Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 29, 2016

KUPU-KUPU PUTIH

Malam semalam tetiba ada kupu2 putih masuk rumah
Orang cakap kalau kupu2 masuk rumah
maksudnya ada orang nak datang
[tapi sampai malam tadi takde sapa pun yang datang..nampak beno menipunya..hahaha]

Pastu pagi tadi masa nak gi keje & buka mangga gate
nampak banyak putih2 kat porch kereta
Aku ingatkan bebudak main kertas pastu tabur kat porch aku

Pastu masa aku nak start kereta
Baru la perasan yang putih2 tu semua sebenarnya kupu2 yang dah mati

Selama aku duduk Batang Kali ni le first time kejadian camni
Pelik pulak.. selalunya kelkatu yang banyak
Kali ni rama2 putih pulak

Ni close up rama2 putih tu
Nasib la kat luar rumah je
Kat dalam rumah pulak ada la tersesat sekor dua

Tak perasan pulak rama2 ni ada ke idak kat rumah orang lain
Kat rumah aku je dia bersepah... 
Rumah korang pernah tak didatangi kupu2 putih yang banyak camni?




Thursday, August 25, 2016

KUAJAQQQQ!!

Pagi tadi masa nak gi keje 
baru perasan ada taik kucing kat sebelah sliding rumah aku
betul2 kat porch aku parking kereta
Kuang ajo punya kucing!!!!
Tak pernah2 berak kat lantai rumah, tup2 ada pulak yang berak kat situ
Bengang je aku... udah bau taik kucing kat situ


Pastu masa kau nak ambik paip nak cuci tai kucing tu
[Udah cun2 nak gi keje, kena basuh taik kucing lak.. pftttfp!!!]
Aku perasan kat depan kereta ada basah2
Macam bekas kena kencing kucing je....
Ni mesti kucing yang sama punya keje tau
Aku perasan ada sekor kucing hitam suka kuar masuk kawasan rumah aku.


Kucing ni memang le tau..
menguji kesabaran aku ni...huhuhuhuhu
Penat aku simbah air kat kereta & lantai tadi
Kalau petang ni aku balik ada pulak yang baru, memang aku nak tangkap kucing tu
pastu nak buang jauh2...

Wednesday, August 24, 2016

TANDA CINTA KAMI

Makin hari makin lemau mood aku nak blogging
Apakah tanda2 penuaan??
Atau tanda2 nak pencen blogging???

Adoi tak le... mood asyik melayang2 je
kejap rajin kejap malas..
Nak2 pulak dah tinggal sorang kat dalam bilik aku ni
Member sebelah udah cuti bersalin [walopun masa aku tulis ni dia belum bersalin lagi lagi kat spital tu..good luck ye!]

Aku rajin update kat IG je sekarang
sebabnya tak payah susah2 nak mengarang pepanjang
tepek je gambo, letak caption bongok2 pun dah okey kan
[maaf la IG aku private, so aku selektif sikit approve follower]


Ni pun aku ambik modal dari IG je buat entry blog
Ini la tanda cinta kami
Nampak tak???



Kalau tak nampak meh nak tunjuk amenda yang kami tulis kat simen tu

Tanda ni aku yang tulis
Arwah suami aku bukannya jenis tulis2 romantik2 bagai camni
Tulis pun masa kami buat titi simen kat  tepi rumah aku tu
Kalau tengok gambar real korang sure tak caya apa dah jadi dengan tempat tulisan ni



Udah jadi tempat letak tong sampah...hahaha
Lama2 pudar le tulisan tu.....
Sebelum hilang simpan kat IG & blog dulu..
aci kan???








Monday, August 22, 2016

DRESSING ORANG POMPUAN

Agak2 ada yang sentap tak?


Tapi memang ye pun kan
Kat rumah biar tak bergaya janji selesa
hahahahaha...
Ate nak buat kerja rumah kan...
Tu belum masuk nak basuh pinggan, berak kencing anak lagi

Yang ada suami, jangan le selekeh beno
Asal sedap mata suami memandang udah le
Yang takde suami.... sukahati la ko nak pakai cemana pun 
asal orang tak nampak macam hantu kak limah @ mak lampir udah le...


Thursday, August 18, 2016

RAMBUT ADA LINE

Ni pengaruh kengkawan le ni
Mesti Adib ada nampak kengkawan dia buat rambut camtu
tu yang dia request nak potong rambut ada line

Pesen tak mengarut2 ok la boleh dipertimbangkan
Lagipun rambut pesen2 sangat bukannya dibenarkan kat sekolah kan



Ni la rambut baru si Adib
Cewah.. eksyen dengan rambut line dia..hehehehe



Rambut tak payah sikat kata dia..




Perasan macho la tu...huahuahua...







Wednesday, August 17, 2016

AKU, MEREKA & SHAH RUKH KHAN

Sabtu hari tu Adib ajak aku gi gunting rambut dia
Katanya rambut dia dah panjang
pastu nak buat rambut ada line
amboi... pesyen sangat la anak jantan aku tu

So mama yang menggalas tugas abah
kena juga la bawa dia ke kedai gunting
Siap tanya dia nak pegi kedai yang mana?
dia kata nak gi kedai Shah Rukh Khan
Ok.. Shah Rukh Khan punya pasal mama folo jerrrr
[dasar sangat tau!]

Bedaah sangat Shah Rukh Khan bukak kedai kat rumah aku kan..
Tapi kedai gunting india kat rumah aku tu
dia letak signboard gambar Shah Rukh Khan kat kedai dia
Tu yang panggil kedai Shah Rukh Khan

Masuk2 kedai tu dia... besar punya muka Shah Rukh Khan dalam tu
Adib tengah gunting rambut
Kami dok tangkap gambo
Mamanya je yang behave sebab malu kat abam2 keling tu
Wakakakaka... suruh la anak2 je yang posing
Jasmin & Mira pulak, masuk2 kedai terus cakap
"MAMA!!! JANAM..JANAM... "<----sambil tunjuk gambo SRK tu

Tengok budak ni 
jari tu asyik duduk dalam mulut je
Camne nak buat dia tak hisap jari dah ek???


Tang mana la hensemnya si janam2 ni ek
[mungkin tu kot yang Amira cakap..]


Gaya posing kepala senget tu yang tak menahan tu..





Tuesday, August 16, 2016

KWSP PATUH SYARIAH

Antara isu hangat di Malaysia sejak dari minggu lepas
Bila KWSP dah buka pendaftaran untuk skim patuh syariah
Ye lah, sebelum ni belum 100% patuh syariah
Sebab KWSP ada melabur dalam pelaburan yang syubhah & tak patuh syariah
Tapi apa daya kita kan... kita sebagai pekerja WAJIB pulak tu mencarum dalam KWSP
Kita takde kuasa nak menentukan ke mana duit kita perlu dilaburkan
Tau2 dah dapat dividen tetiap tahun
[Bab dividen ni lah yang ada isu untuk dibuat pembersihan atau tidak tu]

Oleh kerana kita sebagai Muslim dituntut untuk mencari yang halal
dah pilihan itu sudah ada di depan mata kita
Jadi kita WAJIB mengambil peluang tu
Alhamdulillah dana yang diperuntukkan pun agak besar
Jadi peluang untuk mendaftar terbuka luas la
Tapi kena cepat juga sebab kuota tu akan penuh bila2 masa
sebab katanya pelaburan patuh syariah ni dapat sambutan hangat

Apa kelebihannya bertukar ke skim patuh syariah ni???
Salah satunya ialah kita selangkah lagi untuk mencapai redha Allah
Betul tak???
Ekceli aku pun tak pandai bab2 pelaburan ni
Bab2 nak melabur mana untung mana rugi, memang bukan kepakaran aku
Tapi sebagai orang Islam, kita akan lebih tenang bila duit kita dilaburkan ke tempat2 yang lebih baik
Lebih keberkatan gittew kan???

-sumber google je-

Buat yang belum tahu, minggu lepas tu hanya pendaftaran je
Tapi pelaburan tu hanya akan berkuatkuasa tahun 2017.
So dividen kita tahun ni masih berasaskan skim yang lama ye...

Kalau pegi awal2 minggu lepas
memang kena berbaris panjang le kome
Tapi aku pegi hujung minggu lepas, dah tak ramai orang
Alhamdulillah, kuota masih belum penuh
Kalaupun korang terlepas kuota kali ni, boleh je daftar dulu 
tapi untuk kuota yang akan datang le... 
[sila betulkan kalau salah pemahaman aku ni]

Ekceli urusan di kaunter untuk convert ke skim patuh syariah ni kejap sangat
Tak sampai 5 minit pun
Tak payah nak isi2 borang bagai... just datang bawa IC je
Nanti dia akan suruh kita scan cap jari & kita kena cap jari kat borang akad
Konon2 persetujuan la...
Pastu siappppp.. 

Alhamdulillah.. dah settle...

Tak lama pastu, KWSP akan hantar SMS kat korang
[so sila la update maklumat peribadi korang ye]
KWSP ni bagusnya apa2 transaksi yang kita buat
Diaorang akan sms kita tau
Even kita buat penama ke, buat pengeluaran KWSP ke, even dah bank-in duit arwah suami aku pun diaorang send sms. Untuk makluman gitu. Memang efisyen la KWSP ni!


Ada lagi ke yang belum convert skim patuh syariah ni?? 
Silalah ke pejabat KWSP yang berhampiran.
Semoga Allah permudahkan urusan2 korang semua.




JASMIN TURNS 2

Alhamdulillah... 12 Ogos lepas Jasmin genap 2 tahun umurnya
Kejap je rasanya
Rasa baru je lagi aku mengandung & lahirkan dia
[Rasa baru je lagi abahnya azan & iqamatkan dia]



Birthday pertama dalam keluarga aku
selepas pemergian suamiku yang tercinta
Sedih gak masa nak celebrate birthday dia
sebab tak dapat bersama orang yang paling penting dalam hidup kami.

Ok lupakan bab sedih2 ni..
Aku ok je... [tapi ada masa2nya akan tetiba rasa sedih]
Ekceli birthday Jasmin jatuh hari Jumaat
Tapi kami celebrate hari Sabtu
Sambutan pun ala kadar je le...
Just takat potong2 kek je...hahahaha
Selalunya yang bersemangat nak sambut birthday anak2 ni ialah arwah suami aku
Tapi dia dah takde, tu yang aura pun takde...




Asalnya tak plan pun nak beli kek
Tapi udah Aleeya kata tak namanya birthday kalau takde kek
Ate... belikan le juga.. buat syarat...
Malam tu kami buat la acara potong2 kek
Dimulakan dengan doa oleh pak mertua aku
Tapi doanya tu touching la pulak bila sentuh bab2 arwah abah Jasmin
Hai.. takpe la... kita aminkan je la doa2 tu semua

Ni le kek birthday Jasmin
Jasmin yang tunjuk nak kek ni
[Sebenarnya dia nak yang pink2 atas kek tu je...]


Ni kek pandan layer
Memang ko paham kesukaan mak ko Jasmin..
Bosan pulak asyik makan kek coklat je..
Kek ni murah pun murah, sedap pun sedap
Aku dah request pada arwah suami nak kek ni masa birthday aku tahun ni
[request masa dia hidup lagi la]
Nampaknya takde la aku dapat kek dah dari dia
Kena beli sendiri lorrrr..

I MISS YOU, ABANG!!!!

Wednesday, August 10, 2016

2 BERADIK

Ragam budak2 sekarang
Asal balik rumah je nak tengok u-yub
Sampai si Jasmin pun dah reti nak tengok u-yub
[u-yub : youtube]


Tablet dah rosak [takleh caj]
Hanfon Adib & Aleeya [deme tak rajin caj]
Alih2 telefon mama le yang jadi mangsa
[patut la cepat je habis bateri tepon tu..huhuhuhu]

Selalu tu nak sorang satu
Tapi kali ni sharing gittew...
Nampak ala bff sangat
Hakikatnya..... asyik bergaduh memanjang..


Muka terkejut mama snap gambar pakai flash..



Sambung balik tengok u-yub


**Bila henfon aku kena hijack, kena la guna henfon arwah abahnya...

Monday, August 8, 2016

MAIN BOLA BERSAMA ATOK

Abah dah takde untuk bermanja
Dia bermanja je la dengan atok..
Itupun memula jual mahal
Pastu dah lama sikit baru la sikit2 nak kat orang..

Nasib la pagi Sabtu tu harinya redup
Boleh la main kat luar
Kebetulan pulak minggu sebelum tu dah potong rumput
idak le laman tu berserabut dengan lalang.


Kebetulan Abah aku datang hari Jumaat tu
Pepagi memang Atok ambik angin kat laman rumah
Apa lagi Atok pun layan la cucu..


Lepas main sepak2
Main baling2 pulak...
Suka la tu ada orang layan dia main
Amira masa ni masih ketiduran...



Ni je le aktiviti hujung minggu aku...
Pas dia bosan main bola
Aku ajak dia ronda2 naik motor pulak
Habis hati le dapat naik motor tu..
Hai.. anak...anak..


Friday, August 5, 2016

MENGHITUNG HARI

Selalunya orang menghitung hari sebab nak tunggu sesuatu yang istimewa
Countdown waktu untuk bernikah, waktu nak tunggu kelahiran baby
tunggu birthday, tunggu anniversary..tunggu suami balik outstation la... macam2 la kan
Aku pulak terbalik... menghitung hari2 lepas pemergian arwah

Bukan takat aku je, bapak mertua aku pun macam tu juga
Hari2 la dia dok cakap hari ni dah hari keberapa
Sampaikan mak mertua aku naik runsing
Pastu Cik Besah kata tak payah la nak kira2 hari ni
Bukannya hari tu makin dekat, tapi makin jauh
Yelah... bukannya countdown kan.. tapi count up [hehehe]
Ekceli apa opposite untuk coundown ha???
[kurang henglish edukesyen kekdahnya]


Aku ni bukan le dok sebut hari2 udah masuk hari ke berapa
Cuma aku catat je kat kalender
Nampak tak hari ni dah hari keberapa?
Dah hari ke-69 rupanya..hehehe

Well, idak le membanggakan dengan kiraan hari tu
Takde apa pun yang aku nak tunggu
Cuma aku nak tahu dah berapa lama dia pergi
Dah dah berapa lama aku bertahan dengan keadaan ni
Berapa lama dah aku bertabah dengan dugaan ini
[dan berapa lama lagi aku nak kena berpantang ni...huhuhuhu]

Tah sampai bila aku akan mencatat bilangan hari ni
aku pun tak tahu...
buat masa ni aku dah tulis bilangan hari sampai hujung tahun...hahahaha.. gigih koooo
31/12/2016 nanti hari ke 217 dia pergi..hahaha


Yang pergi tetap pergi & takkan kembali
Kita yang hidup kena la teruskan kehidupan
[Hahahaha.. cakap memang senang korang oiii....]
Disamping tu kena juga beringat yang waktu kita pun bakal menyusul tak lama lagi
Esok mungkin ada, tapi tak tahu esok untuk siapa kan..


*** Doakan aku ye kawan2.



Wednesday, August 3, 2016

SEMAK!!!

Hari ni sudah 67 hari arwah suami aku berhijrah
67 hari menjadi balu
Makin get used dengan keadaan sekarang
Walaupun ada masa2nya teringat2 juga kat arwah
Mana boleh lupa kan... dah lama dia sebati dengan diri aku ni.

Aku masih struggle untuk selesaikan segala hal2 berkaitan dengan arwah
Segala harta pusaka [macam le banyak sangat], segala hutang/loan, insurans
masih belum selesai... kadang2 aku naik rimas
Stress tau tak??? Dah le kena mengadap sorang2. 
Memang kadang2 rasa give up & fed up nak buat semua2 ni.
Kadang2 sampai aku menangis dalam kereta fikirkan benda2 ni
Hanya mintak Allah permudahkan & bagi aku ketabahan & kesabaran.

Minggu lepas, aku call pejabat pusaka Gombak
[just nak mintak no fail arwah suami aku]
Tup2 budak tu boleh kata tak masuk sistem lagi
Walhal aku dah submit bulan 6 haritu.
Tah berapa lama diaorang peram borang aku tu
Bengang gile aku.... sebabnya belum start proses lagi
Alasan dia bagi sebab cuti raya.... hoiiiii bulan raya pun dah nak habis la!

Pastu pulak bab loan arwah ni. Yang RHB bank ni pulak asyik dok menghantar la sms tuntut payment bagai. Siap ada orang bank call nak cakap dengan arwah sebab ada tak buat payment. Walhal aku dah inform pada diaorang yang suami aku dah meninggal. 2 hari lepas arwah meninggal, aku dah inform bank. Tapi, lepas 2 bulan masih juga nak mintak bayaran.. Hangen je aku.. Arwah ni bayar loan melalui autodebit dari akaun dia. Tapi udah dia meninggal, memang gaji dia tak masuk dalam akaun dah la. Ate tak cukup la nak tolak amaun loan tu.

Aku dah call RHB dia kata sms tu automatik. Katanya diaorang dah noted dah pasal arwah. Tapi kenapa still ada orang bank call cari arwah ni kan??? Pastu aku terus call insurans yang cover loan husband aku tu. Katanya bank dah hantar claim kat insurans. Tapi ada borang yang aku kena isi. Katanya dah pos bulan lepas, tapi haram aku dapat pun. Pastu diaorang send lagi sekali. Bila aku tengok borang tu, mak aiii banyaknya cekadak...aku kena pi jumpa doctor yang last rawat hasben aku la, kena pi jumpa majikan arwah ni la.. adoiiiii.. pening tau.. Nak ke hulu hilir selesaikan hal2 ni.


Hari Jumaat aku dah bagi borang2 tu pada klinik & pada HR dept pejabat arwah ni. Semalam aku ingatkan dah siap le..aku singgah le klinik tu semalam,  rupanya doktor tu kata tak siap lagi.. Bizi katanya.. perlukan 2-3 hari lagi. Yang opis arwah ni pun takde feedback lagi.. adoiiiii.. tah berapa kurun aku nak kena tunggu diaorang siapkan.

Pastu semalam, ada pegawai polis suruh gi balai untuk ambik statement aku. Udah le suruh pegi malam. Nak tak nak terpaksa la aku mintak tolong babysitter jagakan Jasmin & Amira. Kiranya aku ambil diaorang lewat sikit la. Yang geramnya, awal2 dulu taknak pulak ambik statement aku. Ni mayat laki aku pun dah mereput dalam tanah tu, baru sibuk2 nak ambik statement aku. Bengang betul. Tapi pegi la jugak aku menjejak kaki ke Balai Polis Batang Kali nun.. Nasib le dekat..

Pastu mak aku pulak call, kata nak datang rumah aku hujung minggu ni. Bukannya datang nak melawat anak cucu ke apa, tapi datang sebab nak ajak aku pegi rumah pakcik aku kat Damansara Damai. Atok aku pun ikut sekali sebab ada hal depa nak settlekan. Dia kata nak pegi sendiri dia tak tahu jalan2 kat KL nun. 

Yang bengang tu, mak aku bukannya tak tahu aku ni dalam edah. Mana boleh nak ke mana2 tanpa keperluan. Kiranya matter ni pun bukan le keperluan aku. Oooo sebabnya nak settle hal diaorang, sanggup la suruh aku ingkar perintah Allah. Tu la dianya.. masalah orang aku kena fikir, masalah & keadaan aku sapa pun tak peduli. 

Dah tu pulak time2 aku tak sedia nak terima tetamu, time tu la deme nak datang. Ada masa aku nak rileks2 je kat rumah. Nak duduk sendiri2 tanpa gangguan. Ni bila orang datang, aku kena fikir nak masak la, nak jamu apa la.. letih la!!!! Tau je la dengan orang2 tua ni, itu tak makan, ini tak boleh makan.. Aku tak bagi makan kang baru tau!

Pastu jiran2 kepochi lak.. sibuk beno la nak tanya planning aku lepas arwah meninggal. Aku stay kat Batang Kali ke atau nak pindah balik kampung ke? Yang lagi best, bukan tanya aku sendiri tapi tanya Cik Besah la, biras aku la... tah apa2 la deme ni. Aduhai... mana lagi la aku nak pegi.. di Batang Kali la segalanya... situ la anak2 aku sekolah, situ la rumah susah senang aku, situ la kubur arwah.. bak kata aku dah selesa kat situ. Malas dah aku nak start over kat tempat lain pulak.

Yang lagi best mulut2 yang takde insurans ni siap tanya aku nanti kahwin lain ke idak?? Eeeeeeee..... bengang je aku.. Ingat aku ni pompuan jenis apa ek??? Kubur arwah pun merah lagi tau.. sibuk tanya aku nak cari pengganti ke idak..Takde nak menjaga sensitiviti aku langsung. Again... tak pulak berani tanya direct dengan aku.. semua main tanya Cik Besah @ biras aku je.. Ingat diaorang tu jurucakap aku ke????

Aku tak berani cakap aku takkan kahwin lagi ke idak sebabnya itu semua rahsia Allah. Kang aku kata taknak kahwin, Allah twist hati aku nak kahwin pulak. Aku berserah je la pada Allah. At the same time aku sedar diri aku ni.. Janda anak 4 tau.. Bukannya anak sorang dua & bergetah cam Che Ta tu. Lagipun anak2 aku ni ramai perempuan, so kena lebih hati2 la ye dak???  Lagipun daripada korang yang sibuk2 nak tau bab kahwin nikah ke idak aku ni, baik la korang tanya aku ok ke idak??? Nafkah anak2 aku cukup ke idak??? Aku perlukan bantuan apa2 ke tak kan???

Bila dah jadi camni kan, buat aku sedar satu perkara : ko tak boleh depend pada orang sebab orang memang takkan pedulikan ko lagi. Tak payah harap orang. Orang keliling memang takkan faham keadaan ko. Takkan faham sengsara & perasaan ko.  So buat le sendiri. Baik keluarga sendiri mahupun keluarga arwah.. So susah senang sendiri tanggung. Sebabnya orang lain pun ada masalah diaorang sendiri & kepentingan diaorang tersendiri. Orang hanya concern & kesiankan ko pada seminggu pertama tu je la.. pastu takdenya la nak ambik tau pasal ko lagi.. [tak semua la camtu kan... tapi majoritinya begitu]






Monday, August 1, 2016

WIKO LENNY 3 UNTUK ADIB

Adib ni dah mengaruk nak telefon baru sebelum arwah abahnya meninggal lagi
Lagipun memang arwah ada bercakap dengan dia 
abahnya nak belikan telefon baru untuk Adib, Aleeya & Mama
[ada hajat juga arwah nak belikan henfon baru untuk aku...hahahaha]
Tapi nampaknya kita hanya merancang, Allah yang menentukan
Hajat arwah ni tak kesampaian la jadinya.. 
Perancangan Allah mendahului perancangan makhlukNya.. ye dak??

Memandangkan Adib dapat banyak duit raya
So dia pun cakap nak beli henfon
Aku tanya la dia, ada duit ke idak?
Dia kata nak pakai duit raya dia...hahahaha...
gigih dia kumpul duit raya + duit belanja harian dia
Adib ni kalau dah berjanji memang selagi dia tak dapat, memang dia akan tuntut... sampai rimas aku hari2 dia dok tanya bila nak beli?
So satu hari tu, aku tinggalkan Amira & Jasmin kat rumah babysitter
pastu aku bawa la Adib & Aleeya pi Econsave... nak beli tepon baru

Sebelum ni Adib ada henfon cap Lenovo
Sebab nak murah punya pasal, abahnya dapat beli yang ROM kecik je
Takat 4GB tu, install 2-3 game je dah penuh... pastu kalau nak update apps pun tak boleh kalau storage tak cukup.. mula la dia membebel2 itu tak boleh ini tak boleh
Adib ni kalau beli henfon, memang tujuan utama dia main game je la
Kebetulan henfon lama dia tu skrinnya dah crack
[habis tu dah letak merata2 kan.. dapat kat Jasmin/Amira memang kena baling/hempas la..]

Mulanya Adib kata dia nak brand Samsung @ Oppo
Tapi kalau cam yang dia nak tu agak mahal la kan
Aku pulak jenis kalau budak2 pakai tak payah la beli mahal2
[mamanya jenis kedekssss kan..]
Last2 tu aku cakap je kat budak jual smartphone tu
Nak yang murah & storage besar.. 
Last2 budak tu promote la satu brand henfon ni.. jenama WIKO
Katanya dari FRANCE... memang belum well known sebab baru je masuk market Malaysia katanya
Aku pun test2 la tepon tu.. aku tanya Adib dia nak ke idak?
Dia kata ok

Menarik gak specs tepon ni
Android Marshmallow 6.0 lagi tau
dan penting under bajet
[ekceli duit Adib tak cukup, so aku kena la top up sikit..]


Untuk golongan sederhana sesuai la tepon ni
So far Adib kata OK & takde lagging
Gambar pun cantik..


WIKO ni ada keluar banyak model telefon
Aku pun udah macam terbekenan
Tapi sabo dulu la.... aku punya tepon elok lagi
Pakai dulu sampai jahanam...huahuahua... 
in future sure keluar lagi canggih kan
[nak canggih aje aku ni..huhuhuhuhu]

Lepas beli aku pesan pada Adib
Tadi tak cukup duit dia, mama top up guna duit arwah abah
Jadi gunalah dengan elok, jangan tengok & buat benda yang bukan2 dengan telefon tu
Apa kebaikan Adib buat dengan telefon tu, Insya-Allah abah pun dapat pahala tu.
Adib angguk je....tah dia paham ke idak..

Aleeya??? Mesti korang tanya dia tak jeles ke Adib ada telefon baru
Aleeya tak jeles pun sebab dia dah ada handphone
Cuma dia nak tablet je... ok.. nanti kita beli..