Lepas
slab siap & kering, sekarang dah boleh la naik dinding pulak
Cepat
deme buat kerja
Aku
ni boleh kata hari2 kalau balik kerja memang akan lalu kat rumah aku ni
Lagipun
nak ambil & hantar anak ke rumah pengasuh memang akan lalu juga
Dalam
sehari tu tah berapa kali aku lalu… seronok tengok progress rumah
Kalau
Haji @ pekerja dia ada kat situ, memang aku berhenti turun la
Nak
tengok apa yang jadi kat dalam rumah.
So
far masa ni hanya bahagian yang extend je deme buat
Belum
ada pecah2 dinding rumah pun
Sliding
& tingkap asal pun tak buka lagi kecuali tingkap kat dapur
Kalau
lepas diaorang habis kerja memang diaorang akan kunci rumah
Tu
sebab aku jarang dapat tengok apa jadi di bahagian dalam rumah melainkan bila
Haji @ pekerja dia ada kat situ
Lagipun
barang aku dalam rumah (cabinet, kipas, aircond, lampu) semua tak cabut lagi
So
memang diaorang kunci la rumah.. Takut hilang apa2 kan.
Oh
ha.. lupa nak cerita apa dia tambahan kat rumah asal yang aku buat ye
Rumah
asal aku hanya ada 1 bilik air (di tingkat bawah) & 3 bilik tidur (di
tingkat atas)
Selama
ni kami semua tidur kat bawah (kat ruang tamu) sebab malas nak turun naik pi
toilet. Lagipun kan ada anak kecik, so selalu la nak kena bancuh susu malam2
kan.. tu sebab malas tidur kat atas. Bilik atas tu hanya jadi tempat salin
pakaian je la kiranya. Tapi kadang2 tidur jugak kat atas tu.. Ikut mood la.
Memandangkan
anak2 pun makin besar, nak kena la ada bilik sendiri kan. Sampai bila nak tidur
belonggok kat ruang tamu je kan.. Tu belum kira time sedara mara datang tidur
di rumah.. Rasa limited sungguh spacenya. Deme pun malas nak tidur atas sebab
malam2 panas walopun pasang kipas.
So
masa design rumah tu, antara kriteria yang aku nak:
1
bilik tidur di tingkat bawah
1
bilik air di tingkat atas
4
bilik tidur di tingkat atas
Bilik
bawah tu aku nak buat sebab nanti kalau ada orang tua2 datang, senang la tak
payah nak turun naik tangga. Takpun esok2 aku dah tua sakit lutut, situ la jadi
bilik aku…Hahahahaha.. Fikir jangka masa panjang kekdahnya. Lagi satu bilik tu kalau
tetamu datang boleh la nak tumpang2 sembahyang ke, salin baju ke apa ke kan. Tak
payah le numpang2 bilik family member… Ganggu privacy nanti..kononnnn. Dari dulu lagi memang hajat nak buat bilik kat bawah tu.. Alasan masa tu senang kalau dalam pantang..Kononnnn..Tapi la ni tak relevan dah alasan tu.. Eh tapi mana tau nanti anak2 aku pulak dalam pantang kan.. Hahaha... Rezeki korang le tak payah dah pantang kat ruang tamu cam mama dulu 😅
Bilik
air atas tu wajib la ada kan kalau dah bilik tidur ada kat atas. Memula design
Haji tu buat, dia buat sharing bathroom untuk setiap bilik. Maksudnya ada 2
bilik air kat atas. Tapi aku cakap buat 1 je bilik air dah cukup.. Senang nak monitor.
Lagipun dapat budak2 jenis memerap dalam bilik nanti, silap2 haribulan sehari
suntuk tak nampak batang hidung kan. Kalau bilik air tu satu je, nak tak nak
kena la keluar bilik juga kan. Lagi satu senang nak beli perkakas2 bilik air-
syampu sabun semua tu. Beli 2 set je untuk tingkat atas & bawah. Kalau ada
3 bilik air, tak ke kena beli sampai 3 set.. Kopak le aku.. Tu belum masuk kena
cuci bilik air kan.. Memasing ngelat nanti.. Ni bila bilik air satu tu je..
kena ikut turn la sapa kena cuci ye dak?
Bilik
sampai 4 tu untuk kami anak beranak le. Anak 4 orang le katakan. Esok anak2 dah
beso & dah berkeluarga jangan kome berebut2 nak bilik. Masuk je bilik
masing2. Anak beranak kome 1 bilik senang. Nak sepah ke, nak bising ke, nak
tunggang terbalik ke semua dalam bilik masing2. Tapi buat masa ni Jasmin &
Amira kena share le bilik kan. Tu pun sekarang setiap malam Mama kena temankan
tidur dulu.. Depa dah lena baru la aku lari masuk bilik sendiri.
Dulu
kan, cita2 aku dengan arwah suami nanti dah tua nak duduk rumah setingkat je.
Nak beli tanah lot, buat banglo setingkat & ada bilik banyak untuk anak
menantu cucu datang.. Kalau boleh nak balik balik duduk Ipoh bila dah pencen
nanti. Cewah.. Tapi tak kesampaian la angan2 kami tu. So dengan tanah
sekangkang kera yang ada ni, aku cuba juga realisasikan impian kami tu seboleh
yang mungkin sementara ada peluang ni. Itu je pun yang ada kan….
Mesti
ada yang kata awalnya fikir pasal anak cucu semua tu.. Welllll….. I am not
getting any younger okeh!!! Dah masuk 4 series dah ni. Apa lagi nak kejar?????
Semua dah ada walaupun mungkin tak semewah orang lain. Kereta ada, rumah ada,motor
ada, kerja ada, anak2 ada, mak ada,
mentua ada, suami & abah je dah takde…huhuhu… Lokasi rumah aku ni pun dah
baik dah bagi aku – dekat dengan masjid/surau, dekat dengan kedai, dekat dengan
sekolah, klinik pun banyak, dekat dengan pasaraya (walopun yang besar hanya Econsave), dekat
dengan rumah mentua, dekat dengan kubur, dekat dengan stesen minyak, dekat
dengan KFC, Pizza semua tua.. Apa lagi nak????
Harta yang ada ni sudah cukup membahagian. Aku cuma nak kehidupan yang
tenang tenteram bersama anak2….menghabiskan saki baki hidup kat dunia ni.
Apa
ke hal la pulak melalut ni kan.. Tadi elok cerita bab dinding rumah..Hahahaha..
View di tingkat atas
Ni ruang laundry & toilet
Tu bilik Adib
Dapur
Tingkap di bahagian dapur
Sebab nak dapur cerah tu dia saiz tingkap yang aku nak
Pintu dapur
Dah habis naik dinding dah kat atas
View dari belakang rumah
Ok
la, next entry pulak sambung pasal
progress seterusnya. Ada apa2 nak tanya sila la tanya di komen.
3 comments:
Alhamdulillah....
semoga cepat siap :)mesti x sabar nkan...
seronoknya !! hehe nanti share update dah siap deco2 semua.
mesti cantik =D
Mesti tersergam indah nanti.
Tahniah
Post a Comment