Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 16, 2009

Mandi kolam

Untuk memenuhi hajat anak2 aku nak mandi kolam, so aku dah belikan kolam yang baru untuk depe. Kolam yang dulu agak kecik & dah koyak pun sebab dicakar dek kucing. Kolam yang baru ni agak besar la jugak. Kiranya boleh la nak memuatkan satu family aku..(Kitaorang ni pun bukannya beso beno...) Hahaha.. cukup2 besar la untuk kami 4 beranak ni.... Bila kolam dah besar, bil air pun mestilah besar jumlahnya yedak??? Tah berapa la pulak bil air rumah aku bulan nih????




Hai si Adib ni bukannya nak pakai spender.. Tu dah ternampak "le le" dia. Kalau dipakaikan spender dia suh bukak... Macam ni tak leh le nak mandi swimming pool nak oi!!!

Aktiviti Wajib Hujung Minggu

Seperti orang lain, asal hujung minggu je mesti ade aktiviti kekeluargaan yang dibuat. Sama la ngan family aku. Memandangkan umah aku ni rumah tepi dan ade tanah luas sekangkang gajah & cepat sangat penuh ngan lalang maka aktiviti utama hujung minggu ialah menebas rumput & lalang. Orang yang paling rajin bab-bab memotong rumput sape lagi kalau bukan Encik Somi & Cik Besah la.... Ni "ceplos" dua ekor ni pun biasa la nak mengenteprem aktiviti menebas...
Gigih sungguh En. Amat motong rumput (masa ni CikBesah tak sampai lagi...Tak leh nak candid gambo dia)
Ni anak dara aku ni... sebok ngan rambut senget dia... bila aku candid gambo abahnya dia pun nak menempel... (disebabkan stail rambut senget ni Cik Besah selalu panggil dia Noor Kumalasari... Hahahah)

Sikudip ni bila kakaknya mengikat rambut dia pun sama nak ikat rambut. Rambutnya dah le sejemput.. Tang sejemput tu je la yang boleh ikat pun... Dah jadi macam ninja sesat lak... (Tapi kata pendekar bujang lapok... Jin Pakai Tonceng)
Bila dah diikat rambut, dia suruh bukak pulak... Sampai menangis..... Pas2 suh buat rambut pacak.. Ko tau tak rambut ko tu alahai... rope Tok Najib je... Last2 rambut pacaknya dah macam rambut Goku Dragon Ball.. haiya!!!

Friday, August 14, 2009

PERGI TAK KEMBALI

Semalam satu Malaysia dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani tu. Tah le maybe disebabkan aku membesar bersama lagu2 nasyid (minat pun since masa masuk Taayah kot & terjebaknya aku dalam Ainul Yaqin) so aku terasa la jugak dengan kehilangan arwah. Pagi tadi masa drive on the way ke office, aku ter"emo" jap masa dengar lagu Pergi Tak Kembali. Siap aku boleh menitiskan air mata lak.. (Insaf le kejap....) . Sama2 la kita sedekahkan Al- Fatihah untuk beliau & hayati lah lagu ni....





Pergi Tak Kembali

Album :
Munsyid : Rabbani

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Thursday, August 13, 2009

Merajuk Dengan Opah

Ahad lepas babysitter aku buat kenduri menyambut puasa. Aku bawak la si Aleeya ikut aku. Dulu kan ke si Yaya tu K.Mah yang jaga. Bila dah keluar si Adib dia dah tak nak pegi umah K. Mah tu (sebab sepanjang aku berpantang asyik duk umah Opah je). Start masa aku deliver si Adib dia dah tak nak duduk kat umah babysitter. Tapi sejak aku bawak dia gi kenduri tu esoknya dia mintak nak duk umah Mak Mah (panggilan untuk babysitter). Masa tu aku just ye ye je la. Esok pagi aku tak hantar pun ke umah babysitter. Dia punya la melalak depan pagar umah Opah masa aku hantar dia pagi tu. Aku pujuk bawak masuk umah Opah & terus masuk kereta.

Petang tu Cik Besah a.k.a Opah a.k.a my MIL cakap Yaya merajuk + mogok. Tak nak makan, tak nak mandi, tak nak cakap ... Kalau Opah tanya langsung tak nak cakap. Kalau Atuk yang tanya dia cakap pulak. So malam tu aku tanya dia , "esok Ya nak gi umah opah ke umah Mak?". Dia cakap nak gi umah mak. So pagi esoknya aku hantar la dia umah Mak Mah. Kata K.Mah so far dia OK je duk sana. Maybe sebab si Adib ade kat situ kot. So ade teman nak bermain. Cumanya dia tak nak tido siang je. Makan, mandi, gosok gigi semuanya OK. Abah dia tanya kenapa Ya tak nak pegi umah opah . Dia cakap Opah marah Ya & pukul Ya. Bior betul?????

Sebelum dia tidur, aku tanya dia the sama question, kenapa tak nak pegi umah Opah. The same answer dia jawab. Aku citer la ngan hasben aku. Betul ke??? Konfius aku. Masuk hari ni dah 3 hari duk umah babysitter. Kang apa lak kata MIL aku. Kot2 dia pikir aku yang menghasut anak aku jangan duk umah dia lak.... Pening kepala den..

Wednesday, August 12, 2009

Salah aku ke???

Semalam hasben aku MC. So aku kena drive sorang la balik nanti. Kebetulan abang ipar aku pun MC so biras aku terpaksa la tumpang aku balik. Tak kisah la at least ade gak member nak bersembang. Dekat pukul 6 aku ambik dia kat depan JJ Wangsa Maju. Bila dah sampai Taman Melati tetiba gear kereta aku stuck. Gabra giler... Sib baik ade Petronas kat situ. Sempat la masuk ke Petronas tu sebelum kena tolak ngan Mat Bangla yang kerja kat situ. Dah le henpon aku dah habis kredit so takleh nak call abang. Mintak tolong la K.Ti call kan hasben dia tanya apa nak buat. So dia suh tutup enjin pastu try start enjin balik. Alhamdulillah... boleh pun. So teruskan perjalanan balik tanpa masalah lagi.

Sampai kat rumah hasben aku tengok kereta pastu dia tanya kenapa ade calar kat bonet belakang. Aku cakap mana la aku tahu. Aku mana ade langgar apa2 pun. Pastu dia start la bising2. Pastu dia tanya lagi camne getah lat pintu belakang tu tercabut. Mana la aku perasan bila benda alah tu hilang. Lagipun pintu belakang tu jarang dibukak. Entah2 dah lama hilang tapi tak perasan. Bila semalam je nak bising2 kat aku. Aku pun bukannya 24 jam mengadap kereta tu. Kalau dah hilang masa kat parking nak buat camne.... Tension tul!!! Asal kalau tak calar sikit kereta tu semuanya salah aku. Yang dia tu buat calar balar kereta aku tak pulak aku nak bising2. Menyampah betul!!!


Ni gambar pinjam kat Pakcik Google... Getah pintu kereta yang hilang tu macam dalam gambar ni la, cumanya dalam gambar ni getah pintu depan yang takde tapi kereta aku getah yang pintu belakang punya.

Look -alike Meter

Terjumpa website ni kat blog member aku. Nice to try.... Ni lah resultnya...







Sunday, August 2, 2009

Kegunaan Kotak TV

Masa hasben aku beli tv hari tu, tak le suruh orang kedai tu angkut kotaknya sekali. TV 29 inci punya kotak korang bayangkan le beso mana. So anak2 aku apa lagi...MAIN!!!! Tengok la aksi budak 3 orang ni....

Dalam gambo ni ade si Adib, tapi sebab kenit sangat sampai tenggelam dalam kotak(Nampak tak kepala dia kat si Yaya tu???)

15 Years of Service

Last week my hubby dah dapat award for 15 years of service at TCMA. Dah lama rupanya laki aku jadi kuli NISSAN kekdahnya... Hahahaha. Diam tak diam tahun ni dah masuk tahun ke 16 dia keje kat sana. Well, untuk menghargai jasa2 kuli yang "terlalu" setia dengan TCMA, so my hubby dapat la "sikit" duit loyalty dari company. Jadi la...sape nak bagi yedak... Walaupun sikit (pada aku sikit la sebab tak setimpal pun dengan khidmat dia yang selama 15 tahun tu), tapi bersyukur la dengan rezeki yang diberi. Kalau nak dibandingkan dengan aku ni, jangan kata 15 tahun, 5 tahun pun langsung tak dihargai... Kalau nak resign, memang dialu2kan tanpa counter offer lagi.... Kata Dato' yang sombong tu, sorang berenti 10 lagi nak masuk.. Ewah... sonangnye cakap.. tengok la sekarang dari 60 orang staff ko la ni tinggal 30 orang jer.... Apa la nak jadi...


Ini la cek for 15 Years Service Award

Dapat je duit tu, hubby plan nak beli something sebagai kenang2an dapat award tu... Last2 after dipikir2 kan maka dia pun beli la TV 29" (Besar godang ko!!!) .. Nak buh dalam bilik katanya, senang dia nak tengok F1 @ race motor... Lantak la bang, awak punya duit suka awak la nak beli apa...


Nilah tv nya... Walaupun cap ayam jadilah buat "tanda" hasil duit tu...

TADIKA PILIHAN

Sebelum ni dah aku ceritakan dilema aku nak menghantar Si Aleeya ke tadika. Pagi tadi dah survey tadika2 yang boleh dijadikan pilihan tadika untuk Yaya. After dishortlistedkan, aku dah pilih 2 tadika.

Tadika 1 - Tadika PASTI AL-TAQWA
  1. Pendekatan Islamik
  2. Yuran bulanan RM70 - termasuk makan (ini dalam bajet aku nih)
  3. Pendaftaran RM380 (sekali sahaja)... so total setahun RM1,150.
  4. Subjek - BM,BI, Arab, Jawi, Sains, Iqra, Matematik
  5. Satu kelas maximun 20 orang jer
  6. Ada 2 sesi (pagi & tengahari)
  7. Cikgu 5 orang (ustazah semuanya)
  8. Start kul 8.00 tu 11.30 pagi.
Tadika 2 - Tadika Alphanumeric Bestari
  1. English Medium
  2. Yuran bulanan RM90, kalau campur makan RM120
  3. Pendaftaran RM380 pada Januari, April RM 140, July RM155, September RM160 (Bayaran ikut semester)....total setahun RM1,965.
  4. Subjek- BM, BI, Sains, Matematik & Jawi
  5. Satu kelas maksimum 20 orang
  6. Baru nak start 2 sesi
  7. Cikgu 3 orang (1 laki 2 pompuan)
  8. Start kul 8.30 - 11.30 pagi

Buat masa ni, inilah 2 sekolah yang menjadi pilihan. Actually sekolah ni tak jauh mana jaraknya antara satu sama lain sebab same row. Satu corner lot belah kiri satu lagi corner lot belah kanan. Kalau ikutkan kalau Cik Besah menunggu pun boleh nampak both kindy. Still my FIL hantar the same direction. Cumanya yang jadi masalah bila Yaya bukak buku lain si Syahir lak buku lain.. Camno ni??? setakat ni belum discuss dengan hubby lagi... Tapi aku nak buat entry dulu.. Kalau aku berat ke tadika 1. Ok tak??? Please somebody give a comment.....