Sekarang ni masih mood raya haji, tak gitu?
Ate, blog² pun semua nak citer pasal gi beraya la, korban la kan??
Aku pun nak citer pasal korban gak le..
Tahun ni abang ipar aku buat korban lagi
[semoga bertambah rezeki dia hendaknya..]
Walaupun projek nak buat korban ni dibuat last² minit
tapi ibadah korban dapat dilaksanakan dengan lancar
walaupun musim hujan, alhamdulillah sepanjang hari buat korban tu cuaca elok
hujan pun rintik² sekali lalu je... [kain baju aku pun elok je kering garing]
Korban tahun ni tak berapa meriah macam tahun lepas
Maybe sebab ramai jiran² yang balik kampung
Lagipun pengalaman tahun lepas dah ada
so proses melapah & mengagihkan daging dapat disiapkan dalam masa yang singkat
Lembu yang dah disembelih sampai ke Batang Kali dalam kul 1.00 tgh
[lembu disembelih di Selayang]
Lepas sampai terus dilapah & dipotong & diagihkan
dalam kul 2.30ptg dah siap semuanya... cepat kan???
Ini antara gambar² kejadian
Bila lembu dah sampai, masing² ambil tugas..Cik Besah & Cik Zul [MIL & FIL aku] tengah monitor orang buat keje
Melapah bahagian kaki lembu...
Cik Besah yang kepenatan....
Juadah untuk yang membantu ...
Ada lontong, bihun & karipap
Kontrak masak memasak cam biasa diserahlan pada Cik Ana [gambo tarak...]
Sebelah malam pulak kami makan sup tulang
Sedap..sedap..sedap.. sampai menjilat mangkuk [tipu la tu]
Sampai berminyak² bibir dibuatnya..hahahahah
Kali ni dah pesan hanya buat sup tulang sahaja & takde campur bahagian² lain
Tahun lepas punya sup aku pun tak sanggup nak makan sebab dihumban macam² dalam tu
---> lidah, telinga, ekor,usus & telur lembu... nak makan pun tak lalu..
3 comments:
puas dapat makan daging korban...
semangat bekerjasama tu yg penting..
Tempat kakak pun sama sebelum Qurban ajk dah dibentuk so setiap ada ramai ajk membuat tugasn masing-masing. Sebelum zuhor semua dah selesai.
sronot bila ramai2 bekerjasama camni...
then bila makan ramai2 lagiklah berselera kannn...
Post a Comment