Wednesday, March 20, 2019

NAIK DINDING DAH ☺


Lepas slab siap & kering, sekarang dah boleh la naik dinding pulak
Cepat deme buat kerja
Aku ni boleh kata hari2 kalau balik kerja memang akan lalu kat rumah aku ni
Lagipun nak ambil & hantar anak ke rumah pengasuh memang akan lalu juga
Dalam sehari tu tah berapa kali aku lalu… seronok tengok progress rumah
Kalau Haji @ pekerja dia ada kat situ, memang aku berhenti turun la
Nak tengok apa yang jadi kat dalam rumah.

So far masa ni hanya bahagian yang extend je deme buat
Belum ada pecah2 dinding rumah pun
Sliding & tingkap asal pun tak buka lagi kecuali tingkap kat dapur
Kalau lepas diaorang habis kerja memang diaorang akan kunci rumah
Tu sebab aku jarang dapat tengok apa jadi di bahagian dalam rumah melainkan bila Haji @ pekerja dia ada kat situ
Lagipun barang aku dalam rumah (cabinet, kipas, aircond, lampu) semua tak cabut lagi
So memang diaorang kunci la rumah.. Takut hilang apa2 kan.




Oh ha.. lupa nak cerita apa dia tambahan kat rumah asal yang aku buat ye
Rumah asal aku hanya ada 1 bilik air (di tingkat bawah) & 3 bilik tidur (di tingkat atas)
Selama ni kami semua tidur kat bawah (kat ruang tamu) sebab malas nak turun naik pi toilet. Lagipun kan ada anak kecik, so selalu la nak kena bancuh susu malam2 kan.. tu sebab malas tidur kat atas. Bilik atas tu hanya jadi tempat salin pakaian je la kiranya. Tapi kadang2 tidur jugak kat atas tu.. Ikut mood la.

Memandangkan anak2 pun makin besar, nak kena la ada bilik sendiri kan. Sampai bila nak tidur belonggok kat ruang tamu je kan.. Tu belum kira time sedara mara datang tidur di rumah.. Rasa limited sungguh spacenya. Deme pun malas nak tidur atas sebab malam2 panas walopun pasang kipas.

So masa design rumah tu, antara kriteria yang aku nak:
1 bilik tidur di tingkat bawah
1 bilik air di tingkat atas
4 bilik tidur di tingkat atas

Bilik bawah tu aku nak buat sebab nanti kalau ada orang tua2 datang, senang la tak payah nak turun naik tangga. Takpun esok2 aku dah tua sakit lutut, situ la jadi bilik aku…Hahahahaha.. Fikir jangka masa panjang kekdahnya. Lagi satu bilik tu kalau tetamu datang boleh la nak tumpang2 sembahyang ke, salin baju ke apa ke kan. Tak payah le numpang2 bilik family member… Ganggu privacy nanti..kononnnn. Dari dulu lagi memang hajat nak buat bilik kat bawah tu.. Alasan masa tu senang kalau dalam pantang..Kononnnn..Tapi la ni tak relevan dah alasan tu.. Eh tapi mana tau nanti anak2 aku pulak dalam pantang kan.. Hahaha...  Rezeki korang le tak payah dah pantang kat ruang tamu cam mama dulu 😅

Bilik air atas tu wajib la ada kan kalau dah bilik tidur ada kat atas. Memula design Haji tu buat, dia buat sharing bathroom untuk setiap bilik. Maksudnya ada 2 bilik air kat atas. Tapi aku cakap buat 1 je bilik air dah cukup.. Senang nak monitor. Lagipun dapat budak2 jenis memerap dalam bilik nanti, silap2 haribulan sehari suntuk tak nampak batang hidung kan. Kalau bilik air tu satu je, nak tak nak kena la keluar bilik juga kan. Lagi satu senang nak beli perkakas2 bilik air- syampu sabun semua tu. Beli 2 set je untuk tingkat atas & bawah. Kalau ada 3 bilik air, tak ke kena beli sampai 3 set.. Kopak le aku.. Tu belum masuk kena cuci bilik air kan.. Memasing ngelat nanti.. Ni bila bilik air satu tu je.. kena ikut turn la sapa kena cuci  ye dak?

Bilik sampai 4 tu untuk kami anak beranak le. Anak 4 orang le katakan. Esok anak2 dah beso & dah berkeluarga jangan kome berebut2 nak bilik. Masuk je bilik masing2. Anak beranak kome 1 bilik senang. Nak sepah ke, nak bising ke, nak tunggang terbalik ke semua dalam bilik masing2. Tapi buat masa ni Jasmin & Amira kena share le bilik kan. Tu pun sekarang setiap malam Mama kena temankan tidur dulu.. Depa dah lena baru la aku lari masuk bilik sendiri.

Dulu kan, cita2 aku dengan arwah suami nanti dah tua nak duduk rumah setingkat je. Nak beli tanah lot, buat banglo setingkat & ada bilik banyak untuk anak menantu cucu datang.. Kalau boleh nak balik balik duduk Ipoh bila dah pencen nanti. Cewah.. Tapi tak kesampaian la angan2 kami tu. So dengan tanah sekangkang kera yang ada ni, aku cuba juga realisasikan impian kami tu seboleh yang mungkin sementara ada peluang ni. Itu je pun yang ada kan….

Mesti ada yang kata awalnya fikir pasal anak cucu semua tu.. Welllll….. I am not getting any younger okeh!!! Dah masuk 4 series dah ni. Apa lagi nak kejar????? Semua dah ada walaupun mungkin tak semewah orang lain. Kereta ada, rumah ada,motor ada,  kerja ada, anak2 ada, mak ada, mentua ada, suami & abah je dah takde…huhuhu… Lokasi rumah aku ni pun dah baik dah bagi aku – dekat dengan masjid/surau, dekat dengan kedai, dekat dengan sekolah, klinik pun banyak,  dekat dengan pasaraya (walopun yang besar hanya Econsave), dekat dengan rumah mentua, dekat dengan kubur, dekat dengan stesen minyak, dekat dengan KFC, Pizza semua tua.. Apa lagi nak????  Harta yang ada ni sudah cukup membahagian. Aku cuma nak kehidupan yang tenang tenteram bersama anak2….menghabiskan saki baki hidup kat dunia ni.

Apa ke hal la pulak melalut ni kan.. Tadi elok cerita bab dinding rumah..Hahahaha..

View di tingkat atas

Ni ruang laundry & toilet


Tu bilik Adib

Dapur

Tingkap di bahagian dapur
Sebab nak dapur cerah tu dia saiz tingkap yang aku nak


Pintu dapur


Dah habis naik dinding dah kat atas


View dari belakang rumah 





Ok la,  next entry pulak sambung pasal progress seterusnya. Ada apa2 nak tanya sila la tanya di komen.




3 comments:

  1. Alhamdulillah....
    semoga cepat siap :)mesti x sabar nkan...

    ReplyDelete
  2. seronoknya !! hehe nanti share update dah siap deco2 semua.
    mesti cantik =D

    ReplyDelete
  3. Mesti tersergam indah nanti.
    Tahniah

    ReplyDelete