Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 30, 2015

JUMAAT TERAKHIR DI BULAN OKTOBER

Assalamualaikum semua
Salam Jumaat
Dah di penghujung Oktober rupanya kita

Belanja gambar Jasmin di pagi Jumaat
Cantik tak tocang saya????
[Rambut dah panjang tapi sikit..]




Thursday, October 29, 2015

TERGURIS

Sekali sekala mesti nak jadi juga kan
Haish.. nasib le sikit je

Semalam tah cemana salah ambik korner nak reverse kereta
Selalunya ok je, tah semalam salah angle kot
Makanya terguris sudah si Kabu ni

Sikit je... tapi bertanda gak la
Nasib la tak kemek bagai
Tak rajin nak polish lagi... lantak le situ dulu...


Wednesday, October 28, 2015

PARUT ITU.....

Come across benda ni kat wall fb aku
Saja nak share kat sini
Tetiba aku lak rasa ngilu kat tempat yang berparut tu


Tak sangka aku pernah melalui saat2 camni
Kalau ingat2 balik... scary, gerun, ngilu, semua ada
Masa proses tu dok terbaring, tak tahu apa yang terjadi disebalik kain hijau tu
Kalau tengok video proses c-section tu, baru le tahu rupanya
macam mayat hidup dilapah2 kan semata2 nak keluarkan satu nyawa

Apapun proud to wear that scar....
Thank you Allah for choosing & blessing me with this opportunity.




BLOSSOM BAWAL

Siaa yang biasa pakai tudung AJ mesti tau kan
Keluaran terkini Aidijuma ialah Blossom Bawal ni la
Nak kata baru sangat tu idak le... ada la dalam sebulan lepas keluarnya

Blossom Bawal ni  tudung yang boleh pakai depan belakang
sebab depan corak lain, belakang corak lain
Kira 2-in-1 gitu... jimat la kekdahnya kan
beli satu tudung, dapat pakai 2 corak

Kalau tak silap aku yang tak berapa nak otai AJ ni
Blossom Bawal dah release 2x sebelum ni
ini kali ke-3 la kiranya
2x sebelum ni pun aku tak berminat nak beli
Tapi design kali ni menjebakkan aku juga untuk membeli


Latest release untuk Blossom Bawal


Kalau ikutkan hati, semua berkenan
[kalau Juma pakai semuanya nampak lawa....]
Tapi kalau ikut poket, limited la kan
dah le release time aku belum gaji
[orang gomen je le yang dah gaji masa tu]

Disebabkan belum gaji
So bajet aku cukup nak beli 2 helai je tudung ni
[Gigih aku mencandat di web AJ tau!]
Sampai stop masak kat dapo sebab nak grab tudung ni kat web...heheheh

Ni yang aku berkenan
[kalau dah hantu hijo tu kan...hahahaha]
Pastu satu lagi yang ni

Terbeli yang ni pun sebab tengok kat IG AJ, Datin Juma ada pakai tudung ni
Terussssssssssss berkenan...

Semalam tudung dah sampai
Balik2 terus tayang kat Aleeya
Tudung lagi mama ni, katanya [perli aku le tu]
Jasmin dah rasmi dah tudung hijo tu..
Tapi sebab dia tak duduk diam, habis senget benget tudung tu jadinya...hahahaha 





Amira pun sekarang dah tau minat mama dia
Tah cemana hari tu dia main2 konon2 nak pegi kedai

Amira: Jap ek mama, Mira nak gi kedai jap
Mama : Nak gi kedai beli apa
Amira : Nak beli tudung untuk mama
Mama : Tudung apa?
Amira : Tudung AJ  [tak sangka dia nak cakap camni tau]
Mama : Nak beli berapa?
Amira : Tujuh
Mama : Hahahahahahaha... good girl...hehehe

Monday, October 26, 2015

SEMINGGU TANPA TV

Pejam celik, pejam celik, dah seminggu rumah sunyi tanpa TV
Dan pagi pelik, anak2 aku taj heran pun TV tu ada ke idak
Bagus... bagus...hahahahaha
Kalau ada TV pun diaorang bukan tengok tv sangat
TV tu terpasang sebab nak kasi gamat rumah je...

Hari2 berlalu tanpa TV... hrmmmmmm
Anak2 happy je main dalam rumah
jerit sana, jerit sini, punggah sana, punggah sini
pecah pasu sana, pecah pasu sini...
Haish... lantak kome la... asalkan kome bahagia
Dan I'm enjoying it everyday
sebab lambat laun rumah aku akan sunyi juga tanpa hiruk pikuk anak2
So sementara boleh dengar diaorang bergegak gempita, bior  je la

Petang2 pulak, Aleeya ngan Adib dengan aktiviti mengayuh diaorang la
Jerebu2 pun nak kayuh juga
Jangan kecam aku kata tak jaga kesihatan anak2
Tapi dah diaorang nak main kat luar, aku bagi je la main kejap2
Kesian pulak kalau dok terperuk dalam rumah kan

Semalam tengok jerebu pun dah ok
kasi la anak2 semua main kat luar
Ambik angin petang

Amira pun sama la nak berkayuh bila tengok abang kakak kayuh basikal
Walhal dia tak kayuh pun... dok eksyen duduk kat basikal je
Siap nak bertopi lak tu... safety sangatttttt la konon


Anak dara & anak teruna den..



Anak2 in action..
Kejap2 kayuh kat kawasan rumah
Kejap2 kayuh kat luar rumah


Amira dengan basikalnya
Kebetulan tersama lak kaler baju ngan kaler beskal
Matchy2 gitu...hahahaha



Letih2 mengayuh, abah belanja makan aiskrim lak
Mat Kool... Mat Kool


Nasib la anak2 sempat gak beriadah kejap petang semalam
Tak lama pastu hujan turun lebat sampai senja
Budak2 pun sambung memekak dalam rumah
Hahahaha... mama yang pening....
Tak kira yang beso, yang kecik, tak duduk diam..
Layan je la...




Friday, October 23, 2015

FACEBOOKING

Entry takde keje
saja try apps  PHOTOGAP yang lalu lalang kat wall aku
Tu dia....




Lama dah rupanya aku berfesbuk selama ni
8 tahun rupanya...
Rasa cam baru je lagi aku bukak akaun facebook ni
[muntah hijo...]

Korang dah try ke belum?

Thursday, October 22, 2015

BECAUSE WE ARE NOT LIVING IN THE SAME SHOE

Kecoh kisah pasal jerebu & penutupan sekolah
rintihan ibubapa vs rintihan cikgu-cikgu

Bila ada yang menyindir cikgu2



Kan dah kena jawab....


Adeh.. macam2
Tak baik la macam ni kan
Senang2 nak tuduh cikgu2 keje senang la, makan gaji buta la
Walhal diaorang pun tak mintak cuti jerebu
Sapa yang tak jadi cikgu takkan faham keadaan cikgu
dan susah senang nak menjadi seorang guru
Aku ni walaupun bukan cikgu, aku faham juga sebab ibubapa aku juga bekas cikgu
dan ramai kawan2 aku juga cikgu

Tak kira la tinggi mana pun ko belajar,
Phd planet mana pun ko pegang
Kalau mentaliti ko haprak, adab & akhlak ko hancur
Tak kemana la peginya
Baik buang je la segala ijazah, master, pHd korang tu...
Not worth a cent pun..



** Terlajak kereta boleh direverse, terlajak publish di fb buruk padahnya
Tunggu la ada netizen yang akan jejak fb korang tu...huhuhu.. scary....



ONE SIMPLE STEP TO A HAPPIER LIFE

Wawawawaa...
Tajuk kokesyen gitu.... cewah!

Tajuk beria omputeh, sekali isi kandungan cacamerba
Nasib korang la yang nak baca..

Semalam dah selamat terminate card credit hasben aku
LEGA sesangat


Walo idak dinafikan ada masa penting juga kredit kad ni kadang2
Tapi better tak payah pakai kalau rasa tak perlu 
dan adalah sangat no-no pada orang yang kurang disiplin 


Pasni kami hanya pakai 1 credit card sahaja untuk tujuan kecemasan.



Wednesday, October 21, 2015

CEK MEK MOLEK

Entry edisi mengantuk
Saja nak tepek gambar sikenit sorang ni


Suka sangat dia main kat sangkar Mici tu
dok bukak katup pintu sangkar
Mici gigit tangan kecik tu karang baru tau!


Nampak tu tengah main kat sangkar Mici.


Haipppp!!!! Terkejut sebab kena sergah dengan Mama..hehehe



Lari la lepas kena sergah...



Kita main bakul lak..


Jasmin & Aleeya lagi...







BILA TAB KENA HIJACK DENGAN ANAK

Sejak dah pandai bergajet ni
Tab aku selalu la kena kidnap dengan Amira
Pantang aku balik keje dah minta tab
Adoi la anak... tak kasi memekak pulak
[nak tengok tv takleh kan....]

Pagi tadi tengok2 lockscreen & wallpaper aku dah berubah wajah
udah bertema k-pop wei
Takkan le Amira pandai dah ber "K-POP" ni kan
Takde orang lain, ni mesti keje si Aleeya..
Ingatkan Amira je yang hijack, Aleeya pun sama..

Ni wallpaper tab aku..


Godek2 dalam gallery, satu album penuh gambo retis k-pop



Pastu baru la terjumpa gambar ni
sejuk sikit hati..hehehehe
Masa ni Aleeya tengah layan Jasmin sebab aku nak masak


My lovely daughters...
Amira takde masa ni.. dia tido rasanya


Mama pasrah tab dikerjakan dek anak2
Jangan ada gambo ngarut2 sudah la ye...




Tuesday, October 20, 2015

ADIB : BEFORE & AFTER

Takde apa sangat la nak cerita pasal anak teruna aku yang sorang ni
Hujung minggu hari tu dia gi gunting rambut
Aku suruh dia potong pendek ala skinhead je
senang tak payah nak sikat2 rambut kan
Tapi dia taknak sebab dia kata tak hensem...
[Macam le hensem sangat sebelum ni pun..wakakakaka]

Jenuh pujuk
Akhirnya....
dah.. selamat



Tunggu nak bukak sekolah tahun depan baru pi gunting lagi lak.



TV ROSAK PULA DAH

Start malam minggu baru ni tv tu dah buat perangai
Tapi malam tu still boleh tengok tv lagi
Pagi ahad pulak si Amira suruh buka tv sebab dia nak tengok Upin Ipin
masa tu la tv dah buat hal
asyik buka tutup sendiri je....
pakai remote pun tak boleh
kalau on pastu suara pulak cam kena freeze je
pastu on off balik sendiri...

Melepas nak tengok final Da'i malam Ahad tu
Pasrah je le..
Anak2 memula bising gak tak dapat tengok tv
Dah le sekolah tutup sebab jerebu kan.. bosan berganda2 la
Lama2 memasing tak heran pun pasal tv
Sunyi sepi rumah tanpa bunyi dari televisyen
Tapi best jugak takde tv ni, aman je aku rasa rumah aku..hahahaha

Blank canvas...

Nak kena cari tukang repair tv ni
Nak beli baru cam tak berbaloi sebab sikit beno rosaknya [aku rasa la]
Tapi kalau kena beli baru pun, takleh beli sekarang
Tunggu je la hujung tahun kot2 en suami ada bonus...hehehehe


** Nasib la aku tak pakai astro, kalau tak rugi je bayo astro tapi tv takleh tengok..hehehehe





Monday, October 19, 2015

JEREBU HARI NI

Hari ni anak2 tak sekolah
dek kerana jerebu yang kembali melanda
Jerubu hari ni pada aku adalah yang paling teruk setakat ni
Pagi2 tadi penglihatan memang terhad sangat semasa memandu
Nak2 pulak di kawasan perbukitan yang aku lalui saban hari
Memang kena hati2 memandau
pastu lampu kereta pun kena pasang..

kelabu seh....
Dalam gambar cam tak nampak sangat kelabunya
In real tersangat  tau...
Pic yang bawah sekali tu, sepatutnya nampak ada bukit kat situ
tapi pagi tadi langsung tak nampak

Mata pedih, tekak sakit ---> penangan jerebu

TUNJUK KUASA

Pagi semalam saja la bawa anak2 jenjalan sekitar kawasan rumah
Pagi2 lagi diaorang dah bangun
So lepas mandikan diaorang [sebab masing2 dah lenjun dengan ayor kencing]
Bawa la deme jenjalan ronda2...

Selalu Jasmin yang duduk dalam stroller
Tapi Amira la pulak memerap nak dukung
Aku is tak larat nak dukung, so offer je la dia duduk dalam stroller
Nasib la dia nak
Jasmin pulak, udah suruh pakai kasut, maksudnya dia nak jalan sendiri le tu

Udah sampai kawasan rumah Cik Besah
Jasmin pulak nak tolak stroller tu
Kuat juga dia rupanya wei... jauh gak dia tolak stroller tu
[dengan Amira di dalam stroller tu]

Bersungguh2 Jasmin menolak stroller tu







Nah tengok videonya...

Nampak??? Hebat tak hebat adik tolak kakak yang 10kg lebih..


Dah round satu lorong, Jasmin pun dah give up
Penat le tu kan...
So suruh pulak mama tolak


Nak suruh mama tolak dua2 sekali
Kena masuk port bawah le ye dik...hehehehe


Memandangkan takde stroller twin, camni pun boleh la...
Pasrah le sesapa yang duduk bahagian bawah tu ye...
3rd class le katakan...

Kadang2 balik dari rumah babysitter camni la keadaan diaorang
Kadang adik duduk atas, kakak duduk bawah
Kadang2terbalik pulak.. ikut mood masing2..

Friday, October 16, 2015

GREYS ANATOMY : SEASON 12

Dah mula rupanya season baru drama ni.. dah season 12 dah
Tak teringat langsung
Nasib la ada follow IG & FB Grey's Anatomy
So hari ni bukak TELEPISODES search la GREY'S ANATOMY
Tu dia dah ada 4 episod untuk season baru... yahuuuuu


Ok jap gi dah habis keje boleh layan..hahahah
Peminat Grey's Anatomy jom layan gak..

** Tak best sebab Derek Shepherd dah takde...sob..sob.


Thursday, October 15, 2015

MAT GELAP & CIK PUTIH

Malam tadi punya gambo
Walopun gambo parkinson, nak juga tepek sini...

Masa ni Adib tengah  melayan Amira main
Ok la tu.. sementara mama tengah lipat kain..




Tuesday, October 13, 2015

MENGARUK

Ni la anak2... macam2 hal
Bila diam, ada yang menyakat
Bila tak disakat, tetiba dia sendiri yang mengaruk
Kadang2 malas nak layan
Kalau dilayan tak jadi kerja la oiii

Kalau salah sorang mengaruk aku ok lagi
Kalau dua2 mengaruk.. fuh... mencabar kesabaran okeh
Mulalah aku nak jerit2... 
[sabar...sabar...]


Kakcik mengaruk sebab kakak dia tak buka tv
Pastu suruh mama buka tv... 
Mama tengah bizi basuh pinggan...hahahaha
Nasib la Jasmin behave je sebab kena rasuah dengan biskut

Buruknya muka kakcik nangis...hahahaha
Kalau tunjuk kat dia gambar ni, dia punya la marah...hahahaha
[Mama pun nak menyakat dia juga kadang2]






Monday, October 12, 2015

GALAK BERJALAN

Sejak dapat kaki ni selalu nak jalan sesaja
Semalam kasi dia lepas bebas main kat luar
bukan main lagi dia berjalan lepas bebas
Aku panggil masuk rumah pun dia taknak
Siap aku kena suap makan sambil dia berjalan camtu



Letih mama nak ngejonya..
Tapi mamanya idak juga kurus pun.. huhuhuhuhu



CUKUP TEMPOH

Weekend baru ni
baru ada masa & mood nak kemas2 perkakas yang dah tak pakai kat rumah
Mana barang2 yang dah tak pakai semua masuk balik dalam kotak
[untuk penggunaan seterusnya... gamaknya la]

Barang2 perkakas penyusuan Jasmin la antaranya
Segala pam, beg ais, warmer ---> semua dah masuk kotak
Memandangkan Jasmin pun dah kurang menyusu badan
so aku dah takde la aktiviti perah susu kat opis 
malam je Jasmin menyusu direct [itupun kadang2]
waktu lain semua sumbat susu formula je...hehehehe

Botol2 susu ni pun semua nak buang dah
Dah setahun dah guna.. hahahaha
Kalau ikutkan setiap 3-6 bulan dah kena tuko kan
Tapi maklum le maknya ni, guna selagi boleh...hahahaha
[Takyah le nak caruts aku sangat ye..ok Bai!]




Friday, October 9, 2015

DIY LAPIK IRON BOARD DALAM 10 MINIT

Kalau menggosok baju memang aku perlukan iron board
especially bab2 nak gosok kemeja & baju sekolah
Dulu2 takat bentang selimut pastu hampar je atas lantai, pastu iron la atas tu
Tapi sejak belajo pakai iron board ni, memang sangat2 membantu tau.

Sejak aku kahwin dah berapa banyak iron board aku pakai
Ada yang patah tang kaki , ada yang patah kat papan
Kalau tak silap aku ni iron board ke-4 aku beli kot
So far takde la lagi patah riuk
Cuma tang lapik tu kainnya dah terbako [sebab iron panas sangat]
Pastu mula la berlubang, pastu dah nampak papan dalam tu
Sangat2 tak selesa bila iron sebab kadang2 serbuk2 papan tu pun keluar sekali

So solution yang mudah & jimat
[hasil dari carian di youtube]
so aku DIY je la lapik iron board tu
guna bahan yang ada kat rumah je [jimat duit takyah beli lapik iron board baru]

Bahan2 utama:
1. Iron board yang nak di repair
2. Staple gun & dawai kokot yang mencukupi
3. Kain untuk alas iron board [ikut tebal mana korang nak]
4. Kain untuk balut iron board [seeloknya material cotton ye]

Ni ha rupa staple gun kot2 ada yang tak kenal
Ni pun aku pinjam opis punya..hehehe..


So jom mulakan projek yang tak sampai 10 minit ni
Pertama sediakan iron board korang tu

Ni iron board aku yang dah berlubang tu
Bawah kain tu ada span, tapi nipis sangat
Tu yang boleh terbako sekali dengan kain sampai nampak papan dalam tu


Next, korang ambik kain untuk alas iron board korang
Dan ikut la ketebalan yang korang suka
Kalau yang ada span, nak letak span pun boleh
Ekceli aku cari selimut lama aku yang dah koyak tu
Tapi aku dah tak ingat letak kat mana 
So aku gantikan dengan sarung bantal peluk panjang tu
Ngam2 pulak sama panjang dengan iron board aku tu
Sarung bantal ni jenis yang ada quilt tu
So tebal la sikit jadinya alas aku tu
Oh ye, aku bukan sarungkan iron board tau
Aku just letak je atas papan tu


Seterusnya, ambik kain yang korang nak balut lapik iron board tu
Aku guna kain pelikat hasben aku yang dah koyak je

Kainnya pun sedap buat alas gosok baju
So belasah je la
Kain ni korang ejas la besarnya kasi ada lebih2  kat kiri kanan atas bawah
supaya senang korang nak lipat & staple kat bawah papan tu nanti
Lepas tu korang balut la macam korang balut hadiah tu
Setiap pelipat tu make sure korang staple kuat2 tau
Kang tak lekat lak
Aku memula staple kat bucu2 je pastu aku terbalikkan iron board tu macam ni


Kat sini korang kemas2kan lipatan korang
dan staple la kat tempat2 yang sesuai
Aku ni lipat ikut dan je so tak kemas sangat
Pastu aku tak rajin nak buka skru bagai.
So mana tempat yang takleh nak celuih kain tu 
aku lipat staple je kat tepi2 skru tu
Lagipun belah bawah kan.. lantak le hodoh pun
Sapa nak tengok kan.
Make sure before staple tu kain korang dah tarik tegang2 ye.
Bila dah puas hati, tegakkan balik iron board tu
TADA!!!! dah siap

Jeng..jeng..jeng..
Fuh...fuh... siap tak sampai 10 minit pun
Aku buat selepas sembahyang maghrib semalam
Cepat2 buat sebab pastu nak kena ambik anak pulak kat rumah pengasuh..

Hari ni semangat gosok baju
Sebab rasa cam pakai iron board baru..