aku buat permohonan tentang HIBAH & HARTA SEPENCARIAN
So kami yang waris abah ni [termasuk mak tiri & anak2nya] kena la hadir. Tapi sebab anak2 mak tiri aku tu di bawah umur, so tak datang le..

Memandangkan hibah ni takde buat bentuk bertulis
Tu yang mak aku mohon untuk  buat tuntutan hibah
Harta yang nak dihibahkan tu pun hanyalah rumah sebuah yang mak aku duduk sekarang ni
Mak aku buat tuntutan harta sepencarian sekali in case kalau tuntutan hibah tu tak lulus.

Proses sulh ni kejap je sebenarnya kalau semua pihak setuju
Pegawai sulh ni akan tanya sorang2 la setuju atau tidak
Macam kes mak aku ni memang kami jadi saksi pasal hibah tu
dan mak tiri aku pun  akui abah ada cakap pasal rumah kami tu abah nak hibahkan pada mak
So kiranya mak tiri aku ni idak le nak buat apa2 tuntutan atas rumah tu..

Ekceli proses menunggu tu yang lama
Ikutkan surat turn kami pukul 9 pagi tapi pegawai sulh pun datang kul 9.30 pagi.. ate cemana kan..
Pastu ambik attendance bagai...
gedebuk gedebak pukul 10++ juga le baru turn kami

Memandangkan kes hibah tu lulus, so mak aku tak proceed la kes harta sepencarian tu
Udah kena pi jumpa pendaftar untuk tutup file pulak
Rugi je bayar masa nak buat permohonan tu...hahahahaha
Ha... segala makneka sekaraang ni semuanya berbayar weh!!!!
Tapi asalkan semua urusan dapat diselesaikan dengan mudah pun dah cukuo syukur dah
Alhamdulillah.

Kes settle before lunch, so sempat balik rumah  masak lunch dulu
Lepas lunch nak balik Batang Kali dah.

Friday, March 24, 2017

2 BULAN DAH

Hari ni genap 2 bulan abah pergi meninggalkan kami
Semoga roh abah aman tenteram bersama roh2 para solihin

Hari Jumaat ni kadang2 teringat kat abah
sebab abah kadang2 jadi imam masjid
so kadang2 dia la yang bagi khutbah sembahyang jumaat
Suara dia kadang2 dengar la sampai ke rumah mak suara dia melalui speaker kan

Kadang2 rindu nak dengar bacaan al-quran abah
Rasa semangat bila abah imamkan sembahyang jemaah
sebab suara abah ni ada ala2 tegas gitu
dan abah bila jadi imam dia memang ada gaya konfiden gitu


Walaupun abah ni bukan le lelaki/suami & ayah yang sempurna
Tapi abah ni dah buat yang terbaik demi keluarganya
Alhamdulillah, Allah dah pilih lelaki ini sebagai abah kami.
Lelaki ini adalah abah kami dunia & akhirat

Al-Fatihah untuk abah yang kami sayangi.


** Dengar radio pagi tadi katanya suami penyanyi Nora tu pun meninggal dunia pagi tadi. Al-Fatihah untuknya.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Aaminnnn...

Thursday, March 23, 2017

AHLI KELUARGA BARU

Semalam Alhamdulillah adik ipar aku dah selamat bersalin
Awal seminggu dari jangkaan
dan sama pulak birthday dengan Amira
Welcome baby girl...
Nanti boleh sama2 celebrate birthday dengan kakak Mira ye..


Tunggu nanti maklong balik Ipoh
Kita jumpa ye baby....


** Ni cucu mak abah aku yang ke-12..😇

Wednesday, March 22, 2017

BANGKAI TIKUS DEPAN PINTU

Semalam masa on the way nak ambik Adib dari tuisyen
buka je pintu dapur terus ternampak bangkai tikus
Bangkai tikus tu bebetul depan pintu stor luar
Agak besar jugak la dari tikus yang sebelum ni mati dalam rumah aku

Memang semenjak dua menjak ni aku perasan ada taik tikus dalam stor tu
Aku agak mesti ada tikus dok berumahtangga dalam stor aku tu
Tah celah mana dia duduk aku pun tak tahu
Maleh aku nak punggah barang2 dalam stor tu
Tup2 malam tadi ada pulak sekor yang mati
Tah le ada berapa ekor sebenarnya..

Aku tak letak pun racun tikus dalam stor tu
Makanya punca kematian tikus tu idak le dapat dipastikan
Ini le mangsa kejadian...


Pastu satu keje la pulak nak buang bangkai tu
Takkan nak bior berulat depan pintu stor tu pulak kan
Last2 aku ambik suratkhabar, pastu tolakkan je bangkai tikus tu dengan payung
aku is geli noks!!!
Nasib la adib ni berani sikit..
Lepas bangkai tu ada atas suratkhabar, dia la yang bungkus suratkhabar tu
pastu masukkan dalam plastik & buang kat dalam tong sampah besar kat luar..


** Aku rasa tu cencorot kot... bukannya tikus 😅


AMIRA DAH 4 TAHUN!!!

Hari ni birthday Amira yang ke-4
Cepat beno masa berlalu ye
Anak2 pun makin membesar



Budak ting-ting ni makin bulat
Makin berat lak tu
Jenuh mama nak dukung dia time dia mengada nak mintak dukung
Lebih 2 kampit beras 5kg tau...hahahaha

Apapun, Mama tetap mendoakan anak2 mama
membesar menjadi anak yang solehah
Anak yang berjaya, bahagia & cemerlang 
di dunia & akhirat.

❤💖💞💕

Thursday, March 16, 2017

BELAJAR SENDIRI RENEW ROADTAX & INSURANS KERETA

Baru perasan semalam yang road tax kereta yang aku pakai ni dah nak expired bulan depan
Menggelabah jugak le memikiorkan cemana nak buat
Udah le owner kereta pun dah meninggal kan
Kereta pun takleh tukar hakmilik lagi sebab surat kuasa belum keluar
Ate... riso le cemana teman nak gi keroje nanti...
[riso tak memasal kan???]

Kalau malu bertanya sesat jalan kan??
Betul la pepatah melayu tu
so tanya la kengkawn & adik beradik cemana nak buat
Nasib la katanya boleh renew roadtax tu
Selama ni arwah suami aku yang buat semuanya
Tau2 dia dah tuko dah roadtax kat kereta
La ni, semuanya kene buat & belajo sendiri ...huhuhu

Maybe la kome yang lain dah expert dari aku
Aku je baru nak belajo kan
Tapi memandangkan semua di hujung jari
& kerje aku banyaknya depan komputer... maka mudah le sikit
Hasil dari tunjuk ajar adik aku sendiri
Alhamdulillah deme sudi membantu di kala kakak deme dalam kebengongan..
syukur...syukur...

Memula renew insurans dulu
Buat je kat website MOTORTAKAFUL.COM
Aku ni apa jadah dalam insurance tu NCD semua tu mana la aku reti
Tapi adik aku kata isi je apa dia nak...hahahah
folo je quotation tu...
Nasib la bila key in je no kereta, semua details dah keluar
Tak payah susah2 aku nak tengok details kat geran
[dah le geran kereta kat rumah pulak]

Isi itu, isi ini, terus submit
Dia dah kira siap2... kalau agree pastu confirm, pastu terus bayar..
Lagi senang isi borang ni dari isi borang e-filing...hahahahaha
Bila dah bayar, keluar la skrin cenggini... SETTLE bab insurans.


Lepas settle insurans baru boleh renew roadtax
Adik aku kata guna je MYEG services
Nasib la aku dah ada akaun MYEG [sebab dulu bayo saman DBKL]
Klik je kat JPJ & pilih untuk renew roadtax [cukai jalan]

Isi la segala makneka yang ada kat situ
Pastu confirm & buat bayaran
Aku pilih yang buat delivery kat opis

Lepas bayor, boleh la print resit untuk simpanan...

So lepas ni tunggu je la abang MYEG datang hantar roadtax kat opis
SIAP!!!!!


Yang bestnya, servis diaorang ni sangat cepat tau
Aku baru renew pagi tadi
Petang dalam lepas lunch hour road tax dah sampai kat opis...

Nampak tu, saja tarikh & waktu tu aku tak padam...



Tu dia... dah siap dah road tax aku
Syukur dipermudahkan semuanya hari ini...






CAWAN REBUTAN

Kalau bab berebut mestilah si Jasmin & Amira je
Abang & kakaknya tak kisah pun
Salah satu benda yang berebut ni ha la...
Mug arwah abah diaorang..



Kalau nak minum air mesti nak dalam cawan abah
Cawan tu cawan plastik je
Abahnya beli masa kat Jepun dulu
Tapi tu la bendanya ada satu je
tu sebab berebut...

Si Amira pulak berkenan sangat2 cawan tu sebab cawan tu warna BIRU
Feveret kaler dia tu
Si Jasmin pulak sebab Amira minum dalam tu, dia pun nak le jugak
Mana la tak berebut kan...
Atenya.. mama la kena jadi referee...
Amira minum sikit, pastu bagi Jasmin pulak minum
gilir2 gitu
Nasib la Jasmin tu boleh beralah sikit...

** Abahnya beli satu je... Mana la nak tahu akan jadi rebutan. Lagipun mana la nak tahu nak ada Jasmin pulak lepas tu...😅😅

Wednesday, March 15, 2017

NAK PERGI RUMAH ABAH

Amira & Jasmin kalau aku cuti mesti tanya 
Mama pergi rumah abah tak hari ni?
Diaorang rindu kat abah diaorang le tu
Selalunya kalau aku free & cuaca pun elok [tak hujan @ tak panas]
aku akan bawa diaorang singgah pusara arwah.

Hari Jumaat lepas, kebetulan aku nak singgah kedai sebab nak beli hanger
Misteri sungguh kat rumah aku ni  hanger makin sikit
aku pun pelik [hahahahahah]
Disamping nak gi beli kuih keria sekali sebenarnya😅

Aku beli hanger tu kat kedai serbaneka je... so beraneka la mende yang deme nak beli kannnn
Tah cemana deme nampak kaler magic
[sebab diaorang nampak Adib ada guna kaler magic masa buat keje sekolah]
Makanya diaorang suruh la aku belikan kaler magic
kalau beli tu, mana boleh beli satu, kena la beli sorang satu

Adib & Aleeya sekolah masa tu
Tu sebab diaorang takde
So lepas singgah kedai & gerai kuih
Aku tengok cuaca pun redup je
so aku ajak la diaorang singgah kubur...
Si Amira la eksaited
"Nanti Mira nak cakap kat abah mama beli kaler magic untuk Mira"
Amboiiii... nak mereport je keje dia..

Siap bawa kaler magic tu sebab nak tunjuk kat abah dia..

Pastu dia dok celoteh la tah apa2 mende 
Adoi... budak ni...
Yang Jasmin takat main cabut bunga, kutip batu, korek tanah je la
Sambil tu dok ha-ah ha-ah la kata2 Amira tu

Masa kat kubur tu memang kami je yang ada
So takde la segan sangat nak tangkap gambo bebudak ni
Aku cabut la rumput2 halus yang ada kat kubur arwah tu
Pastu aku suruh sama2 baca Al-Fatihah & doa kat abahnya

Satu masalah aku bila ke kubur ni aku takleh nak "bercakap" dengan suami aku
Aku tak reti nak cakap keluar suara tu
Konon2 aku nak berbicara dengan dia la kan
Nak2 pulak bila anak2 ada... rasa kekok pulak kalau deme dengar...hahahaha
Sumpah tak reti... so aku takat bercakap dalam hati je la...
Lagi satu kalau bersuara tu mesti aku rasa sebak & nak menangis
So diam2 dalam hati je la....



Sebelum balik mesti kiss abah dulu




Selagi ada rezeki sihat & kelapangan
Insya-Allah akan bawa anak2 datang sini...

BUKAN KERIA ANTARABANGSA

Halllloooooo...
Ha.. lama dok terperam blog ni
Maklum le tuan blog bercuti
Banyak urusan le katakan,...
Orang banyak majikan memang le gittew!!!

Sebenonya hari Khamis pi Pejabat Tanah
ada bicara kuasa pasal harta pusaka arwah suami
[nanti ai cerita no...]
Pastu Jumaat sampai Isnin babysitter takde... dia balik kampung
Ate.... takde la sapa nak jagakan si Amira & Jasmin
Terpaksa la teman ambik cuti...

Masa lepas balik dari Pejabat Tanah hari Khamis tu
Singgah le beli kuih kat Batang kali
Time tu dah kul 2 petang dah... saja la singgah gerai tu
Sebab nampak kuih dia tengah banyak lagi & panas2
Pastu nampak sedulang besor kuih keria sira gula merah ni
Menggoda sungguh iman aku
Sebab takut tak sedap.. beli la 6 ketui
Kat situ dia jual seketul 5 kupang je.

Sampai rumah, Cik Besah dah makan 3 ketul
Tinggal le lagi 3 ketul [nasib la bebudak dah pegi sekolah]
Disebabkan sedap beno, 3 hari2 berturut2 aku dok mengulang beli kuih ni
Sekali beli mesti 10 ketul ke atas... anak2 aku pun suka juga makan

Pasni tak payah kempunan2 nak makan yang kat Melaka tu
Kat Batang Kali pun dah ada
So far lulus la tahap kesedapannya di tekak aku ni..



*** Gerai kuih akak ni betul2 sebelah kedai KG Trading 


Tuesday, March 14, 2017

ANNIVERSARY KE-13

14.03.2017

Kalau suami aku masih hidup
Kami akan celebrate anniversary perkahwinan kami yang ke 13 hari ini
Tapi dah tertulis takdir kami hanya setakat 12 tahun sahaja. 
Kiranya sempat sambut anniversary  takat 12 kali je...
Alhamdulillah di atas kesempatan yang Allah berikan
Ada orang belum lagi pernah merasa ulangtahun perkahwinan pun ye dak???

Pagi2 hari dah syahdu aku ni
Pepagi dah menatap gambar kahwin aku dolu2
dok letak atas meja mekap kat bilik aku
Macam orang bodoh lak aku dok wish happy anniversary kat gambar tu
Tapi nak buat cemana... itu je yang aku ada...


SELAMAT HARI KITA, ABANG
Walaupun Abang dah takde, tapi KITA masih ada
sebab abang masih ada dalam hati ini..😚





Monday, March 6, 2017

INILAH POMADE YANG DIGILAI PARA HIPSTER 😝

Tak pakai POMADE tak hipster la katanya
Bukan aku yang kata
Tapi bebudak sekarang la kata camtu
Adib pun sama la ... terjebak dengan POMADE

First time POMADE masuk ke rumah aku
arwah suami yang beli
Ada gambar ala Wak Doyok kat bekas POMADE tu
Arwah ni dulu pun bukannya terjebak sangat pun
tapi dia memang suka support bisnes kawan2
Kalau ada kawan yang menjual, ada la dia membeli

Masa awal2 dulu POMADE ni memang mahal
Setin tu dalam RM40++ harganya
Katanya itu yang ori la
[aku tak tahu pun mana ori mana idak..huhuhuhu]

Tapi la ni dah macam2 jenis POMADE yang dijual
Dalam RM10 ke atas dah  boleh dapat dah
Pasar malam pun dah berlambak jual

POMADE ni ala2 gel rambut la
Tapi dalam bekas tin
Pakai POMADE ni pun ala2 pakai minyak rambut biasa tu je
Takde la istimewa mana pun
Cuma ada bau2an je la - Vanilla, Strawberry, Apple
Bau syampu Pantene pun ada kooooooo

Ini la POMADE si Adib
Beli 2 tin sekali... bau APPLE & STRAWBERRY
Ni pun dia kirim kat kawan dia tolong belikan
RM15 kot setin tu...

Tapi ok gak le pakai POMADE ni
sebab bila cium kepala anak, bau wangi je.. bau POMADE
Idak le bau hapak ke kepam ke hangit ke
Dan idak juga la bau Brylcreem mahupun Code 10 
[itu bau atok2 je]


Anak2 membesar zaman HIPSTER ni
Macam2 benda HISPTER la deme terjebak kan
Jangan terjebak dengan benda2 yang elok dah le 😅




Wednesday, March 1, 2017

MARCH 2017

Hari makin menganjak lalu
Semakin jauh kau tinggalkan aku

Dah masuk bulan Mac dah kita ye
Kami sepatutnya sambut anniversary kami yang ke-13 bulan ni
Birthday Amira pun bulan ni juga 😮



Its been 277 days already...😢

BERAKHIR PENANTIANKU

Sebulan....dua bulan...tiga bulan...
Akhirnya lepas genap 9 bulan arwah suami aku meninggal
Tiba juga yang ditunggu2...
Surat dari Pejabat Pusaka

Pergh... lama gila aku menunggu
Aku dah submit awal dah
tapi prosesnya punya la lama kan
Tah berapa kali aku telefon Pejabat Pusaka tu dok tanya pasal ni
Penantian tu kan satu penyeksaan

Kalau nak tahu Pejabat Pusaka Kecil ni terletak di Pejabat Tanah & Galian. So kalau nak buat tuntutan harta pusaka terus je pegi Pejabat Tanah berhampiran.
Ni bagi harta yang kurang dari 2 juta & ada tanah/rumah. Kalau nak buat kat Amanah Raya pun boleh.




Untuk pengetahuan korang aku buat tuntutan Harta Pusaka ni kat Pejabat Tanah Kuala Kubu Bahru. So jadi under tadbiran Pejabat Pusaka Kecil Gombak
Pejabat tanah KKB ni tolong kutip borang je tapi segala urusan dibuat di Pejabat Tanah Gombak.

Sesetengah Pejabat Tanah daerah/negeri lain maybe prosesnya lebih cepat... ikut nasib la
Ni disebabkan rumah kami ni semata2 kat kawasan hulu selangor
Tu yang pegi buat kat Pejabat Tanah Kuala Kubu
Dan katanya kalau yang daerah gombak ni memang lembab sebab banyak sangat file nak kena proses katanya... 
ye la... hari2 ada orang mati kan..


Alhamdulillah balik keje semalam
surat yang ditunggu2 ada dalam peti surat
syukur sangat2....


** Nama Cik Besah tu memang Besah tau... bukan nama timangan...😊


Semoga dipermudahkan urusan kami nanti..
Debar2 pulak nak pergi bicara kuasa...hahahaha