Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 5, 2019

ORIENTASI DARJAH 1

Kalau ikutkan namanya Majlis Temu Mesra Ibu Bapa & Anak Tahun 1 2020
Tapi kalau bahasa kampungnya orientasi la kan
[Nasib la sempat daftar haritu kan..hehehe]
Boleh baca kat SINI alkisahnya


Masa pi daftar kat pejabat haritu, kakak kerani tu kata kena pakai baju sekolah
Tapi masa aku buat pengesahan untuk penempatan Adib ke Tingkatan 1
[nanti aku buat entry lain pasal penempatan Tingkatan 1 ni]
udah ada notis suruh murid2 pakai baju sukan pulak
Maka terpaksa la aku pi kedai cari tracksuit & baju putih pulak kan
Nasib baik la jumpa yang ada saiz si Amira ni...


Pepagi tu ingatkan nak pi berdua je dengan Amira 
tapi sebab hari yang sama ada program Explorace kat Sekolah tu dan ada macam2 program yang terbuka untuk orang ramai
so aku decide bawa Jasmin sekali. 
Adib tak ikut sebab ada latihan bola
Aleeya pun pergi kemudian dengan kawan dia
[dah remaja ni bukannya nak ikut mama kemana2 dah... 😝]

Siap sedia nak ke sekolah
Memang lenggang kangkung je la tak bawa beg @ alatulis
Lagipun sekarang kan dah takde ujian2 untuk bebudak darjah 1 ni kan
Hehehehe

Sampai2 sekolah memang dah ramai orang pun
Dengan peserta2 explorace
Dengan budak2 yang darjah 1, parents & orang2 yang nak meramaikan program kat situ


Memula kena daftar dulu
Pastu kena tengok list nama tengok nama anak kat kelas yang mana

Amira ditempatkan kat kelas 1 Zuhrah
Tapi takde pulak kawan2 tadika dia yang sama kelas dengan dia
Ramai jugak budak2 yang mendaftar 
Tahun 1 je ada 7 kelas.. purata 1 kelas ada dalam 35 orang
Ha kira la kepadatan sekolah tu


Lepas cek nama kena la beratur ikut kelas masing2



Alhamdulillah semua budak2 ok
Takde yang nangis2 pun
Amira pun memula cam mendung juga
Tapi lama2 ok 

Lepas budak2 beratur, parents kena duduk kat dewan untuk taklimat
Cikgu akan bawa murid2 masuk kelas
Lepas habis taklimat pi la bayar apa2 yang patut dulu
pastu baru le jenguk anak2 kat kelas 

Kelas Amira ni dah le hujung sekali.. 
Jauh nak menapak😅

Cari Amira kat mana rupanya dia duduk belakang sekali



Lepas kelas tanya dia kenapa dia duduk belakang?
Dia kata memula nak duduk depan tapi lepas tu ada budak dah duduk dulu
So dia cari la tempat duduk belakang
Aku cakap kalau tak nampak @ tak dengar cikgu cakap
Nanti cakap kat cikgu nak tukar tempat duduk tau
[Tapi tahun depan mesti cikgu arrange kedudukan budak2 ni kan]

Lepas habis session dalam kelas cikgu dah bagi balik
Tapi kita round2 dulu la tengok apa aktiviti yang ada kat sekolah tu 

Kolam & soopa doopa ni ada kan
patut la ramai budak2 datang
Nasib la Amira & Jasmin tak minta nak main sekali😅
[Bagusnya kolam tu depa buat asing untuk lelaki & perempuan]


Nampak tangga katun2 ni deme minta nak tangkap gambar kat situ
Mama layankan je lah

Ni pulak kat Wall of Fame sekolah
Baru buat kot area ni
sebab masa aku pergi sekolah sebelum2 tu tak siap pun lagi

Selfie la sikit


sebelum balik tangkap gambar kat sini dulu
Ni la sekolah Amira tahun depan
SKBBBK

Sebelum balik, mama belanja dulu aiskrim sorang satu
Lepas tu deme ajak pulak pegi kedai 2 ringgit
Nak beli mainan katanya
Moh le kita..... tapi mama cakap sorang beli 1 mainan je ye
[Bahaya sungguh kedai berantu ni kan.... tu yang kena pesan awal2]







2 comments:

Rizziela said...

Tahun ni dah x ada anak darjah 1... dah naik darjah 3 & 5 dah.. Alhamdullillah

Pemerhati Bebas said...

alhamdulillah..sume berjalan lancar,xde drama2 air mata...mama pun happy kan =) tapi kedai berantu tu mmg ramai yg kuciwa..hahaha