Bebaru ni masa aku tengah kemaskini document dalam pc aku kat opis ni aku terjumpa la artikel ni. Tah dari mana aku kopipes pun aku tah ingat. Dah terkebetulan aku ni pun tengah berdiet maka teramatlah sesuai artikel ini untuk aku. Biasa la aku, sure nak kongsi-kongsi ilmu ni dengan korang...
Tahukah anda (of kos la korang tahu ye dak????) setiap sistem dalam badan bergantung kepada air? Anda mungkin telah tahu tapi saya ingin berkongsi pengetahuan ini.
Ada 10 sebab mengapa anda perlu meminum air secukupnya sebagai sebahagian dari amalan harian.
1. Dapatkan kulit sihat.
Air menolong melembapkan kulit dari dalam. Air adalah komponen utama yang penting untuk mengekalkan keanjalan dan kelembutan serta dapat mengelakkan dari kekeringan kulit.
2. Mengurangkan Berat Badan [ni aku soka nih!!!]
Peningkatan meminum air dapat meningkatkan pengawalan berat badan. Ia dapat mengelakkan anda dari keliru antara kehausan dan kelaparan. Air mengekalkan sistem badan anda termasuk metabolisme dan penghadaman, memeberikan anda tenaga dan hidrasi untuk senaman.
3. Mengeluarkan toksin (racun)
Penghapusan toksin berlaku dengan pengambilan air secukupnya dan seterusnya mengurangkan beban buah pinggang dan hati.
4. Mengurangkan risiko serangan jantung.
Penyelidik di Loma Linda University, California yang melakukan penyelidikan ke atas lebih 20,000 lelaki dan wanita mendapati mereka yang minum air lebih dari 5 gelas sehari menghadapi ririko yang rendah dari serangan atau sakit jantung berbanding dengan mereka yang minum air kurang dari 2 gelas sehari.
5. Anjalan dan pelinciran ke atas sendi dan otot.
Air adalah komponen utama cecair yang melincir dan menganjal sendi dan otot. Mengambilk air sebelum, semasa dan selepas satu satu riadah dapat mengelak dari kekejangan otot dan keletihan.
6. Air dapat menghalang penyakit sembelit.
7. Sentiasa ada hidrasi, bertenaga dan tetap peka.
Secara hitung panjang, kebanyakkan orang dewasa hilang kira-kira 10 cawan (1 cawan = 8oz) cairan melalui peluh, pernafasan, kencng dan gerakan najis. Walaupun anda mengalami kekurangan hidrasi yang sederhana, ia akan menyebabkan hilang tumpuan, pening kepala, tidak selesa, mengantuk dan penat.
8. Mengawal suhu badan.
Berpeluh adalah mekanisme semulajadi badan untuk mengawal suhu. Untuk berpeluh, anda perlukan banyak air.
9. Mengurangkan risiko penyakit & jangkitan.
Air boleh menghalang berlakunya batu karang pada buah pinggang dan mengurangkan bahaya jangkitan pada pundi dan saluran kencing dan buah pinggang. Penyelidikan mendapati wanita yang minum air lebih dari 5 gelas sehari menghadapi bahaya barah usus 45% lebih rendah dari mereka yang minum air 2 gelas atau kurang sehari.
10. Jadikan diri anda sihat.
Tadisi turun menurun "minum banyak air" apabila anda sakit masih amat berguna. Air dapat menurun dan mengawal demam, menggantikan cairan yang hilang dan mencairkan kahak.
Tips dan nasihat ini BUKAN sebagai ganti nasihat doktor anda. Anda dinasihatkan menemui doktor jika anda menghadapi satu masalah kronik. Nasihat ini hanya bahan bacaan tambahan selain inisiatif anda sendiri untuk mencari bahan lain dalam menjaga, mengekal dan meningkatkan tahap kesihatan anda.