Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 30, 2012

MENCINTAIMU

Korang nengok tak Cerekarama hari Sabtu lepas
Tajuk Mencintaimu lakonan si Eman Manan & Sharifah Amani tu
Jalan cerita macam ok la jugak cuma aku tak puas hati dengan endingnya yang tergantung tu. Penat aku tunggu citer tu 2 jam tau sebab nak tahu apa ending relationship Izwan & Juliana



Best lakonan Eman Manan dalam citer tu. 
Banyak kata2 nasihat  
Kiranya jauh beza la dengan watak Ustaz Shauki dalam Tahajjud Cinta tu

**Paling suka falsafah Cinta Jari Manis

Friday, April 27, 2012

SEPERTI DULU

Mood down jap..



SANGAT SETERESSSSSSSSSSSSSSSS
[& takde sapa yang nak tolong hilangkan stress aku... sob..sob..]

SUAMI VS ISTERI

Mentang2 malam ni citer VERSUS , saje je letak tajuk VS jugak
[Ekceli hari ini adalah sangat boring sebab aku takde keje....hahahahaha]

Akibat takde keje mula la cari mende bukan2
Akhirnya inilah hasil pencarian tak berpekdah aku


-SUAMI-

[tak menahan yang part bertukar2 pasangan tu.... betoi ke bang????]






-ISTERI-







Korang punya cemana lak??

Thursday, April 26, 2012

BUKANNYA SUSAH JAGA ISTERI

Baru baca blog bro Abil yang menyayat hati
Sedih la bila dia buat blog khas untuk meluahkan rasa sayangnya pada isterinya yang sakit
Sampai menitis air mata aku baca tau
Kome pun boleh baca kat blog ABIL4FAUZIAH

Yang paling penting ada pesanan khas untuk para suami dari Abil
I Need A Hug Right Now!!!

PECAH KACA KENA TUMIT

Baru lagi hari Sabtu lepas aku terpotong jari manisku
Semalam pulak kena luka kat tumit pulak
Asalnya, 2-3 hari lepas, aku terlepas satu mangkuk dari atas meja
Maka pecah berderai la kan... pastu aku sapu la kat tempat yang kaca berderai tu
Tangan dah le sakit kan so cara sapuan pun tak berapa smooth
Ingatkan masa aku sapu tu dah habis la saki baki kaca tu

Semalam masa aku nak pegi ke ruang tamu, masa lalu kat bendul tu tetiba la pulak kaki aku cam tercucuk something. Ingatkan ada serpihan mozek yang pecah ke. Tengok2 tumit aku dah berdarah banyak. Cepat2 pegi masuk bilik air nak basuh darah tu. Yang laki aku pulak tengah mandi masa tu.. so sambil cuci darah cuci mata sekali la nengok laki bugil2...hahahahaha

Aku suruh hasben aku tengok tumit aku tu, dia kata ada kaca. So dia yang keluarkan kaca tu dari tumit aku. Walopun kecik je kaca tu tapi terasa gak pedih2 tu. Dah le tumit kan darah banyak, so lambat la darah tu nak berenti. Lepas keluarkan kaca tu cepat2 curah dengan minyak afiat.

 Tumitku yang terluka.. 
[Sori la gambar blur..]

Tengah lap darah yang mengalir sebelum sapu minyak afiat 

 Ini la bekas luka semalam
[tangkap pagi tadi]



**Macam2 hal bulan April ni...

Wednesday, April 25, 2012

MISTAKE

Jumpa tak apa yang salah?

UPDATE LUKA

Nampak beno aku dah takde modal nak apdet blog ni
Pasal luka pun nak citer ke..
Sapa tak sanggup tengok, usah le nengok ye
dibuatnya muntah hijo idak le teman nak bertanggungjawab yer...

Hari ke-4 selepas kejadian ngeri, ini la rupanya...

Alhamdulillah... luka semakin kering
Dah takde pedih... dah boleh ambil sembahyang seperti biasa
Tak jemu2 sapu minyak afiat
[semalam dah beli botol baru buat stok kat rumah..hehehehe]

WW 2012 #17


Tuesday, April 24, 2012

JANTAN KACA MATA

Dulu aku tak suka tengok lelaki pakai spek mata hitam camni
Sebab masa tu majoriti yang pakai camtu cuma polis2
Nak2 pulak polis dalam cerita keling

Oooo cermin mata camna??? Yang cam ni la
Aku ni tak reti sangat jenis2 sunglasses ni.. tapi kalau cenggini aku panggil cermin mata polis trafik.Tapi semenjak dua menjak ni cam ramai lak yang aku tengok orang pakai spek ni.Especially pelakon la kan [asyik tengok tv je kejenya]

Latest tengok Fahrin Ahmad pakai dalam cerekarama Sabtu lepas. Dan ternyata, mostly yang pakai spek ni akan hampak hensem [pada mata aku la]
Contohnya cam mereka2 ni
[memang la hensem kan sebab tanpa spek tu pun deme dah dilahirkan hensem...hehehe]

Ate dah gambo itu je yang aku jumpa, aku letak le kan
Itu cuma penghias blog je...hehehehe
Tapi aku rasa those yang pakai spek camni pun walopun tak hensem mana still akan nampak hensem sikit la kot
Contohnya cam adik aku ni
Walo poyo, still nampak hensem kan [wah puji adik sendiri nampak!]
Ate, nak puji tok laki, dia takde lagi spek cenggini
Kena beli satu la bang oi.... cap ayam pun jadi le...

Monday, April 23, 2012

T*O*Y*O*L

Sapa layan Versus kat TV hari Jumaat lepas?
Ni baru pertama kali aku tengok citer tu. Episod pertama tu pun tak tengok cuma dengar lagu2 kat HotFM je.
[Kumpulan Hujan bawak lagu Lamunan Terhenti best lah..]


Minggu lepas punya tema ialah lagu2 Sudirman
So far yang aku suka cuma Sofazr & Hujan je



Hujan ada can pi battle lagi minggu ni...

KENGERIAN HARI SABTU

Hujung minggu biasa la untuk aku sediakan sarapan untuk keluarga aku. Memandangkan hari Jumaat tu dah plan beria nak masak berger, so pepagi Sabtu tu aku dah sediakan semua bahan2 untuk masak berger.  Memula hiris nipis2 bawang besar. Pastu nak hiris timun... dalam sekelip mata terus zasssssssss dengan kuku & kulit jari manis aku sekali... Dah le baru nak rasmi grater baru memang tajam gila la mata pisau tu kan.

Sekali membuak2 darah keluar.Aku cepat2 basuh luka pastu jirus dengan minyak afiat.. Kebetulan hasben aku tengah mandi. Aku masa tu dah pitam & terduduk depan pintu bilik air. Hasben aku keluar tengok aku dah tersandar ngan tangan berdarah2.  Peh ngeri gile aku membayangkan situasi sebentar tadi.... Hasben bungkus tangan aku & suruh aku baring kat depan. Anak2 tengok aku dah terkelepek kat atas sofa.. Dan seterusnya hasben aku la yang sediakan sarapan.. Thank you ye bang!

Lepas selesai semua baru la hasben aku kisahkan luka aku. Aku masa tu dah tak sanggup dah nak tengok luka aku cemana rupanya.Memula balut dengan plaster dulu tapi sebab darah banyak tak dapat menampung luka tu nak tak nak kena la balut dengan kain. Ini la rupanya tangan aku di hari pertama.

Jangan tanya mana gambar luka tu sebab aku pun tak berani nak tengok cemana rupanya masa tu. Tapi azab aku belum habis disitu sebab malam time nak cuci luka pulak, kain tu dah melekat kat kulit.. Pergh..... nak menanggalkan kain yang melekat tu, aku terpaksa rendam tangan aku dalam air panas selama lebih kurang setengah jam.. Seriau gila masa nak tarik kain tu. Mulut tak habis2 selawat sambil baju aku dah lencun dengan peluh aku.

Dah tukar bandage, malam tu pulak nak tidur berdenyut2 tangan aku. Azab tak habis lagi sebab esoknya pun nak kene tukar bandage jugak kan. Tapi takut punya pasal, aku tak tukar pagi so malamnya baru aku tukar.. Sekali lagi ngeri sebab kain tu dah melekat kuat kat kulit.... Kali ni sejam baru boleh tanggal.... Fobia dah aku nak balut luka tu...
Hasil cabutan bandage malam tadi [hari ke-2]. Ni pun Yaya yang tangkap gambar sebab aku tak berani lagi nak tengok. Luka tengah kembang & tangan aku kecut dibuatnya sebab rendam sejam dalam air panas. Tobat dah aku nak balut pas ni. Malam pulak tidur pun  kena hati2 la takut terkena tempat luka.

Pagi tadi bangun tidur, lepas  mandi cepat2 curah dengan minyak afiat. So ni la rupa luka aku pagi tadi. [Dah berani sikit aku nak tengok].

Muka yang menahan kesakitan pagi tadi..

Hopefully jari aku akan recover secepat mungkin.. Baru tuhan tarik nikmat jari manis aku dah rasa susah. Mungkin kifarah atas dosa2 aku yang aku tak sedari.  Ya-Allah... ampunkan dosa aku! Dan terima kasih suamiku sebab sudi menjaga aku, anak2 & hal ehwal rumahtangga di saat aku dalam kesakitan camni.

Friday, April 20, 2012

MERAK PUTIH

Masa membelek2 album gi Langkawi tahun lepas, ada la gambar burung merak putih. Tapi masa tu dia tak kembangkan ekornya tu pun. So saje la menggoogle gambar2 burung merak albino ni. [Nampak sangat tak buat keje...hehehehe]


SUBHANALLAH...
Cantiknya ciptaan Allah.

MATI 1 SAAT

Sempena Jumaat yang mulia
Sedikit tazkirah untuk renungan semua

Thursday, April 19, 2012

STRESS KE TIDAK??

Semenjak dua menjak ni memang aku seteressssss giler
Dan memang diakui dengan gambar bawah ni
Laju gile gambar tu bergerak2 sampai rasa nak termuntah pun ada.


Korang pulak cemana?? Stress ke idak??

CEGAH JERAWAT CARA SPONGEBOB

Kalau tak nak muka naik jerawat
Folo le apa yang spongebob ni cakap
Ikut step by step yer...

SELASA HINGGA JUMAAT

Selamat pagi semua....
Aku tau hari ni PERAK cuti kan... Jeles!!!
[dah le hujan time ni.. kalau la dapat tilam & bantal...syoknya...]

Ni nak citer aktiviti aku setiap pagi sebelum start keje
Tapi hanya setiap Selasa hingga Jumaat je

Kantoi!!!!
Menonton di tonton je la wei
Sebabnya setiap petang sure akan miss citer ni
So qada la esok paginya...

Ada tak yang perangai cam aku????

Wednesday, April 18, 2012

L-U-V MADONNA

Tengah bosan sebenarnya + mengantuk
Meh layan lagu Madonna lagi best



Minat gak dengan lagu2 Madonna ni
Paling suka lagu  FROZEN

WW 2012 #16


Tuesday, April 17, 2012

LARGER THAN LIFE!

Baru sempat nak pi AEON yang baru bukak kat Rawang tu
Seronok la dapat berjimba2 dengan kengkawan lama

** Yaya dengan anak kawan aku si Makcik Rehan tu..

KENA KETIT

Sabtu lepas aktiviti aku ialah mencabut rumput rampai yang makin penuh dalam pasu bunga kat laman rumah. Kat pagar rumah aku, bersusun la pokok bunga kertas yang hidup segan mati tak mau. [ehsan Cik Besah la... mana yang dia tak berkenan semua eksport ke rumah aku]

Ada la 2-3 pokok bunga kertas tu dah memang nunggu masa nak mampus kot
Dah tinggal batang je.. so aku cabut la sebab nak buang
Memang dah reput pun di tambah pulak banyak semut api dalam tu
Bersarang dalam pasu bunga tu... telur semut pun bukan main banyak

Masa tengah gigih nak tarik batang pokok tu, masa tu pulak la mencanak2 semut api tu keluar
Tanah yang terpelanting2 [bercampur semut], siap terpelanting kat aku sama
Kat tangan aku memang tak sempat nak diselamatkan dari gigitan semut


Dua2 tangan aku ada kesan kena ketit semut api
Kat  kaki & badan pun ada [siap masuk dalam baju lagi]

Lepas je kena ketit, terus masuk rumah lumur tangan dengan Minyak Afiat 
Tapi esoknya terus naik bengkak2 kena gigit semut tu
Merenyamnya usah citer la... Nak garu takut berkudis lak
Apa petua nak hilangkan gatal & kesan kena gigit semut api ek??

Monday, April 16, 2012

TETIBA GILA AWANG HITAM LAK

Lepas Grey's Anatomy & Desperate Housewives, lepas ni suka sangat nengok Criminal Minds. Tapi tak le minat dari 1st season. Minat semenjak dua menjak ni jer. Citer polis2-FBI-forensik ni cam CSI tu minat la jugak tapi tak teraddict cam GA & DH tu.

Cerita ni kalau tak silap tayang kat 8tv. Tak ingat le hari apa sebab selalunya aku selalu tengok time pukul 11mlm tu. Kalau tak silap aku Hari Sabtu.
Sebenarnya, penarik utama citer ni ialah Detective Morgan
Yang kulit hitam tu ler...
Kenapa tah suka lak tengok awang hitam sorang ni.
Awang hitam yang kat Mesia & selalu masuk 999 tu idak le teman....
[Kalau nampak sure aku cepat2 lari...takut lak rasanya]

Ini la dia Shemar Moore [gigih aku google nama dia tau]
Hensem kan??? Nak2 pulak kalau dia pakai  shades.... Cayor makcik tengok!



** Kalah detective Horatio Caine CSI MIAMI..

KUIH TOKYO

Semalam pegi pasar, nak beli stok barang basah kat rumah tu
Memula asal aku nak pegi cari kuih peneram tu
Sekali ternampak la pulak ada sorang akak ni jual kuih tokyo
First time aku dengar nama kuih ni

Kuihnya tu kecik comel je..
Ada 2 pilihan inti 
6 ketui RM1.00.. 
Korang pernah makan tak?
Kuih ni cam penkek la rasanya cuma ada inti & dilipat dua
Try beli 2 ringgit je semalam
Yaya punya la suka sampai habis dia makan
Aku sempat makan 2 ketui je...

HAPPY BIRTHDAY ABAH

Bulan April ni adalah bulan kelahiran 2 orang lelaki yang paling bermakna dalam hidup aku
5hb ---> Birthday hubby
13hb ---> Birthday Abah 

Hari Jumaat lepas (13/04/2012) adalah birthday abah aku yang ke-58
Memandangkan aku MC hari tu so tak sempat nak buat special entry kat blog
makanya jadi le entry basi di hari Senin ni.
[Entry hari Jumaat hari tu adalah auto published ]

Semalam adik aku ada upload gambo masa event tempat keje abah aku
Kebetulan hari tu birthday abah aku, so depa celebrate la sekali 
[kat hotel lak tu ko...]
Happy Birthday, Abah
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki
Semoga sentiasa dirahmati Allah
dan bahagian di dunia & akhirat.
We all love you!

Friday, April 13, 2012

MASIH BELUM TERLAMBAT

Tuntutlah ilmu sampai ke liang lahat
Learning is a never ending process
Tak rugi  baca buku ni..

DUDUK BETUL2 TAU!

Ini ialah cara duduk antara dua sujud yang betul 
Kalau lelaki senang la nak nampak betul ke tak betul
Yang pompuan susah sebab tersorok dalam telekung.

Kalau korang rajin cuba perhatikan orang2 sembahyang
Ayah, suami, anak, adik, sedara mara, 
Takpun kalau kat masjid, surau @ tempat sembahyang awam cam kat R&R @ shopping complex, mesti korang akan jumpa macam2 pesen orang duduk antara 2 sujud tu. Ada yang tak tegakkan tapak kaki kanan, ada yang cam duduk bersimpuh, ada yang bengkokkan ibu jari sahaja dll. 

Ambil perhatian ye muslimin & muslimat semua
Ada sebab kena duduk betul2 macam tu
Sebabnya di tapak kaki kita ada titik akupuntur yang perlukan tekanan yang betul
[ni dari kesihatan le]
Dari segi lain sila la gugel sendiri ye
Jangan kerana salah cara, sembahyang kita tak diterima Allah pulak.
Lagipun solat merupakan perkara yang pertama ditanya di dalam kubur nanti.

** Ayuh perbaiki solat!

Thursday, April 12, 2012

TAK TERKATA DIBUATNYA


Jahil??? Bodoh?? Bangang???
Sila describe sendiri..

DIA DATANG LAGI

Paling benci kalau mende ni datang
Serba serbi jadi tak kena

Memula rasa dahaga sentiasa
Pastu sakit tekak pulak


Sakit kepala pun datang
Nafas pun tersekat2
Hidung tersumbat
Bersin & batuk
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Aku dah kena SELSEMA..

Wednesday, April 11, 2012

WW 2012 #15

YES OR NO???

Tuesday, April 10, 2012

LEPAS KUCING, TIKUS LA PULAK

Tension tul aku dengan binatang2 kat rumah aku ni
Walaupun buan aku yang bela tapi peelnya tu memang menyakitkan hati aku
Semuanya nak buat rumah aku cam jamban

Memula cicak la... taik merata2, pastu kalau malam bukan main lagi deme bersukaria kat dinding rumah aku. Sekarang lagi pandai tau, yang kecik2 tu dah pandai pulak merayap atas lantai dapur. Geli tau!

Pastu kucing la pulak buat laman aku tempat pembuangan najis. Baik berak mahupun kencing. Habis laman aku bau taik kucing. Kat dinding rumah lak bau hancing kencing kucing. Haish.. tak larat nak simbah dengan air panas dah dinding rumah aku tu. Yang geram tu semua kuicng2 tu bukannya aku bela. Lagi tensen bila ada yang memancut kat rak kasut aku. Kadang2 kat kasut aku tau. Bila nak pakai untuk gi keje, terus rasa lekit2.. Eauw... busuk okeh!

Yang terbaru, adalah cencorot pulak. Tah kot celah bedah mana la pulak dia masuk. Padahal setiap malam aku sendal lubang pintu dapur aku dengan kain. Kelmarin masa aku nak mandi, tetiba terbau hancing kat dapur. Takkan la kucing kan. aku cium2 rupanya bau tu datang dari bawah sinki. Dah le situ penuh dengan khazanah besi buruk laki aku. Dan2 ambik febreeze sembur kat situ. Kot2 la mau hilang baunya masa aku balik keje petang nati.


Balik keje semalam, bau hancing tu dok ada lagi. Makin kuat lak aku rasa. Nak termuntah pun ada. So aku nak proses la bawah sinki tu. Ada satu kotak tu aku letak kepala mop & dalam tu jugak ada besi buruk part motor & kereta hasben aku. Sekali aku belek2 & cium, terus aku rendam kepala mop tu dalam baldi. Bubuh klorox bagai. Pastu tengok lagi dalam kotak tu ada lagi saki baki kencing tikus tu kat besi2 tu semua. Cane nak buat tu?? Takkan nak basuh kot?? Nak buang laki aku tak bagi la pulak.. Nak letak luar pun hasben aku tak bagi. Aduh... Sanggup la dia bau hancing tu kan. Aku lak terseksa sebab everytime lalu kat sinki tu sure aku tahan napas. Semput ahkak dibuatnya!

Korang ada cara nak menghilangkan bau hancing tu???? Dah nak dekat sebotol Febreeze aku sembur kat situ tau. HELP!

DEMAM 2 HARI

Dari malam hari Ahad tu badan si Adib dah panas cam demam dah
Tapi aku bagu je la dia ubat demam yang ada kat rumah tu
Keesokannya tengok badan si Adib cam dedar2
Pesan kat babysitter, kalau dia still demam tak payah la suruh dia gi sekolah

Petang semalam masa ambil Adib kat rumah babysitter, babysitter kata dia cam nak kena demam campak
Sebabnya si Adib asyik menggaru satu badan
So malam tadi bawak la dia gi klinik
Kami gi Klinik Sentosa kat are rumah aku tu je
Senang sebab semua rekod kitaorang kat klinik tu.
 Budak demam tengah menggaru


 Sementara menunggu doktor datang, posing la dulu. Laki aku siap perasan konon posing cam Aaron Aziz. Huh... jauh panggang dari api der....


Masa ni orang pun takde lagi [kami org first] so aku tak segan le nak tangkap gambar dalam klinik. Kalau ramai segan jugak , nanti orang kata jakun tak pernah datang klinik lak.



 Dua beradik yang nak kena cek doktor..


Dah alang2 ke klinik, aku suh doktor cek Yaya sekali sebab Yaya ada batuk & mulut dia cam kering. Lagipun stok ubat batuk kat  rumah tu dah habis.


Tunggu 15 minit baru la doktor sampai. 
Melayang gak le RM50 semalam.. tak kisah le tu kan, janji anak2 sihat
Adib dapat la MC 2 hari. Esok kan cuti so boleh la dia rest sehari lagi kat rumah.

Monday, April 9, 2012

DATO' SITI YANG MANTOP

Ni gara2 ABPBH semalam la ni
Sakit mata nengok pesen artis2 Mesia ni kan
Banyak hazabedah weh.. sampai nak berjalan pun payah
Ketat sana ketat sini, belah sana belah sini.. pergh...
Macam nak terkoyak kain baju tu pun ada..ish..ish..
[Banyak dosa mata aku semalam!]

Tapi dalam banyak2 tu tentulah kita tertumpu pada artis2 yang glamer
Yang paling  glamer tentulah Dato' Siti Nurhaliza tu kan
Ha... amacam mantop tak???
Especially masa dia naik pentas untuk ambil anugerah tu
Memang terserlah kebesaran kopeknya tu [ayat terus terang]
Laki aku pun boleh tegur tang part tu sebab obvious giler
Kalah kopek si RCW dibuatnya ...hehehehehe
Lagipun kaler baju tu pun tak sesuai dengan Siti..

Dalam banyak2 pesen tu cuma Maya Karin je pesennya yang aku rasa sopan. Tak perlu nak dedah sana, ketat sini, bonjol sana  kan?? kan??