Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 27, 2009

Tadika oh Tadika...

Aku tengah pening nak cari tadika untuk si Yaya. Tahun depan dah 5 tahun tapi tadika aku tak survey lagi. Tapi aku tengah dalam dilema la sekarang... Macam mana nak buat ni????


Dilema aku macam ni.. Aku & biras aku ade anak2 yang sebaya, membesar bersama, main bersama, makan bersama & segala2nya bersama. Sama2 dijaga oleh mak mertua aku. Last week apa yang aku jangkakan memang dah berlaku. Biras aku dah gi servey tadika untuk anak dia si Syahir tu. Pas tu dia tanya aku kat mana nak hantar Yaya. Aku cakap tak sure lagi sebab aku tak servey lagi. Katanya dia dah survey tadika dekat kawasan rumah kitaorang. There is one tadika yang orang kata bagus. Tadika Bistari kat kawasan "rumah pulau". (Actually ade sorang doctor yang selalu kitaorang visit (Klinik Sentosa), dia kata tadika tu bagus & dia pun hantar anak dia kat situ.)AKu rasa biras aku ni dah terpengaruh la dengan kata2 doktor tu. Pastu dia dah gi tengok tadika & tanya pasal registration & fee. Of course la orang kat kindy tu kata tadika dia bagus (takkan la orang tu nak kata tak bagus lak kan???). Petang tu K. Ti tunjuk la pamphlet tadika tu.Mak aiiii... dah le RM120 sebulan pastu fee2 lain bayar ikut semester. Kira2 semuanya ade la dalam RM2,200 setahun (boleh buat 2 kali road tax & insurance kereta ni).

Malam minggu lepas dia ungkit lagi pasal tadika tu. AKu bukannya tak setuju nak hantar ke tadika tu, cumanya bagi la chance kat aku nak pilih sendiri kindy yang terbaik untuk anak aku. Tak payah la ko yang buat keputusan untuk anak aku. Bengang tau.. Everything pun korang yang nak decide. Kitaorang lak kena jadi macai ikut cakap korang je....Walhal, Yaya tu anak aku and it is related to my daughter's future. Depa pandai, siap guna back up mak & bapa mentua aku. Kalau kitaorang tak setuju mula la hantar Cik Besah suh slow talk ngan kitaorang. Yang hubby aku lak kalau dengan mak dia mula la "kalah". EEEE... Hello!!!! Kalau ko nak hantar anak ko kat tadika yang ko kata BAGUS sangat tu go ahead la. Aku tak kisah. K. Tie siap cakap lagi kalau boleh dia tak nak Yaya & Syahir dipisahkan. A.Zam siap kata kalau kitaorang tak afford nak bayar yuran kindy tu dia siap nak tolong top up lagi... Seboleh2nya depe nak si Yaya & Syahir under one roof.

Alasan2 lain yang depe bagi:

  1. Kesian kat abah (my FIL). Kalau satu tempat senang la nak ambik & hantar.
  2. Kesian kat mak (Cik Besah). Kalau satu tempat senang nak tunggu kalau apa2 hal.
  3. Kesian kat Yaya/ Syahir – at least kalau satu tempat they have each other to depend on(macam kembar lak depe ni)
  4. Homework boleh buat sekali – takde la Yaya bukak buku lain, Syahir buku lain.
  5. Senang nak monitor budak 2 orang tu.
  6. Takut salah seorang tak nak ke sekolah kalau sekolah lain2 tempat.

Alasan di pihak aku:

  1. Fee tu agak mahal. Kalau boleh aku nak cari yang murah sikit... Sesuai dengan bajet aku & hubby.
  2. Kalau boleh aku nak daftarkan di tadika Islam --- nak tanamkan nilai2 Islam seawal yang mungkin. (Tadika Bistari tu mostly like Smart Reader la. Basically English Medium)
  3. Reason ke tadika Islam – boleh start mengaji sewal yang mungkin & boleh mengingati mama & abah yang sering lalai & leka dengan urusan duniawi
  4. Pemerhatian aku terhadap anak K.Ti yang sulung, bila dihantar ke tadika & tuition yang terlalu menekankan akademik sedangkan subjek agamanya lemah. (Aku taknak anak aku jadi cenggitu)
  5. Kalau aku hantar ke tadika mahal, si Adib pun aku kena hantar tadika mahal jugak. FYI, after Yaya habis tadika, si Adib lak start tadika. Non stop tadika for 4 years.... Adoi!!!!

So macammana... adakah aku ni terlalu pentingkan diri sendiri? Salahkan aku kalau aku nak buat yang terbaik untuk anak2 aku? Takkan la sebab K.Ti dah pernah ada pengalaman anak ke tadika masa anak sulung dulu sampai aku terpaksa akur dengan keputusan dia yang kononnya terbaik, terbagus.. Parenting skill depa laki bini bagus sangat ke sampaikan anak2nya mulut kurang ajar???? Tak de langsung penekanan agama – mengaji, sembahyang tah ke mana2... Itu ke yang terbaik???? Aku try nak semaikan Islamic culture dalam family aku, please don't interfere... Aku bengang tau....HELP!!!!

Friday, July 24, 2009

Perfume Addict

Semalam one of my collegue beli perfume . Wangi giler Bond Girl tu.. Sekarang tengah offer sekarang RM79.90 sampai end of July. Harga asal RM99.90. Buatkan ku teruja nak beli.


Lagi satu perfume baru Avon Absynthe (tak tau how to pronounce). Tersangatlah wanginya.... (Mak aku ade beli). Tapi mahal sangat la regenya... Tak tercapai dek poketku...(Kena tunggu harga murah sikit kot)


Malam tadi tengah kemas2 meja make up aku kat dalam bilik tu aku pun kira la berapa banyak botol perfume yang aku ade. Mak aiiiiii punya la banyak...Ade la dekat 20 botol. Laki aku punya la bising sebab dia kata membazir. Alah... aku tak kisah, janji aku puas.. Hehehehe. Ni la antara perfume2 aku yang ade.


FARAWAY PARADISE


RARE GOLD

SURREAL GARDEN


WOMEN OF EARTH


URBAN FLOWERS - TOKYO


TRUE GLOW


FARAWAY

IMARI SEDUCTION



IMARI CLASSIC

HAIKU AWAKENING

VANILLA SOFT MUSK
3 SERANGKAI - WONDER,SMILE & FIRE EGYPTIAN POTION A.K.A ONE DROP PERFUME (Dulu packaging camni)


Packaging ODP sekarang


ISLAND VIBETOMORROW
Ni perfume yang aku buat hantaran kawin dulu. Tapi dah lama dah habis pun... Saja letak buat kenangan.


PACO RABANNE - ULTRAVIOLET

Dalam banyak2 tu ni la perfume2 yang paling aku suka....


MIRACLE
ETERNITY
ESCAPE

LAHANA - Ni dah lama discontinue....

Cuti Lagi... Final part

Trip kali ni banyak part lak. Ni part yang last la kot sebab last day kat CH. After siap semuanya (makan, mandi & packing) kitaorang check out dari apartment dalam kul 12tgh. First destination is Strawberry Park & Ladang Kasimanis. Actually gi sini sebab Cik Besah nak cari pokok bunga tapi takde yang dia berkenan kot sebab aku tak nampak pun dia usung pokok bunga masuk kereta. Kat tepi2 tu ade la jual pelbagai makneka strawberry. Semalam dah janji dengan Yaya nak belikan dia payung. Sebab dah berjanji maka aku belikan jugak la payung untuk dia... Sib baik ade jual kat situ. Beli payung panjang for RM12.

Ni la Kasimanis Strawberry Park
Mama & Yaya (Payung tu la yang baru beli tu)- She is addicted to pink already
Next stop ingatkan nak singgah Kea Farm tapi punya la sesak. Jalan sampai jem kat sana. Parking usahlah harap nak ade time2 macam tu. So teruskan perjalanan sampai kat area Tringkap kot. Cik Besah la ni nak beli sayur2 buat jiran2. Aku malas la nak beli sayur2 lagi sebab aku kan ke jarang2 masak. Each time pegi CH asyik2 beli sayur, sure babysitter aku dah boring dapat buah tangan sayur je dari aku. So aku belikan aje teh cameron valley kat dia sekotak. Aku beli 2 kotak so dapat la harga RM15. Pastu aku beli Cameron Apple. Sekilo 6 hinggit. Aku ingatkan banyak la dapat rupanya dapat 3 bijik je.. hampeh tul.. Si Yaya lak sempat gak rembat sepit2 strawberry & cermin mata butterfly kat sana...
Apple Cameron ..... 3 bijik ni RM6 (sekilo)..


Jambu Kristal.. 3 bijik sepeket RM12. Tak beli pun sebab last time dah pernah beli


Teh Cameron Valley untuk K. Mah (babysitter)
Wajah2 dalam perjalanan pulang....

Yaya dengan spek butterfly yang baru beli...

Adib Aiman la dudut..... (dia suka sebut but still I don't know what he means by "dudut")

Syahir letih sampai kena dukung dengan abahnya (my BIL)
Dah habis shopping teruskan perjalanan. Nasib baik Adib tido sepanjang highway tu. Kalau tak sure dia montah monggek lagi. Habis kotor kereta tu... Sampai Simpang Pulai aku ajak diaorang singgah Ipoh (umah mak aku)... Lepas makan petang dalam kul 5.30ptg kitaorang pun bertolak balik. So far perjalan ok tapi banyak berenti sebab Aleeya nak berak la, nak kencing la dsb... Last2 sampai rumah kul 11.30 malam. Patut esoknya aku kerja tapi sebab ter"overdose" tido sampai aku terbangun lewat, akhirnya gi klinik mintak MC je... Hehehehe.... Sekian je la cerita aku tentang trip kali nih...

Bercuti lagi... (Part 3)

Hari Kedua- aktiviti pertama lepas bersiap, mandi & breakfast adalah menuju ke Tanah Rata. Kak Ti la yang nak gi sana sebab nak cari purse strawberry. Cari kat sana sebab semalam tak singgah ke Pasar Malam. Jumpa la kat gerai2 kat situ. 3 for RM10. Kat situ banyak la cenderamata yang dijual. Kitaorang tak beli apa pun sebab tak banyak choice. Cuma belikan Adib & Aleeya sorang sepasang T-shirt & bola strawberi.

Family picture versi tak cukup korum kat Tanah Rata..

Jalan2 di Tanah Rata.... Yaya with abah & atuk

Lepas ke Tanah Rata, pegi ke Arked Peladang kat Brinchang. Nasib la orang ak ramai lagi. Selalunya area ni memang ramai orang & susah nak cari parking. Tapi alhamdulillah ade parking untuk kitaorang.
Gambar sumbangan blog sapetah???
Yang tak syoknya, Adib tido lak masa tu. So hubby yang tunggu. Cik Besah & Cik Zul (my MIL & FIL) pun tak nak ikut sebab sakit kaki (orang tua la katakan, tak larat nak jalan lama2). Yang jenjalan kat arked tu hanya aku, Yaya, Syahir, Heri, K.Ti & Amin. Memang rambang mata kalau ke itu cumanya si Yaya tu dah boring so ajak balik cepat2. Tak habis pun tour aku kat sana sebab kat atas arked tu ade park lagi. Next time kalau datang lagi kena singgah la kat arked tu. Tak puas jalan...


Depan entrance arked

Syahir, K.Ti & Aleeya
Kebetulan masa nak jalan tu kereta abang ipar aku rosak la pulak.... So kena turun ke Tanah Rata balik untuk hantar ke bengkel. Dah alang2 ke situ singgah le ke rumah caretaker banglo Maybank kat sana. (Kitaorang stay kat situ masa trip ke CH yang sebelum ni - ade kat older entry). Lepak kat situ ade la dekat setengah jam sementara menunggu abang ipar aku balik dari bengkel. Kereta dia kena repair & siap sebelah petangnya. Memandangkan hari pun dah kul 2 lebih so kitaorang beli barang nak masak lunch & borong some durian...

Menunggu penuh kesabaran..


Yaya dengan baju barunya... lepas beli terus pakai...

Posing dengan durian yang baru beli..Balik apartment, masak lunch (sempoi je - ikan bilis goreng (untuk my FIL), sambal ikan masin, sayur campur, sup sayur & telur dadar). Lepas makan & pekena durian semua pakat tido - sejuk giler..... Petang tu turun balik ke Tanah Rata sebab nak ambil kereta abg ipar aku. Aku ajak diaorang ke Taman Permainan bawak budak2 main. The kids apa lagi...main sampai puas. Si Adib sampai tak mau balik la. Lepas kat sana sampai le ke Maghrib.



For dinner, Cik Besah kata tak nak makan nasi. So Amin (kawan sekerja hubby aku- dia ni selalu ikut trip kitaorang) offer nak buat kuetiaw goreng. Ok la dia masak cuma tawar sikit la.. K. Ti lak tak sudah2 ngan goreng cekodok. Ade lagi lauk pauk masa lunch pun kitaorang perabihkan. Lepas makan semua pakat tido la sebab esok dah nak balik..

Wednesday, July 22, 2009

Bercuti Lagi...(Part 2)

Berbalik ke cerita di Part 1, petang tu kitaorang semua ke Brinchang. Ingatkan nak ke Pasar Malam tapi Cik Besah kata dah jemu ke sana sebab takde apa yang best. Last2 kitaorang ke Cactus Point. Ni first time singgah ke tempat ni. Petang tu tak ramai orang kat sana maybe sebab hari pun dah lewat petang. Actually takde apa yang nak dibeli pun tapi just buat syarat gi jalan2. Kat cactus point tu sempat jugak beli aksesori keta yang tengah glamer sekarang ni... beli 2 dapat RM15.


Aku beli kaler merah & oren




Main entrance Cactus Point... Si baju Merah tu my hubby

Adib naik musical swan... hehehe...

Wajah2 gedik
Pas ke Cactus Point, singgah ke KEA farm jap sebab nak beli sayur. Banyak kedai dah tutup dah pun sebab dah kul 7.30 mlm. Just singgah kedai satu aunty india tu (kalau ke CH mesti beli sayur ngan dia... dapat murah). Malam tu aktiviti kekeluargaan la... BARBEKU!!!!. Memang best la. Selain makan ayam & sosej, K. Tie masak nasi goreng, hasben aku buat coleslaw... (Aku takyah tanya la). Asalnya konon nak makan kat tempat barbeku tu tapi sebab budak2 semua dah pengsan (except Heri) so lepas bakar ayam & sosej, bawak masuk kat apartment. End of day 1. Day 2 sambung kat Part 3