Gara2 nak maintain susu sepanjang bulan puasa ni
Macam2 benda la aku try nak jadikan milkbooster
Kata orang lain orang lain milkboosternya
So kena trial n error la
Sebelum ni dah try ESP, Alfalfa, horlicks, oat, susu, sengkuang cina, makanan sunnah
So far ada la jugak perubahannya tapi tak berapa ketara sangat
Susu maintain je 5-6oz untuk sekali perah
Bebaru ni ada member tag kat fb pasal Tamar Cocoa ni
Rasa cam nak try la kot2 membantu pertambahan susu aku ni
Sebelum tu ada gak member tag pasal Chocolate Drink brand The Milk Story {TMG} tu
Tapi mahal la pulak rasanya
Lagipun bajet aku tight sikit so aku try la dulu Tamar Cocoa ni
Tambahan pulak ada khasiat kurma dalam tu, so teruja la nak try
Bukan takat aku, anak2 pun boleh minum
Setakat hari ni, dah seminggu dah aku try
Minum masa sahur, aku bancuh untuk Yaya sekali
Rasa cam Milo tu je cuma ada tambahan khasiat kurma
Aleeya pun nampak ok sepanjang berpuasa ni.. takde la lembik2
Susu punya production pun ada pertambahan... Mampu dapat 8-9 oz sekali perah [Alhamdulillah]
Tamar Cocoa ni ada 2 pilihan - nak beli yang peket cam milo tu @ dalam pek kecik2 (ala2 pek 3-in-1 gitu)
Aku beli yang pek kecik2 tu sebab senang nak bancuh
Harga RM 20 je untuk 900g @ 1 peket yang ada 20 sachet
Sape pernah try???