Tahun ni musti tukar langsir
kalau tak dapat satu rumah
dapat yang baru untuk ruang tamu jadi le
[ate udoh 3 tahun dok ulang tayang langsir sama je]
Basuh kering pakai yang tu balik
lagipun sheer curtain rumah aku tu kan ke dah reput
WAJIB......... tukar baru [kang terdedah aurat rumah aku laks]
Misi bermula semenjak hari Jumaat
sementara hasben aku OT, aku pi terjah TEWAH
tahu ke TEWAH tu apa???
ala, kedai jual kain baju & langsir
tapi aku pi kat Giant Taman Permata je
Plan aku kununnya, kalau tak lawo kat TEWAH
ingat nak lari kejap ke NAGOYA kat Carrefour tu [kalau sempat le]
Belek punya belek
Telek punya telek
kat TEWAH je dah makan masa dekat sejam
rambang mata weh, nak pilih
pegang sini, berkenan yang sana
pegang sana berkenan yang situ
Ni antara langsir yang aku berkenan kat TEWAH
ada banyak lagi tapi cam segan la nak tangkap gambo
nampak sangat jankunnya
Hari Jumaat tak dan dah nak singgah NAGOYA
akhirnya ambil keputusan pegi keesokannya
[kebetulan aku keje kat Wangsa Maju hari tu]
Penjelajahan bermula pukul 1 tengahari [lepas abis keje]
Sampai je NAGOYA.... semakin rambang mata aku
pilihan lagi banyak dari kat TEWAH
nak murah, nak mahal, pi la jengah
aku bajet ciput je so melilau kat area kain yang bawah harga RM10 je la
nak beli yang belas2 ringgit semeter tak mampu la den
Pusing punya pusing
sampai salesman & salesgirl pun jemu tengok aku gamaknya
still tak dapat buat keputusan jugak
Nak cari langsir cam drama Nora Elena tu idak la terjumpa
tapi jumpa yang bulat2 cenggini cam suka pulak
akhirnya snap gambo sekeping sebab nak tunjuk kat tok laki
nak mintak approval la konon
Keputusan??? Nanti aku citer next entry.