Ni khas untuk pesakit-pesakit resdung... macam aku jugak..[hehehe]. Korang sure pernah pi buat rawatan resdung kan?? Pakai asap la, pakai sabun la, bekam la..bla..bla..bla.. Tapi yang ni memang real giler nampak ulat2 resdung tu keluar kat muka. Scary & geli wei... Ade sanggup buat?? Cuba korang tengok video ni...
Wednesday, June 30, 2010
Rawatan Resdung... Ade bran???
Tuesday, June 29, 2010
Sedikit Renungan Dicelah Kesibukan Kita Setiap Hari
Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid, kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Quran dan mencari kebenaran, bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka -Allah dan pembawa risalahNya-Muhammad, pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."
"Oleh itu, biarkanlah mereka pergi ke masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga mereka tidak lagi mempunyai waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Pada masa sama, sibukkan diri mereka dengan hal-hal keduniaan sehingga melewat-lewatkan solat di akhir waktu."
"Inilah yang akan kita lakukan", kata Iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?", tanya para hadirini aitu iblis, syaitan dan jin. "Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka."
Jawab sang Iblis lagi, "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA dan BELANJA melebihi pendapatan, serta BERHUTANG, BERHUTANG dan BERHUTANG (ceti, belian barang secara ansuran, ahlong atau credit card) lalaikanlah mereka."
"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari seminggu, overtime sepanjang masa, 10-12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong. Jangan biarkan mereka mendidik dan menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka. Apa yang peru mereka fikirkan ialah WANG! Wang! dan kemewahan sepanjang waktu."
"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahawa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari kerja. Dorong terus cara berfikir itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."
"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset atau CD selama mereka berkenan. Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC mahupun PS (play station) di rumah sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran mahupun pusat membeli belah di dunia ini. Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya."
"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid. Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari. Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan. Banjiri kotak surat mereka dengan informasi yang tidak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari bermacam-macam iklan."
"Muatkan gambaran wanita yang cantik, yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahawa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka. Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, tiada masa melayan suami dan karenah anak, buatlah mereka sering sakit kepala."
"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka suami akan mulai mencari hiburan diluar. Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga. Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat. Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu unutk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, gimnasium, konsert-konsert, panggung wayang dan pusat-pusat yang melekakan."
"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK dan SIBUK. Perhatikan jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata. Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah. Dan dengan segera meraka akan merasa bahawa rezeki, kebaikan, kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usaha kuat mereka dan bukannya atas izin Allah."
"PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL, RENCANA YANG BAGUS!". Maka Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh bersemangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIM MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURU HARA. Dan hanya ada sedikit waktu sahaja untuk beribadat kepada Allah. Tidak lagi mempunyai waktu untuk bersilaturrahim dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya.
APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???
ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!
** Tetiba aku merasakan sesungguhnya betapa mudahnya manusia (terutama aku) diperdayakan oleh syaitan!!!
Gelak Kejap : Part 2
ANAK YANG BAIK
Dua orang wanita sudah lama tidak berhubung, akhirnya bertemu di sebuah pasar. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya...
Wanita 1: Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna
Wanita 2 : Apakah dia merokok?
Wanita 1: Oh, tidak!.. tidak sama sekali
Wanita 2 : Dia kekadang minum bir?
Wanita 1 : Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik.
Wanita 2: Dia kuat bersosial.. dan selalu pulang larut malam ke rumah?
Wanita 1 : Tidak pernah sama sekali! Namanya jugak anak terbaik dalam keluarga.
Wanita 2 : Wah nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?
Wanita 1 : Minggu depan genaplah usianya enam bulan!
Wanita 2 : ??????
AKUI DIRI
Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. DIa hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri. DIa bertanya, " Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri.". Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata, "Oooh... jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?". Pelajar itu menjawab, "bukan... sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang sahaja yang berdiri!"
PANCING
Suatu petang, ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk di tepi paya dengan memegang pancing sambil merokok. Orang-orang yang melihatnya kehairanan. Ada yang kasihan ada juga yang ketawa. Tiba-tiba Badul menghampirinya dan bertanya..
Badul: Pakcik ini memancing untuk apa?
Atuk : Untuk makan..
Badul : Oh.. kalau macam tu..ayuh ikut saya makan..saya belanja
Mulanya tok itu malu2 kemudian setelah dipaksa akhirnya dia ikut saja. Sambil makan si Badul bertanya,
Badul: Pancik memancing di paya tu ada ikan ke?
Atuk : Oh, ada
Badul: Biar betul pakcik ni.. dah berapa ekor dapat?
Atuk: Kamu yang kelima
LARI JAUH
Ibu : Fendi...kenapa wajahmu pucat dan nafasmu termengah-mengah?
Fendi: Saya berlari jauh untuk menghentikan sebuah perkelahian.
Ibu : Wah, bagus sekali perbuatanmu. Siapa yang berkelahi?
Fendi : Fuad dan saya
Ibu: Ceh, dasar penakut!
LOGHAT MANA LEBIH MUNASABAH?
Timbul persoalan, loghat daerah mana yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur? Jawapannya : Loghat pantai timur(Kelate) adalah munasabah Bahasa Melayu standard.
Con: Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai disitu didapati emaknya tiada.
Loghat Utara (Kedah):
Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak.
Loghat Pantati Timur (Kelate):
Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dia, gi gi mek dio tak dok.
KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada, tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang la munasabah!
Ketenangan Jiwa
Rentetan kekecewaan lepas, terjumpa gambar ni masa aku gi konvo Acik kat UiTM tempohari.
-one of hasil karya bebudak UiTM yang dipamerkan kat galeri deme-
** Berserah je pada takdir Allah.. because life is full of surprises!
Monday, June 28, 2010
Nak Teruskan Atau Berhenti Saja??
Selalunya bulan Jun memang due date untuk bayar apa2 profesional annual subscription [Profesional ke aku???]. Macam Bar Council (sape jadi loyer sure tau punya) pun due date bayar yuran sebelum 30/6 setiap tahun. Sama la jugak dengan MIA. Walaupun aku tak praktis sebagai CA tapi yuran keahlian kena bayar jugak.
Email dari MIA dah betubi2 masuk inbox aku tapi aku buat dek je.. Nak bayar ratus2 ni liat le sikit kan. Tujuan utama join MIA ni ofkos la sebab nak dapatkan keje yang bagus, gaji yang bagus jugak Tapi nampak gayanya dah 2 tahun join MIA ni still takde perubahan pun. [Masih tersadai di tempat yang langsung tak menghargai kelulusan aku]. Yang berubah cuma la bentuk badan yang makin mengembang di samping beg duit yang semakin mengempis. Ingatkan dengan sijil yang aku ada peluang cerah le untuk berhijrah ke tempat lain tapi hampa la wei..
** Sekadar luahan perasaan yang takde kena mengena dengan korang pun...
Sunday, June 27, 2010
Nasi Lemak Yang Sangat Sedap.... Sila jangan percaya!
First time nak masak nasi lemak.. Hehehe... Selama ni asyik tengok mak buat tapi tak pernah try sendiri. Lepas nengok si Ratu Kebaya masak nasi lemak teringin la pulak nak buat sendiri..
Jeng..jeng..jeng...[dengan penuh debar2 nak start masak ni...]
Memula biasa la goreng ikan bilis sampai rentung garing
Peh tu masak sambal dia pulak...
Gambar selepas masak lupa nak snap (sebab sekudip suh basuh berak la pulak!!)
Finally, dah terhidang atas meja....
**Lauk ayam tu lauk malam tadi... hehehe..
Nasi aku masak 3 pot je.. Habis !!! Mana taknya sorang tambah 2 kali.. Nasi lemak tu tak berapa jadi tu yang segan nak tepek rupanya.. Kalau en.somi makan tu bertambah kira masakan aku okeh la tu kan.. dia la jadi tukang benchmark aku.. Tapi pada aku sendiri sebagai tukang masak, masih tak tercapai piawai yang aku kehendaki.. Kena improve lagi lor..
Friday, June 25, 2010
Hutang, Pinjaman & Simpanan
Tajuk yang sungguh ilmiah hari ni.. Hehehe
Oops... aku bukan nak bagi tip ye kengkawan
Sekadar nak melontarkan pandangan tentang 3 perkara di atas
[Kalau nak citer panjang2 baik korang terjah je blog2 yang berkaitan dengan isu2 di atas ter..]
Biasa la hujung bulan kan... time2 nak gaji kan...
Semua pun dok tertunggu2 bila la gaji nak keluar kan???
Jangan kata korang, aku pun sama gak
Bila dah sampai hujung bulan
saki baki duit yang tinggal pun tinggal serdak2 je
Time ni mula la berjimat & cermat berbelanja
Tapi yang aku pelik tu, lagi 2-3 hari nak gaji
masih ade lagi insan2 yang ambik advance la
nak pinjam la, hutang la.. (sama la tu kan?)
Eh??? korang ni takde simpanan ke??
Nak2 pulak bila ade emergency cases yang menyebabkan korang kena keluar duit
takkan nak korek duit orang kot???
Yang lagi bengang tu, bila dah pinjam
time nak bayar, time tu la dia buat2 lupa
liat nak bayar
kalau bayar pun separuh dari yang dipinjam
pastu sebelum habis baki yang pinjam dah pinjam lagi
senang benar hidup korang yer...
Lain kali dapat gaji simpan la sikit
kita ni banyak lagi keperluan dalam hidup
tapi kalau boleh elakkan le berhutang atau pinjam duit orang
kalau setakat nak beli TV 2-3 ratus tu hentikan la buat "loan" dengan orang
kalau tiap2 bulan korang simpan RM50 pun 5-6 bulan dah boleh beli TV
Kalau terdesak sangat, itu maaf le jugak
Ini tahu2 pinjam duit orang untuk beli luxury item yang tak sepatutnya
(aku pun tak beli benda2 tu, orang lain lak syok2 pinjam untuk beli)
Kalau rasa tak perlu & belum mampu lagi
pospon la dulu hajat tu
aku & hasben aku pun kalau rasa kewangan belum cukup nak dapatkan
apa yang dikehendaki, sabar la dulu... benda2 tu pun bukannya dah takde jual
kalau ikutkan hati sapa yang tak nak berbelanja mewah
tapi kena la ukur baju di badan sendiri, bukan kat badan orang lain!
Tengok Kartun Zaman Kanak-Kanak
Pepetang hari Jemaat ni, tahap kemalasan takleh nak bendung lagi. So bukak youtube pi tengok kartun. Pastu baru teringat nak tengok citer kartun dulu-dulu. Tak dapat full episode, lagu tema pun jadi la.. Syok pulak layan kartun faveret dulu-dulu.
Kalau korang ingat tak lagi kartun2 ni??? Aku dulu takleh miss walau satu episod. Kalau ikutkan banyak lagi tapi antara yang paling aku ingat ini le dia.
1. Jem & The Holograms
2. Voltron
3. Saber Rider & Star Sheriffs
4. Thundercats
5. Alvin & The Chipmunks
6. Smurfs
7. Care Bears
8. Captain Planet & The Planeteers
9. She-ra
10. Mask
Tetiba Aku Teringin Nak Makan Cupcakes!!!
Semalam petang lepas balik keje, pi la jengah peti esbok kot2 ade kudap2. Yang banyak dalam tu gula2 anak aku jer. Peh tu ternampak la sebijik cupcake yang dah takde krim (sebab Yaya dah jilat krimnya). Actually cupcake tu dapat masa gi kenduri Abang Ros kat Bangi. Tetiba jer perasaan berkobar2 nak makan kek tu (walaupun tak sedap, tapi teringin punya pasal aku bedal jugak!)
Aku tak makan perabih pun, cuma nak memenuhi tuntutan nafsu je.. Dah 2-3 suap terus masuk tong sampah. Sori ye Abang Ros, cupcake to seriously tak sedap... Rupa dia je la yang boleh tahan..hehehe..
Pagi ni masuk opis tetiba teringat cupcakes. Saje2 je melayan mata pi google gambo2 cupcake.. Petang ni harus singgah kedai pi beli 2-3 dozen cupcake.... Layan je le gambo2 ni... kot2 mau kenyang jap..
**Sekali tengok sayang nak makan (sebab lawonya designnya), 2 kali tengok terus terasa nak telan... (buat masa ni telan air liur je la...)
Kenduri Dari Bangi Ke Batu Caves
Hujung minggu lepas penuh Sabtu Ahad pegi kenduri. Tu la antara tujuan mak aku datang dari Ipoh. Kononnya nak pegi kenduri kahwin anak sedara belah abah aku or lebih femes dengan panggilan Abang Ros (aku pun tak tahu dia berapa pupu dengan aku..hehehe)
Abang Ros ni nak kahwinkan anak tunggal dia. Kenduri tu kat Bangi, kat dewan German Malaysian Institute. Jenuh la nak mencari tempat kenduri (maklum la tak pernah sampai Bangi..) Sib baik la adik aku yang jadik driver siap dengan GPS lagi.. Lepaih tersesat 2-3 kali (pakai GPS pun boleh sesat ma....)akhirnya sampai jugak le tempat dituju. Yang seronoknya dapat la aku jumpa mak-mak sedara & sepupu sepapat yang dah bertambah2 anak & berat badan (dah lebih 5 tahun tak jumpa oooo).
Hari Ahad pulak kenduri anak Abang Ros sebelah pihak lelaki pulak. Dekat Batu Caves je kendurinya. Dekat bebeno la dengan rumah teman. Konon janjinya nak berkumpul pukul 12tgh rupa2nya kul 12 tgh pihak perempuan baru nak bertolak dari Bangi.. Kitaorang ni kul 12 dah terpacak kat rumah pengantin lelaki. Last2 lepak le kat surau berhadapan dengan rumah kenduri tu.
-ruang legar surau tu punya la luas sampaikan anak2 aku bebas berlari.. macam2 stunt dibuatnya. bila letih dahaga pulun la air botol yang hasben aku beli-
-insan2 keboringan menunggu...-
Subscribe to:
Posts (Atom)