Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 28, 2016

BICARA HATI

Semalam genap 60 hari arwah berhijrah ke alam kubur
Meninggalkan kami selama2nya
Alhamdulillah masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan ketiadaan dia
Walaupun kadang2 terasa sangat kehilangan tu

Anak2 pun Alhamdulillah dah boleh terima keadaan ni
Cuma Amira la kadang2 asyik ingat abah dia
Hari2 tanya esok mama pergi "rumah"  [read:kubur] abah tak?
Kalau aku cakap tak, mula la dia marah
[camne nak pergi sebab hari bekerja kan]
Pastu kena la pujuk balik cakap pada dia, hujung minggu mama cuti kita pergi la
Baru la dia OK. 
Yang paling menyentuh hati, setiap kali sebelum tidur mesti dia cakap
MAMA, BACALAH FATIHAH UNTUK ABAH
Kadang2 aku lupa, dia la ingatkan aku 
[Suci sungguh hatimu nak, walaupun mungkin dia tak mengerti kenapa buat semua tu]

So kami ramai2 baring kat tilam [tido kat ruang tamu je..hehehe]
Pastu sama2 baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas untuk disedekahkan pada arwah.
Kadang2 tengah baca tu aku boleh tertacing pulak.. bergetar2 suara aku
Allah... sukar nak gambarkan perasaan aku  tu.. sebak... rindu... semua ada.



JAGALAH DIRI - Jaclyn Victor

Mata kau berhentilah menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana dia takkan kembali

Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjatkan pada yang Esa

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi
Tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya

Jiwa walaupun berpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Kupertahankan ke nafas terakhir

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi
Tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya






Monday, July 25, 2016

DATANG BERAYA

Alhamdulillah... walaupun dok dalam edah
takleh nak gi mana sangat
ada juga kengkawan yang sudi datang menjengok kami anak beranak
Terasa terhibur la sikit kan..

Aku pun kalau beraya pun takat yang dekat2 dengan rumah je
Tak keluar kawasan pun... 
Awal2 hari raya tu ada sorang kawan dari Ipoh datang ke rumah
Dia baru balik dari rumah mertua di Klang
Kebetulan nak balik singgah le Batang Kali

Ni kawan aku since sekolah rendah [darjah 4]
Thanks Ina sebab sudi datang raya ke rumah aku..

Pastu semalam, ramai2 geng sekolah aku datang rumah
Kiranya udah tergathering tak rasmi pulak kat rumah aku
Diaorang siap bawa makanan.. udah jadi cam potluck
Meriah rumah aku semalam..
Kalau tak sebab anak2 aku meragam, mesti lagi happening kan??
Jasmin ngan Amira time2 tu la nak memerap pun
Naik stress gak aku... dah le deme taknak kat orang
Stress pun kontrol je la.... bila lagi nak jumpa kengkawan kan

Ramai2 memeriahkan teratak aku
Thanks korang... sayang korang tau!
Yang dari Melaka/Seremban pun datang juga.. terharu ahkak!

Antara juadah yang ada... Aku takat supply mee goreng, kuih raya & ayor je
Ada Nasi butter, Ayam masak merah, cupcake, mee kari, kek batik, KFC
Memang tak terhabis dimakan.. rezeki hujung minggu

Lama jugak le diaorang lepak rumah aku
Maklum le rumah orang pompuan... laki takde nak jeling2 
Hehehehe... buat le kome macam rumah sendiri

Amira bila kengkawan aku dah nak balik
Baru la boleh tersenyum2.. nak selfie2
Jasmin cam biasa la.. berdempet je kat aku..
Namun mak ko nak kurus idak juga kan... 
Amira bersama makcik2 yang havoc.


Sebelum balik posing satu kali lagi
Kat bawah pokok pelam aku tu..hahaha
Abaikan je la rumput  lalang yang memanjang tu
Takdan nak panggil orang mesin rumput 
Aku ni udah rupe bibik dah aku rasa...


Lepas kengkawan aku balik, datang pulak satu kumpulan adik beradik pak mertua aku
Datang saja la nak menjenguk & beraya
Again.. budak2 buat ragam... takdan nak menyembang kitaorang ni
Nasib la deme semua memahami keadaan aku..hahaha tudung pun udah senget benget ditarik dek Jasmin

Lepas diaorang balik, baru boleh kemas rumah
Kemas & basuh bekas2 yang dah digunakan
Pastu baru lega...
Malam pi open house jiran belakang rumah pulak

Fuh... letih juga beraya ni ye..kah..kah..kah..
Ye la.. dulu ada teman duet kemas rumah, sekarang semua buat sorang2.. PENAT!!!!




Friday, July 22, 2016

RAYA-RAYA KAMI

Tak tahu nak buat entry apa pepetang ni
Kebetulan bawa external hard disk ke opis hari ni
So saja la godek2 gambar2 lama
Tetiba rasa nak compile gambar2 raya keluarga aku 
[nak buat kenang2an kekdahnya]


Walaupun dah kawin awal tahun 2004
Gambar raya tahun 2004 takde sebab masa tu takde kamera
Handphone pun mana ada yang ada kamera lagi
Ada Nokia 3310 pun dah canggih dah rasanya masa tu
Kalau tak silap aku tahun ni aku beraya dengan perut beso sebab tengah pregnantkan Aleeya

Tahun 2005 pun takde gambar
Sebabnya balik beraya di Ipoh
Memang masa ni belum ada tradisi tangkap2 gambar satu family ni.

Masa ni baru ada Aleeya sorang
Giliran raya di Batang Kali
Masing2 kurus lagi masa ni..



Gambar 2007 pun takde sebab masa raya aku tengah dalam pantang
Baru tak sampai sebulan lagi
So memang takde baju raya
Pakai uniform T-Shirt dengan kain batik je..hehehehe


Tahun 2008 ni pun turn raya kat Batang Kali dulu
Masa ni dah ada Adib dah..


Tahun 2009 pun takde gambar gak
[Asal kalau turn raya kat Ipoh, memang jarang tangkap gambo]
Lagipun hari raya tahun tu, TokWan aku nak kahwin
So sibuk uruskan hal dia nak nikah le tu
[Nikah 1 Syawal okeh!!!!]


2010 - Kami masih berempat
Tema kelabu tahun ni..
Gambar 1 family kami sahaja takde, ada gambar dengan Cik Besah & Cil Zul je



2011- Turn raya di Ipoh
Tahun ni la baru start keluarga Ipoh ada sesi tangkap2 gambar ni
Sebabnya adik aku yang beria2 nak buat photoshoot.
Seronok bila semua sporting nak tangkap gambar.



2012- Tema biru
Tema kaler baju raya banyak rotate ikut kaler baju melayu yang hasben aku ada je
Baju Melayu biru ni baju hantaran masa kami kahwin dulu..
[Masa ni tengah pregnantkan Amira rasanya.. time tengah mabuk2 ni]




Udah bertambah ahli keluarga
Cik Gebu dah ada tu.. seketul atas riba
Baju Melayu Ungu tu mak aku buatkan untuk hasben aku
Patutnya pakai untuk majlis kahwin adik aku hujung tahun sebelumnya, 
tapi udah tak jadi
Tu yang terus buat jadi baju raya..




2014 - Tengah heavily pregnant kan Jasmin
Tengah menunggu hari je masa ni
Sebab malas nak beli baju raya, so pakai je baju mengandung yang ada
Ala2 nak matchingkan dengan tema merah tu
Tu yang tercombine hitam-maroon jadinya
Asalkan tak lari tema udah le..



Raya tahun 2015 pakat pilih kuning
[perasan tak baju kuning ni kami laki bini dah pernah pakai tahun 2006 dulu]
Maksudnya?????? Badan kami maintain beb....
Boleh muat lagi baju lama...hahahaha.. untuk anak2 je kami beli 
Ni pun masa ni Jasmin tidur so, gambar complete satu family masa raya memang takde la..

** Inilah raya terakhir aku bersama suami ku.. Kali terakhir anak2 beraya dengan abah diaorang...  [tetiba sedih lak!]



Raya kami tahun ni...
Punnn tak cukup korum sebab Adib takde masa ni
Dia pegi rumah Opahnya...
Walaupun nampak senyum tapi di hati hanya Allah yang tahu
Pertama kali beraya tanpa suami...lain rasanya..



Gigih mencari kronologi raya2 kami ni
Bukan apa, nanti senang nak tengok bila letak dalam blog ni
Kat IG pun dah tepek tapi version collage la..
Inilah raya keluarga Ahmad Zaimi



** Patutnya dah 12 tahun kahwin, ada 12 keping gambar la kan
Tapi sebab ada 4 tahun takde gambar
tu yang ada 9 je..


** Sapa yang baca entry ni kalau tak keberatan silalah  sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah suami aku tu.. Thanks korang!!!




Wednesday, July 20, 2016

APPLETONER - SOLUSI UNTUK PRINTER ANDA

Kalau ada printer tapi tak boleh nak print memang tak guna la kan
Memang tujuan utama beli printer ialah untuk mencetak 
Kalau dah nak mencetak, memang kena la ada dakwatnya 
Kiranya printer dan cartridge/toner adalah saling melengkapi gitu.

Camtu gak le dengan halnya aku kat rumah
Printer HP aku dah lama tak guna
Tapi bila anak2 dah sekolah ni, macam2 la keje nak kena buat guna komputer
Nak print itu ini, assignment la, portfolio la, gambar la
Aku pun naik pening tengok keje sekolah budak2 sekarang
Makin advance dari zaman2 kita dulu
So printer ni memang kerapkali digunakan
Bila dah selalu mencetak, lama2 ink pun habis la

Zaman sekarang ni semuanya di hujung jari kan
Klik je apa benda yang korang nak, semua ada jual
Macam aku yang malas nak ke kedai semata2 nak cari 1 barang
so pembelian secara online memang jadi pilihan utama
Senang kan.. tak payah nak start kereta, nak bayar parking, nak isi minyak
Pastu tak payah pening2 nak cucuk duit  bila cash tak cukup ditangan
[nak2 pulak time nak gi ATM, mesin pulak out of service... memang bikin stress]

Camtu la halnya nak beli HP ink cartridges untuk printer kat rumah ni
Tengah servey2 terjumpa pulak website APPLETONER ni


Best website ni tau.. sebab diaorang memang memahami kehendak pelanggan cam aku
Appletoner ni menjual segala jenis ink & toner untuk printer korang - toner, cartridge, ribbon
Korang nak yang original toner pun ada  &  yang compatible toner pun ada
Yang compatible tu pun walopun murah tapi berkualiti macam yang original juga.. jangan risau
Diaorang jual segala brand yang top cam HP, Canon, Lexmark, Panasonic, Brother dan lain2 
Korang search je kat sidebar tu, macam2 pilihan ada..
Bukan takat tu, printer pun diaorang ada jual sekali
so korang boleh la belek2 ciri2 printer pilihan korang.

Macam printer kat rumah aku ni dua2 cartridge black & color memang dah habis
So aku beli pack combo... jimat sikit
Tapi kalau nak beli loose pun boleh.. 

Dekat office pun banyak pakai printer HP 
Lepas ni boleh la suggest kat bos beli je printer toner kat Appletoner ni
Memang mudah, pilih, klik masuk shopping cart, bayar & masukkan details untuk postage
Tak payah risau beli dengan Appletoner ni sebab dah stated kat website diaorang 
NO RISK, WARRANTY 365 DAYS , 100% SATISFACTION GUARANTEED & FAST DELIVERY.






Tuesday, July 19, 2016

MENGEMAS BARANG2 ARWAH

Masa arwah bebaru meninggal, asyik tengok je semua barang2 dia
Terasa2 cam dia masih ada lagi
Seluar jeans dia yang terakhir dipakai pun dok bersidai lagi.. 
Tak berbasuh  lagi buat sementara waktu
Bila dah ada kekuatan, baru aku basuh seluar tu


Barang2 arwah aku kemas sikit2
Memang ambik masa sebab aku belek satu2
Mana baju yang dia suka pakai, yang dia jarang pakai
Aku asing2kan 
Sebahagian aku nak simpan sebagai kenang2an
Sebahagian lagi untuk aku sedekahkan

Banyak jugak baju2 arwah ni.
Baju merah tu ialah baju yang terakhir arwah pakai sebelum meninggal
Kan dia pegi kayuh basikal pagi tu
Uniform kerja dia tu aku asingkan 2 helai 
sebab Cik Besah ngan abang ipar aku nak baju dia untuk kenangan


Aku siap belikan container besar untuk isi barang2 arwah
Mana baju yang nak simpan [simpan untuk Adib cadangnya]
dan barang2 untuk kenang2an.. semua taruk dalam tu


Sebahagian barang peninggalan arwah
Suratkhabar bawah tu ada gambar arwah masa aktiviti berbasikal
Beria dia beli suratkhabar tu sebab dia masuk paper katanya
Habis glamer la tu...hehehehe
Dia siap laminate tau suratkhabar tu...


Satu almari untuk baju2 arwah yang aku simpan untuk Adib nanti
Baju Melayu, kain pelikat, sweater, kemeja
Yang uniform kerja tu semua aku simpan.. ntah le kenapa
[except 2 pasang untuk aku bagi pada Cik Besah & abang ipar aku]
Bila aku rindu2 aku peluk2 la baju2 keje dia tu
Macam terbau2 je  badan dia.. padahal baju2 tu semua bau sabun je..huhuhuhu


Dalam kemas2 tu masih ada lagi baju uniform dia yang belum berpakai
Setiap tahun company dia akan bagi 3 pasang uniform baru pada staf
Ni 2 tahun punya tak berpakai lagi
Last2 aku masukkan dalam plastik
dan aku serahkan pada kawan sekerja arwah yang duduk dekat rumah aku
Aku suruh dia bagi pada kengkawan diaorang yang muat @ serahkan balik pada HR department


Ni baru baju, belum lagi kasut2 dia kat dalam stor tu
Ni tengah sorting mana nak bagi orang
Mana yang nak simpan..
Arwah ni memang suka beli kasut...
Kalau nak tau, kasut dia lagi banyak dari kasut aku.









Monday, July 18, 2016

PERMAISURI - DATA

Lagu yang arwah selalu dengar kat youtube
Sedih sungguh bila dengar lagu ni
Ni yang nyampah dengar radio ni
Lagu2 menusuk kalbu
dan2 dalam kereta meleleh air mata..
[nasib aku tak pakai mekap]




PERMAISURI - DATA

Aku rela hidup denganmu
Demi bahagia
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita

Dijaga dan lena kukuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk  sunting jiwamu

Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi bersamamu

Kubinakan mu istana
Aku rendakan bahagia
dengan niat suci
Kaulah permaisuri

Sambutlah cinta abadi
Genggam dan semat di hati
Manisnya asmara
Kekal selamanya




HUJUNG MINGGU

Hujung minggu lepas Cik Besah and the gang pi Perlis
Nak ke tempat anak buah hasben aku kat Arau nun
Macam biasa aku takleh join la kan..
Adib je la yang folo diaorang
Aku & anak2 dara semua kena tinggal
[udah namanya menantu tinggal kan...hahahaha]

Memang bosan gile dok kat rumah habaq hang!
Tak tahu nak pi mana... nak buat apa
Takat kemas2 rumah je le
Bila time boring2 tu mula la macam2 mula menerpa
Teringat itu, teringat ini... 


Aktiviti arwah setiap ahad tu la pi kayuh basikal
Time2 tengahhari baru la dia balik
Teringat dia dok tuntun basikal kat laman rumah
Pastu letak basikal dia kat meja luar tu
Pastu kat muka pintu dah bagi salam [ada nada dia bagi salam tu]

Sebab rindu sangat, petang semalam ronda2 naik motor dengan anak2
Pastu terus singgah kubur arwah
Tak duduk lama2 pun sebab hari dah nak hujan
Cuba taknak nangis depan anak2 masa kat kubur
elok sampai rumah, hujan pun turun lebat
Selebat tangisanku di dalam hati...huhuhu..

#Genap 50 hari dah.


Friday, July 15, 2016

HANTAR MAKSU BALIK

Entry basi...
Lama dah ni... masa sebelum puasa lagi.
Hari ni takde modal nak buat entry
tertengok gambar lama belum cerita lagi
So kita buat entry basi je la

Maksu ni adik aku yang bongsu
Masih single & available..cewah! promote gitu
Sejak dia belajar lagi, dia memang rajin datang rumah aku
Sekarang dah kerja pun, rajin juga dia datang time2 hujung minggu

Especially lepas arwah suami aku meninggal
[Kebetulan bulan puasa lak lepas tu kan]
Memang tetiap minggu la dia datang rumah
At least ada la peneman & penghibur anak2 aku kan

Selalunya kalau dia datang, dia akan naik komuter
So senang la sikit kan.. aku just ambik dia kat stesen komuter je
nak balik pun camtu juga.. hanto je dia kat stesen komuter
pepandai la dia balik sendiri..hehehehe

Kalau hujung minggu, anak2 memang nak ngekor je le kalau aku keluar rumah
Nak2 pulak kalau naik kereta.. berderet la nak memfollow
Riuh rendah dalam kereta
Bila dah sampai stesen komuter, memasing eksaited nak tengok keretapi
Tapi ada juga yang penakutnya...

Stesen komuter ni mesin tiketnya rosak
So memang kitaorang yang tak naik keretapi pun
boleh je masuk sampai tempat menunggu tu
Boleh la babai2 maksu dia kan..

Jasmin tu tah apa pesennya
Amira pulak tutup telinga sebab bunyi ETS kuat sangat
Menangis2 takut memula tu



Dari angle yang satu lagi
Tangan tak lepas dari telinga




Tu tengah mencuit kakaknya
Tapi tangan sebelah tu tetap tak renggang dari telinga




Memandangkan hari panas, aku siap pesan bawa bekal air
Kot2 la kena tunggu train lama kan, dahaga pulak nanti
Si Jasmin nak minum, bila Aleeya bukak tutup botol
Boleh pulak dia suruh bubuh air kat penutup botol tu
Pastu minum cam minum dalam cawan pulak..
Lucu pulak tengok gayanya tu


Pas nampak Jasmin minum camtu, Amira pun nak jugak
Kasi can la kan.. masa ni tangan dah tak tutup telinga
Nak minum air punya pasal..wakakaka



Mak Jemah pun nak inteprem sama naaaaaa
Jadi la dapat tangkap gambo sipi2..
Abaikan mata sembab tu ye... 
[Tok laki baru meninggal seminggu masa ni...huhuhuhu]




Lepas hantar adik aku tu, terus singgah kubur arwah suami aku ... Pergi bersama anak2. Adib je tak ikut sebab dia duduk kat rumah Cik Besah je. Tu yang terkeluar status kat IG ni..


#48Days & Counting






Thursday, July 14, 2016

ALLAH ITU ADIL

Hidup kita ini saling bergantungan & berkaitan
Jaga hubungan dengan Allah
Berbuat baik sesama manusia.


Wednesday, July 13, 2016

S.E.P.I

Mood sedih la
Nak2 pulak kalau dengar lagu2 rock kapak
sebab lagu2 tu banyak arwah suka nyanyi
Kalau dengar kat radio mula la aku tacing

Tadi baru dengar cakap Dr Fadilah Kamsah kat radio
Hanya masa yang akan mengubati kesedihan ini
Aku pun tak tau berapa lama masa akan aku ambil untuk membiasakan diri
dengan situasi ni..





Berulang kali ku mencuba
Memujuk hati lupakan semua kenangan
Namun mimpi bertemu lagi
Di saat engkau tiada di sisi

Ku berpegang pada janji
Tercipta antara kita dulu
Hilangmu tiada berganti
Biarlah begini

Ku belayar di lautan tidak bertepian
Sesekali disedarkan ombak yang mendatang
Aku seperti hilang punca arah dan tujuan

Aku puisikan namamu
Bersama rindu
Di dalam sendu



Tuesday, July 12, 2016

GARA² RAYA

Kalau time raya2 ni takde benda baru taksah kan
Time2 ni la semua pun nak melingkup
Macam2 hal..

Tahun ni memang takde apa2 yang bertukar pun
Langsir pun aku tak basuh [hahahaha.. pecah rahsia]
Tapi ada juga benda2 yang terpaksa ditukar baru

Tudung saji lama udah pecah
terkena kipas siling..
ate udah diangkat tinggi sangat sampai terkena kipas yang tengah ligat berpusing
mau tak pecah tudung saji tu
[ok la tudung saji yang rosak, dari kipas aku tu yang rosak... nangis nak ganti tu...huhuhu]


Ampai kain pun mintak baru juga
Sebabnya yang lama tu memang dah tahap wajib tukar
kebetulan adik aku nak menyidai kain petang tu
udah terus menyembah tanah 
penyebab je tu nak suruh aku beli baru kan...hahaha

Dari arwah suami aku ada lagi udah pernah rebah 2-3 kali
dah memang mereput pun
Memang cadang nak tuko tapi peel aku ni selagi boleh pakai, aku guna je
siap guna cable tight nak ikat palang2 besi tu
Nak jimat sangat kekdahnya
Last2 memang kena tukar jugak le
Tak dibeli  cemana pulak nak sidai kain kan
Nasib la ada kedai cina yang bukak time2 raya ni..





Monday, July 11, 2016

CERITA RAYA 2016

Masing2 dah pulun up cerita raya kat blog masing2 kan
Aku pun taknak ketinggalan la
Peram lama2 nanti dah  takde mood nak cerita pulak

Raya tahun ni, raya dalam kesedihan
Tak macam tahun2 sebelumnya
Yang simple2 sahaja untuk keluarga kecil kami
9 tahun dulu pun raya dalam kesedihan juga selepas kehilangan arwah nenek yang dikasihi
Tapi masa tu tak terasa sangat la.. sebab masih dikelilingi suami, anak & ibu bapa
Tapi kali ni paling terasa sebab yang kehilangan tu seorang yang bergelar suami
Yang kenal kita luar & dalam 
[yang even mak ayah sendiri  pun tak kenal kita macam mana dia kenal kita kan]

Taknak la cerita sedih2 ni 
Tengok je la gambar2 raya kitaorang yang tak seberapa ni
Tahun ni aku tak balik Ipoh pun
Adik bongsu aku pun beraya di rumah aku sebab dia terlepas tiket keretapi
Sian ko... takpe la..merasa la ko tak beraya dengan mak abah di hari pertama kan...

Makanya raya pertama kali cam biasa la dimulakan dengan aktiviti makan
lepas tu salam jemaah...
Pastu ada la tangkap2 gambar
Sayangnya tahun ni tak cukup korum nak bergambar 
sebabnya si Adib ada kat rumah opahnya masa kami bergambar tu
Dia balik rumah takat salin baju raya je pastu pi balik rumah opahnya...

Nak tangkap gambar pun payah dengan budak2 ni
Si Jasmin bukannya nak duduk kat sofa
Dia nak duduk beriba kat aku...
Pastu banyak gambar tak jadi.. salah satunya cam gambar ni
Dan cun2 duduk, mata kami tertengok tv pulak
[dah le citer hantu kat tv masa tu]

Akhirnya, dapat jugak gambar senonoh sikit
Tukang tangkap gambarnya adik aku le...


Pastu salam2 mintak maaf
Plus bagi duit raya la kat budak2...


Jenuh suruh si Mira ni salam
Si Jasmin usah cerita.. tu asyik berkepit kat tepi aku je


Lepas salam2 tu, baru la kami pi rumah Cik Besah
Beraya rumah Opah pulak
Pun suasana kat sana hambar je...
Terutama mak & bapak mertua aku tu... tacing la bila teringat kat arwah
Kebiasaannya dia la yang buat kecoh rumah tu time raya
Suka  beno dia menyakat anak2 sedara dia

Kat rumah Cik Besah baru la dapat tangkap gambar dengan Adib
Sorang ni je la pun anak lelaki harapan...

Lepas makan2 kat sana, diaorang pegi kubur
Aku tak pergi pun pagi tu
Malas nak bersedih2 awal2 pagi tu.. nanti2 la aku pegi
Amira ngan Jasmin pun ikut opahnya ke kubur

Lepas diaorang balik dari kubur, aku ngan anak2 pun balik rumah
Masa tu dah Zohor dah pun
Nak beraya rumah jiran2 lain pun ramai yang balik kampung
So kami pun balik tidur je la...hahahahaha

Si kenit ni, balik rumah terus aku sumbat dalam buai
Upah susu sebotol, pastu terus lelap
Letih beraya ke rumah baru abah ye dik???



Esoknya baru la mak aku datang, adik aku yang kat Klang tu pun datang
Lusanya pulak baru la adik2 aku yang dari Kedah & Johor pun datang
Memang penuh rumah aku tu..dah macam rumah gelandangan
Meriah juga ramai2 tu
TAPI....
Hati aku masih rasa kosong....jauh di sudut hati aku
Makin ramai orang, makin aku teringatkan arwah
Aku rindukan dia...